7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Tidak semua mengalami kekecewaan dalam hidup dan tidak semua minta untuk dikecewakan. Bila dah sayang dan cinta itu timbul untuk seseorang..mesti kita impikan akan berakhir dengan sebuah perkahwinan dan hidup bersama sampai akhir hayat. Bila dikecewakan kene kuatkan semangat,sentiasa berdoa dan teruskan hidup seperti biasa. Memang susah untuk lupakan semua itu..Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t semua yg pernah dikecewakan dapat lalui semua dugaan dan ujian Allah dengan baik. Allah tidak akan uji kita melebihi dari kemampuan diri kita.

    Saya sayang dia tapi dia dah berkahwin dengan org lain…:) Semoga dia bahagia dengan pasangan barunya.Jodoh itu rahsia Allah s.w.t. Serahkanlah segalanya kepada Allah..Semoga semua dipertemukan dengan jodoh masing-masing..”lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik”.amin

    Reply
  2. Assalamualaikum.. Ingin saya kongsikan bingkisan hidup saya sejak akhir-akhir ini. Saya dan dia baru berkawan baru setahun. Kami menjadi rapat apabila digandingkan bersama. dari situ mulanya bibit-bibit kasih sayang saya kepadanya. Melihat kami berdua semakin hari semakin akrab, ramai yang cemburu dan mula berkata yang kami berdua menjalinkan hubungan walhal kami tiada hubungan selain kawan sahaja. Jauh di sudut hati aku, aku sudah menganggap nya lebih daripada kawan cuma tidak terluah. Kemudian hari-hari kami selanjutnya diteruskan dengan begitu sahaja namun sejak akhir-akhir ini dia seakan-akan bosan kepada saya. Dia seolah-olah sudah berubah. Selepas kami tidak berhubung beberapa hari saya memutuskan untuk membuat keputusan yang tekad. saya telah deactive sosial media yang selama ini telah menjadi medium untuk kami berhubung. saya amat kecewa dengan dia. Beberapa minggu sebelum itu, terdetik juga di hati saya untuk bertanya tenang isi hati dia sebab untuk memudahkan saya supaya tidak berharap sangat dengan dia. namun ianya terlafaz dalam hati sahaja. melihatkan kelakuan dia yang kekadang melayan saya seperti orang yang penting, namun kekadang seperti orang asing telah membantutkan niat saya. oleh itu, sekarang saya telah membuat keputusan untuk melupakan dia. saya mula menyibukkan diri. jaiuh dari telefon. muhasabah diri balik. mungkin belum masanya untuk fikir mengenai jodoh walaupun dalam hati sangat sayang kepada dia. jikalau ada jodoh itu, tidak kemana bukan. semoga hati ini tetap tabah. wasalam

    Reply
  3. Sekadar perkongsian..
    Sudah 2 tahun kami menjalinkan hubungan. Bermacam2 kenangan kami bina bersama. Susah senang kami harungi bersama. Keluarga pun dah kenal antara satu sama lain. Tp apakan daya, mungkin tiada jodoh. silap saya. Dlu sy suka buat perangai. Sy tk pernah hargai pengorbanan dia. Kalau gaduh sikit, sy suka mintak putus. Dia still boleh bersabar. Tp sbagai seorang perempuan, marah mcm mana sekalipun Sbnarnya dia tkde niat langsung dgn apa yg dia cakap. Sy sayang dia. Sy buat semua tu cuma sekadar nk uji dia. Nk tgk sejauh mana sayangnya dia pada sy. Smpaila satu masa tu dia dah tk tahan dgn perangai sy, dia cari perempuan lain. Dia curang belakang sy. Dia mintak putus. Dia ckp dia tk tahan dgn sy. Dari situ sy mula sedar. Sy patut hargai org yg syg kt sy. Mcm2 cara sy buat utk pertahankan balik hubungan sy dgn dia. Sy merayu. Sy minta peluang kedua. Sy Janji akan perbaiki semuanya dan tkkan buat perangai lg. tp dia tetap berkeras. Dia menolak sy. Dan pergi dgn perempuan pilihan dia. 5 bulan berlalu. Sy survive hidup sorg2 tanpa dia. Smpai skrng sy tk redha dgn apa yg dah berlaku. Susah utk sy terima hakikat yg dia bukan milik sy lagi. Hari silih berganti, apa yg sy mampu buat cuma dpt tgk dia dari jauh. Bahagia dgn org lain. Ada satu persoalan yg bermain di minda sy, bagaimana dia boleh lupakan kenangan sy dan dia begitu sahaja? Sedangkan sy mengambil masa yg lama utk lupakan semuanya. Sy sedih. Sometimes sy rasa dah give up nk hidup. Sy tersiksa. Smpai bila penderitaan yg sy alami ini akan berakhir? Sy juga nk bahagia. Seperti org lain. Sy masih belajar lg. sy takut hanya disebabkan dia, future sy musnah. Smpai skrng sy masih berharap yg dia akan dtg cari sy. Sy tk pernah jemu berdoa utk dia. Mengharapkan pertolongan dari Allah. Sungguh sy tk kuat. Sy lemah. Hari2 sy nangis. Selalu fikirkan dia. Sedangkan dia dah bahagia dgn org lain. Ada satu sisi, org ckp kalau syg, biarkanlah dia bahagia dgn org lain. Ada satu sisi lain, org ckp kalau syg, tnggu lah dia. InshaAllah kalau ada jodoh, pasti dia akan datang semula. Tp berharap pd sesuatu yg belum pasti jd milik kita tu mmg menyakitkan. Life must go on. Sy cuba. Hidup tanpa dia. Sy percaya semua yg berlaku ni ada hikmahnya. Perjalanan hidup sy masih panjang lg. sy harap sy boleh lupakan dia perlahan-lahan. InshaAllah dgn izinNya. Moral of story, hargai org yg sayang pada kita. Jangan sesekali kita mensia-siakannya. Wallahu alam. Yg baik datang dariNya, yg burun dtg dari kita semua..

    Reply
    • Assalamualaikum Nia. Moga dalam keadaan baik2 sahaja ya. Bersyukurlah kerana ianya berlaku sekarang. Walaupun ianya pahit & sedih sehinggakan rasa x mahu hidup lagi. Tak apa. In Syaa ALLAH jodoh yang baik akan menanti kamu. Ambil ini sebagai langkah awk untuk mengenali diri awak sndiri. Utk jadi yg lebih baik pd masa akan dtg.

      Sy sudah berkahwin. Anak 2 yg masih kecil. Kehidupan saya mmg tak macam org lain. Dh 4 tahun berkahwin. Tak baik rasanya mencerita hal. Tp sy sndiri mncari jalan & petunjuk utk teruskan hidup ni tanpa silap. Suami sy macam tak pernah kisah tntang sy. Kdg2 sy terfikir apa salah sy.

      Sy sebagai Isteri hanya mahu Syurga. Mahu suami yg dapat bimbing saya ke Syurga. Suami seorang yg beragama. Tp mulut cukup ringan. Memaki saya. Berkata yg kasar & x selayaknya utk Isteri terima. Sampaikan dia pernah Menyumpah saya Tak Masuk Syurga. Sumpah saya masuk neraka. Apa lah salah saya. Sy tak bekerja. Suri Rumah sepenuh masa. Setiap perbuatan tak pernah d hargai.

      Bermacam2 lagi. Dengan ibu bapanya pun dia berkasar. Kdg2 bila dia bengang dgn org lain, sy jadi mangsa amarah dia. Dia tak pernah hormati sy sbg isteri. Tengking & Tinggi suara, campak barang sudah biasa. Dr sy mengandung, berpantang & smpai la sekarang. Tiada bahagianya.

      Air mata kering. Sy jumpa blog ni, mnjadi sedikit inspirasi utk trus brubah. Sejujurnya setelah 4tahun kekesaran/kekasaran yg sy dpt, sy jadi seorg yg x ada keyakinan. Sikit2 sy dikata tak taat.

      Sy berdoa Semoga ALLAH pandang sy dengan RahmatNYA. Hanya pada ALLAH sy mengadu, sy pasti ALLAH menyaksikan.

      Reply
    • Hai.. Cerita awk sama macam saya.. Mmg sakit sgt sgt bilatgk org yg kita sayang sedang bahagia dgn org lain… Sedangkn kita menderita .. Ap2 pown sampai sekarang sya masih mencari kekuatan untuk menempuhi segala ketentuan ilahi.

      Reply
  4. That’s happen to me now. Saya teramat sangat sayang sama dia. Tp dia selalu mengecewakan saya. Seringkali saya ingin meninggalkannya tp sulit. dia pun memohon2 kpd saya agar tdk meninggalkannya & saya pun luluh kembali. Tetapi dia tdk jg berubah. Selalu membohongi saya, lagi & lagi. Saya bingung hrs bagaimana. Di satu sisi saya tdk mau kehilangannya krn saya sangat menyayanginya, tp di sisi lain saya jg tdk tahan dengan sikapnya yg selalu membuat saya sedih & kecewa. Stlh membaca blog diatas, mudah2an saya bisa Mengambil sikap atas hubungan saya ini. & semoga Allah menguatkan saya, Aamiin..

    Reply
  5. terimakasih ya atas tulisannya. ini lumayan membantu. Selama dgn dia mungkin memang singkat tapi cukup bermakna. Karena saya sangat jarang menjalin hubungan. Saya memilih mundur, dia begitu baik dan romantis. Saya inget betul perkataan dia yg blg bahwa akan tetap menyukai saya pada intinya. Tapi seuatu ketika saya denger dia udh punya pacar. Ya ampun.. di situ saya merasa sedih. Tapi ya sudahlah hidup harus erus berjalan kan? cuma sy kadang suka inget dia aja jadi agak sedih…..

    Reply
  6. apa yang dinyatakan itu sedang berlaku padaku…semoga aku tabah mengharungi liku2 ini dan berikan aku sinar kebahagiaan semula…

    Reply
  7. Ya Allah sesungguhnya rasa dihati ini amat sedih dan perit apabila diceraikan, tanggal 1.8.2015 @3.00 pg adalah tarikh yg xkan dapat aku lupakan… amat sedih disebbkan curangnya si Lelaki Tu.. selama hampir 2 bulan aku bersabar tetapi Allah memberi Petunjuk kepadaku bahwa si Lelaki Tu sudah membuat maksiat dibelakangku.. Dimulut boleh kata benci tapi hati.. hanya Allah Taala Saja Yang Tahu.. Selama 16 Tahun aku mengenalinya x semudahnya aku boleh lupa semua nieh…. Tq kepada Blogger In Shaa Allah Dengan Tips Nie akan aku Praktikan

    Reply
    • kisah yg hmpir sma dgnku… semoga cik ttp brsbr dlm mnghadapi kekecewaan ,kelukaan d hti.. In Shaa Allah,, luka d hti psti kn sembuh seiring wktu…walupn rumahtgga kecundgn,life must go on… stp yg brlaku pasti ada hikmah d sebaliknya…

      Reply
  8. Terima kasih atas entry yang sangat bermakna ini. Sedih bila kenangkan hubungan yg tak kesampaian. Terasa berat nak melupakan orang yg kita sayang. Tapi apakan daya, semua dah tertulis. Mungkin Allah merancang sesuatu yg lebih baik buat kami berdua. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui. Perpisahan/kehilangan orang yg kita sayang adalah satu bentuk ujian. Nak taknak kita kena lalui, walaupun susah. Dekatkan diri pada Allah, mohon kekuatan dari DIA. Mungkin Allah rindu pada kita, Allah nak kita kembali pada DIA, mengadu pada DIA, sebab tu Allah turunkan ujian. Bersabar dan terus berdoa, lambat laun Allah pasti tunjuk hikmah disebalik apa yg berlaku. Have faith in Allah :) (Mintak reader2 semua pun doakan sy yg tengah struggle ni..hhee)

    Reply
    • Sy pun same..search lam google macamana cara nk lupakan seseorg.. Ape yg sy bace sy dpt byk pengajaran.. Kite rase kisah kite sedih tp ade lg yg lg sedih dr kite..

      I’m hoping for goods now.. Lepas 3tahun lebih watsaps x sangka leh suke die.. Sbb x penah suke org.. X tahu mcamana perasaan tu.. X paham sebnarnye ape yg die nak dari mula.. Kawan or lebih dr tu.. Special atau biasa2 je.. X penah mention ape2.. Tak pernah janji ape2 tp kata2 dia buat sy rase kami ade chemistry..kdg2 lalai ngan watsap buat sy rase adekah chemistry ni je dh cukup..

      Hubungan yg x de nama ni kdg2 lagi susah.. If kwn kite better jd kawan.. If tak, then better stop dr mula.. Sbb kalo dh terlajak syg susah nak return back..

      Ujung taun lepas sy gtau dia yg start tahun bru ni sy nekad stop watsapp dia.. Die x stuju tp sy degil.. Hehe.. At last die stop dulu.. Sy pulak rase stress.. Hihihi.. Niat saya satu.. Sy nak tahu ape sebenar perasaan sy pada dia.. Minta Allah tunjukkan ape yg terbaik utk sy..

      Kalau bukan dia utk sy, sy x nk terus berharap.. Sy nk move on tp mmg sakit kat hati.. Sy bace luahan hati sahabt2 kat sini simptom terluke ni same jek.. Hihi.. Pandang mane terbyg dia.. Dgr lagu rase semua ade kaitan ngan kite.. Makan x lalu.. Tidur x lena.. Paksekan jugak.. G keje pun malas sbb nmpk die…

      N sy rase die dah ade kwn special.. X leh nk marah sbb die x pernah janjikan ape2..n x sangke sy jealous.. Perangai yg sy x penah tau ade lam diri sy.. (sy pun tekejut)

      Sy buat istikharah minta Allah tunjukkan jika dia mmg benar tuk sy permudahkan.. Jika dia bkn yg terbaik tuk sy.. Moga sy CEPAT lupekan die n jd diri sy yg dulu atau yg lebih baik dr dulu..dan dipertemukan ngan org yg benar2 untuk sy.. jika dgn lupa kan dia sy jd hamba yg lebih baik sy redha..

      Mungkin sy leka pada kasih syg seorg insan smpi lupa kasih n nikmat Allah bg lagi besar hikmahnye..terima kasih pada dia sbb hadir dlm hidup sy..

      Mmg sakit.. Mmg susah.. Im trying very hard now sbb sume kenangan dtg mcm lam tv siaran lansung.. Heh????????.. . Halau pun die dtg gak.. Huhuhu.. Allah.. Dia yg Maha Mengetahui.. Semoga diberi kekuatan pada sy n sahabat2 lain.. Aamin Ya rabbal Alamin..

      Sentiase gtahu ngan hati Allah tahu ape yg terbaik tuk kite.. Tp air mate still mengalir… Sbb kite manusia punye hati n jiwa.. X kuat tanpa Allah.. Perasaan tu Allah yg bagi jatuh cinta n kecewa.. Bahagia n sengsara.. Mane mungkin Allah tak boleh tarik sume perasaan tu dr kite bila2 masa yg Dia mahu.. Semoga Allah kuatkan hati kite suma..

      ????luahan jiwe dr org yg first time jatuh cinta..

      Reply
  9. assalamualaikum dan hai,
    saya ade seorang kwn baik yg sgt saya sayang,sudah lama kami berkawan,tetapi pada hari sabtu (1.8.15) Ia seperti ade yg sesuatu yg berlaku kpd dia,saya tnya dia,kenapa? ade masalah ke? dia jwb tak.Selepas itu,dia tidak layan saya langsung,sehingga sekarang.Saya cuba ws dia,ttapi dia hanya menjawab sepatah-patah perkataan,dan membalas seperti nak taknak je bercakap dgn sya.Saya tanya dia,apa salah saya,dia ckp takde salah pun.Jujur la lpstu dia kata takde pun.Saya rasa seperti saya hilang sesuatu,saya rasa sunyi tanpa dia.Saya sayang dia sangat2,dialah kwn yg paling sye sayang dlm dunia ni,saya tidak sanggup kehilangan dia.Di sekolah,dia hanya diam begitu juga dgn sye,sye hanya keseorangan,dan dia bersama kwn2 dia yg lain.Seolah-olah tiada apa yg berlaku.Dia sudah berubah.Saya sedih.Sangat sedih.Dia bergelak ketawa dgn kwn2 yg lain.Saya hanya membisu seperti dinding.
    tolong beri pendapat,patut ke saya lupakan dia atau jgn berputus asa untuk mencari teman yg lebih baik drpd dia?

