Ujian Daripada Allah

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Ujian

Ujian

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Ujian

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?

berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.

Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.

Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!

Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.

Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,273 other subscribers

Comments

  1. khai says

    kadang2 aku rasa Allah benci dengan aku.sampai aku dirundung masalah xhenti2.aku pun terfikir sejenak.aku ni ada tuhan atau xda tuhan?mengapa ramai kafir lahanat wat jahat Allah xhukum.malah beri kesenangan?Aku ni dh kkdg terasa apa yg xkena kt diri aku.Setiap hari aku ajar budak2 mengaji ilmu agama.tp satu2 maslah dtg xhenti2.Ya Allah kau kuatkan hati aku ya Allah.aku ni lelaki tp sampai tahap xboleh nk tahan ujian mu ya Allah.setiap hari aku menangis.Ampunkan dosaku ya Allah.apa dosa aku?sampaikanlah kepadaku azabmu sekarang sekiranya aku terlalu byk berdosa dengan MU.aku xsanggup di dunia kotor ini.

    • weirdo says

      Kita berada di situasi yang sama. Bila ujian datang bertimpa-timpa, aku jatuh lagi. Kali ini bukan saja terduduk, malah rebah. Keimananku makin menipis. Tiada lagi rasa takut kerana aku tahu aku manusia yang dibenci. Aku tidak boleh disakiti lagi kerana sudah tiada ruang lagi untuk menyakiti. Hati? Aku sudah buang jauh2 supaya apabila ujian itu datang, aku sudah tidak merasa sakit. Tanpa hati, tangisan tidak mudah bertamu. Walaupun titisan itu kadangkala terkeluar juga tanpa kusedari. Hidup diteruskan hanya kerana ajalku belum tiba. Aku menanti saat itu, saat segalanya berakhir.

  2. shaz says

    alhamdulillah..artikel yg sgt memberi ilmu..
    sesungguhnya setiap dugaan/ujian yg Allah berikan pada hambaNya ada hikmah.

    • says

      Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti..

  3. Putra says

    Salah satu sebab mengapa Allah memberikan cobaan kepada kita adalah karena Allah rindu kepada kita untuk datang dan meminta pertolongan atas semua cobaan yang tengah dihadapi.

    • says

      Ada banyak orang berani yang tidak mengakhiri hidup sebagai seorang yang pemberani. Kerana mereka gagal menahan beban yang mendatang.

      Kesabaran adalah daya tahan psikologi yang menentukan sejauh apa kita mampu membawa beban, dan sekuat apa kita mampu survive dalam menghadapi tekanan hidup..

  4. says

    Waalaikumsalam Setiap manusia merupakan hamba Allah yang diciptakan olehnya. Kita sebenarnya merupakan ciptaan tuhan dan kita lahir ke dunia ini bukan atas kehendak kita tetapi atas kuasaNya. Jadi, seharusnya kita bersyukur kepadanya. Malahan dalam kehidupan kita sehari-hari, siapa yang memberi rezeki kepada kita? tentunya Allah yang Maha Pemurah bukan?

    • says

      Sandarkan segala harapan kepada yang pemberi segala jenis bahagia, Allah. InshaAllah kita akan sentiasa tenang. Dan jika ada saatnya doa kita seolah-olah tidak didengar, kita akan tetap tersenyum kerana yakin Allah mencintai kita lebih dari apa yang kita tahu dan perlu.

      Harapan itu indah. Jika disandarkan kepada yang Maha Indah, Allah.

  5. nur imainsyirah says

    Assalamu’alaikum.
    Samada perkara buruk atau baik, kita harus laluinya dengan tenang dan sabar.

  6. says

    Mohon copy sikit..ayat best..sesuai untuk yg mgkin didalam kesusahan..samade sedang , pernah , belum atau bakal ditimpe.Allah tu sentyase bersame kite.tq for all the entries.continue k

  7. noor mahmudah mohamad saleh says

    SubhanaAllah,artikel yang sangat mendidik jiwa…mudah-mudahan Allah S.W.T bantu kita untuk bersabar dalam apa jua bentuk ujian yang diberikan…..^_^

    • says

      Allah damaikan hati kita yang keresahan apabila kita bersamaNya. Allah maha mengampunkan segala dosa yang telah kita perbuat apabila kita bertaubat. Allah menjanjikan kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung apabila kita bertaqwa.

      Allah sediakan ganjaran bagi mereka yang sabar. Allah mengaturkan kehidupan kita dengan sempurna dan segala yang ditetapkan adalah untuk kebaikan hambaNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *