ZIKIR & DOA HARI ARAFAH (Transliterasi Rumi)

Ini adalah panduan lengkap mengenai zikir dan doa Hari Arafah.

Doa ini boleh diamalkan oleh para jemaah haji mahupun mereka yang tidak mengerjakan haji yang ingin mengambil kelebihan dan keberkatan Hari Arafah atau Hari Wukuf ini.

Pada hari ini, doa-doa kita adalah mustajab dan diterima oleh Allah.

Maksud Hari Arafah

Arafah merujuk kepada sebuah bukit dan sekelilingnya berhampiran Mekah, di mana jutaan haji berkumpul dan berdoa semasa musim Haji. Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Menurut sejarah Islam, Hari Arafah adalah hari di mana Nabi Muhammad S.A.W memberikan Khutbah Wida’ (khutbah perpisahan), iaitu khutbah terakhirnya sebelum wafat.

Hari Arafah juga dianggap sebagai hari yang penuh dengan rahmat dan pengampunan, di mana umat Islam di seluruh dunia, walaupun mereka tidak berada di Arafah untuk Haji, digalakkan untuk berpuasa dan berdoa.

Menurut hadis, berpuasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa selama setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.

Adakah Hari Arafah Juga Dikenali Sebagai Hari Wukuf?

Ya, Hari Arafah juga dikenali sebagai Hari Wukuf. Wukuf bermaksud berhenti atau berdiri, dan dalam konteks Haji, ia merujuk kepada perhentian para jemaah Haji di padang Arafah pada 9 Zulhijjah, yang merupakan acara paling penting dalam ibadah Haji.

Pada Hari Wukuf ini, jemaah Haji akan berdoa dan berzikir dari tengah hari hingga matahari terbenam. Perbuatan ini dilakukan sebagai lambang penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Oleh itu, istilah “Hari Arafah” dan “Hari Wukuf” sering digunakan secara bergantian untuk merujuk kepada hari yang sama dalam ibadah Haji.

Zikir Hari Arafah

Apakah zikir yang boleh dibaca pada Hari Arafah?

Walaupun kita tidak dapat berhimpun dan memperoleh kemuliaan berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji di Tanah Suci, tetapi kita turut dibolehkan untuk berdoa dan beramal walau di mana pun kita berada.

Kita digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat seperti solat, berpuasa, berzikir dan berdoa terutama dengan zikir doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Zikir Doa Hari Arafah ini sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas Solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.

At-Tarmizi meriwayatkan, semasa Hari Arafah, Nabi mengamalkan zikir doa berikut:

1

Baca zikir berikut sebanyak 100 kali atau sebanyak-banyaknya:

zikir hari arafah

 Astagfirullah Al-‘Azim AllaZi La Ilaha Illa Huwa Al-Hayyu Al-Qayyum Wa Atubu Ilaih 

Aku minta ampun kepada Allah Tuhan Yang Maha Besar yang tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Tuhan Yang Hidup Yang Kekal Abadi dan aku bertaubat kepada-Nya.


2
zikir hari arafah

 Labbaika Allahumma Labbaik. Labbaika La Sharika Laka Labbaik. Innal-Hamda Wan-Ni’mata Laka Wal-Mulk, La Sharika Lak 

Hamba-mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tada sekutu bagi-Mu.


3

Kemudian, zikir berikut dibaca sebanyak tiga (3) kali:

zikir hari arafah

 Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil-Hamd 

Allah Yang Maha Agung. Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-puji tertentu bagi Allah.


4

Kemudian membaca zikir ini sebanyak 100 kali atau sebanyak-banyaknya:

zikir hari arafah

 La Hawla Wa La Quwwata Illa Billahil-‘Aliyyil-‘Azim. Asy-hadu Annallah ‘Ala Kulli Shay’in Qadir. Wa Annallah Qad Ahaata Bikulli Shay’in ‘Ilman 

Tiada daya dan upaya dan tada kekuatan melainkan dengan izin Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya Allah Taala itu Amat Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu dan bahawasanya ilmu Allah Taala itu meliputi segala-galanya.


