Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu

kebahagiaan
melepaskan untuk mencapai kebahagiaan * love will tear us apart by karoluzz

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki.

Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

 

Ya, Menyayangi Tidak Semestinya Memiliki

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia?

Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia?

Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia?

Hanya kerana satu sebab.

— Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa Takut Untuk Ikhlaskan Perpisahan Itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan.

Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu.

Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

 

Jika Terus Hidup Bersama Kenangan, Memang Mustahil Untuk Kita Lupakan Dia.

kebahagiaan

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

 

Manusia Akan Pergi Tinggalkan Kita Juga Walaupun Sejuta Janji Manis Yang Diberikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

 

Ingatlah Untuk Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah Tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya.

Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.

Hanya perlu yakin.

kebahagiaan

Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia.

Demi kehidupan masing-masing.

Perasaan tak boleh dipaksa

 

Kita Mungkin Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah Pada Awalnya. Itu Untuk Mengajar Kita Jadi Lebih Dewasa

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan.

Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana?

Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.

Dah boleh redha?

Atau masih terpaksa?

Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

 

Penutup: Allah Telah Menetapkan Kebahagiaan Untuk Setiap HambaNya

Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.

Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah.

InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.

Hati kita milik Allah.

Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.

Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.

Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Perpisahan memang sesuatu yang sukar untuk dilalui, pasti banyak air mata yang jatuh dalam proses menguatkan kembali hati.


Pernahkah anda menghadapi perkara ini?

Bagaimana anda settle down?

Kami suka untuk mendengar pengalaman & pandangan anda pada bahagian komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

444 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
sz
sz
1 tahun yang lalu

Kami terpaksa melepaskan satu sama lain kerana campur tangan mak ayahnya. Ibunya dah ada pilihan hati dan perancangan majlis mereka sudah dibuat. Allahu. Hati aku. Sekarang, kami ambil haluan masing-masing dan cuba redha dgn ketentuannya dan mengikhlaskan dia pergi. Aku lepaskan dia walaupun sukar. Cuma kadang aku rasa hancur hati ni bila tahu dia menahan pedih di hati kerana dia rapat dengan ibuku. Serba sedikit ku tahu bagaimana keadaan dia selepas perpisahan kami. Aku cuma mampu mendoakan dia supaya Allah kuatkan hatinya dan hatiku andai ini ketentuanNya. Namun, aku cuba tanam pada diri, andai dia yg terbaik buatku disisiNya dan dia jodohku, inshaAllah Allah Ya Badi’ ada caraNya tersendiri utk kami kembali bersama. Namun, andai tidak, aku mohon Allah utk damaikan hati ini dgn ketentuanNya.

Diana
Diana
2 tahun yang lalu

Aku kenal dia dari form 4,kiranya percintaan zaman sekolah berlanjutan sehingga 4 tahun..masuk tahun ke lima dia mula berubah dan tinggalkan aku dengan penuh tanda tanya..dia sudah berkahwin dengan orang lain..ketika usia perkahwinannya masuk 6 tahun,aku pun bernikah dengan seorang lelaki yang baik..tetapi sehingga kini usia perkahwinan kami masuk 5 tahun ,aku masih xdapat lupakan exbf..aku tertanya2 apakah aku masih tidak ikhlas atau redha..
Ya Allah,bantu aku lupakan dia yg sudah berbahagia..

Yantzen
Yantzen
2 tahun yang lalu

Betul. Bukan mudah melepaskan seseorang demi kebahagiaannya.
Cuma saya belajar yakin bahawa segalanya tetap dengan izin Allah.
Allah pertemukan kita.
Dan Allah jua yang berkuasa untuk pisahkan kita..
Allah yang beri kebahagiaan.
Segala yang indah tentang dirinya tetap semua milik Allah.

Azman
Azman
2 tahun yang lalu

23 tahun hidup bersama, tahun ini isteri mohon berpisah atas alasan sudah tiada perasaan cinta lagi. Pedih, perit… tapi InsyaAllah akan aku turuti kehendaknya. Jika itu ketentuan Allah. Mencintai bukan bermakna kekal bersama.

Ya Allah, berilah petunjuk apa yang terbaik untuk diriku.

