Usah Biarkan Lagi Hati kita Terluka Berkali-Kali. Belajarlah Untuk Mencintai Diri Sendiri Dahulu.

Mari kita belajar mencintai diri sendiri
Tiba masanya untuk kita belajar mencintai diri sendiri? * Broken Heartby AliCat2011

Jika diberikan peluang, ramai yang mencuba untuk merasa betapa manisnya percintaan.

Betapa berbunga-bunga hati saat itu.

Ada seseorang yang sentiasa menemani. Ada yang menyayangi.

Siapa yang tidak mahu?

Tapi kita selalu terlupa apa yang mungkin terjadi di penghujung setiap kebahagiaan.

~ Perpisahan.

 

Langit Tak Selalunya Cerah. Ada Ketikanya Mendung Datang.

Ada saat hujan petir yang melanda. Setiap percintaan bukan semuanya berakhir dengan kegembiraan dan senyuman.

Tanpa kita pinta, perpisahan akan hadir juga. Hanya cepat atau lambat.

“Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu, maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Berpisah kerana ajal maut atau berpisah hidup. “

Ada yang jatuh tersungkur apabila terjadinya perpisahan.

Tak mampu untuk menerima takdir. Menerima kenyataan.

Hingga ada yang memilih jalan yang salah demi melupakan kesakitan itu. Ada yang memilih untuk menyakiti diri sendiri semata-mata untuk tagih simpati dari si dia.

 

Apa Yang Akan Kita Ddapat? Apa Yang Diharapkan Sebenarnya?

Ingin dia kembali hanya atas dasar simpati? Atas dasar rasa bersalah pada diri kita?

Jangan terlalu rendahkan ego kita demi sesuatu yang memang dah berakhir.

“ Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya. “

Bangkitlah.

Mungkin susah. Mungkin memakan masa.

Kita sendiri belum pasti berapa lama masa yang akan kita ambil. Mungkin bukan esok hati itu sembuh. Mungkin berbulan-bulan. Mungkin bertahun.

Tapi selagi kita mencuba, berusaha untuk bangkit, pasti ada jalannya.

Kadangkala Allah hilangkan mentari. Kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.“

 

Berhenti Merayu. Berhenti Berharap Keindahan Cinta Dulu Akan Kembali.

mencintai diri sendiri
move on. belajar mencintai diri sendiri dahulu sebelum orang lain.

Sampai bila kita nak berharap?

Sampai bila kita nak pegang janji dia?

Apa jaminan untuk setiap penantian?

Apa jaminan kita akan kembali bahagia andai dia menoleh kembali pada kita?

Jika kita berani bercinta, berani serahkan hati kita pada insan lain, kenapa kita tak mampu nak beranikan diri untuk bangkit kembali saat kita dikecewakan?

Kenapa keberanian itu hanya hadir di saat senyuman meniti di bibir?

Mana menghilang di saat air mata menemani pipi?

“Putus cinta itu sebenarnya adalah salah satu dari rahmat Allah. Kerana itu merupakan cara untuk Dia membuat kita sedar kita telah mencintai orang yang salah.“

Semangat itu ada.

Cuma kita yang terlalu mengasihani diri kita atas perpisahan itu hingga kita tak nampak kekuatan untuk bangkit kembali berlari itu.

Berhenti mengasihani diri sendiri. Sampai bila nak terus begitu?

Sampai bila nak menangis untuk sesuatu yang sudah berlalu.

“Belajarlah untuk mencintai dirimu sendiri sebelum kamu memilih untuk mencintai orang lain.”

 

Mari Belajar Mencintai Diri Sendiri Dahulu

Kembali ke saat kita belum mengenali dirinya.

Antara sedar atau tidak, kita telah sekian lama tidak mencintai diri sendiri saat kita telah jatuh cinta.

Buktinya?

Kita biarkan hati kita terluka berkali-kali.

