7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari kami melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

1097 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
enora
3 hari yang lalu

saya mengalami situasi yg sama… perhubungan yg tak direstui… walaupun berkali kali kami cuba utk bsatu… tapi disbbkan keluarga saya tak merestui.. jadi saya akur utk melepaskan dia… perhubungan kami selama 4 tahun… susah senang bersama…dri dia naik motor sampailah dia ada kereta… kami sama² lalui.. siap dah jmpe family dia…sanak saudara dia.. dah kenal semua org sekeliling dia… haah..😞 perit rasanya… mmg susah utk kita lupakan kenangan itu..
now sy dah berkahwin dan si dia pun dah berkahwin..harap masing² bahagia till jannah…. “yg berlalu biarkan berlalu pergi, yang ada sekarang kita cintai dan hargai
insyaAllah… aturan Allah swt itu baik.. fikir yg baik²… sayangi diri sendri , jgn trus mengingati …🌼

Abg edd
8 hari yang lalu

Kuatkanlah semangat, sy memang sukar terima kenyataan, bercinta sejak zaman universiti, sehinggalah masing2 kerja, susah senang, jatuh bangun bersama, dia lah tulang belakang bagi saya, saya juga lah tulang belakang bagi dia, tapi cinta ini tidak direstui, tapi kami masih teruskan juga sehinggalah dia ditakdirkan berjauhan, si dia pula berjumpa dengan yang lain.. dia dilemma, dan sy memilih untuk undur diri kerana dia mempunyai masa depan yang cerah, sy korbankan cinta sy utk dia.. tapi sy yang sakit, amatt sakit bila mengenangkan setiap memory yang lalu, saya tak kuat 😭

Onie Aimanreeza bin Abdul Azim
21 hari yang lalu

hai assalam,
sye Aiman,sye juga baru sahaja terjadi perkara yg sye xnk pun brlaku,
sye rse mcm xleh move on sbb dielh org yg pling sye syg,sye rse mcm xde impian dlm hidup ni😔😔😔
sye bercinta dgn org indon nmenye aulia,tpi aulia dijodohkn dgn org lain melalui ayhnya,
mohon minta bnyk lgi tips untuk melupakn org yg sye syg,
terima kasih

cempaka
1 bulan yang lalu

Perkataan “move on” ni memang mudah nak ucapkan.. tapi nak melaksanakannya hanya Allah jer yang tahu bertapa perit dan susah nak lupakan dia..
walau hati berat rasa cam nak remuk sudah bnyk air mata keluar sampai kering rasa…kadang2 otak serabut pikir sampai bila nak sedih sbb dia..nak hadap dia lagi cam xrasa bersalah 🥺🥺hnya Allah tmpt sy mengadu, tmpt sy melepaskan tangis..rasa cam xkuat rasa..ya Allah kuatkan la hamba mu ni ya Allah..

Bunga
1 bulan yang lalu

Sy jua punya masalah yg sama…., perlu berpisah..perlu lupakan dia…kena paksa diri…walau hati berat, langkah longlai.. sudah bnyk air mata..kdg2 otak sy entah kemana..semua celaruuu ..serabutt…hnya Allah tmpt sy mengadu, tmpt sy melepaskan tangis sy… Sy tahuuu seiring masa, smua ni akan pergi jua. Dna maslh yg paling perit dn berat bgi sy, sbb hari2 sy kena hadap dia..hari2 kna tngok kete dia..ya Allah kuatkan akuuu….

cempaka
Reply to  Bunga
1 bulan yang lalu

hi bunga sama2 la kita kuat.. mmg hati ni rasa xbole move on tp kadang2 pikirkan kita je yg pikir smpi kije pon xbole nak buat..