Khutbah Raya Aidilfitri 2020 Ringkas (Untuk Bacaan Di Rumah RUMI)

Khutbah raya ringkas

Ini adalah teks khutbah Raya Aidilfitri ringkas.

Khutbah ini boleh dibaca oleh ketua keluarga setelah selesai solat sunat Aidilfitri.

Apa yang menarik:

Masa yang dijangkakan untuk menyelesaikan bacaan khutbah ringkas ini adalah 10 minit sahaja.

Dan bacaan rukun khutbah ditambah dengan translasi ejaan rumi untuk membantu mereka yang kurang mahir.

Pengenalan: Raya Tahun Ini Adalah Hari Raya Yang Istimewa

Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menyaksikan sejarah umat Islam di Malaysia mengerjakan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing.

Ini mungkin menjadi detik bersejarah buat kebanyakkan ketua keluarga yang akan membacakan khutbah buat kali pertama dihadapan keluarga masing-masing.

Detik ini mungkin tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Oleh itu ambillah peluang ini sebaiknya.

InsyaaAllah, semoga urusan tuan-tuan semua dipermudahkan oleh Allah SWT.

Bagi wanita yang haid (tidak boleh solat) tetap disunatkan menyertai bersama mendengar khutbah hari raya.

Syarat & Rukun Khutbah Raya

Rukun Khutbah Raya

Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;

  1. Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
  2. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
  3. Memberi pesanan dengan takwa
  4. Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
  5. Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.

Sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan (9) kali berturut-turut pada khutbah pertama.

Dan tujuh (7) kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Syarat Khutbah Hari Raya

  • Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
  • Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
  • Khatib mestilah seorang lelaki.
  • Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
  • Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
  • Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.
  • Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.

Teks Khutbah Raya Ringkas Untuk Ketua Keluarga

Khutbah ini boleh diubah perkataannya mengikut kesesuaian panggilan dalam keluarga dan menambah isi yang relevan dengan topik khutbah

Khutbah Pertama

khutbah raya rukun

 Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 

 Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 

 Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 

khutbah raya rukun

 Allahuakbar kabiraw walhamdulillahi kasiraa wa subhanallahi bukrotaw wa asiilaa 

 Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar 

 Allahuakbar walillahil-hamd 

khutbah raya rukun

 Alhamdulillah Alhamdulillahil-ladzi Hadaana Subulas-salam 

 Wa afhamanaa Bisyari’atin-nabiyyil Karim 

khutbah raya rukun

 Allahumma solli wassalim wabaarik ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘ala ali Sayyidina Muhammadin amma ba’ du 

khutbah raya rukun

 Faya ayyuhal Ikhwan, ‘usiikum Wanafsi Bitaqwallahi Watho’atihi La’allakum Tuflihuun 

khutbah raya rukun

 Qolallahu Taala Yaa ayyuhalladzina Aamanut-taqullaha Haqqo Tuqootihi Walaa Tamuu Tunna illaa Wa antum Muslimun 

 Sodaqollahul-adziim 

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Pada saat ini kita semua patut bersyukur kerana bulan suci Ramadhan baru saja kita lalui bersama dengan baik meskipun suasana Ramadhan dan 1 Syawal 1441 H hari ini lain dari pada yang lain.

Seperti yang kita semua maklum, kita sedang diuji oleh Allah dengan wabak Covid-19 yang sangat berbahaya.

Sehinggakan banyak amal ibadah yang lazimnya kita lakukan secara berjemaah di masjid, seperti solat lima waktu, Solat Jumaat, Solat Tarawih dan Solat Sunat Idul Fitri, terpaksa kita laksanakan di rumah atas nasihat dari para ulama dan pihak kerajaan.

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Selama sebulan penuh kita telah menjalani puasa Ramadhan sesuai dengan perintah Allah subhanahu wa ta’ala di dalam Al-Qur’an, surat Al-Baqarah, ayat 183, yang berbunyi:

 Yaa ayyuhallaziina Aamanuu kutiba ‘alaikumush-shiyaamu kamaa kutiba ‘alallaziina ming qoblikum la’allakum tattaquun 

Maksudnya:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Ibadah puasa memang bertujuan untuk membentuk kita semua menjadi hamba yang bertakwa kepada Allah.

Kita dilarang melakukan perkara seperti makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa.

Semua itu bertujuan untuk melatih kita menjadi manusia yang mampu menahan diri.

Jika kita mampu menahan diri, maka insyaAllah kita juga akan dapat menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan agama Islam.

Sudah pasti kita mampu meninggalkan larangan itu.  

