Hukum Iddah Bagi Wanita Yang Sudah Tiada Haid

Iddah Bagi Wanita

Apakah hukum iddah bagi wanita yang sudah tiada haid?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Seorang perempuan yang bercerai dengan suami tapi dia sudah tidak ada haid jadi nak kira macam mana iddahnya?

Adakah dengan anggaran haidnya yang lepas?


JAWAPAN:

Perempuan-perempuan yang bercerai hidup yang tidak mempunyai darah haid itu iddahnya ialah selama tiga bulan.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan perempuan-perempuan yang sudah tidak mempunyai haid dari isteri-isteri kamu itu jika kamu merasa ragu maka iddahnya ialah selama tiga bulan dan begitu jugalah sekelian perempuan yang tidak mempunyai haid.”

(At-Talaq : 4)

Berkata Imam Nawawi maksudnya:

Siapa yang tidak datang darah haid kerana sudah tua atau masih kecil atau telah sampai usia haid atau melebihi usia haid sedangkan tidak keluar darah haid maka iddahnya ialah selama tiga bulan dengan nas Al-Quran.”

(Kitab Ar-Raudhah At-Tolibin)

Maka iddah bagi perempuan yang dicerai ini ialah selama tiga bulan iaitu sembilan puluh hari.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments