
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
Saya juga baru pertama Kali merasakan cinta y begitu dalam kepada seOrang wanita.
Akan tetapi prasaan dia terhadap saya saya rasa sudah brunah untuk skarang.
Skarang saya ingin mencoba nasehat dari anda …!!!
Smoga bisa mengobati hati saya y sedang terluka Parah…
Amin
Saran saya lepaskanlah jika dia benar2 mencintai anda maka dia akan kembali.. Jangan merendahkan diri di hadapan wanita.
Terimakasih, saya akan mencobanya.
Saya tahu ini susah. Semoga Allah memberkati kita
Saya dan dia berhubungan 3tahun lebih… Dipertengah perjalanan hubungan kita, kita pisah dikarnakan keluarga kita saling tak merestui.. Dan saya selama berhubungan sama dia tidak pernah dikenalin kekeluarganya selama 3tahun lebih…
Akhirnya saya berpisah..
Dan selang beberapa bulan saya dilamar oleh lelaki lain (temen kerja), kasih saya solusi agar saya bisa melupakan mantan saya yang 3tahun itu dan agar saya bisa menerima calon saya…
Terimakasih pak
Ya insya allah sy akan mencoba move on dan melupakan semua tentang dia sedih rasanya melupakan seseorang yg kita cintai tapi ingat kawan cinta sesungguhnya adalah cinta allah swt.yg maha mengetahui apa yg tidak mahluknya ketahui
Aku tidak tau apa yang salah dari diriku tiba2 memutuskan hubungan begitu saja rasanya dada terasa sesak padahal aku benar2 tulus dan ingin melamarnya, ku sadar aku terlalu sayang padanya hingga melupakan posisi no 1 itu Allah, entah apa yg akan terjadi dihari esok rencana Allah lebih baik, melupakan dan dilupakan ternyata tidak mudah banyak sekali yg ngalamin
Saya dan dia berpisah akibat saya belajar jauh dari dia, saya belajar dkt kl, selepas 4 bulan saya tidak contact dia dan tidak jumpa dia disebabkan assignment saya yg bnyk, tanpa pengetahuan saya, dia curang belakang saya sedangkan saya dgn dia sudah setahun 6 bulan. Dia buang saya begitu sahaja dan dia memilih org baru tu dripada saya, sakit hati ini . Hidup dah xbrsemangat ,exam dah nk dekat… dia pulak taik dan sakitkan hati saya.. sakit sangat. Dia bahagia dgn si org baru tu. Tapi saya sakit.
Saya dan dia masih saling menyayangi.. tapi dia terpaksa kahwin dengan org yg bukan disukai atas sebab mengenang budi. Salah ke saya mengharap.. sekarang dia tunang kepada laki tu. saya tahu dia akan kahwin tak lama lagi. Apa tindakan yg patut saya ambil ? Kami saling berhubung.
Mksh ya kk, sngat mninspirasi aku.
Semenjak hub ku berakhir dengannya Refli diansqh aku berubah menjadi wanita yg lebih baik lg dia yg membuat hidup ku hancur aku ikhlas melepasnya walaupun itu sakit butuh waktu dan sampai saat inipun rasa sakit itu tidak bisa ku lupakan dia laki” yg jahat bahkan sangat jahat dia memberi kebahagian dia pula yg mengahancur hidup ku sunggu aku membenci tapi tidak sedikitpun ku balas rasa sakit ini biar allah yg mengadilkan rasa sakit ini
Saya merasakan hal yg sama… Saya merasa hancur dan saya yg melepaskan , justru menjelang hari lahir saya ..harusnya saya bahagia tp ada suatu hal yg membuat saya meledak dan akhirnya keluar kata2 kehancuran dan cerita 7 thn suka duka, berjuang, saling support saling jaga dan semua hal yg d lalui bersama… berakhir dalam kedipan mata …. Akan sangat berat menjalaninya karena setiap sudut dan ruang ada dia… Rute perjalanan pun ada dia … Hanya berserah diri kepada ALLAH, mohon ampun , mohon petunjuk agar senantiasa ikhlas… Saya yakin meski tidak berkenan ini adalah cara Allah memberikan sesuatu yg terbaik untuk saya suatu saat nanti … aamiin..
Susoh nok lupee…jdi bnci ade lah
Yaallah :)
Jika ini jalan yang terbaik hamba ikhlas yaallah :)
Melupakannya memang butuh waktu :)
Tapi harus dilakukan bahwa memang dia bkn yang terbaik
Jika allah menakdirkannya ke kita dia pasti kembali
Tapi itu hanya allah yang tau jalan semuanya
Amiinnn,,, serahkan semua kepada Allah yang membolak balikan hati manusia
Hati x kuat utk lupakan dia dah mohon pada allah… 3 thn dh berlalu
Malah kdg2..tu keliru ada mohon pd allah mta dia kembali
Buntu x tau apa nk buat cuba tuk melupakan tp sukar Cuba tuk bnci jg x mampu
Ya allah bantu la hamba mu ini utk melupakan org yg penah bertakhta dalam hati ni,xtertahan lagi rasa nya,nk mngadu pd ibu bapa pun da tak ada,apa yg harus sy buat utk keluar dari kemelut ini,smpai bila sy harus hdup dalam kemurungan dan teringat bekas kekasih,da lbih dua bulan dia meninggalkn sy,tp sy masih berharap agar dia akan kembali pd sy
Allah…. susah betul nak lupakan org yg kita syg… fikiran buntu… hati masih tak dapat terima kenyataan… hati berharap walaupun hakitatnya peluang tu dah tak ada… semoga Allah hilangkan rasa syg ni… semoga hati ni redha atas apa yg terjadi…
Mmg susah utk lupakan segala kenangan dgn org yg kita syg..Tak mudah,tapi percayalah Allah tu Maha Tahu segalanya krn semua yg terjadi adalah dari aturanNya juga..kalau syukur sedih..sy rindu pd dia..sy doa pd Allah…sy mengadu hanya pd Allah…sy tahu dia yg mengatur segalanya ada sbb musababnya yg tersendiri…Lama2 hati jadi redha..Alhamdulillah sy sngt bersyukur Allah memberi perhatian pd sy dhn ujian yg hebat nie…skrg sy dh ok InsyaAllah,kenangan makin berlalu seiring dgn masa… :)
Sebenarnyaa saye dah lupakan dia tapi.. tiap malam saye selalu rindu dia Kenape ye ?
Adakah die pun rindu saye?
Tolong ade siape boleh jelaskan ?
Alahamdulillah
Slm kenal..sy seorang istri dan seorang ibu dr 3 orng anak..rumah tangga sy sdh 17 thun lamanya..bnyak kenangan pahit dan manis yg sdh kmi lalui..dan hampir” sy bercerai..skrng” tumbuh lg perubahan dr diri suami sy sprti dl..syng sy terlalu cinta syng dan kebentur sm ank” jg ..jd sesakit apa pun dan separah apa luka hati yg sy terima dr suami ttp sy menerimanya..susah nya saya membenci dan melupakan dia..sy ingin sprti dia cuek dngn ank istri dan happy” kesana kemari tanpa juntrungan ..berat kaki sy untuk melangkah ..apa krna sy tidak punya teman dan sy tidaj bekerja x ya..jd sy sering menyediri dan menghabiskan wKtu sy hy untuk ank” sy..bingung sy hrs berbuat apa ..yg ada hnya kesdihan dan terus kesedihan setiap hrinya..oh tuhaaaaaaaaan
Thankyou tip nya..tip nya semoga saya bisa lebih baik lg…dan ga ingt dia terus mungkin dia bukan jodoh ku :)