Keluargaku yang dirahmati Allah, 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah Ani-Nisa’, ayat 59 sebagaimana berikut:

 Yaa ayyuhallazinaa Aamanuu athii’ulloha wa athii’ur-rosuula wa ulil-amri mingkum 

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan kepada para pemimpin di antara kamu.”

Sudah dua bulan lebih kita terkurung di rumah sehinggakan kita tidak bebas melakukan kegiatan luar termasuklah menjalankan ibadah solat berjamaah.

Malah, pada saat ini pun kita juga melaksanakan solat Idul Fitri di dalam rumah dan bukannya di masjid sebagaimana tahun-tahun sebelum ini.

Kita seharusnya bersabar menerima kenyataan ini.

Ini kerana apa yang kita sedang lakukan ini tidak lain adalah dalam rangka mentaati Allah, Rasulullah, para ulama dan umara yang tujuannya agar kita semua selamat dari ancaman wabak covid-19. 

Sebagai orang beriman, kita wajib taat kepada Allah.

Dan ketaatan kepada Allah membawa maksud kita juga haruslah taat kepada Rasul-Nya sebagaimana ditegaskan dalam ayat tersebut.

Tidak hanya sekadar itu, taat kepada Rasul bermaksud kita juga harus taat kepada ulama sebagai pewarisnya dan seterusnya kita juga harus taat kepada ulil amri atau pemerintah yang sah.  

Kita berdoa semoga kepatuhan kita kepada semua pihak tersebut termasuklah patuh kepada arahan social distancing untuk menghindari bahaya Covid-19 akan dibalas oleh Allah dengan dilenyapkan wabak ini dari muka bumi ini dengan segera.

Amin ya rabbal alamin.  

Keluargaku yang dirahmati Allah,  

Ibadah puasa sangat berkait rapat dengan pengampunan dari Allah subhanahu wa ta’ala.

Hal ini sebagaimana ditegaskan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu yang bermaksud:

Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Jadi dengan selesainya kita melaksakankan ibadah puasa, maka dosa-dosa kita kepada Allah subhanahu wa ta’ala mudah-mudahan telah diampuni-Nya.

Tinggal masalahnya sekarang adalah, bagaimana kita menghapuskan dosa-dosa kita kepada sesama manusia agar di hari Idul Fitri ini kita meraih kembali kesucian kita dari dosa sebagaimana kita di waktu bayi dahulu.

Maka seusai solat Idul Fitri ini, kita hendaknya saling berikrar untuk saling memaafkan di antara kita, khususnya sesama keluarga.

Selain itu, ia juga boleh diperluaskan dengan jiran-jiran, saudara-saudara, dan rakan-rakan sekurang-kurangnya secara online.  

Sekali lagi kita berdoa semoga ketaatan kita kepada Allah, Rasulullah, Ulama dan Umara termasuk kepatuhan kita terhadap arahan social distancing dan ikrar kita untuk saling bermaafan akan dibalas oleh Allah dengan dilenyapkan segera wabak ini dari muka bumi ini, khususnya dari bumi Malaysia yang tercinta.

Amin ya rabbal alamin.

 Aazubillahi minassyaitonir-rojim 

 Bismillahir rahmanir rahim 

 Innaa A’thoinaakal-kautsar, fa sholli lirobbika wan-har, inna syaani’aka huwal-abtar 

 Barakallahu li walakum fil QurAanil Adziim 

 Wanafa’anii wa iyyakum bimaa fiihi minal Aayaati wazzikril Hakiim 

 Wataqobbal minni waminkum tilaawatahu innahu huwas-sami’ul adziim 

 Fastaghfiruu innahu huwal ghofurur-rohim 

Selepas habis khutbah pertama khatib hendaklah duduk sebentar.

Bagi khatib yang membaca khutbah dalam keadaan duduk hendaklah diam buat seketika


Khutbah Kedua

khutbah raya rukun

 Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! 

khutbah raya rukun

 Allahuakbar kabiraw walhamdulillahi kasiiraa 

khutbah raya rukun

 Subhanallahi bukrataw wa asiilaa 

 Laa ilaha illaallahu wallahu akbar 

 Allahuakbar walillahil-hamd 

khutbah raya rukun

 Alhamdulillahi wassolatu wassalamu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala alihi wasohbihi ajmain 

 Amma ba’ : Ya Ayyuhan-nas Ittaqullah 

khutbah raya rukun

 Qolallahu Taala Ya Ayyuhallazina Aamanut-taqullaha Haqqo Tuqotih Walaa Tamutunna illaa Wa antum muslimun 

 Allahummaghfirli mukminina wal mukminat wal muslimina wal muslimat al ahyaa’i minhum wal amwatt. 

 Rabbana Aatinaa fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati hasanataw waqinaa ‘Azabannar. 

 Rabbana zholamna anfusanaa wa inlam taghfirlana watarhamna lanakuu-nanna minnal khoshiriin 

 ‘Ibaadallah! Innallaha ya’muru bil ‘adli wal ihsan wa ‘itaa ‘izilqurba wayanha ‘anil fahsyaa’i wal munkari wal baghy ya’izzukum la’allakum tazakkaruun  

 Wazkurullahal Aazima yazkurkum washkuruhu ‘ala ni’amihi yazidkum walazikrullahi akhbar 

 Wallahu ya’lamu maa tasna’uun 

keluargaku yang dirahmati Allah,

Marilah kita berdoa agar ALLAH mengampuni dosa kita, dan dosa kaum muslimin dan muslimat.

 Ya ALLAH! ampunilah kaum muslimin dan muslimat, samada yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Ya ALLAH! ampunilah dosa kami dan ibubapa kami.

Ya ALLAH Engkau itu Maha Pemaaf dan suka kepada kemaafan, maafkanlah semua.

Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau ambil tindakan jika kami terlupa atau tersilap.

Wahai Tuhan Kami! Janganlah bebankan kami dengan apa yang kami tidak mampu.

Ya ALLAH! berkatilah keluarga kami, kukuhkanlah kasih sayang antara kami, jadikanlah kami sentiasa berpegang dengan agamaMU.

 Ya ALLAH! bimbinglah kami kepada akhlak yang baik, tiada yang dapat membimbing kami kepada hal itu melainkan Engkau.

 Ya ALLAH! jauhilah kami daripada akhlak yang buruk, tiada yang dapat menjauhkan kami dari hal itu melainkan Engkau.

 Ya ALLAH! Lindungilah kami dan negara kami daripada bencana kemusnahan dan kerosakan.

Bimbinglah kami para pemimpin kami agar menjadi hambahambaMU yang soleh

Alhamdulillah Rabbil ‘Alamin  

 Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 

 Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar 

 Allahuakbar walillahil-hamd 


Maka Selesailah Khutbah Pada Hari Raya Tersebut

Download Khutbah Raya Ringkas Dalam Versi PDF

Saya ada menyediakan khutbah ini dalam bentuk PDF yang membolehkan anda download dan print.

Sila download pada butang dibawah.

Download PDF ini

Jangan lupa untuk sertai channel telegram akuislam

Menggantikan Amalan Menziarahi Kubur Dengan Bacaan Yasin Dan Tahlil

Untuk tahun ini, disebabkan oleh wabak Covid-19 yang masih belum reda, kita semua dinasihatkan untuk tidak menziarahi kubur.

InsyaaAllah, kita berdoa mudah-mudahan agar amalan ini boleh dilakukan semula tidak lama lagi.

Oleh itu sebagai ganti, kita boleh melakukan bacaan yaasin dan bacaan tahlil bersama keluarga di rumah masing-masing.

Berikut adalah panduan yang boleh membantu anda:


Penutup: Bersyukur & Bersabarlah Dengan Ujian Ini

Tahun ini kita melaksanakan solat Aidilfitri di kediaman kita sendiri disebabkan ujian ALLAH terhadap kita semua rakyat Malaysia dan dunia keseluruhannya.

Namun, walau apapun cabaran yang kita hadapi, kita tetap bersyukur kerana kita masih lagi dapat beriman dan beribadah kepada ALLAH.

Semoga Aidilfitri kali ini menjadi Raya yang paling bersejarah dan diingati oleh kita semua.

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari kami melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

132 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
Man
3 bulan yang lalu

Assalamu alaikum Admin..

Khutbah Raya Aidul Adha ada ka 😊

Man
3 bulan yang lalu

Di tunggu kutbah Raya Idul Adha😊

Mna
3 bulan yang lalu

Sangarmt bermamfaat

Kama
5 bulan yang lalu

Alhamdulillah, terima kasih tuan. Dapat manfaat dari sini

Mohd Fauzi
5 bulan yang lalu

Assalamualaikum… Terima kasih Tuan Admin yang berkongsi ilmu dan saya percaya ramai ketua-ketua keluarga seperti saya sangat memerlukan dikala kita di Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB). Alhamdulillah selesai solat sunat Aidil Fitri berserta teks ringkas Khutbah yang Tuan Admin sediakan bersama sama keluarga di kediaman kami. Semoga Tuan Admin dilimpahkan pahala yang berlipatkali ganda dari Allah swt. Aamiin Aamiin Aamiin.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.

Azrul
Reply to  Mohd Fauzi
2 bulan yang lalu

Untuk aidiladha ada juga tak