Bagaimana untuk melepaskan masa silam dan move on?

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan..
Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi.
Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.
Cukuplah sekali hati kita pernah hancur.
Oleh itu, tutuplah kisah lama dan buka halaman baru.
Apa yang penting adalah untuk membina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda.
Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.
Saya tahu, move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. I’ve been there.
Sekali hati kita sudah terguris, parutnya akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan air mata.
Tapi percayalah, setiap kepayahan dan keperitan yang anda lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya.
Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:
1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam.
Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?
Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya.
Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.
2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur
Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.
Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar.
Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.
3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri.
Sebaik sahaja anda boleh mengatasi itu, anda boleh mengatasi apa-apa sahaja yang mendatang.
Belajarlah menjadi bijak.
Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting.
Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal. Mintalah panduan daripada Allah.
3. Bagaimana untuk melepaskan masa silam dengan senang?
Tidak semudah yang disangka.
Sebab, kadang-kadang…
…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru.
Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.
5. Hanya anda boleh mengawal diri anda
Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri.
Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems.
It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.
6. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan
Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya.
Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi.
Ia bukan bermakna kita lari dari masalah, tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.
Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.
Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.
7. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara?
Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku.
Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya.
Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan.
Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan. tidak.
Bersabar.
8. Macam mana untuk faham ibrah sesuatu perkara?
Akan tiba suatu masa dimana anda mula ‘memahami’ sesuatu perkara, dimana pada saat itu anda telah berhenti untuk mempersoalkan setiap perkara yang terjadi.
Pada saat itu, anda akan menemui kembali ketenangan yang dicari apabila anda benar-benar telah melepaskan semuanya pergi.
Takdir kadangkala tidak memerlukan kita untuk faham. Kita cuma perlu untuk menerima.
Giving up and moving on are two very different things.
9. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti.
Bersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya.
Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita.
Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dipermudahkan hidup.
Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong.
10. Belajar daripada kesilapan lepas
Sebenarnya, perkara yang sukar adalah bukan untuk melepaskan masa silam, tetapi kita takut untuk memulakan kembali hidup kita.
Past is the past. Learn from it and begin again.
This time always pray Allah shows you better way.
11. Melangkah ke jalan kehidupan baru memang sukar ..
..tetapi tidak lebih sukar daripada terus tinggal dalam satu kisah yang tidak lagi wujud, yang tiada lagi kaitan dengan diri kita.
Sometimes there are things in our lives that aren’t meant to stay.
Sometimes the changes we don’t want are the changes we need to grow.
12. Kenapa kita patah hati dan dikecewakan?
Kadangkala Allah patahkan hati kita untuk menyedarkan kita, untuk membantu kita melepaskan, untuk menunjukkan bahawa kita lebih layak terhadap sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita kejar.
Allah tidak mahu kita terluka lebih dalam.
Tuhan selalu tahu apa yang terbaik.
Jadi perbanyakkan doa dan perbaiki diri kita sendiri dahulu.
13. Kita merasa tidak bahagia kerana kita tidak mahu menerima takdir yang Allah telah tuliskan.
Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.
Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.
Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.
Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.
14. Jangan sedih yang keterlaluan
Bersedih terlalu lama akan merosakkan jiwa kita.
Bila kita hilang dalam kesedihan yang keterlaluan, maka anda lebih mudah melakukan kesilapan demi kesilapan.
Anda sukar berpegang kepada realiti dan tidak sedar bahawa itu hanyalah emosi yang mengganggu pemikiran anda.
Jangan lupa, Tuhan selalu ada untuk kita percaya dan meminta.
Jangan pernah berhenti berhubung dengan Allah. Bercakap denganNya.
Beritahulah setiap apa yang anda rasa.
Dialah menciptakan kita semua. Hanya Dia yang dapat menggantikan kesedihan dengan kegembiraan.
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”
[Al-Maidah:7]
15. Bila kita dapat melihat hikmah?
Saat itu akan tiba apabila kita akan melihat bahawa Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.
Jangan melihat setiap musibah atau kesedihan yang terjadi itu sebagai hukuman, tetapi sebagai pengajaran dan isyarat Allah supaya kita kembali kepadaNya.
Jangan pernah salahkan takdir untuk setiap kesilapan yang anda buat.
Belajar daripadanya.
Ia adalah sebahagian daripada rancanganNya untuk anda melalui jalan yang sarat dengan pengajaran.
This life’s a well designed puzzle. We don’t know how the puzzle pieces fit. Always trust the Designer, the Almighty. He has the best plan.
16. Salah satu tugas paling sukar dalam hidup adalah membuang seseorang yang pernah terpahat di hati
Dalam kehidupan, orang datang dan pergi.
Mungkin yang pernah singgah itu banyak meninggalkan kenangan yang terlalu dalam untuk dilupakan.
Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.
Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.
Tetapi yang pasti, semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.
Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best..
17. Hati anda mungkin pernah hancur berkecai, hancur sehancur-hancurnya.
Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang, hati anda pasti tetap akan beransur-ansur pulih dan dapat merasakan keindahan hidup sekali lagi.
Hidup ini sentiasa berubah-ubah, kekecewaan itu selalu datang silih berganti. Things change. People change. Circumstances change.
Apabila ada seseorang pergi dari hidup anda, pasti ada seseorang yang lain pula akan tiba. Anda pasti akan merasa hidup semula nanti.
So, accept the change and be happy with it.
Tidak Selamanya Kita Akan Tenggelam Dalam Kesedihan dan kekecewaan..
Jujur, jika anda memilih untuk move on, anda harus bersedia menahan kesakitan yang mendadak untuk membuka jalan kepada lembaran baru dalam hidup anda.
Tetapi jika anda memilih untuk terus tinggal dalam kisah lama, kesakitan itu pasti semakin lama semakin bertambah sehingga merosakkan jiwa anda, seperti kanser..
Sehinggalah pada satu hari nanti anda tersedar bahawa perkara inilah yang membunuh anda selama ini.
Namun semuanya sudah terlambat.
The longer we regret, frustrated, and grieving, the more weight we carry in our hearts.
Life is more than that. live your life.
Saya sentiasa ingin mencari jalan untuk membantu melegakan beban dan masalah yang anda hadapi.
Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian.
Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.



ustaz, kenapa llaki sekarang terlalu jahat.. kejam… tidak ada lgsg peri kemanusiaan terhadap manusia lain.. saya terluka dengan perbuatan tunang saya.. kaki judi, kaki betina,, kaki kikis, panas baran, maki hamun2 saya. sedangkan sy terlalu sygkn dia.. dh 4 tahun kami bersama. selama dia susah, saya lah dunia dia. susah senang dia. sakit demam dia.. tp bila dh senang sikit, sy ditingalkan mcm sampah. perempuan keliling pinggang. jahattt, kejammm
Saya memiliki cerita yang sama dengan anda… sakit rasanya.. mejalin hubungan 4th dan sudah mempersiapkan pernikahan tetapi 2 bln menjelang pernikahan dia meninggalkanku tanpa pamit dan tanpa kabar… setelah saya selidiki dia dibawa disembunyikan oleh keluarganya terutama adiknya… memang tidak ada janji yg baik selain janji pernikahan. Sampai saat ini saya pun tidak tau hubungan kami akan seperti apa.
saya mengalami kesedihan yg terlampau sampai saya tidak bole maafkan suami n keluarga.bermulanya dari mcg antara suami dan kakak kandung sy , mcg yg mlampau bermanja ktika sy di tmpt kerja. bila tnya taknk mgaku masing2 akhirnya sy tunjuk bukti baru mereka mgaku sedihnya hnya allah yg tahu , dan pd masa yg sama slama ni mereka mgunakan ank sy utk brjumpa n mlpaskan kerinduan berlakunya pd mlm raya taun lps.klurga suami pun slhkan sy sbb tak pndai jaga suami , sampaikan mereka kata sy ada mslah mental sbb ta maafkan ank nya . sbulan berlalu sy dpt tau sy mgandung 3bulan , tp disbb kan sy stress n terlampau tekanan sy gugur . masa dlm proses prjumpaan kluarga, sy memaksa mereka megaku dihadapan smuaorg akhirnya mgaku dan kslahan itu jatuh dkt sy . bagaimana sy nak maafkan mereka ? dan mcamna sy nak lupakan mereka tikam belakang sy ? semuaorg pksa sy lupakan n maafkan suami tp dia slalu mnipu bila mcg dgn org lain bila di tnya ta cmna sy nk bg peluang ke 2 ?saya tak kuat .
Assalamualaikum kpda pembaca…sya juga mempunyai kisah silam yg hitam..dan masih mengalaminya skrg…sya kenal dgn seorg llki ttpi non-muslim…selepas bbrapa lama mengenali dia sya tau yg dia sudah mempunyai seorg isteri dan isteri dia tidak duduk bersma dgn dia…dan pda msa yg sma juga dia mempunyai seorg perempuan yg sdg duduk di umahnya dan sdg mengandungkan ank dia…mslhnya skrg sy ingin pergi dari dia ttpi dia mengugut sya untuk menyebarkn gmbr sya yg boleh menjatuhkan maruah sya…pernah sekali sya lari daripada dia…dan dia telah buat perkara yg di luar dugaan sya…dia telah menceritakan kpda adik bradik perempuan sya apa yg telah sya lakukan…skrg sya rsa sya semakin jauh dari Allah dan hati sya sentiasa terdetik untuk bertaubat…mslhnye skrg llki nie tak nak lepaskn sya..apa yg perlu sya buat?adakah perlu bersma dgn dia atau biarkn dia sebarkn maruah sya??untuk apa sya bersma dgn dia kalau sya rsa sakit hati?
sy bru berpisah atas alasan yg tak munasabah. hanya kerana gambar sy keluar mkn mlm bersama lelaki yg sy anggap abg sy dan sy jgak knl famly lelaki itu. gmbr itu jgak diambil sebelum sy knl dgn bekas teman lelaki. sy syg kn dy tulus dr aty sy. tp dy tgl kn sy atas sebab itu sje. tanpa langsung dengar penjelasan dr sy. sdgkan sy banyak bantu dy. langsung dy ta nampak. sy down. asyik teringatkan si dia. apakah cara terbaik untuk sy move on dan lpekan si dia.
Sy nk move on tp sy xdpat maafkn diri sy yg jahil suatu ktika dhulu akibat slap mmilih pgaulan. Sy malu dgn diri sy, malu dgn allah. Sy kcewa. Sy ptus asa. Sbb sy bt slah dlm keadaan sy sdar. Stiap hr sy cuba bt kbaikkan agr allah pulihkn dn brsihkan hati sy. Sy nk brubah. Tp sy rsa sy xlayak. Ya allah..sakit rasa ni. Sy trlalu mghukum diri sy..sbb sy trlalu kcewa knp sy bt slah sdgkn sy twu… Ya allah…xkuat..
Assalam sis..
Allah maha pengasih, penyayang & pengampun.
Jangan lah berputus asa, sis. Apa yg terdetik di hati sis adalah kerinduan Allah pada sis sebenarnya. Syukur sis masih lagi perasaan tersebut. Berdoa lah, bykkan solat sunat & taubat. Allah maha mendengar & pasti DIA tidak akan mengecewakan hambaNya.
Sy doakan sis tenang dan diberkati oleh Allah selalu.
Assalammualaikum .. saya mungkin bakal diceraikan .. kerana suami sudah tiada perasaan kasih pd saya .. sy tdk dpt menerimanya apabila tiba2 shj dia boleh berubah hati .. beralih kasih trhadap wanita lain .. wanita yg baru dikenali beberapa bulan melalui penipuan juga .. maksud sy wanita itu tdk tahu dia suami org .. tapi mereka sdh smpai tahap terlanjur .. saya pula tlh pn memaafkan suami dan menerima perbuatan suami krn sy juga dulu nya bukanlah seorang wanita yg baik juga .. sy aggp ini ujian dan kifarah diatas dosa2 saya , tpi suami tdk nmpk mnyesal dan masih tidak mahukan sy atas alasan hatinya tiada perasaan trhadap sy lagi .. kami masih belum berpisah secara sah .. krn sy yg meminta begitu .. skrg ni suami mghantar sy ke kpg .. dia perlukan masa utk berfikir tntg keadaan kami dan juga utk mnyelesaikan segala penipuan dia trhadap wanita itu .. apa yg perlu sy lakukan ? Adakah berbaloi sy menunggu dan meminta pd Allah agar suami kasihkan sy kembali .. atau sy harus move on ??? Pd hakikatnya jauh disudut hati sy, sy mmg mgharapkan kehadiran suami kembali dlm hidup kami .. buat pengetahuan kqmi masih blm mempunyai anak .. tq
Assalam sis..
Berat sungguh dugaan sis & alhamdulillah sebenarnya sis berada dlm pandangan Allah.
Allah turunkan dugaan & ujian kerana dia rindukan hambanya. Apa yg sis lalui, adalah sama dengan cerita hidup saya.
Pasrah, menangis segalanya sy dpt rasakan apa yg sis lalui. Tapi sis, Allah kan ada.
Dr pengalaman sy lalui, sebenarnya byk kekurangan diri sy dan disebabkan kekurangan sy ini suami berubah hati. Tipulah klu sy x marah langsung semua tu. Tidak sapa yg bole control hati kita kecuali Allah dan apa yg terjadi Allah sudah tentukan utk melihat bagaimana kita menerima dugaan yg dia berikan.
Bersabar , kena sabar, bykkan sabar & solat awal waktu, selalu menangis masa tahajud & solat hajat mintak Allah tenangkan hati & redha smua dugaan itu.
3thn sy lalui, dicerai & dirujuk dan Alhamdulillah, Allah maha agung, maha adil, maha mendengar .. Ditakdirkan Allah, perhubungan mereka putus akhirnya. Suami sudah berubah, lebih fokus pada keluarga( kami masih blum ada zuriat) dan org ketiga akhirnya telah berkahwin dgn org lain.
Sis, ingat Allah sayangkan sis. Bersabar lah dengan dugaan. Cuba berbincang elok2 & solat istikharah selalu.
Sy doakan sis tabah melalui dugaan ini dan diberikan ketenangan & pertunjuk dr Allah.
Alhamdulillah .. terima kasih sis atas nasihat yg sgt2 baik ini .. sy tdk tahu samada sy harus terus berharap ataupun mive on shj dan mulakan hidup baru .. setiap hari sy membuat solat hajat dgn harapan Allah kembalikan kasih suami pd saya.. jauh disudut hati mmg sy mgharapkan sgt2 suami menyayangi sy semula agar kami blh memulakan hidup baru .. apakah salah apa yg sy harapkan nie ? Apakah sy trlalu tamak krn tdk rela membiarkan suami pergi ??
Salam sis,
Kami hanya dpt mendengar & memberi pandangan. Selebihnya keputusan adalah ditangan sis kerana sis yg akan melaluinya. Semua yg terjadi adalah dr Allah. Dan ini semua adalah hikmah & kebaikan utk kita.
Kesilapan kita adlah terlalu byk sayangkan manusia, tp sebenarnya Allah lagi sayangkan kita. Allah akan menguji dgn apa kita sayang. Trust me this true. So kurangkan rasa pengharapan pada manusia & lebihkan harapan pada Allah utk mendapatkan keredhaan Allah & syurga Allah.
Sy sarankan sis byk dengarkan ceramah motivasi dr ustazah norhafizah musa di youtube. In shaa Allah moga Allah berikan keredhaan hati sis utk dugaan yg sis lalui.
Bersabar, doakan hati agar redha dgn dugaan inu, dekatkan diri dgn Allah.
Perbaiki hubungan dgn Allah, in shaa Allah, pasti Allah akan perbaiki hubungan kita dgn manusia.
Berbincang dgn suami baik2 & baiki hubungan suami isteri, mungkin ada beberapa sebab yg kurang disenangi oleh suami yg perlu diperbaiki, berikan lah peluang pada suami.
Kerana kita sendiri yg penuh dosa pun, ingin Allah ampunkan dosa kita walaupon byk kali dosa kita buat & bertaubat.
Hati manusia adalah dlm gengaman Allah. Hanya Allah sj yg mampu mengubahnya
Pngalaman sy dua kali. Pertama kali sy lepaskan sbb dia cinta org lain. Kedua kali sy bgi peluang pda org yg tckle sy sbb nampak kesungguhan dia dan seolah dia boleh trima apa sja kekurangan sy. Tpi mmg sy tak yakin sgt dgn dia sbb sy tahu llki pasti akan berubah juga 1 hari nnti mcm pgalaman lalu. Then, sdh jumpa family n dia sllu ckp rancang kahwin tapi tiada tindakan untill 1 hari sy dpt tahu sy ada kanser dan x boleh mengandung, sy bgitau dia dan beri ruang fikir balik tentang kemahuan dia uyk inginkan anak. Sy putuskan berkorban dgn melepaskan dia utk dpt apa yg dia impikan dgn insan lain..tapi belum selsai sysuarakan, dia tunjuk gambar pmpuan yg mmg dia tgh layan..haha..rupanya beberapa detik lalu firasat dan insting sy tntang perubahan dia yg makin kurang prhatian adalah btl. Dan sy x sakit hati sgt malah brsyukur Allah jauhkan dgn org yg bukannya cinta sy dgn tulus dan ikhlas. So skg masa yg ttsisa sy gunakan utk brcinta pda Allah
Assalamualaikum.. saya nak move on!! Seumur hidup saya, tak pernah rasa sesakit ini. Ditipu dan dipermainkan. Allahuakbar .. mungkin bila saya bersama dia, banyak dosa maksiat yang kami lakukan. Mungkin Allah nak jauhkan saya dari menuju ke arah zina. Saya sungguh malu, malu dengan Allah. Iman saya tak cukup kuat untuk tepis godaan syaitan supaya melakukan maksiat. Lelaki lain tak pernah sentuh saya, dan saya tak tahu kenapa saya merelakan diri saya disentuh oleh dia,. Iman saya sungguh lemah. Saya malu sangat. Saya ingat janji dia boleh pakai, tapi hampa! Konon sayang sangat, tapi baru kenal perempuan lain terus jatuh cinta dengan perempuan tu kononnya perempuan tu mampu ubah dia. Tapi perempuan tu reject dia. Sedih!! Ya sedih sangat! Sebab masa dia tinggalkan saya, dia tak ada sikit pun perasaan sedih atau kecewa sedangkan selama ni dia tunjuk kat saya yang dia tu sayang sangat ngan saya. Tapi dalam sehari boleh ubah hati ke org lain. Lepas perempuan tu reject dia, dia boleh bersedih dan kecewa sedangkan tak sampai sebulan pun kenal! Lepastu dia cari saya balik, dan dia cari jugak ex2 dia yg sebelum ni!! Saya tak paham. Kenapa dia nak cari ex dia yang sorang tu. Ex dia yg sebelum saya tu, dia baik, penyabar, lemah lembut(kitorang contact as friend). Berbeza sgt ngan saya. Xpnybr dan agak kasar. Saya sedih, dalamasa dia contact ex dia yang sebelum saya tu, dia mintak nak getback balik dengan ex dia tu! Sedangkan dulu, dia tinggalkan perempuan tu sebab kononnya sayang saya! Ya Allah. Lepas tahu yang dia minta getback balik dgn perempuan tu, hati saya hancur sgt! Dia cakap kat perempuan tu yang dia harap perempuan tu jodoh dia. Habistu selama ni? Dia tggalkan perempuan tu sbb saya untuk apa? Untuk lepaskan nafsu lelaki dia tu kat saya, tapi simpan perempuan tu untuk lepas kawin! Kejam sangat!!!! And now, dia still contact saya dan cakap dia serious dengan perempuan tu (ex dia yg sblum sy) tapi dalam masa yang sama dia cakap dia sayangkan saya lg. YA ALLAH! Ujian apa ni. Sakit sangat hati ni. Dia sakitkan hati saya berkali kali, tapi still saya tak boleh move on. Sakit sangat. Apa saya perlu buat??!
Sabar sis..sy pernah melalui jalan cerita yg sama..sebelum berkahwin dan selepas berkahwin dgn org yg sama iaitu suami sy.
Sy paham perasaan sis. Sabar ye sis. Nagis puas depan Allah. Mintak ketenangan. Yg terbaik dr allah.
Sy seorg lelaki..baru di tinggalkn oleh seorg wanita yg sy anggap terlalu ISTIMEWA.. di sebabkan masalah yg melanda si Dia..yg turut terpalit sekali dlm masalah tu sy. sy ingin bertanya kpd kalian adakah sy salah bila mana sy bertanyakan soalan ini kpd si dia? ” Busy ke? Senyap je dari tengahari smpi skrg smpi tak dan nak msg” DIA balas. ” Sabar boleh tak? ” sy bls lgi..knp ni? Ada masalah ke? DIA balas.. tak faham bahasa ke apa? Bangang ke?.. esoknya sy pujuk. Sy tanya . Sy minta maaf. sy bgtau kalau sy buat salah sy minta maaf. Jgn la ada masalah smpai libatkan sy dan hubungan sampai mcm ni sekali. Kalau dah tak sudi bgtau la.Akhir sekali dia rasa sy nak sgt putuskn hubungan then dia putuskan akhirnya.. sy terkilan sebab sy tak dpt penjelasan n di perjelaskan knp sampai mcm tu sekali..sy call tak jawab.no sy di block.. Sakitnya sampai ke saat ni sy tanggung..apa salah sy yg besar sampai dia buat mcm tu sekli kpd sy. . Allah is the best planner.. Dia Maha Mengetahui apa yg terjadi antara sy dgn dia.Biar lah. Sy tak rugi apa² pun..yg ruginya si dia..meninggalkn seseorg yg blh terima buruk baik diri dia seadanya sejak dri pertama kali kami berkenalan.. Let it be.. Mungkin ada hikmah yg bakal menyusul di kemudian hari.
Alhamdulillah.. syukran yg tidak trhingga kepada penulis artikel ini.. membuat sy merenung kembali tentang kehidupan ini.. sentiasa muhasabah dan yakin Allah telah susun perjalanan hidup ini dengan cantik d akhirnya.. wlupun ribut tak henti melanda.. Memang sukar untuk move on atas semua kesakitan yang saya lalui.. lebih lebih lagi d khianati berulang kali.. Semoga saya sentiasa kuat dan dapat membuat keputusan yang terbaik dalam hidup ini.. sentiasa percaya pada qada dan qadar Allah swt..
Terima kasih ats artikel ini.bila membacanya,hati saya sedikit terubat biarpun acapkali saya akan down semula.pedih di hati ni lebih terasa sakitnya dari luka di luar.saya harap saya mampu kuat dan tabah melalui penderitaan ini.hanya masa yang mampu menyembuhkan.
InsyaaAllah.. Allah itu maha adil :)
saye cuba…selepas 6 thun break up..
saye rasakan saye mampu untuk jdi seorang kawan pd die.
tapi after jumpa semula,saye terasa seolah2 semua antara kami berlaku bru semalam.
dan saye masih mengharapkan die kembali pd saye.
saye tahu saat ini die dah anggap saye sebagai kawan…alangkah baiknya kalau saye mampu jd seperti die..
melupakan semua dan jalani hidup dengan bahagia tanpa saye.
Alhamdulillah, wallahi. Syukur saya bertemu artikel ini saat saya sedang breakdown. Tiap bait kata2 sangat menyenangkan dan menusuk jiwa. Buatkan saya terfikir lebih sekali. Benar sama sekali. Alhamdulillah, saya kuat dan inshaAllah let keep faith on Allah. Saya surrender, dan saya bersyukur. Allah sentiasa ada. Terima kasih kepada juga penulis. Moga Allah rahmati kamu.
Assalamualaikum … terima kasih atas perkongsian ini…. ini lah yg sedang saya lalui sekarang… semoga terus diberi kekuatan.. in sha Allah
Wassalam,
Sama-sama. Semoga terus tabah dalam mengharungi kehidupan. Lihat ke depan apa yang Allah bakal sediakan :)
Apa yang saya rasa skrg ni sama mcm bro naim ni ckp. Even though saya dah ade pengalaman dikecewakan berkali2 saya masih rasa utk susah nk move on bila berdepan dgn situasi yg sama. The fact, saya rasa masih mengharap pada di lagi. The thing i do right now is always keep praying to Allah. He knows what the best for us. He send to us the wrong person just because He want to make us strong and remind us to fully rely on Him.
InshaAllah
Assalamualaikum.. a great article and sharing. I can feel what the writer had gone through and well done to you writer that you have successfully moved on. I wish i can be like you but im still struggling , trying.
