Bolehkah Lakukan Solat Tahajjud Sebelum Tidur?

solat tahajjud sebelum tidur

Adakah boleh melakukan solat tahajjud sebelum tidur?

Apakah hukumnya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Adakah kalau kita nak lakukan solat tahajud mesti kena tidur dulu?

Bagaimana kalau kita nak solat juga pada hal belum tidur?


JAWAPAN:

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang dikerjakan selepas selepas menunaikan solat fardu isyak dengan syarat tidur dahulu walau pun sekejap dan bukannya dilakukan sebelum tidur.

Waktunya ialah pada waktu malam sampai terbit fajar.

Berkata Syeikh Bujairimi:

Dan katanya selepas tidur itu walau pun sedikit.

Dan sekalipun tidurnya itu sebelum solat isyak akan tetapi mestilah solat tahjjud itu selepas solat isyak sehingga dinamakan dengan demikian itu.

Inilah pendapat yang muktamad.”

(Hasyiah Al-Bujairimi ala Al-Minhaj)

Oleh itu jika tidak tidur dan hendak mengerjakan solat sunat maka tidaklah diniatkan solat sunat tahajjud tetapi diniatkan solat sunat malam atau sunat qiamullail dan seumpamanya.


Kesimpulan

Solat sunat tahhajud ialah solat yang dikerjakan selepas tidur samada tidur itu selepas waktu isyak atau sebelum waktu isyak dan sekalipun tidur yang sekejap sahaja.

Solat tahajjud dikerjakan selepas mengerjakan solat fardu isyak.

Yang afdhal ialah dikerjakan solat tahajjud ini pada waktu tengah malam.

Jika tidak tidur dan ingin menunaikan solat maka boleh ditunaikan solat sunat malam atau qiamullai atau seumpamanya.

Sama ada dikerjakan solat sunat tahajjud selepas tidur atau qiamullail sebelum tidur maka ganjarannya adalah tersangat banyak.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

21 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
fadzilah
fadzilah
2 tahun yang lalu

salam ustaz sunat witir boleh di sembahyang selepas isyak atau kita lakukan ketika mengerjakan solat sunat tahajjud

Fadzilah
Fadzilah
2 tahun yang lalu

Salam ustaz ..saya.msykil tentang solat.ketika.seseorg yang mengerjakan haji atau umrah..insyallah kalau dizinkan untuk ke sana..bagaimana kita nak.mengerjakan solat adakah cara qasar atau jamak atau solat seperti biasa .

fadzilah
fadzilah
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

terimakasih tuan atas pencerahan dari tuan

Nina
Nina
2 tahun yang lalu

Saya balik kerja lewat mlm pukul 3@4 kalau sy terus solat tahajud blh kea

....
....
3 tahun yang lalu

Tapi … Ustaz adnin kata ada 2 pendapat boleh buat sebelum tidur ? Mcm mana tu

pencinta ilmu
pencinta ilmu
Reply to  ....
4 bulan yang lalu

ustaz tak jawab pun soalan ni…

Hasni Maulut
Hasni Maulut
3 tahun yang lalu

Alhamdulillah, setelah berhenti kerja saya dapat menunaikan solat tahajud.. Walau pun masih baru tapi saya rasa khusyuk dan hiba.. Moga Allah perkenankan doa saya utk istiqamah

norli
norli
3 tahun yang lalu

alhamdulillah buat pertama kali dlm hidup sy selama 39tahun ni hari ini pada 10nov 2020 pada pukul 4.30 pagi sy bangun utk solat tahajud.
semoga sy istoqomah aamiiñ

Hamidah Buang
Hamidah Buang
Reply to  norli
3 tahun yang lalu

Alhamdulillah

Fifiana
Fifiana
3 tahun yang lalu

¹alhamdulillah dpt ilmu2 yg sgt baik.smoga memberi syafaat pada diriku dan keluarga.InsyaAllah

Rosidah Mohamad
Rosidah Mohamad
3 tahun yang lalu

Alhamduillah, blog yg sgt membantu. T.kasih tuan.

Sharil bin Yusop
Sharil bin Yusop
3 tahun yang lalu

Alhamdulilah…semoga aku dapat ilmu yg manfaat untuk diriku serta zuriatku…..aaamin…