
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
Assalammualaikum… Sy nk ceritakan tentang sy smpai sekrg sy masih x boleh lupakan dia… Pengenalan sy dgn dia hampir masuk 5 tahun 1 tahun bercinta dan 4 tahun berumah tangga… Dulu sy selalu ad masa dgn dia smpailah sy berkerja malam sy terpaksa tinggl kan dia berseorangan..dlm dia berseorngan itu dia dpt kawan seorg lelaki… Mula2 sy berat untuk mmberi dia berkawan sbb lelaki kalau prempuan tu sy x kesah lah… Smpai satu tahap wktubsy berkerja meraka hari2 bersama keluar smpai dia anggap sy x bg dia perhatian.. Sy bg perhatian sy whtapp dia setiap masa wktu sy berkerja tp dia asyik marah dgn sy saya sabar… Last sekali hujung tahun mahkamah call sy untuk tuntutan fasak sy terkejut… Tnpa berbincang dgn sy dia terus buat tuntutan… Dia mengunakan wakil peguam biro wanita… Jdi sy terpaksa melepaskan nye… Sbb dia ckp dia dh x rasa cinta dn syg kepada sy waktu itu hati sy sgt sakit menagis dlm mhkamah tnpa seorg pon yg mengiringi sy… D mahkamah… Selepas sja sah jatuh talak tu sy pergi rumah famly dia untuk mmberi nafkah alang terkejut nye famly dia ckp dia x de d rumah… Sy cuba cari dia dn mmbe sy bg tahu yg dia setiap hari ad d rumah kawan laki dia tu… Setiap kali wktu sy ingin melupakan dia.. Dia dtg dkt sy pergi mna2 sy akan terserempak dgn dia… Wktu dia seorg dia layan sy baik mcm dulu2 tp wktu dgn lelaki tu dia layan sy mcm anjing… Smpai satu tahap dia pernah hina sy dpn org ramai… Lepas tu dia cht sy dia mntk maaf… Skrg hari2 dia akan cht sy walaupon sekejap.. Dan ad masa dia berubah hina dn maki sy… Lepas tu baik semula dn bergitulah setiap hari… Su cuba x balas chat dia… Tp dia call tanye kenape x balas chat… Smpai lah hari ni… Sy x boleh lupakan dia…
dia nak main2kn peasaan awak tu. cuba fikir knp dia kejap layan awak baik kjp tk.. qowiy ye
jalan cerita sama sangat dengan apa yg saya lalui, tapi sekarang masih lagi tengah cuba nak lupakan dia, perlu ada orang yg beri perhatian yg boleh bagi semangat????lemah sangat rasa, deep bro????
Assalammualaikum ini dri hati saya apa y t’tulis d atas tue memang the best the best word in the world ok i like that sya sangt t’sentuh semua d ats tu mmbuat kn sy mangkin kuat n bg peringatan bg sya biar bagaiamana pun seseoarg yang kita syg tpi akikatnya dea b’khwn dgn org lain hanya allah saja y tau isi hati ku masa tu aku rasa xboleh trima rsa nk bunuh but sya cubs kentalkan aty supya tak buat perkara bodoh tue skrg sya boleh trma dgn pelahan2 insyallah ak cuba lg untuk tbah kan hati ku kentalkan hati ku supya allah dpt sembuhkn luka d aty biarpun perit susah nak trrima kenyataan yang kmi tiada jodoh insyallah sya redha ketentuan ilahi insyallah sy cuba lupakan dea hanya allah saja saya b’tawakal thankz sms d atas i give 5star for you semua nya ada hikma dsebliknya yes true ingat y dluar sana ada gf atau boyfriend trima lh dea seadanya jgn sia sia kan suka sma suka jumpa mak n bpanya jgb biar kn aty seorg pompuan tluka dsbbkn chnta ..jga hubgn hingga dunia akhirat tu lgi trbaek bukan ada gf/bf broken lps tu masing2 nak kena kn y tak tau apa2 kecian beb pikir pasal aty n perasaan ok sy respect boy tiada kata lain lelaki sbb abg n bpa sya seorg llki sy tk pernah kecewakn merka apatah lagi org y aku btl2 syag ada jodoh kita bertemu lagi insyallah assalammualaikum slmt malam
Whatsap: wasap.my/0178340249 cmc bila ada pluang untuk berbicara
Assalamualaikum. Situasinya, macam mana hendak melupakan orang yang pertama kau suka kan. Sedangkan, orang yang pertama kau suka kan itu tak sempat kau bagitahu sebab kau tahu dia sudah disukai oleh orang lain. Dengan masa sama kau mengunduri diri kau dengan hendak buka buku coretan kehidupan yang baru memilih kawan baik kau sebagai pasangan hidup. Malahan, orang pertama kau suka itu datang kembali rapat dengan diri kau. Persoalan nya, hati sekarang tak tahu nak jauhi diri sendiri daripada dia dan ingin menjaga pasangan hidup yang kau ada sekarang.