I have been stabbed, hurt , cheated by my own husband, repeatedly and i cant really recall that i have kehidupan bahagia with him. 2 yrs journey was a devasted journey of marriage. What most makes me hurt was too much true stories i knew about him and the woman. It has became a bad memory to me. It is reality and it is hard to swallow and it’s already past. From the bad memories, I scared to take a step forward and becoming extra careful and full of suspicious. In deed the bad memories i had gone through has torn my heart apart into pieces. I could not able to pick up it and seal it anymore. The trust has gone, the love feeling has slowly faded.
Sometimes when the bad memories came to my mind, the hatred feeling came together. Ya Allah, memang struggle nak elak, and I have no sabar and redha.. thats makes me angry to him and regret that I choose him as my husband.
But, all this is well planned by Allah. Who am I to deny this? Allah is more powerful than me, a sinner.
I always pray to Allah, and I know Allah loves me so much. HE wants me to bersyukur and redha all what he has planned for me. But my feeling always carried away with angry and sadness. Am i trying to be better person but sometimes i failed.
Iam struggling but i will keeping trying for sake of Allah.
To those people out there struggling like me, I pray Allah grant you ketenangan, kedamaian.” and hati yang redha and bersyukur. Lets berdamai dengan takdir. Lets motivate and give moral support to each other for Allah. We really need this to bring back us to right track
Feel free to contact me..as I need the support as well
Same goes what i feels right now. I’m Still struggling to forget her. wish i can forget her easier as like i did before. But sometimes i feel weak to getting through the these thing all over again. But we should be never give up to keep praying to Allah. He knows what is the best for us????
yes, it does make us weak. i know the feeling and pain. sometimes i do terbabas as well when the anger come to me.
am sure she must be someone who really stole your heart completely. It’s okay. Someone will come to your life with izin Allah and she will be the right for you one day. In shaa Allah.
aamiin. in shaa Allah sis. Hopefully one fine day i will meet someone who will be the right for me. FYI, this is my second time experienced happened to me. The same story line but with different person. Same goes to you sis, hopefully you will meet someone who will taking cares you for your entire life. In shaa Allah..
Assalamualaikum..
Sama cerita mcm Sya. Bezanya Sya dah berkahwin selama 10 thn 11bln dan dikurniakan 4 org ank. Mmg sakit nk terima, pedih. But it really makes me semakin dekat dgn Allah. At the same times, tsgt syg pd die, cuma kecewa yg mendalam. Kalaulah dia mengaku dan minta maaf spt yg dia buat dlu, kami xkan bercerai spt ni. Perempuan yg baik utk lelaki yg baik, prempuan yg jahat pula utk laki jahat. Xpela, cuba terima dan redho.. rupanya org yg sya pilih utk setia hidup bersama adalah jodoh yg salah utk sya.. moga Allah gantikan kehidupan yang lebih baik daripada sblm ni. Semoga ank2 jg kuat menerima perpisahan ini.
How can I contact you? I’m feeling down too..
My number 0139802455′
assalam sis..
how are you…
u can email me at [email protected] will pm you my number
Sabar sis. Setiap yg blaku ada hikmahnya ????
Alhamdulillah.. dh bole move on with al the anger feeling & hatred feeling. Kuncinya bersyukur, syukur & syukur. Sy byk berdoa utk dikurnia kan hati yg mahmunah.. kadang2 ada feeling yg kurang elok.. tp pujuk hati yg Allah lebih sayangkan kita dr smua yg ada didunia ni. Last kurangkan perasaan syg tu dkt pasangan… lebih kan pada maha pencipta & rasul..
Assalamualaikum,
Saya punya jalan cerita yang lebih kurang sama dengan org lain…kisah cinta yang ptus di tgh jalan slpas hampir 10 tahun bertahan…mungkin jodoh tiada atau ujian utk buatkanku lebih kuat dan dktkan diri padaNya…tp sy hanya manusia biasa, penuh dgan kelemahan…masih lagi menghrp walau mungkin tiada lagi hrpn utk saya…saya masih cube mengumpul sisa kekuatan daripadaNya…
Saya ingin meminta pendpat wajarkah saya masih berharap dan berdoa dlm diam sambil memperbaiki kelemahan diri atau lepaskan shj dan berserah padaNya?