Kita jaga hati dia sebaik mungkin agar dia tak kecewa.

Segala kesedihan kita tanggung sendiri.

Biarkan semua berlalu seolah-olah tiada kesakitan yang terkesan.

 

Mana cinta kita pada diri kita sendiri?

Semuanya hilang demi menjaga hati insan lain.

Kembalilah ketawa seperti sediakala. Mungkin hati kita kosong saat dia melangkah pergi.

Tapi itu bukan bermakna hidup kita berakhir. Masih ramai insan lain yang mampu mengisi kekosongan itu.

Kalau sebelum kita kenal dia kita mampu hidup sendiri, bila dia berlalu pergi kita juga masih mampu berdiri di atas kaki sendiri. Mungkin lebih gagah.

Andai dia sudah bahagia walaupun tanpa kita disisi, kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama?

Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?

“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.

Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.

And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “

Menangis itu tak salah. Menangis lah sekali sepuas hati. Lepaskan segala di dalam tangisan itu.

Segala perasaan duka. Hampa. Kecewa.

Tapi jangan biarkan berterusan. Kuatkan diri, hati untuk terus bangun, bangkit daripada tangisan itu. Lapangkan dada untuk teruskan hari-hari akan datang.

“ Holding on is being brave, but letting go and moving on is often what makes us stronger and happier. “

Jika tangisan itu masih belum mampu untuk buat kita kembali bangkit, carilah seseorang untuk kita luahkan isi hati.

Seseorang yang boleh dipercayai. Yang mampu memberi semangat seikhlas hati. Yang mampu bawa kita ke jalan yang terbaik untuk melupakan dia.

 

Andai Tak Punya Sesiapa Yang Mampu Memahami?

mencintai diri sendiri kembali kepada Allah
Mari belajar mencintai diri sendiri dengan kembali kepada Allah

Ingat. Kita masih ada Allah.

Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?

Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah.

Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.

Jangan takut. Jodoh kita mungkin ada diluar sana.

Walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia.

Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. Bersabarlah dan berdoa.

“ Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “

 

Penutup: Serahkan Hati ini Pada Allah. Biar Dia Jagakan.

Dia akan berikan kebahagiaan saat kita sudah benar-benar  sudah bersedia.

Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang (:

“ You’ll never get what you truly deserve if you remain attached to what you’re supposed to let go of. “


Adakah hati anda selalu disakiti berkali-kali?

Tetapkah anda bertahan dengan kesakitan itu?

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

191 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ashley
Ashley
2 tahun yang lalu

Saya dikhiananti berkali-kali…. Saat ni pengkhianatan yang paling teruk. Keputusan dah dibuat untuk verpisah dia minta untuk beri peluang lagi… susah nak terima tp kerana anak2 dan org sekeliling saya terima dia semula.. tp hati betul2 hancur dan kepercayaan tu mmg x de langsung… apa perlu saya buat pun x tau sekarang …

syazana
syazana
2 tahun yang lalu

saya buntu sama ada mahu menanti hal yg tidak pasti atau mengundur diri.. sy mncintai laki yg buntu dngan plihan hatinya sama ada saya atau wanita lain.. dia hanya mahu serah pada takdir.. apa patut sy lakukan

Zzzz
Zzzz
3 tahun yang lalu

Thanks.

Ila
Ila
3 tahun yang lalu

Sya penah stress tpi persaan trauma ketakutan masih di ingatan saya..sya sperti axienty disorder sudah…

Kikie
Kikie
3 tahun yang lalu

15 october 2020, 4:31 am, airmata mengalir lagi… sy mau 7tahun dgn dia, semua sudah sy korban.. tp dia tetap pilih org lain.. dulu sy dia telefon hanya 5minit saja itupun nada terpaksa. Tp dgn kekasih baru boleh pula dia telefon sampai 4jam. Sakitnya hati rasa mau bunuh diri tp masih ingat tuhan

