Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik. Bertenang, Teruskan Berdoa Dan Tunggu Kebahagiaan Itu Datang

Allah tahu apa yang terbaik
Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita. Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita..

 Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang sering kau sebut dalam doamu, mungkin kamu akan dibersamakan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu. “

Di setiap pengakhiran solat, tidak pernah sekalipun kita terlupa untuk mendoakan kebahagiaan antara  kita dan dia.

Tanpa henti meminta semoga Allah mengekalkan hubungan yang dibina atas dasar cinta.

Kita yakin dia yang terbaik.

Yakin dia jodoh yang memang Allah tetapkan untuk dijadikan peneman untuk setiap langkah menghadapi hari-hari yang mendatang.

Kita mahukan segala impian dan harapan jadi kenyataan. Jadi realiti.

Tapi..

…tanpa diduga segalanya hanya sementara.

Semua kegembiraan dan kebahagiaan itu akhirnya terhenti di pertengahan jalan. Segalanya musnah. Hancur berkecai.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Mahu Bersangka Baik Dengan Allah?

bersangka baik
Tidak semua orang mampu bersangka baik denganNya

Bagaimana mahu bersangka baik dengan Allah?

Bila ujian bertimpa-timpa, apakah hati masih mampu bersangka baik denganNya.

Apa kah bibir masih mampu mengukir senyuman,

Apakah air mata masih bisa tertahan,

Allah, Allah terlalu banyak persoalan dan jawapan hanya itu hanya ada pada hati kamu,

Terpanggil untuk bercerita, bercerita tentang bersangka baik. Sangka pada Allah. Sungguh saya bukan lah manusia tanpa, malah saya lah pendosa tanpa noktah.

Namun Allah membentuk saya dengan tarbiah kasih sayangnya.

Jujur, bila mana satu-satu ujian hadir, bohong jika dikata hati tidak bertanya mengapa? Kenapa?

Baca Sepenuhnya

Dari Mana Datangnya Ketabahan Itu Setelah Ditinggalkan?

Kalau ikutkan kisah cinta aku ini, hanyalah secebis kesakitan pada orang lain. Jika hendak dibandingkan dengan kisah percintaan orang lain ada orang lain yang lebih teruk dipermainkan, lebih teruk diperbodohkan, lebih teruk merasai kepahitan itu. Tapi sungguh, sejauh mana aku berada, kesakitan itu tak pernah hilang. Masih terkilan rasa hati apabila mengingati peristiwa itu. Ditinggalkan ketika hati masih sayang.. Ada …

Baca Sepenuhnya

Kamu Wanita Yang Kuat: Jangan Dibuai Oleh Perasaan!

perasaan
perasaan

Hati dan perasaan. Sebagai kaum yang sentiasa dianggap lemah, wanita perlu berjuang dengan kuat untuk dihargai dan dihormati

Wanita, janganlah mudah meminta untuk dikasihani.

Wanita yang kuat akan selalu bangkit ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama.

Dan dalam menjalankan apa sahaja aktiviti, wanita hendaklah dengan logik daripada perasaan meskipun pada kenyataan, kita sebagai wanita cenderung menggunakan perasaan dibandingkan logik akal.

Baca Sepenuhnya