a.salam.sy rasa apa yg dicerita kanoleg suda sngt mmbantu tp bknsy.sy aku beri cthorg yg sy syg ada hubungan sulit dgn kawan baik sy sendiri .mereka sembunyikan spasl hubungan merek dia sy .pada suatu allh telah tunjukkan sy kebenarannya yang terselindung dari pangetahuan sy .sy sngt marh kepada kekasih sy tersebut.tpi sy sedar apa yg sy blh buat sy hanya berserah kepada allah supaya allah tunjukkan sy siapa yg bolg menjadi bidadari sy sampai ke syurga.
sekian terima kasih
Hai semuanya…mungkin di balik curhatan sya ini, yang membaca ini dari sudut pandang sya yang salah, tp apalah terkadang kita sebagai makhluk manusia selalu berubah – ubah dan selalu berharap penuh sama seseorang, saya sudah mulai suka sama seseorang yang notabene sudah mempunyai keluarga, mungkin krn sering bersama krn kebetulan kami satu kantor hampir tiap hari bertemu akhirnya timbul perasaan saling suka, kami menjalani hubungan ini tp dekat2 ini sikapx sudah mulai berubah tidak ada lagi komunikasi lwt telepon sedangkan saya smakin timbul perasaan sayang sama dia, dengan sikap cueknya dia sya juga mengambil kesimpulan untuk cuek dengan dia, walaupun perasaan sya sma dia masih sayang.sya juga harus berusaha untuk melupakan dia dan susahnya untuk melupakan krn kami hampir tiap hari bertemu.
tinggalkanlah dia.. lupakan dia.. kerana ada yg lebih baik untuk kamu di masa hadapan.. janganlah diganggu org yg telah berkeluarga. nanti akan menyiksa diri
Itu akan mnimbulkn masalah saja ok move on ok biar seseorg tu mmbuat kptusn sndr jgn gnggu hbgn y sudh punya kluarga tidk baek
Hai teman-teman semua,,bersyukur la kalian dpt melupakan pacar/mantan anda,,
ya allah kenapa dengan ku,,blm bsa melupakan nya.
kenapa harus begini akhir cinta ku.
kenapa kenapa semua ini,,ya allah kuat hati ini yg selalu rindu pada nya.
saya berada agak kesulitan kerana saya tidak tahu perasaan orang yg saya cintai itu betul cintakan saya atau tidak sebabnya dia sering membandingkan orang lain yang dia minati melebih lebihkannya lebih daripada saya walaupun kami sememangnya berhubungan tetapi saya masih tidak faham apa tujuan dia untuk cintai saya sedangkan dia meminati orang lain berulang kali saya tegur kemudian dia mcm marahkan saya berunsurkan perlian dan menghantar text yang ringkas dan menyakitkan hati seperti dilayan macam orang biasa aja berbanding sebelum2 ni dan tidak pun fahami hati saya oleh sebab itu perasaan cemburu saya mula muncul dalam keadaan yang sama saya berasa marah tapi tak gamak nak memarahi dia sekadar menegur itu pun membuatkan dia macam tak ada apa2 baginya.sukar saya untuk membuat keputusan dalam masa yang sama saya juga berasa malu sesangat dngn diri saya orang yang saya cintai hakikatnya dia juga mempunya hati terhadap orang lain hmmm (CRUSH KEPALA BUTUH)
saya berpisah karna adanya orang ketiga, tapi sosok wanita. wanita itu muncul dari game online (ML) ;'(
dia berkenalan dengan pacar saya lewat game itu.
