
? Teks khutbah raya Aidilfitiri untuk tahun 2021 boleh dilihat pada pautan ini: Khutbah Raya Aidilfitri 2021
Ini adalah teks khutbah Raya Aidilfitri ringkas.
Khutbah ini boleh dibaca oleh ketua keluarga setelah selesai solat sunat Aidilfitri.
Apa yang menarik:
Masa yang dijangkakan untuk menyelesaikan bacaan khutbah ringkas ini adalah 10 minit sahaja.
Dan bacaan rukun khutbah ditambah dengan translasi ejaan rumi untuk membantu mereka yang kurang mahir.
Pengenalan: Raya Tahun Ini Adalah Hari Raya Yang Istimewa
Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menyaksikan sejarah umat Islam di Malaysia mengerjakan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing.
Ini mungkin menjadi detik bersejarah buat kebanyakkan ketua keluarga yang akan membacakan khutbah buat kali pertama dihadapan keluarga masing-masing.
Detik ini mungkin tidak berulang lagi pada masa hadapan.
Oleh itu ambillah peluang ini sebaiknya.
InsyaaAllah, semoga urusan tuan-tuan semua dipermudahkan oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang haid (tidak boleh solat) tetap disunatkan menyertai bersama mendengar khutbah hari raya.
Syarat & Rukun Khutbah Raya
Rukun Khutbah Raya
Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;
- Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
- Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
- Memberi pesanan dengan takwa
- Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
- Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.
Sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan (9) kali berturut-turut pada khutbah pertama.
Dan tujuh (7) kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Syarat Khutbah Hari Raya
- Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
- Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
- Khatib mestilah seorang lelaki.
- Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
- Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
- Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.
- Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.
Teks Khutbah Raya Ringkas Untuk Ketua Keluarga
Khutbah ini boleh diubah perkataannya mengikut kesesuaian panggilan dalam keluarga dan menambah isi yang relevan dengan topik khutbah
Khutbah Pertama

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Allahuakbar kabiraw walhamdulillahi kasiraa wa subhanallahi bukrotaw wa asiilaa

Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar

Allahuakbar walillahil-hamd

Alhamdulillah Alhamdulillahil-ladzi Hadaana Subulas-salam

Wa afhamanaa Bisyari’atin-nabiyyil Karim

Allahumma solli wassalim wabaarik ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘ala ali Sayyidina Muhammadin amma ba’ du

Faya ayyuhal Ikhwan, ‘usiikum Wanafsi Bitaqwallahi Watho’atihi La’allakum Tuflihuun

Qolallahu Taala Yaa ayyuhalladzina Aamanut-taqullaha Haqqo Tuqootihi Walaa Tamuu Tunna illaa Wa antum Muslimun

Sodaqollahul-adziim
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Pada saat ini kita semua patut bersyukur kerana bulan suci Ramadhan baru saja kita lalui bersama dengan baik meskipun suasana Ramadhan dan 1 Syawal 1441 H hari ini lain dari pada yang lain.
Seperti yang kita semua maklum, kita sedang diuji oleh Allah dengan wabak Covid-19 yang sangat berbahaya.
Sehinggakan banyak amal ibadah yang lazimnya kita lakukan secara berjemaah di masjid, seperti solat lima waktu, Solat Jumaat, Solat Tarawih dan Solat Sunat Idul Fitri, terpaksa kita laksanakan di rumah atas nasihat dari para ulama dan pihak kerajaan.
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Selama sebulan penuh kita telah menjalani puasa Ramadhan sesuai dengan perintah Allah subhanahu wa ta’ala di dalam Al-Qur’an, surat Al-Baqarah, ayat 183, yang berbunyi:

Yaa ayyuhallaziina Aamanuu kutiba ‘alaikumush-shiyaamu kamaa kutiba ‘alallaziina ming qoblikum la’allakum tattaquun
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
Ibadah puasa memang bertujuan untuk membentuk kita semua menjadi hamba yang bertakwa kepada Allah.
Kita dilarang melakukan perkara seperti makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa.
Semua itu bertujuan untuk melatih kita menjadi manusia yang mampu menahan diri.
Jika kita mampu menahan diri, maka insyaAllah kita juga akan dapat menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan agama Islam.
Sudah pasti kita mampu meninggalkan larangan itu.
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah Ani-Nisa’, ayat 59 sebagaimana berikut:

Yaa ayyuhallazinaa Aamanuu athii’ulloha wa athii’ur-rosuula wa ulil-amri mingkum
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan kepada para pemimpin di antara kamu.”
Sudah dua bulan lebih kita terkurung di rumah sehinggakan kita tidak bebas melakukan kegiatan luar termasuklah menjalankan ibadah solat berjamaah.
Malah, pada saat ini pun kita juga melaksanakan solat Idul Fitri di dalam rumah dan bukannya di masjid sebagaimana tahun-tahun sebelum ini.
Kita seharusnya bersabar menerima kenyataan ini.
Ini kerana apa yang kita sedang lakukan ini tidak lain adalah dalam rangka mentaati Allah, Rasulullah, para ulama dan umara yang tujuannya agar kita semua selamat dari ancaman wabak covid-19.
Sebagai orang beriman, kita wajib taat kepada Allah.
Dan ketaatan kepada Allah membawa maksud kita juga haruslah taat kepada Rasul-Nya sebagaimana ditegaskan dalam ayat tersebut.
Tidak hanya sekadar itu, taat kepada Rasul bermaksud kita juga harus taat kepada ulama sebagai pewarisnya dan seterusnya kita juga harus taat kepada ulil amri atau pemerintah yang sah.
Kita berdoa semoga kepatuhan kita kepada semua pihak tersebut termasuklah patuh kepada arahan social distancing untuk menghindari bahaya Covid-19 akan dibalas oleh Allah dengan dilenyapkan wabak ini dari muka bumi ini dengan segera.
Amin ya rabbal alamin.
Keluargaku yang dirahmati Allah,
Ibadah puasa sangat berkait rapat dengan pengampunan dari Allah subhanahu wa ta’ala.
Hal ini sebagaimana ditegaskan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu yang bermaksud:
Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Jadi dengan selesainya kita melaksakankan ibadah puasa, maka dosa-dosa kita kepada Allah subhanahu wa ta’ala mudah-mudahan telah diampuni-Nya.
Tinggal masalahnya sekarang adalah, bagaimana kita menghapuskan dosa-dosa kita kepada sesama manusia agar di hari Idul Fitri ini kita meraih kembali kesucian kita dari dosa sebagaimana kita di waktu bayi dahulu.
Maka seusai solat Idul Fitri ini, kita hendaknya saling berikrar untuk saling memaafkan di antara kita, khususnya sesama keluarga.
Selain itu, ia juga boleh diperluaskan dengan jiran-jiran, saudara-saudara, dan rakan-rakan sekurang-kurangnya secara online.
Sekali lagi kita berdoa semoga ketaatan kita kepada Allah, Rasulullah, Ulama dan Umara termasuk kepatuhan kita terhadap arahan social distancing dan ikrar kita untuk saling bermaafan akan dibalas oleh Allah dengan dilenyapkan segera wabak ini dari muka bumi ini, khususnya dari bumi Malaysia yang tercinta.
Amin ya rabbal alamin.

Aazubillahi minassyaitonir-rojim

Bismillahir rahmanir rahim

Innaa A’thoinaakal-kautsar, fa sholli lirobbika wan-har, inna syaani’aka huwal-abtar

Barakallahu li walakum fil QurAanil Adziim

Wanafa’anii wa iyyakum bimaa fiihi minal Aayaati wazzikril Hakiim

Wataqobbal minni waminkum tilaawatahu innahu huwas-sami’ul adziim

Fastaghfiruu innahu huwal ghofurur-rohim
Selepas habis khutbah pertama khatib hendaklah duduk sebentar.
Bagi khatib yang membaca khutbah dalam keadaan duduk hendaklah diam buat seketika
Khutbah Kedua

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Allahuakbar kabiraw walhamdulillahi kasiiraa

Subhanallahi bukrataw wa asiilaa

Laa ilaha illaallahu wallahu akbar

Allahuakbar walillahil-hamd

Alhamdulillahi wassolatu wassalamu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala alihi wasohbihi ajmain

Amma ba’ : Ya Ayyuhan-nas Ittaqullah

Qolallahu Taala Ya Ayyuhallazina Aamanut-taqullaha Haqqo Tuqotih Walaa Tamutunna illaa Wa antum muslimun

Allahummaghfirli mukminina wal mukminat wal muslimina wal muslimat al ahyaa’i minhum wal amwatt.

Rabbana Aatinaa fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati hasanataw waqinaa ‘Azabannar.

Rabbana zholamna anfusanaa wa inlam taghfirlana watarhamna lanakuu-nanna minnal khoshiriin

‘Ibaadallah! Innallaha ya’muru bil ‘adli wal ihsan wa ‘itaa ‘izilqurba wayanha ‘anil fahsyaa’i wal munkari wal baghy ya’izzukum la’allakum tazakkaruun

Wazkurullahal Aazima yazkurkum washkuruhu ‘ala ni’amihi yazidkum walazikrullahi akhbar

Wallahu ya’lamu maa tasna’uun
keluargaku yang dirahmati Allah,
Marilah kita berdoa agar ALLAH mengampuni dosa kita, dan dosa kaum muslimin dan muslimat.
Ya ALLAH! ampunilah kaum muslimin dan muslimat, samada yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Ya ALLAH! ampunilah dosa kami dan ibubapa kami.
Ya ALLAH Engkau itu Maha Pemaaf dan suka kepada kemaafan, maafkanlah semua.
Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau ambil tindakan jika kami terlupa atau tersilap.
Wahai Tuhan Kami! Janganlah bebankan kami dengan apa yang kami tidak mampu.
Ya ALLAH! berkatilah keluarga kami, kukuhkanlah kasih sayang antara kami, jadikanlah kami sentiasa berpegang dengan agamaMU.
Ya ALLAH! bimbinglah kami kepada akhlak yang baik, tiada yang dapat membimbing kami kepada hal itu melainkan Engkau.
Ya ALLAH! jauhilah kami daripada akhlak yang buruk, tiada yang dapat menjauhkan kami dari hal itu melainkan Engkau.
Ya ALLAH! Lindungilah kami dan negara kami daripada bencana kemusnahan dan kerosakan.
Bimbinglah kami para pemimpin kami agar menjadi hambahambaMU yang soleh
Alhamdulillah Rabbil ‘Alamin

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar

Allahuakbar walillahil-hamd
Maka Selesailah Khutbah Pada Hari Raya Tersebut
Download Khutbah Raya Ringkas Dalam Versi PDF
Saya ada menyediakan khutbah ini dalam bentuk PDF yang membolehkan anda download dan print.
Sila download pada butang dibawah.
Jangan lupa untuk sertai channel telegram akuislam
Menggantikan Amalan Menziarahi Kubur Dengan Bacaan Yasin Dan Tahlil
Untuk tahun ini, disebabkan oleh wabak Covid-19 yang masih belum reda, kita semua dinasihatkan untuk tidak menziarahi kubur.