5

Bacaan zikir diteruskan dengan bacaan ini sebanyak 100 kali atau sebanyak-banyaknya:

zikir hari arafah

 Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wayumitu Wahuwa A’la Kulli Syai’in Qadirr 

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

Daripada Amru bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya, Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallâhu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda: Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.”— Hadis Riwayat at Tirmizi


6

Bacaan diteruskan dengan ucapan ini sebanyak tiga (3) kali:

zikir hari arafah

 A’uDzu Billahi Minash-Shaytanir-Rajiim. Innallaha Huwas-Sami’ul-‘Aliim 

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, bahawa sesungguhnya Allah Taala ialah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahul.


7

Kemudian bacalah Surah al-Ikhlas sebanyak tiga (3) kali:

zikir hari arafah

Katakanlah (Wahai Muhammad) Allah itu satu (1) Allah itu tempat bergantung dan berharap, serta menyempurnakan segala hajat. (2) Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan (3) dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (menyamai) bagi-Nya. (4)


8

Akhir sekali bacalah zikir ini sebanyak 100 kali atau sebanyak-banyaknya:

zikir hari arafah

 Allahumma Salli Wa Sallim Wa Barik ‘Ala An-Nabiyyil-‘Ummi Wa ‘Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’in 

Ya Allah, selawat dan salam serta berkatilah ke atas Nabi yang tidak tahu membaca dan menulis, demikian juga ke atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.

Doa Hari Arafah

Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

Umat Islam disunatkan membaca Doa Hari Arafah walau di mana pun mereka berada.

Salah satu waktu doa dimakbulkan Allah SWT adalah di Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.

Waktunya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.

Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.

— HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani

Doa Hari Arafah Yang Ma’thur

Doa di padang arafah

Doa Hari Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.

Antara doa Hari Afarah yang dianjurkan adalah:

Doa Pilihan Pertama
doa hari arafah

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Hamdan Yuwaafi Ni’amahu Wa Yukaafi-u Mazidah, Ya Rabbana Lakal-hamdu Kama Yanbaghi Lijalaali Wajhika Wa ‘Azhiimii Sulthonik, Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Sayyidina Muhammad, Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

doa hari arafah

Allahumma Rabbana Zolamna Anfusana Wa In Lam Taghfirlana Wa Tarhamna Lanakuunanna Minal-khasiriin. Allahummaghfirlana Zunuubana Wa Tub ‘Alaina Taubatan Nasuuha. Allahumma Anta Robbuna Farzuqna-istiqamah.

doa hari arafah

Allahumma Inni As-aluka Minal-khairi Kullihi ‘Ajilihi wa Aajilihi Ma ‘Alimtu Minhu Wa Ma Lam A’lam.

doa hari arafah

Allahumma Inni As-aluka Min Khairi Ma Sa-a-laka Bihi ‘Abduka Wa Nabiyyuka Muhammad, Wa A’uzubika Min Syarri Mas-ta’Aazaka Bihi ‘Abduka Wa Nabiyyuka Muhammad, Allahumma Inni As-alukal-jannah, Wa Ma Qarraba Ilaihi Min Qaulin Wa ‘Amalin, Wa As-aluka An Taj’alaka Kulla Qadha-in Qadhaitahu Lana Khaira.

doa hari arafah
doa hari arafah
doa hari arafah

Allahumman-qulni Min Zillil-ma’siyyati ila ‘Izzit-tho’ati, Wakfini BihaLaaLika ‘An Haramik, Waghnini Bifadhlika ‘Amman Siwaak, Wa Nawwir Qalbi Wa Qabri, Wahfazni Minasy-syarri Kulih, Wajma’ Liyal-khaira Kullah, Innaka ‘ala Kulli Syai-in Qadiir, Allahumma Inni As-alukal-huda Wat tuqa Wal-‘afaaFa Wal-ghina, Ya Hayyu Ya Qayyum Birahmatika Astaghist, Asih Li Syakni Kullah, Wa Jannibnil-‘usra Warzuqni Tho’ataka Ma Abqaitani, Allahumma Aslih Li Diinil-lazi huwa ‘Ismatu Amri, Wa Asih Li DunyaaYal-lati Fiiha Ma’Aasyi, Wa Aslih Li Aakhiratiyal-ati Ilaiha Ma’Aadi, Waj’alil-hayaata Zaiyaadatan Li Fi Kulli Khairin, Waj’alil-mauta RaaHatan Li Min Kulli Syarr.

doa hari arafah

Allahummagfirlana Wa Liwadidiina Wa Zurriyyaatina Wa Ikhwaanina Wal-Muslimaati Ajma’ain Birahmatika Ya Arhamar-raahimin, Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wa Sohbihi Ajma’in Wal-hamdulillahi Rabbil-‘Aalamin.


Maksud Doa Pertama

Maksud bagi doa hari Arafah yang pertama adalah seperti berikut:

Segala puji-pujian adalah milik Allah yang memerintah sekalian alam, dengan satu pujian yang sentiasa menepati nikmat-nikmatNya dan mencukupi segala tambahannya, wahai Tuhanku hanya bagiMu segala puji-pujian sebagaimana selayaknya dengan keagungan Zat-Mu dan keunggulan pemerintahanMu. Ya Allah cucurlah selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan seandainya Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami nescaya kami mesti akan menjadi golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah taubat kami serta berikanlah kami taubat nasuha (taubat yang sebenar). Ya Allah Engkau adalah Tuhan kami, kerana itu anugerahkanlah kami suatu keistiqamahan.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebaikan, kebaikan yang sepatutnya segera aku terima atau pun yang tertangguh, kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku tahu, Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan sebagaimana apa yang telah dipohon oleh hambaMu dan Nabi-Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, aku juga berlindung kepadaMu dari sebarang keburukan sebagaimana yang dimintakan perlindungan kepadaMu oleh hambaMu dan Nabi-Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, Ya Allah aku memohon syurga kepadaMu dan apa-apa yang boleh mendekatkan kepadanya, sama ada berupa ucapan ataupun perbuatan.

Aku juga berlindung kepadaMu dari api neraka dan apa sahaja yang boleh mendekatkan kepadanya sama berupa ucapan ataupun perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu supaya engkau menjadikan semua qada’ yang sudah Engkau tetapkan kepadaku itu sebagai ketetapan yang baik belaka.

Ya Allah pindahkanlah aku dari maksiat yang hina kepada ketaatan yang terpuji. Anugerahkanlah aku rezeki yang halal dan jauhkanlah aku dari rezeki yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari yang selain Engkau. Terangilah hatiku dan kuburku, peliharalah aku dari segala keburukan dan kumpulkanlah kepadaku semua kebaikan, sesungguhNya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah aku memohon kepadaMu petunjuk dan ketakwaan, keafiatan dan kekayaan, wahai Tuhan yang Hidup dan Berdiri sendiri, dengan rahmatMu aku meminta tolong, perelokkanlah segala keadaanku dan jangan biarkan aku bersendirian walaupun sekelip mata. Ya Allah permudahkanlah aku kepada kemudahan dan jauhkanlah kesusahan dari diriku. Jadikanlah aku sebagai orang yang sentiasa mentaatiMu selagi Engkau mengekalkan diriku. Ya Allah perelokkanlah bagiku agamaku yang menjadi peganganku dan juga baikkanlah duniaku yang di dalamnya aku menjalani kehidupan. Dan juga perelokkanlah akhirat yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah masa hayatku ini untuk menambah kebaikan dan jadikanlah matiku nanti sebagai kerehatan dari segala keburukan.

Ya Allah ampunilah segala dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa zuriat kami, dosa saudara-saudara kami dan juga dosa orang-orang yang ghaib daripada kaum muslimin dan muslimat dengan berkat rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Semoga Allah memberi rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya semua.

Doa Pilihan Kedua

Ini doa pilihan kedua yang boleh dibacakan pada Hari Arafah:

Allahumma Inni As’aluka Biwajhikal-Kareem Wa Judikal-Qadim Wa Bismikal-A’zhami Wa Ma Unzila ‘Ala Nabiyyika Sayyidina Muhammadin ﷺ Wa Ikhwanihi Minan-Nabiyyin Wal-Mursalin Wa ‘Ala Alihi Wa Sahbihi, Wat-Tabi’in Lahum Minal-‘Ulama’il-‘Amilin Wal-Awliyaa’is-Salihin

Wa Bihurmati Hazal-Yawmi An Tusalli ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa An Taghfir Lana Wa Liwalidayna Wa Awladina Wa Ikhwanina Wa Aqrabaa-ina Wa Masha’ikhana Wa Ashabina Wa Liman Ahsana Ilayna Wa Liman Lahu Haqqun ‘Alayna Wa Liman Zalamnahu Aw Asa’na Ilayhi Wa Lijamii’il-Muslimin Wal-Muslimatil-Ahya’i Minhum Wal-Amwat.

