Aku & Dia Dah Putus…

putus
putus

Assalamualaikum

“Aku dan dia dah putus…”

“Kenapa?”

“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”

“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”

“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”

“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”

“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. Separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni… Tidurlah dah lewat…”

“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum ” ada…mudah.”

“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“So sekarang?”

“Aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah… Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”

“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”

“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “

p/s :  Semoga bermanfaat :)

.

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain

PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain

BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

137 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
Zulkifli hj ishak
3 tahun yang lalu

Sedihnya…

maggelo
7 tahun yang lalu

aku dulu terlalu sayangkan bf aku, sampai segalanya aku bagi walaupun aku tahu bf aku tu adalah tunangan orang. dia sayangkan tunangan dia, tapi dalam masa yang sama dia menyayangi aku. selepas aku kantoikan pasal aku dgn dia, dia terus tnggalkan aku. masa tu aku terus jumpa bf aku yang baru. aku harap perbuatan aku ni tidak terbalik kepada diriku lagi.

mai sara
Reply to  maggelo
5 tahun yang lalu

sama dgn sy.tp sy kenal dia dari sblm dia bertunang.dah tunang pun dia rahsiakan.sampaila sy tau perkara sebenar.tp lepas tau pun sy still kawan dgn dia tanpa pengetahuan tunang dia.bila sy cerita perkara sebenar dekat tunang dia ,dia tinggalkan sy terus.tp dalam masa yg sama salahkan sy semuanya atas apa yg jadi.even sebelum ni dia yg cari sy.tpi sampai sekarang sy belum ada pengganti lagi.xcukup kuat lagi nak lupakan dia

ms rumput
7 tahun yang lalu

Woww. Such an eye opener article. Lama aku cari perumpamaan kisah cinta aku. Akhirnya aku dpt satu. All my life, semua yg aku nak aku dapat. So aku jd xbersyukur, aku asyik tak puas hati. Kisah cinta aku, aku rasa sempurna, sbb dia mmg syg aku. Tp ntah knpe ada je yg tak kena, so aku yg slalu mntk putus. Smpi lah satu hari dpt tahu yg dia ada org lain. Woww. Meroyan nya mmg tuhan je yg tahu. Lama juga nak terima. Tp lps brpe bulan, mama aku meninggal dunia, betul2 rasa kena tampar yg maha hebat aku hari tu. Baru aku rasa hikmah putus cinta tu. Allah nak ajar aku bersedia. Sbb lps hilangmama xde apa yg lebih menyedihkan dr tu :)

Icha Darwisa
7 tahun yang lalu

Alhamdulillah terjumpa artikel nie….tiga minggu saye putus cinta….mmg kena batang hidung sendiri..kisah nie betul2 sebijik mcm yg saya alami….saya pasti yg Allah masih sygkan saya…dan gerakkan hati saya utk putuskan hubungan yg tidak halal demi kembali kpd pemilik cinta yg hakiki….

mohd firzan
Reply to  Icha Darwisa
7 tahun yang lalu

Setiap yg tjadi ada hikmah n sebab nyer…Allah da tulis dlm khdpan msg2… Andai ssuatu phbgn tu tputus d tgh jln…tu bkn sbb slh [email protected] diri kita…tu semua kuasa Allah… Allah nk berikn kita yg lbh [email protected] untuk diri kita…biar kecewa awl,ubat luka yg parah d hati…masih ada lg tuk kita [email protected] ruang pd yg lain…yg lbh memahami n blh jaga diri kita selama nyer :-)

Shuhada Ridzuan
Reply to  mohd firzan
5 tahun yang lalu

setuju..insyaallah..mohon allah jaga diri ni, smoga dgn apa yg jadi menjadikan kita hamba allah yg hakiki..& bertambah yakin dgn kuasa allah..amiin..insyaallah..

hamba allah
7 tahun yang lalu

subhanallah . terkena batang hidung sendiri . mcmtu la saya hadapi . lg sbulan nk tunang dia bole ckp takdak perasan kat saya . sdangkan bercinta dh 9tahun . sekelip mata hilang cmtu ja . susah nk pcya . tapi saya pcya ada hikmahnya. puas pujuk hati . alhmadulillah walaupn xpulih sepenuhnya . tapi saya ttap bgn berdiri spt dlu . doakan saya :)