Terima kasih…
Mmg sesuatu yg amat malang fan menyedihkan bila dikhianati pasangan hidup sendiri. Lebih2 lagi setelah bertahun2 hidup bersama dan mempunyai zuriat.
Bukan lagi kekecewaan sahaja yang dirasai tetapi kepedihan dan kesakitan yang teramat sgt. Nak di tinggalkan kesian pada anak2 dan masih sayang pada pasangan. Nak meneruskan kehidupan bersama, kesakitan masih terasa dan menyakitkan. Bak kata pepatah ‘nak di telan mati mak, nak di buang mati babak’.
Saya mengalami kecurangan isteri selepas 23 tahun berumahtangga. Bayangkan lah kesakitan ini. Mcm mana nak move on
Saudara azman,
Kekdg ujian yg Allah bg adalah utk menguatkan lg keimanan kita padaNya.. saudara diuji bkn kerna Allah x syg pd saudara.. malah ujian ini ptt mendekatkan saudara padaNya..
Renung semula kenangan2 indah bersama psgn, pengorbanan isteri saat melahirkan zuriat saudara..
Pada saya, jika psgn saudara telah bertaubat dan berubah maafkan lh dia. Dia juga manusia biasa yg x lps dari membuat kesalahan. Cubalah bljr memaafkan kerana dgn maaf shj hidup saudara akan tenang..
sy juga mengalami perkara yg sama bkn sekali malah berkali2.. namun mungkin sy pilih utk mencintai Allah lebih dari dia sb itu sy mampu maafkan dia.. manfaatkan hidup sementara msh bernafas dibumi ini..
All the best saudara, hrp saudara dpt move on!
Macam mana saya nak move on. Dia org yg selalu bagi semanagat kat saya. Dia org yg selalu pujuk hati ini bila saya berduka. Sampai satu tahap bila dia dimiliki org lain. Dia mula menjauhkan diri dari saya. Kata2 dia dah x mampu nak tiupkan kata2 sangat dalam diri saya. Dan bila saya dapat tahu dia dah dimiliki org lain. Kecewa tu tak terucap. Dan yang paling menyakitkan saya x boleh nak hilangkan bayg2 dy dari hidup sy. Saya x boleh nak kikis nama dia dari hati saya. Sampaikan satu tahap, saya samapai termimpikan dia. Apa yang patut saya buat.
How am I supposed to move on ? He has brought back all the memories to my mind . Those memories are now haunting me . Moving on would be so much more difficult with him around .
saya hacur berkali-kali.. dkg2 terasa bodoh sbb mudahnya percaya pd sebuah perkataan “cinta”. cinta saya pd tunang membataskan sagalanya. saya hanya inginkn yang terbaik dalam idupnya. dulunya, hidupnya penuh ngn kisah silam perpecahan family. dia merayu untuk saya membantunya.. dengan keinginan yang kuat, saya cuba membantunya, tp dia xckup kuat untuk berubah. dia jatuh, sy pimpin dia kembali untuk bangkit. semasa pegang tgn dia, rupanya dia bersandiwara. dia curang, dia sakitkn hati sy, dia tipu sy, bkn sekali tp serpuluh2 kali.. bila dia sedar, dia kembali pd saya, n saya masih lg memaafkannya n mnganggap bwh dia xpnh menyakitn sy. kemudian dia mengulanginya lg ya allah… betapa saya pkir kenapa allah mengurniakan sy sekeping hati yg lemah n lembut, penuh kemaafan, cinta pd manusia mmbuatkn sy terduduk lemah n tersungkur…
terlalu byk yang sy inginkn pendapat personal dr abg naim.. saya berbesar hati agar boleh chatting personal dengan abg naim.. maafkn sy.. saya hrp abg naim boleh reply email sy. terima kasih byk2
i hope i can be strong like you. i found sumting unik in your article, in every single word..
rasa mcm bagi aku aura..
lain macam.
.
thanks n may Allah bless you friend. keep it up..
last word aku,
lelaki n perempuan yang dekat kn diri dengan Allah.. dia takkan berani hancur kan hati manusia di sekeliling dia..
choose wisely ????
move on ambil masa..
tapi percayalah dunia ni berputar dan kekecewaan tu akan pergi seiring dengan bergantinya hari dan belalu nya masa..
.