Wa An Tarzuqna Wa Iyyahum Bil-Khayrat Fid-Dunya Wal-Akhirah Wa An Tahfazana Wa Iyyahum Min Jami’i Bala’id-Dunya Wa Ahwali Yawmil-Qiyamah.

Wa An TarzuqNal-‘UluuMan-Naafi’ah Wal-A’malas-Solihah. Wa An Ta’simana Min Sharri Al-Ashrari Mina Al-Insi Wal-Jinni Wad-DaWaabbi Wa Ghairiha.

Wa An Takhtim Lana Wa Lahum Bihusnil-KhooTimah. Rabbana WaaTina Fid-Dunya Hasanatan Wa Fil-Akhirati Hasanatan Waqina ‘Adhaban-Nar

Wasallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Sahbihi Wa Sallam. Subhan Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Amma Yasifun Wa Salamun ‘Alal-Mursalin Wal-Hamdulillahi Rabbil-‘Alameen.


Maksud Doa Arafah Kedua

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya ku pohon akan Engkau dengan kemuliaan zat-Mu, dengan kemurahan-Mu yang kekal abadi, dengan segala nama-Mu Yang Maha Besar, dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi-Mu Saidina Muhammad SAW. dan sekalian saudara-saudaranya daripada nabi-nabi dan rasul-rasul serta keluarganya, sahabat-sahabatnya dan sekalian pengikut-pengikut mereka daripada golongan ulama-ulama yang beramal, wali-wali yang soleh. Dengan kehormatan di hari yang mulia it bahawa Engkau member rahmat ke atas Nabi Muhammad, bahawa Engkau ampunkan kami, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, saudara mara kami, sekalian kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, mereka yang berbuat baik kepada kami, mereka yang mempunyai hak atas kami, mereka yang kami zalimi tau menyakitinya dan kepada sekalian orang-orang Islam lelaki dan perempuan sama ada yang hidup atau yang mati. Engkau member rezeki dan kebajikan kepada kami dan mereka itu di dunia dan akhirat dan Engkau peliharakan kami dan mereka daripada segala bencana, Engkau jauhkan malapetaka dunia dan akhirat. Bahawa Engkau kurniakan kepada kami dengan ilmu pengetahuan yang berguna dan amalan yang soleh, Engkau peliharakan kami daripada perbuatan-perbuatan jahat sama ada daripada manusia, jin, binatang yang buas dan lain-lainnya. Engkau matikan kami dan mereka itu di dalam husnulkhatimah, wahai Tuhan kami berilah kami di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya, sahabat-sahabatnya, Maha Suci Engkau Ya Allah daripada segala sifat kekurangan.Salam sejahtera ke atas sekalian rasul-rasul dan segala pujian itu tertentu kepada Allah yang memiliki sekalian alam.

Penutup

Semoga Allah menerima zikir dan doa kita pada hari Arafah ini, dan mengampuni segala dosa dan kesalahan kita.

Kita diajar untuk meminta kebaikan, petunjuk, dan rezeki dari Allah, dan berlindung daripada api neraka dan dari segala perkara yang dapat mendekatkan kita kepadanya.

Semoga kita semua dapat memanfaatkan hari yang berkat ini dengan sebaik-baiknya, dan meraih segala kebaikan yang ada di dalamnya.

Selain itu, janganlah kita lupa untuk memohon kepada Allah agar diberi rezeki yang halal dan dijauhkan dari rezeki yang haram.

Semoga kita dikurniakan hidup yang dipenuhi dengan kebaikan, dan mati sebagai kerehatan dari segala keburukan.

Insya Allah, doa dan zikir kita pada hari Arafah akan membawa kita lebih dekat ke syurga. Semoga Allah merahmati kita semua dan memberkati usaha kita. Aminn

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments