Kamu Wanita Yang Kuat: Jangan Dibuai Oleh Perasaan!

perasaan
perasaan

Hati dan perasaan. Sebagai kaum yang sentiasa dianggap lemah, wanita perlu berjuang dengan kuat untuk dihargai dan dihormati

Wanita, janganlah mudah meminta untuk dikasihani.

Wanita yang kuat akan selalu bangkit ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama.

Dan dalam menjalankan apa sahaja aktiviti, wanita hendaklah dengan logik daripada perasaan meskipun pada kenyataan, kita sebagai wanita cenderung menggunakan perasaan dibandingkan logik akal.

Sebenarnya, kita perlu berfikir tentang baik buruknya suatu perkara yang sedang dan akan berlangsung di hidup kita.

Bila dikatakan hidup itu rumit, melelahkan, sulit dan sebagainya, perkara ini tidak selalunya benar.

Meskipun kadangkala kita mengalami kerumitan dalam hidup yang membuat kita down, namun jika kita berfikir dengan jauh, sebenarnya  Hidup ini terlalu singkat untuk dibuat rumit.

Ada perkara dimana, kita harus berehat sejenak.

Menghirup udara segar, sambil memejamkan mata dan menikmati angin berdesir yang akan membuat beban kita seolah – olah terlepas.

Ada sahaja yang membuat perasaan kita gundah gulana, sedih, kecewa, marah dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi bila kejenuhan hati sedang kita rasakan.

Banyak orang yang memutuskan untuk “menghilang sejenak”.

Wanita  memang memerlukan waktu-waktu tertentu untuk kita berehat sejenak.

Menghindari dari segala kerumitan yang ada, yang tentu timbul dari sebuah perasaan.

Saya hanya ingin menjalani sesuatu sesederhana mungkin dan tidak ingin dibuai dengan perasaan..

.. kerana saya merasa bahawa kaum wanita kadangkala menjadi mangsa buaian perasaannya.

Bukan tidak boleh untuk berangan, tetapi janganlah berlebihan.

Kerana sesuatu yang dilakukan secara berlebihan hasilnya belum tentu baik. Betul kan?

Kita harus memiliki standard sendiri untuk memilih perkara yang  baik untuk kehidupan kita.

Kalau sentiasa mengikuti kata perasaan, tentu yang diperolehi adalah kecewa dan sakit hati yang ada pada diri.

Padahal banyak yang dapat kita hargai dari dalam diri kita.

Tanpa perlu mendapat penghargaan dari orang lain.

Percayalah bahawa keletihan, kepenatan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya akan dapat kita lalui semuanya.

Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan beruraian air mata.

Tak mengapa, bukankah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa?

Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.

Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain… Tetapi kembalilah pada rasa yang ada dalam dirimu agar engkau gembira.” [Syaikh ‘Aidh Al-Qarni]

Kadangkala, bukan suasana yang harus diganti… Tetapi rasa di dalam hati yang perlu kita perbaiki“. [Tarbawi, 6 Mei 2010]

Kita perlu bijak mengawal perasaan kita, berfikiran logik, dan tidak gelabah dalam bertindak.

Apabila kita  merasa harga diri kita hancur, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dan berusaha lebih untuk menghargai diri kita sebelum kita ingin dihargai orang lain.

Don’t waste your time.

Masih ada kesempatan jangan terlalu dibuai oleh perasaan.

Berhentilah mengeluh dan bangkitlah..

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari kami melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

23 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
Renitalisa andika
7 bulan yang lalu

Intinya harus juga berfikir positif
Dan nikmati masa masa yang ada ini semua pembelajaran.Terimakasih

Shifa
11 bulan yang lalu

Suka

Sikha
1 tahun yang lalu

Artikel yg sangat bagus 🙂

Umiey ShaUmairah
1 tahun yang lalu

Banyak ilmu dan pengajaran yang boleh di timba dari artikel di atas, sekurang kurangnya boleh membuat kita berlapang dada untuk menyelesaikan beberapa masalah yang masih belum dapat diselesaikan…

april
2 tahun yang lalu

terimakasih, tulisannya sangat bagus dan menginspirasi:-)