Bagaimana pengiraan iddah cerai berdasarkan keadaan seseorang wanita itu sama ada keadaan suci atau haid?
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan pandangan yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin.
Semoga bermanfaat kepada semua umat Islam InsyaAllah.
Assalamualaikum Ustaz.
Mohon pengesahan tentang catatan pengiraan suci seperti dalam catatan di bawah ini:
“Jika Isteri diceraikan ketika suci tidak bersama, maka suci semasa diceraikan itu adalah suci yang pertama.
Jika Isteri diceraikan ketika suci yang bersama, maka suci semasa diceraikan itu tidak dikira suci pertama. Suci pertama hanya dikira selepas tamat haid pertama.
Jika Isteri diceraikan ketika haid/nifas, maka suci selepas tamat haid/nifas itu adalah suci pertama.”
Waalaikumussalam
1. Iddah cerai bagi perempuan yang pernah disetubuhi oleh suaminya sedangkan dia tidak hamil ketika diceraikannya dan dia masih didatangi haid, adalah tiga kali suci. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang ditalak, (hendaklah) mereka menahan diri menunggu tiga kali suci.” (al-Baqarah 228)
2. Adapun cara pengiraan iddahnya adalah seperti dibawah:
Dia dalam keadaan suci ketika suami menceraikannya.
# Bermaknanya, apabila datang haid yang ketiga ini habislah iddahnya.
Dalam kitab منهاج الطالبين J.1 Ms.253:
ﻓﺈﻥ طَلُقَتْ طَاهِرًا انْقَضَتْ بِالطَّعْنِ فِي حَيْضَةٍ ثَالِثَةٍ
“Sekiranya wanita dicerai dalam keadaan suci, habislah iddahnya apabila masuk dalam haid yang ketiga.”
# Suci yang suaminya menceraikannya itu dikirakan sebagai suci yang pertama walaupun suaminya menyetubuhinya.
Dia dalam keadaan haid ketika suami menceraikannya.
# Bermaknanya, apabila datang haid yang keempat habislah iddahnya.
Dalam kitab منهاج الطالبين J.1 Ms.253:
أَوْ حَائِضًا فَفِي رَابِعَةٍ
“Sekiranya wanita dicerai dalam keadaan haid, habislah iddahnya apabila masuk dalam haid yang keempat.”
3. Berbalik kepada catatan dalam pertanyaan di atas:
(1) Catatan dalam perenggan pertama adalah BETUL.
(2) Catatan dalam perenggan ke tiga juga BETUL.
(3) Namun catatan dalam perenggan ke dua TIDAK BETUL.
4. Perempuan yang tidak hamil jika diceraikan ketika suci yang suaminya bersetubuh dengannya dalam suci tersebut, maka suci semasa diceraikan itu dikira suci pertama. Bukan suci pertama dikira selepas tamat haid pertama.
Justeru, kenyataan bahawa jika Isteri diceraikan ketika suci yang bersama, maka suci semasa diceraikan itu tidak dikira suci pertama dan suci pertama hanya dikira selepas tamat haid pertama adalah SUATU KENYATAAN YANG TERSASAR DAN TIDAK BETUL.
Hal ini dapa dilihat daripada kenyataan ulama-ulama mazhab Syafi’i dalam kitab mereka. Antaranya:
Dalam kitab روضة الطالبين J.8 Ms.366 karangan imam al-Nawawi-Rahimahullah-:
ﺛﻢ ﺇﺫا ﻃﻠﻘﻬﺎ ﻭﻗﺪ ﺑﻘﻲ ﻣﻦ اﻟﻄﻬﺮ ﺑﻘﻴﺔ، ﺣﺴﺒﺖ ﺗﻠﻚ اﻟﺒﻘﻴﺔ ﻗﺮءا، ﺳﻮاء ﻛﺎﻥ ﺟﺎﻣﻌﻬﺎ ﻓﻲ ﺗﻠﻚ اﻟﺒﻘﻴﺔ ﺃﻡ ﻻ، ﻓﺈﺫا ﻃﻠﻘﻬﺎ ﻭﻫﻲ ﻃﺎﻫﺮ ﻓﺤﺎﺿﺖ، ﺛﻢ ﻃﻬﺮﺕ، ﺛﻢ ﺣﺎﺿﺖ، ﺛﻢ ﻃﻬﺮﺕ، ﺛﻢ ﺷﺮﻋﺖ ﻓﻲ اﻟﺤﻴﺾ، اﻧﻘﻀﺖ ﻋﺪﺗﻬﺎ، ﻭﺇﻥ ﻃﻠﻘﻬﺎ ﻓﻲ اﻟﺤﻴﺾ، ﻓﺈﺫا ﺷﺮﻋﺖ ﻓﻲ اﻟﺤﻴﻀﺔ اﻟﺮاﺑﻌﺔ، اﻧﻘﻀﺖ ﻋﺪﺗﻬﺎ.
“Kemudian apabila dia menceraikannya sedangkan masih ada berbaki tempoh suci, maka dikira tempoh berbaki suci itu sebagai satu suci, samaada dia menyetubuhinya dalam tempoh berbaki suci itu atau tidak…”
Dalam kitab أسنى المطالب J.3 Ms.390 karangan Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari-Rahimahullah-:
(ﻓﺈﻥ ﻃﻠﻘﻬﺎ ﻓﻲ اﻟﻄﻬﺮ) ﻭﻟﻮ ﺑﻘﻲ ﻣﻨﻪ ﻟﺤﻈﺔ ﺃﻭ ﺟﺎﻣﻌﻬﺎ ﻓﻴﻪ (اﻧﻘﻀﺖ) ﻋﺪﺗﻬﺎ (ﺑﺎﻟﻄﻌﻦ ﻓﻲ اﻟﺤﻴﻀﺔ اﻟﺜﺎﻟﺜﺔ)
“Jika dia menceraikannya dalam keadaan suci walaupun tempoh yang berbaki daripada tempoh suci itu hanya satu detik atau dia telah bersetubuh dengannya dalam tempoh suci tersebut, maka tamat tempoh iddahnya dengan masuk pada haid yang ketiga.”
Dalam kitab تحفة المحتاج J.8 Ms.233 karangan Syekh Ibn Hajar al-Haitami -Rahimahullah-:
(ﻓﺈﻥ ﻃﻠﻘﺖ ﻃﺎﻫﺮا) ﻭﻗﺪ ﺑﻘﻲ ﻣﻦ اﻟﻄﻬﺮ ﻟﺤﻈﺔ (اﻧﻘﻀﺖ ﺑﺎﻟﻄﻌﻦ ﻓﻲ ﺣﻴﻀﺔ ﺛﺎﻟﺜﺔ) ﻹﻃﻼﻕ اﻟﻘﺮء ﻋﻠﻰ ﺃﻗﻞ ﻟﺤﻈﺔ ﻣﻦ اﻟﻄﻬﺮ ﻭﺇﻥ ﻭﻃﺊ ﻓﻴﻪ
“Jika dia diceraikan dalam keadaan suci sedangkan masih berbaki satu detik daripada tempoh suci itu, maka tamat tempoh iddahnya dengan masuk pada haid yang ketiga, kerana dinamakan sebagai satu suci bagi satu detik daripada tempoh suci walaupun suaminya bersetubuh dengannya dalam tempoh suci tersebut.”
Dalam kitab نهاية المحتاج J.7 Ms.129 karangan Imam al-Ramli -Rahimahullah-:
(ﻓﺈﻥ ﻃﻠﻘﺖ ﻃﺎﻫﺮا) ﻭﻗﺪ ﺑﻘﻲ ﻣﻦ اﻟﻄﻬﺮ ﻟﺤﻈﺔ (اﻧﻘﻀﺖ ﺑﺎﻟﻄﻌﻦ ﻓﻲ ﺣﻴﻀﺔ ﺛﺎﻟﺜﺔ) ﻹﻃﻼﻕ اﻟﻘﺮء ﻋﻠﻰ ﺃﻗﻞ ﻟﺤﻈﺔ ﻣﻦ اﻟﻄﻬﺮ ﻭﺇﻥ ﻭﻃﺊ ﻓﻴﻪ
“Jika dia diceraikan dalam keadaan suci sedangkan masih berbaki satu detik daripada tempoh suci itu, maka tamat tempoh iddahnya dengan masuk pada haid yang ketiga, kerana dinamakan sebagai satu suci bagi satu detik daripada tempoh suci walaupun suaminya bersetubuh dengannya dalam tempoh suci tersebut.”
والله أعلم بالصواب
Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin (Facebook)
Tinggalkan Komen Anda..