saya berpisah juga karna sifat saya yang buruk sellu merendahkan dia, mungkin dia merasa derita sama saya.
saya bnr” mencintai dia, saya bingung apa yang harus saya lakukan :'(
saya sudah meminta maaf, tapi dia tidak merespon :'(
apakah ini karma ? ;”(
Assalamualaikum ,,
Sy berumur 23tahun, nurse..
situasi sy berbeza pula,,
sy sudah bertunang. Dan sekarang ni dia ada perempuan lain, dia kerap sangat beritahu yang dia nak putus..
so,, sy ingat kami telah pun putus dan dia sudah maklumkan pada fmly dia..
setelah hampir 7 bulan dia datang semula kpd sy meminta maaf dan ingin berkahwin dengan sy pada bulan 3 ni,. Sy menolak dengan bermacam2 cara.. cara baik, marah2 smua tak berkesan..
sekarang ni mak dia tengah sakit, dia berharap sy boleh menjaga mak dia…
Apakah tindakan yang perlu sy ambil..? Sy dah beritahu yg sy dah nak berkahwin, dan tak ada perasaan lagi pada dia..
asslmmualaikum,, kish hmpir sma sia dgn pnulis artikel ,, just sy di pihak yg terpaksa meninggalkan ,, krna sy mghormati kehendak parents si dia ,, yg xmau kmi ada apa2 hbgn ,, krana perbezaan agama ,, sy mlepaskan dia dlm keadaan sy masih syg ,, yang menyakitkan lagi ,, setelah sy ada pengganti ,, dia dtg dn tuduh sy mcm2 ,, dan turut menghina sy ,, setelah dia pn dh jumpa pengganti yg juga seagama sy ,, betapa perit nya dihina org yg pernah kita syg ,, namun sya redha ,, walaupun hti sy masih terasa sakit nya sampey sekarang …
Assalammualaikum ,, kish sy sma saja dgn kisah penulis artikel ,, cuma sy di pihak yang meninggalkan ,, sy menghormati kputusan parents si dia ,, yg xmerestui hbgn kmi krna perbezaan agama ,, namun yg menyakitkan sy kna lpskan dlm keadaan masih syg ,, nmun itu shja pilihan yg sy ada ,, yang menyakit kan lagi ,, saya turut dihina oleh si dia sendiri ,, setelah dia bertemu org sama Islam dgan sy ,, perit sy rasa sampai skrg ,, hinaan dn tuduhan dri dia org yg sy pernah syg ,, namun siapa say nk lwan takdir ,, sya redha walaupun hati masih terasa sakit sampai sekarang ..
Lepaskan ingatan seperti mana kita melepaskan hajat di dalam bilik air, apa nak diingatkan.
Setiap pertemuan & perpisahan itu bersebab.. Mungkin aku terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, cinta & sayang aku pada dia melebihi cinta & sayang aku kepada Allah. Kepadamu ya Allah aku hadapkan segala kesusahan & dukacita ku.
Sangat berat memang u lupakan sosok yg kita sayangi,,,
Sy ibu tunggal knal seorang lelaki dlm masa yg singkat dia ciri laki idaman sy,,pd satu hari ex hb sy serang dia, sruh dia tinggalkan sy dan dia telah pn tinggalkan sy tp sy xmampu lupakan dia.. Ex hb sy pujuk sy utk berbaik semula tp sy x sanggup hidup dgn dia dh, xsanggup di maki hamun
Trimaksih telah membuka sesikit wwasan ini..
Hampir semuanya sudah di lakukan tapi saya masih merasa dia itu ada.. bahkan saya tidak bisa menerima kedatangan yang lain.. bagaimana ini apa kah saya harus terus begini apa ada solusi lain..
Saya juga pernah jatuh dan luka oleh perempuan hampir 3bulan saya terbaring di ranjang. Tapi ada sabat sya yang trus memberi semngat. Intinya kita harus berusa berubah dan menjadi orang yang hebat supaya di menyesal tlah menyepelekan kita
Iya benar kata kakak, saya juga berpikir demikian ;'(
Tapi saya baru berpisah beberapa hari, sulit untuk bangkit seperti itu kak. Meskipun ada sahabat yg selalu support kita :”(
sabar kak, mintalah doa kepada ALLAH .SWT ;”(
saya juga begitu sma seperti kakak :”))
still ingat die walaupun aku tahu cinta ini terhalang,aku akan cube utk teruskan dekad di ati utk melupakan terus die dalam idup aku.tp mampukah aku utk berbuat demikian ??but aku akan cube!!
Restu org tua tu penting.. now try to move on.. tanpa restu mereka jiwa x tenang.. saya dah laluinya… lebihkan cinta pd Allah Rasulullah n Al Quran..
Aku udah 4 tahun cinta bangat sama seseorang, gak bisa ngelupain dia, dulunya dia tetangggaan sama aku .. tetanggaan cuman beberapa tahun..kemudian dia pindah keperumahan yg lebih elit.. pergaulan dia juga elit.. cewek” yg dekat sama dia juga bukan cewek biasa,yaaa cewek yg elit juga. Dia punya tabiat yg super cuek,sombong,gak sopan (kadang) . Penampilanya super bersih, agk manja, kulitnya putih bangat, gak pernah kelihatan jorok sama sekali. Aku gak tau kenapa aku bisa suka sama dia.. aku pendam rasa suka itu bertahun tahun .. walaupun tinggal satu daerah tapi aku jarang ketemu sama dia karna dia punya pergaulan yg banyak juga. Aku tahu semua tentang dia dan hampir satu kampung juga tau kalau aku suka sama dia gak tau mereka tau darimana sampai paman dan keluarganya juga tahu, aku udah sering bangat ngejatuhin air mata buat dia .. rasanya sakit bangat suka sama seseorang tapi org itu gaksuka sama kita atau karna dia ngrasa gak selevel sama aku aaapa menurut dia aku jelek aku gak tau.. susah bangat buat nghubungin dia karna dia org nya cuek bangat.. jadi selama 4 tahun belakangan ini aku udah buat 4 akun setingan buat nge hub dia tapi gak ada respon yg malah aku yg aku buat malah d block. Aku nyoba lagi aku ngehub dia via wa aku kirimin dia psn tapi gak di respon.. lalu telp dia tapi gak di angkat.. 30 mnt kemudian dia ngirim psn balik kamu siapa sih dia blg kaya gitu .. dia nanya ini siapa padahal aku udah buat profille masa dia gak liad atau gak knl ? Aku bilang kamubsombong bangat ardi dia cuman ngeread doank.. disitu aku ngerasa dia emng gak ada rasa.. akunaja kayanya yg harus lebih tau diri untuk gak suka ke cowok yg lebih dari aku.. padahal aku udah nerima dia apaadanya kalo seandainya dia mau sama aku walaupun aku tau dia penyakitan
Bagaimana caranya menghindar saat dia masih dalam pandangan ? bagaimana caranya meninggalkan saat dia ada disekitar kita ?, senyum adalah ibadah namun apakah harus berbohong untuk terlihat kita telah menerima kenyataan ?
No 6. Hindari semua perkara tentangnya.
Apakah saya harus menghindari masjid tempat saya pernah sholat bersamanya ?
Apakah saya harus menghindari alquran yang saya pernah baca bersamanya ?
Yang saya tau menghindar tak akan memperbaiki masalah..