InsyaaAllah, kita berdoa mudah-mudahan agar amalan ini boleh dilakukan semula tidak lama lagi.
Oleh itu sebagai ganti, kita boleh melakukan bacaan yaasin dan bacaan tahlil bersama keluarga di rumah masing-masing.
Berikut adalah panduan yang boleh membantu anda:
Penutup: Bersyukur & Bersabarlah Dengan Ujian Ini
Tahun ini kita melaksanakan solat Aidilfitri di kediaman kita sendiri disebabkan ujian ALLAH terhadap kita semua rakyat Malaysia dan dunia keseluruhannya.
Namun, walau apapun cabaran yang kita hadapi, kita tetap bersyukur kerana kita masih lagi dapat beriman dan beribadah kepada ALLAH.
Semoga Aidilfitri kali ini menjadi Raya yang paling bersejarah dan diingati oleh kita semua.
Terbaik, halalkan ilmu ynag saya ambil.
Ya saya halalkan, tiada masalah.
Alhamdulillah.. terbaik tuan..
Wassalam.
Alhamdulillah, terima kasih tuan
Assalamu Alaikum…
Alhamdulillah…
Terimakasih atas panduan.
Semoga ianya akan membatu kita semua dalam ber ibadah dan selanjutnya akan diberi ganjaran oleh Yang Maha Kuasa.
Amin…
Wassalam.
Alhamdulillah, sama-sama tuan.
Alhamdulillah, dengan ada teks khutbah raya ini saya tak perlu tanya imam. Ringkas padat dan tepat.
Semoga dapat membantu orang yang lain juga.
Terima kasih.
Alhamdulillah, sama-sama
Terbaik tuan. Semoga Allah memberi pahala berlipat ganda kepada tuan kerana mempermudahkan untuk di amalkan pada khutbah keluarga pada hari raya ini. Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga aminnn yarobbal Alamin..
Amin amin. Terima kasih kerana sudi mendoakan saya tuan.
Semoga diterima oleh Allah.
Assalamualaikum.
Terima kasih yang tak ternilai.telegram akuislam ini yang banyk membantu saya.yang selama ini saya x pernah menjadi imam tarawih dan imam idul fitri.sangat2 membantu saya.mudah2an Hamba allah ini.mulia disisi allah swt.ya allah tempatkan hambamu ini disisi nabi kami rasullah sallahi alaih wassalam.amin…ya..rabbalamin…
Wassalam tuan Ramlan.
Alhamdulillah, terima kasih tuan atas doa tersebut terhadap saya. Amin ya rabbal alamin.
Semoga Allah terima semua amalan kita dan ampunkan segala dosa kita.
alhamdulillah….mudah dan ringkas…terima kasih tuan.
Alhamdulillah, sama-sama.
Sangat berguna..banyak manfaat.ilmu yang dikongsi menjadi panduan terutama bagi yang tidak pandai membaca arab..Allah rahmati dan berkatilah insan yang berhati mulia ini yang berkongsi ilmu dan banyak memudahkan urusan kami dalam menjalani ibadat…
Alhamdulillah.
Terima kasih juga kepada tuan kerana sudi mendoakan kebaikan. Semoga diterima dengan berkat bulan yang mulia ini.
Assalamualaikum
1.Berpa orang batas minimum orang bisa sholat aidil fitri berjemaah
2.kalau saya sendiri an di rumah apakah saya harus membaca khutbah juga & Apakah ada perbedaan nya dengan sholat berjemaah
Wassalam,
1) Sekurang-kurangnya 2 orang
2) Kalau solat bersendirian maka tidak perlu khutbah. Perbezaan solat berjemaah dan solat bersendirian adalah dari segi niat sahaja.
Terbaik. Sepanjang ramadhan saya scroll page ini untuk panduan solat terawih. Terima kasih banyak2 jasa tuan.
Alhamdulillah, sama-sama tuan.
Alhamdulilah.. Terima kasih atas pengkosian ilmu yang bermanafaaat ini.
Semoga ALLAH jauhkan kita dari penyakit2 yang merbahaya terutama dari wabab corona virus ini dan permudahkan kita semua urusan dunia dan akhirat serta kita semua di dalam RedhaNYA…aamiin…
Sama-sama.
Amin Amin semoga doa kita semua diangkat di dalam bulan yang mulia ini.
Alhamdulilah,semoga Allah permudahkan segala urusan mu.
Aminnn Ya Allah
ALHAMDULILLAH..terima kkasih
Sama-sama tuan
Sangat bagus kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan
Alhamdulillah tuan.
Jazakallah Khairan Kathira
Wajazakallahu khairan
terima kasih. in shaa Allah akan guna khutbah ini masa hari raya nanti. mohon share khutbah ini ye pada yang lain..
Sama-sama.
Ya silakan tuan.
Terima kasih ya, buat panduan saya dan keluarga
Sama-sama.
Silakan puan, semoga membantu.
Terima kasih Tn.Ustaz atas panduan ini..saya guna ya…
Wassalam tuan.
Ya silakan tuan.
Terbaik,Dan terang ,bagus utk yg X pandai
Alhamdulillah.
Trbaik