Amalan Bulan Zulhijjah: Puasa Sunat, Zikir Dan Doa

amalan bulan zulhijjah

Apakah puasa, doa dan amalan yang anjurkan pada Bulan Zulhijjah?

Seperti dalam Bulan Rejab, Ramadhan dan Syawal, begitu jugalah dengan bulan Zulhijjah yang mempunyai amalan dan doa yang perlu dilakukan.

Antara amalan-amalan yang disunatkan adalah:

1. Digalakkan berpuasa sunat pada 10 hari pertama bulan zulhijjah.

Antara puasa sunat utama yang dianjurkan adalah Puasa Sunat Tarwiyyah (8 Zulhijjah) dan Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw bersabda:

Tiada dari hari-hari yang dikasihi oleh Allah supaya dilakukan ibadah pada hari-hari tersebut daripada sepuluh hari yang awal dari bulan Zulhijjah yang mana ganjarannya menyamai berpuasa setiap hari daripadanya selama setahun dan mendirikan ibadah pada setiap malam daripadanya menyamai beribadah pada malam lailatul qadar.”

(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Zulhijjah ialah hari Allah mengampuni Nabi Adam. Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan mengampuni segala dosanya.

Sebahagian isteri-isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan iaitu pada hari Isnin pertama dan dua hari Khamis.

[Sunan An-Nasaie, Kitab as-Siyam, hadis no: 2417]

Begitu juga puasa pada hari ‘Arafah adalah sunnah.

Abu Qatadah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.

[Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1983]

2. Pada permulaan 10 Zulhijjah, bacalah zikir ini sebanyak yang mungkin:

zikir amalan bulan zulhijjah

Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wayumitu Wahuwa A’la Kulli Syai’in Qadirr 

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

RUJUKAN

Boleh rujuk panduan lengkap mengenai zikir kesukaan Nabi ﷺ pada Hari Arafah di pautan ini: ZIKIR & DOA DI PADANG ARAFAH

Dalil berkaitan zikir 10 hari pertama Zulhijjah

Allah SWT berfirman:

… Supaya mereka memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu

— Surah al-Hajj 28

Berkata Ibnu Abbas beserta Imam Syafi’i dan kumpulan ulama, yang dimaksudkannya ialah sepuluh hari hari yang pertama dari bulan Zulhijjah.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya dianjurkan untuk memperbanyakkan zikir pada sepuluh hari ini lebih baik dari yang lain-lain, dan dianjurkan berzikir pada hari arafah lebih dari yang dibuat pada sisa hari-hari yang sepuluh ini.

Daripada Amru bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya, Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallâhu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,

Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.”

— Hadis Riwayat at Tirmizi

kami meriwayatkan dengan Isnad mursal dan kurang lafaznya, dan bunyinya:

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku dan nabi-nabi sebelumku panjatkan adalah: “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya

— Riwayat Imam Malik dalam Al-Muwattha’

3. Memperbanyakkan Bertakbir

Antara amalan bulan Zulhijjah yang digalakkan adalah bertakbir.

Berkata Imam Bukhari dalam Sahihnya bahawa Umar bin al-Khattab r.a pernah bertakbir pada khemahnya di Mina, lalu takbirnya didengari oleh orang-orang dalam masjid di situ, maka mereka sekalian pun turut bertakbir, kemudian orang-orang yang berada di pasar pula turut bertakbir sehingga gemuruhlah seluruh Mina dengan takbir itu.

Berkata Imam Bukhari lagi: Umar bin al-Khattab dan Abu Hurairah r.a sering keluar di pasar pada hari-hari kesepuluh pertama daripada Zulhijjah untuk bertakbir, lalu ramailah orang-orang di situ bertakbir mengikuti takbir mereka.


4. Memperbanyakkan Doa

Berdoa adalah salah satu amalan bulan Zulhijjah yang digalakkan.

Walaupun kita tidak dapat berhimpun dan memperoleh kemuliaan berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji di Tanah Suci, tetapi kita turut dibolehkan untuk berdoa dan beramal walau di mana pun kita berada.

Antara waktu paling afdhal berdoa adalah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.

Nabi SAW bersabda:

Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.

— HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani

Antara doa yang dianjurkan untuk dibaca pada hari Arafah adalah:

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Hamdan Yuwaafi Ni’amahu Wa Yukaafi-u Mazidah, Ya Rabbana Lakal-hamdu Kama Yanbaghi Lijalaali Wajhika Wa ‘Azhiimii Sulthonik, Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Sayyidina Muhammad, Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

Allahumma Rabbana Zolamna Anfusana Wa In Lam Taghfirlana Wa Tarhamna Lanakuunanna Minal-khasiriin. Allahummaghfirlana Zunuubana Wa Tub ‘Alaina Taubatan Nasuuha. Allahumma Anta Robbuna Farzuqna-istiqamah.

Allahumma Inni As-aluka Minal-khairi Kullihi ‘Ajilihi wa Aajilihi Ma ‘Alimtu Minhu Wa Ma Lam A’lam.

Allahumma Inni As-aluka Min Khairi Ma Sa-a-laka Bihi ‘Abduka Wa Nabiyyuka Muhammad, Wa A’uzubika Min Syarri Mas-ta’Aazaka Bihi ‘Abduka Wa Nabiyyuka Muhammad, Allahumma Inni As-alukal-jannah, Wa Ma Qarraba Ilaihi Min Qaulin Wa ‘Amalin, Wa As-aluka An Taj’alaka Kulla Qadha-in Qadhaitahu Lana Khaira.

Amalan Bulan Zulhijjah
Amalan Bulan Zulhijjah
Amalan Bulan Zulhijjah

Allahumman-qulni Min Zillil-ma’siyyati ila ‘Izzit-tho’ati, Wakfini BihaLaaLika ‘An Haramik, Waghnini Bifadhlika ‘Amman Siwaak, Wa Nawwir Qalbi Wa Qabri, Wahfazni Minasy-syarri Kulih, Wajma’ Liyal-khaira Kullah, Innaka ‘ala Kulli Syai-in Qadiir, Allahumma Inni As-alukal-huda Wat tuqa Wal-‘afaaFa Wal-ghina, Ya Hayyu Ya Qayyum Birahmatika Astaghist, Asih Li Syakni Kullah, Wa Jannibnil-‘usra Warzuqni Tho’ataka Ma Abqaitani, Allahumma Aslih Li Diinil-lazi huwa ‘Ismatu Amri, Wa Asih Li DunyaaYal-lati Fiiha Ma’Aasyi, Wa Aslih Li Aakhiratiyal-ati Ilaiha Ma’Aadi, Waj’alil-hayaata Zaiyaadatan Li Fi Kulli Khairin, Waj’alil-mauta RaaHatan Li Min Kulli Syarr.

amalan bulan zulhijjah

Allahummagfirlana Wa Liwadidiina Wa Zurriyyaatina Wa Ikhwaanina Wal-Muslimaati Ajma’ain Birahmatika Ya Arhamar-raahimin, Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wa Sohbihi Ajma’in Wal-hamdulillahi Rabbil-‘Aalamin.

Maksud bagi doa di atas adalah seperti berikut:

Segala puji-pujian adalah milik Allah yang memerintah sekalian alam, dengan satu pujian yang sentiasa menepati nikmat-nikmatNya dan mencukupi segala tambahannya, wahai Tuhanku hanya bagiMu segala puji-pujian sebagaimana selayaknya dengan keagungan Zat-Mu dan keunggulan pemerintahanMu. Ya Allah cucurlah selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan seandainya Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami nescaya kami mesti akan menjadi golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah taubat kami serta berikanlah kami taubat nasuha (taubat yang sebenar). Ya Allah Engkau adalah Tuhan kami, kerana itu anugerahkanlah kami suatu keistiqamahan.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebaikan, kebaikan yang sepatutnya segera aku terima atau pun yang tertangguh, kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku tahu, Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan sebagaimana apa yang telah dipohon oleh hambaMu dan Nabi-Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, aku juga berlindung kepadaMu dari sebarang keburukan sebagaimana yang dimintakan perlindungan kepadaMu oleh hambaMu dan Nabi-Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, Ya Allah aku memohon syurga kepadaMu dan apa-apa yang boleh mendekatkan kepadanya, sama ada berupa ucapan ataupun perbuatan.

Aku juga berlindung kepadaMu dari api neraka dan apa sahaja yang boleh mendekatkan kepadanya sama berupa ucapan ataupun perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu supaya engkau menjadikan semua qada’ yang sudah Engkau tetapkan kepadaku itu sebagai ketetapan yang baik belaka.

Ya Allah pindahkanlah aku dari maksiat yang hina kepada ketaatan yang terpuji. Anugerahkanlah aku rezeki yang halal dan jauhkanlah aku dari rezeki yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari yang selain Engkau. Terangilah hatiku dan kuburku, peliharalah aku dari segala keburukan dan kumpulkanlah kepadaku semua kebaikan, sesungguhNya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah aku memohon kepadaMu petunjuk dan ketakwaan, keafiatan dan kekayaan, wahai Tuhan yang Hidup dan Berdiri sendiri, dengan rahmatMu aku meminta tolong, perelokkanlah segala keadaanku dan jangan biarkan aku bersendirian walaupun sekelip mata. Ya Allah permudahkanlah aku kepada kemudahan dan jauhkanlah kesusahan dari diriku. Jadikanlah aku sebagai orang yang sentiasa mentaatiMu selagi Engkau mengekalkan diriku. Ya Allah perelokkanlah bagiku agamaku yang menjadi peganganku dan juga baikkanlah duniaku yang di dalamnya aku menjalani kehidupan. Dan juga perelokkanlah akhirat yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah masa hayatku ini untuk menambah kebaikan dan jadikanlah matiku nanti sebagai kerehatan dari segala keburukan.

Ya Allah ampunilah segala dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa zuriat kami, dosa saudara-saudara kami dan juga dosa orang-orang yang ghaib daripada kaum muslimin dan muslimat dengan berkat rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Semoga Allah memberi rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya semua.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mira
Mira
10 bulan yang lalu

Salam…bolehkah kita berpuasa tdk sampai 7 hari zulhijjah…maksudnya tidak berpuasa pd hari sabtu dan ahad. Tapi disambung semula pd hari bekerja

Mira
Mira
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

T.kasih atas pencerahan

Aziz
Aziz
2 tahun yang lalu

Assalam..
Dibawah tiap2 doa siapkan terjemahannya sekali..lagi baik.Maksudnya dibawah tiap2 satu doa satu terjemahan..
T.ksh.

Aziz
Aziz
2 tahun yang lalu