Luqman Hakam
Luqman Hakam
2 tahun yang lalu

Perkenalan saya dengan si dia dh 7 tahun susah senang brsama. Dalam tempoh yg lama tu mcam2 dugaan , si dia bnyak Kali curang dengan saya, saya jealous jgk buat saya buat tk tahu lr Dan sabar dengan perangai dia , saya bnyk setia dgn dia n dia setia blkang tk setia mana. Lastly Thun ni 2021 dia ada msalh , dia xnak luah kat saya. Ada satu masa Tu dia cerita semua hal keburukan saya kat family dia sampai kn family dia terus benci kat saya , Kak dia block semua media sosial yg saya follow . Dia pun block saya juga . Dia tak pernah jujur dengan saya, dia ada orang lain pun still cakap saya tak blh terima orang lain lagi . Pdahal dia tipu saya. Saya bukan org yg bodoh . Buy the way nk buat mcam mna dia suka someone, someone Tu pun suka dia juga. So , saya belajar menerima & ikhlas diri untk melepaskan dia .pengenalan dlm tempoh 7 ni msa yg sgt lama kalau Kita kenal seseorang yg agak lama klu Allah kata dia bukan jodoh allah, tk jadi juga. Usaha lr mcam mna sekalipun dia bukan milikkk awk. Doakan saya semoga saya dapat melupakn dia & move on. Saya hrap Allah Akan hadirkn seseorg yg tepat & blh terima segala kekurangan, kelemahan, kelebihan yg ada pada diri saya n ikhlas mencintai saya. Saya doakn semoga dia happy bersama orang yg dia cinta n syg n semoga kalian M & H cepat kahwin bahagia dunia akhirat, Jaga lr dia M dia sebaiknya. Laksanakn tanggungjawab H dengan sebaiknya. Waalaikumursalam

Ms S
Ms S
2 tahun yang lalu

Saya berkenalan dengan sorang lelaki bukan warganegara Malaysia,dia sangat baik,banyak mengajar saya erti kehidupan,dia datang dalam hidup saya bila saya tengah down,dia happykan saya,banyak sangat kenangan saya bersama dia,dia datang dalam hidup saya lepas saya putus cinta,saya ingat dia la perkara baik Allah gantikan utk saya tapi saya dapat tahu dia akan pulang ke negara dia dalam masa terdekat,saya sedih sangat,saya mengharapkan satu pengakhiran yang baik tapi entah la saya sedih sangat.saya sayangkan dia sangat..

Puteri yang hilang
Puteri yang hilang
2 tahun yang lalu

3 tahun dengan dia sampai lah saya dapat tau keluarga dia tak benarkan kami nak kahwin. Tapi saya tak tau kenapa, sama ada saya bukan calon menantu yang diinginkan, atau ada sebab lain. Dia minta putus sebab tak nak biarkan saya tergantung tapi sampai sekarang saya takde jawapan kenapa keluarga dia larang sedangkan saya dan keluarga dia tak pernah jumpa. Dia pun tak tau apa sebabnya. Saya keliru, susah saya nak redha sebab banyak lagi tanda tanya yang belum ada jawapan. Saya tak boleh nak tipu diri saya. Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kan maafkan dia selagi saya tak dapat jawapan kenapa keluarga dia tak restu. Salah ke saya?

Tni
Tni
Reply to  Puteri yang hilang
2 tahun yang lalu

Salam sis,
Sy pnh menulis dlm ruangan pd 2017, mslh sy lebih kurang sama.. Tk pnh nk bgtau family psl hub, kami kwn 5 thn.. Bila ckp nnt dlu, klu ada jodoh adalah.. After 5 years dia ckp dia doakn sy jumpa org lain yg lg baik.. Sy msa tu wat??? Sedih sgt.. Bbrpa bln lps tu sy tau dia bkawin.. Lps tu sy byk muhasabah diri sndiri, bljr melupakn.. Maafkn smua yg trjadi.. Dekatkn diri dgn Allah, famili, kawan.. Hargai smua bnda.. Alhamdulilah skrg ni sy sudah berkahwin.. End 2018 sy pilih bcinta slps bkawin.. Utk sis klu dia jodoh insyaallah dia ttp jodoh, klu bukan move on, jgn sia2kn byk perkara lg mnarik mngu sis.. Sy doakn yg trbaik akn jd dlm hidup sis..

Wani
Wani
3 tahun yang lalu

Saya nak ikhlaskan dan redha, walaupun dia hanya crush, tapi dia layan saya, rasa mcm baik sgt, beza umur saya dgn dia4 tahun, dia. Senior. Saya junior, dh 2tahun crush kat dia waktu sekrng tk sesuai untuk fikir pasal ni, tapi susah nk ikhlaskan

Amru (bukan nama sebenar)
Amru (bukan nama sebenar)
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Kami dah 5 tahun dalam perhubungan. Situasi saya sekarang, saya dah cuba untuk ikhlaskan hati bagi dia bersendirian atas permintaan dia tapi tiap malam dia sendiri akan call saya. Bila ws dah tak macam dulu tapi bila call boleh cakap baik baik. Saya belum beri kata putus untuk tinggalkan dia, tapi tengok gaya dia bila layan saya di ws memang nak taknak tapi bila call waktu malam boleh cakap baik baik & cerita ape rutin yang dia buat satu hari. Saya keliru sama ada nak tinggalkan dia atau nak kekalkan hubungan ni. Hmm. Saya tak pasti. Boleh bantu saya tak ape keputusan yang terbaik saya boleh buat.

Muhammad nor hadzrin
Muhammad nor hadzrin
3 tahun yang lalu

Tak tahu la macam mne sy nak ikhlas kan hati ni .. sbb perkara ni baru lagi terjadi pada sy so macam mne tu