Amalan Sunat Pada Bulan Rejab

Apakah amalan yang digalakkan pada Bulan Rejab?

Artikel ini menyenaraikan beberapa kelebihan dan amalan yang sunat dilakukan pada bulan ini.

Semoga ia dapat membantu anda..

Kelebihan Bulan Rejab & Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan

Dalam Bulan Rejab, dianjurkan banyak berdoa dan berzikir dengan ketentuan berikut, diriwayatkan oleh Ibnu β€˜Asyakir daripada Abi Umamah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

β€œLima malam yang tidak akan ditolak doa padanya ialah doa pada awal bulan Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.

Oleh itu, dianjurkan untuk melakukan amalan-amalan berikut pada bulan rejab:

1. Berpuasa pada Khamis pertama bulan Rejab, InsyaAllah syurga akan menjadi bahagiannya.


2. Di dalam Syurga ada sebatang sungai yang dinamakan β€˜Rejab’. Ia lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais dan lebih manis dari madu. Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, maka Allah akan mengurniakannya minuman dari sungai itu (Hadis).


3. Berpuasa pada 1 Rejab, akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya (al-Jami’us Shaghir)


4. Nabi Adam pernah bertanya kepada Allah mengenai hari yang paling disukaiNya.

FirmanNya:

β€œNisfu Rejab: Sesiapa yang menghampirkan dirinya dengan puasa, solat sunat, bersedekah dan beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampunkan dengan bersedekah dan berzikir serta akan menjaga diri dari melakukan maksiat. Syurgalah bahagiaannya”


5. Pada malam 15 dan 27 rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat dengan 6 salam. Pada setiap rakaat hendaklah dibacakan al-Fatihah dengan sebarang surah.

Selepas memberikan salam, baca zikir ini:

zikir bulan rejab

Maha Suci Allah. Segala puji-pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar.”

Disambung dengan istigfar sebanyak 100 kali:

Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya”

Kemudian selesai sahaja bertasbih dan beristigfar, berdoalah apa sahaja demi kebaikan diri sendiri dan keesokan hari hendaklah kita berpuasa selama sehari (Imam Ghazali)


6. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:

Barang siapa membaca ayat ini pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan di antara Zohor dengan Asar:

doa bulan rejab

AkuΒ  memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, tiada yang menguasai akan diriNya, tidak ada yang dapat membuat, menolak mudarat, manfaat dan tidak ada yang dapat menguasai kematian dan hidup serta kebangkitan”

Nescaya dua malaikat akan disuruh menghapuskan semua kejahatannya.


7. Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, seolah-olah dia berpuasa selama 1000 tahun dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba sahaya. Barang siapa bersedekah 1000 dinar, dicatat setiap helai rambut dan bulu yang ada di badannya 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjatnya, dihapuskan darinya 1000 kejahatan dan dicatat juga sedekahnya itu akan beroleh ganjaran 10 kali pahala haji dan umrah, serta didirikan untuknya Gedung di Syurga (Salman al-Farisi)

 

Rujukan & Penutup

Rujukan artikel ini adalah dari buku 99 solat sunat tulisan Ustaz Abdul Aziz Ismail.

Mudah mudahan kita semua termasuk dalam golongan para hambaNya yang taat serta rajin melakukan amalan sunat dengaΒ  penuh keimanan dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Semoga ia dapat membantu anda beribadah pada bulan yang mulia ini.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nurul
Nurul
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz. Saya tak fasih bacaan Arab. Saya ingin minta tolong Ustaz untuk uploadkan Bacaan doa bulan Rejab Dalam rumi. Cara itu Senang untuk saya membaca doa. Terima kasih

Nurul
Nurul
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Terima Kasih

Julia
Julia
Reply to  Nurul
1 tahun yang lalu

Saya cuba ya…

No. 5

Zikir:

Subhanallah Walhamdulillah Wa Lailllahaillallah Wallahu Akbar

Istighfar 100x :

Astaghfirullah hal ‘azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih

No.6
Bacaan Ayat di waktu antara Zuhor dan Asar

Astaghfirullah hal ‘azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih taubatan abdin zholimin la yamliku linafsihi wala naf’an wala mautan wala hayatan wala nusyuro.

Selamat beribadat.