LAILATUL QADAR: Doa, Tanda, Kelebihan & Amalan 10 Malam Terakhir

lailatul qadar

Ini adalah panduan lengkap berkaitan dengan Malam Lailatul Qadar.

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap mengenai amalan-amalan yang digalakkan pada 10 malam terakhir Ramadan, seperti:

  • Solat sunat yang digalakkan
  • Doa malam Lailatul Qadar
  • Tanda-tanda Lailatul Qadar dan kelebihannya
  • Dan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan pada malam yang mulia ini.

Mari kita mulakan..

Baca Sepenuhnya

CARA QIAMULLAIL: Panduan Lengkap Solat Malam

Panduan qiamullail: susunan solat malam

Ramai yang berniat mahu bangun qiamullail, tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana. Perlukah tidur dahulu? Solat apa yang dikerjakan dahulu? Berapa rakaat yang memadai?

Akhirnya penggera dimatikan, dan niat itu ditangguhkan ke malam lain. Sedangkan sepertiga malam terakhir ialah waktu Allah menyeru hamba-Nya untuk berdoa, meminta dan memohon ampun.

Panduan ini menjawab semua persoalan itu langkah demi langkah, menurut mazhab Syafi’e: waktu terbaik, turutan solat sunat malam, niat, doa, hingga amalan pada bulan Ramadan. Mulakan dengan dua rakaat. Itu sudah dikira menghidupkan malam.

Ringkasan

Qiamullail bermaksud bangun beribadah pada waktu malam. Waktunya selepas Isyak hingga sebelum Subuh, dan waktu paling utama ialah sepertiga malam yang terakhir.

  1. Waktu: Selepas Isyak hingga sebelum Subuh. Sepertiga malam terakhir lazimnya bermula sekitar jam 2 pagi di Malaysia.
  2. Susunan: Bangun dan berwuduk, solat dua rakaat ringkas, Tahajjud, solat Taubat atau Hajat jika mahu, berdoa, kemudian tutup dengan Witir.
  3. Niat: Tiada lafaz niat khusus “solat qiamullail”. Niat mengikut solat yang dikerjakan, contohnya Tahajjud atau solat sunat mutlak.
  4. Minimum: Dua rakaat sudah memadai. Tidak perlu mengerjakan semua solat sunat dalam satu malam.
  5. Ramadan: Tarawih juga termasuk qiamullail. Pada 10 malam terakhir, hidupkan malam lebih bersungguh untuk mencari Lailatul Qadar.

Penting: Jika sudah Witir selepas Isyak atau Tarawih, anda masih boleh bangun bertahajud, tetapi jangan ulangi Witir pada malam yang sama.

Baca Sepenuhnya

Solat Sunat Tolak Bala (Panduan Lengkap)

Bagaimana cara solat sunat tolak bala?

Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat tolak bala

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Bacaan doa juga turut disediakan.

Apa yang menarik:

Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Baca Sepenuhnya

NIAT & CARA SOLAT SUNAT FAJAR (Panduan Lengkap)

Bagaimana cara Solat Sunat Fajar?

Ini adalah panduan mudah untuk melakukan Solat Fajar.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Bacaan doa selepas solat fajar juga turut disediakan.

Apa yang penting:

Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk membantu anda yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Mari kita mulakan..

Baca Sepenuhnya

Senarai Solat Sunat: Jenis, Rakaat dan Waktu (Lengkap)

Senarai solat sunat

Ini adalah senarai lengkap solat sunat mengikut mazhab Syafi’e, disusun mengikut jenis, dengan bilangan rakaat, waktu dan pautan ke panduan langkah demi langkah bagi setiap solat.

Panduan ini juga menerangkan solat sunat yang paling afdal, waktu yang dilarang solat sunat, dan cara mengerjakannya.

Ringkasan Solat Sunat

Solat sunat ialah solat selain lima solat fardu. Ia dikerjakan secara sukarela untuk menambah pahala dan mendekatkan diri kepada Allah.

  • Hukum: sunat, iaitu diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.
  • Dua jenis: solat yang disunatkan berjemaah (seperti solat hari raya, gerhana dan Tarawih) dan solat yang tidak disunatkan berjemaah (seperti rawatib, Dhuha dan Tahajjud).
  • Paling afdal: solat Aidiladha, diikuti Aidilfitri, gerhana, istisqa’, witir dan dua rakaat sebelum Subuh.
  • Waktu dilarang: selepas Subuh hingga matahari naik, ketika istiwa’, dan selepas Asar hingga terbenam, kecuali solat yang bersebab.

Baca Sepenuhnya