Oresha
Oresha
3 tahun yang lalu

Hi, saya dalam dilema. Saya iateri kedua. Kami telah berlahwin selama 20 thn. 5 tahun berpisah kerana suami kecil hati ngan saya dan ibu. Sehingga sekarang saya masih memujuk supaya dia kembali. Dia dh beberapa kali minta tuk berpisah tetapi saya masih memjuk dan meminta maaf kalau saya bersalah. Saya sayang perkahwinan saya. Saya minta dia blk ke pangkuan saya tetapi sehingga hari ni dia masih tak pulang ke rumah. Dan bercakap hatinya masih 50/50. Yg sakitnya lagi baru2 ni dia mula berkenalan dgn seorang janda. Lagi sakit hatinsaya. Apa yg perlu saya buat kerana saya masih saya pada suami. Bagaimana nk menang semula hati suami. ?

Aku yang terluka
Aku yang terluka
3 tahun yang lalu

Berkahwin dalam masa beberapa bulan tapi sentiasa di curangi…..entah perkahwinan ini atas dasar apa. Lama ku pendam luka lara ini…hanya seorang diri yang menanggung….berkali di ulangi silap yang sama. Sampai ke ranjang kau mencurangi ku namun aku sentiasa memaafkan atas dasar cinta dalam hati….namun kadang aku sudah tidak mampu….hanya mampu berdiam. Nasihat org tua pernah ku terima, ye ibunya pernah berkata mgkn permulaan sulit namun akan bahagia pada penghujungnya…entah sampai bila harus ku tanggung duka ini. ?

Fefayeeee
Fefayeeee
3 tahun yang lalu

Hye , saya pernah bercinta dengan seorang hamba Allah ni . Dan saya cuba moveon dalam sebulan , tapi sewaktu saya moveon ada seseorang lelaki ini menegur dan tidak lama itu kami bercinta . Tapi saya masih tidak boleh mencintai dia kerana saya rasa , saya belum layak lagi untuk mencintai dia , bermaksud saya terima dia dalam keadaan saya belum moveon sehabis-habisnya. Tapi apakah daya ? Saya nak minta putus saya takut dia fikir saya mempergunakan dia , sedangkan saya cuma mahu berkawan sahaja dan belum berani untuk mencari yang baru . Saya terima dia mungkin dalam keadaan kasihan . Tapi walaupun kami bercinta dia juga kerap bercerita tentang kawan baik perempuan nya , dan saya pun sebagai seorang wanita ya , saya cemburu tapi saya diam . Mungkin macam mana perlu saya mengundur diri ? Saya mohon pendapat ,

Meow lover
Meow lover
Reply to  Fefayeeee
3 tahun yang lalu

Tak perlu undur kan diri ,terus kan saja berkawan , kami sebagai lelaki pun tahu posisi kami melalui cara layanan kaum hawa , bersederhana dalam berkawan dan jgn berikan harapan kalau tak mahu lukai sesiapa , sambil itu bnyk kan berdoa minta petunjuk dari Allah , Mana tau mungkin si “dia” jodoh kiriman tuhan untuk menyembuhkan sedih kamu juga membawa kebahagiaan kamu yang selayaknya ?

HAHAHA
HAHAHA
4 tahun yang lalu

apa lah yg best sangat cinta ni

Azyy
Azyy
4 tahun yang lalu

Hy sya azyy mmm cna nak ckp eh…sya ni muda masih..tpi sya sdh terjelumus dlm percintaan…mmmm Sungguh sakit bila diputuskn..sya nal curhat…tentang..mcm mana untuk kita tidak mudah jatuh cinta…hati sya mudah tersuka dgn kata2 manis….Sungguh sakit bila kita suka kn kat sorg tu sungguh2 dgn jnji apa bagai..tpi dia buang sya mcm smph..sya just nak tahu bilalh sya kn bahagia..sakit Sungguh