    Reply
  10. Assalammulaikum.. sekadar perkongsian bersama.. mencari blog ini bila telah dikecewakan… ku ingin mencari kekuatan disebalik ketidak upayaan dan semangat yg makin hilang.. Hubungan kami putus sebelum ku berangkat menunaikan umrah tahun lepas.. Alasannya keluarga tidak merestui… Yup. ku tetap jua mau kembali kepada nya.. sbb hati ini masih ada perasaan sayang… Namun jawapannya.. banyakkan berdoa andai ada jodoh.. mencoba dan terus mencoba.. Ada ketika ku coba untuk melupakan namun dia hadir dan sering bermesej bertanya khabar… kadang2 mula terleka.. pernah jua bertanya kepada dirinya kenapa sering muncul dan semes.. katanya tidak mahu dia hilang begitu saje dan masih ada kenangan diantara kami… awal tahun hingga syawal 2015 kami sering bersemes.. namun satu berita sangat mengejutkan ku terima.. hati mula rasa berdebar… rasa marah, kecewa terkilan dan sakit hati dengan sikapnya… ku terima satu berita c dia telah pun bertunang dan akan berkahwin okt 2015… marah kecewa terkilan dan sakit hati serta malu pada diri sendiri kerana sepanjang berhubung pernah jua bertanya namun takde jawapan dan dibiarkan sepi oleh c dia… marah kecewa terkilan sbb dia sembunyikan , kerana biarkan dia terus membuatkan ku mula berharap ketika kami berhubung.. pada masa yg sama ku malu pada diri sendiri kerana dia tahu ku masih syg pada nya sepanjang kami berhubung dan biarkan dia memanggilku syg sejak akhir2 ini.. Demi Allah.. andai ku tahu dia sudah ada yang punya ku takkan sesekali menyatakan perasaanku ketika berhubung… Ya Allah Malunya kerana membiarkan perasaan ku terbuai …

    Dia mula beri penjelasan padaku sbb tidak bagi tahu pertunangannya… katanya dia malu padaku sbb itu tidak mahu ku tahu dan tidak mahu ku memikirkan dia mempermainkan aku sepanjang kami berkenalan… Yup baik niatnya.. cuma hati rasa sangat terkilan dan sakit hati.. tidak kah dia memikirkan perasaanku sepanjang kami berhubung???tidakkah dia memikirkan perasaanku ketika dia mula memanggilku syg? Ya Allah andainya ku tahu dari awal aku pasti boleh menerima… Sekarang ku minta padanya berhenti bersemes dengan ku dan jangan lagi bertanya khabar atau berhubung urusan kerja kerana urusan kami tidak pernah berkaitan bidangku..

    … Ya Allah ku semakin tidak berdaya, jantung semakin laju berdenyut… aku mula hilang kekuatan diri… Namun aku tetap juga mahu belajar untuk melupakan dia kerana inila jalan yanh terbaik buatku.. ku sentiasa berdoa agar dikurniakan kekuatan hati, pasrah dan sentiasa ikhlas dalam mendoakan kebahagian dirinya.. kerana ku hidup tidak mahu membenci kerana bila ku benci ku akan sakit hati.. Semoga c dia bahagia disamping pasangan tercinta.. amin..

    tq atas perkongsian blog.. walaupun sukar bagiku untuk melupakan dirinya ketika ini namun selepas membacanya ku ada sedikit keyakinan dan kekuatan dan sentiasa redha dengan ketentuannya.. semoga diriku dipertemukan dengan orang yg akan menjadikan aku sebagai satu-satunya pendamping dirinya hingga ke Jannah dan menjadi imam kepada ku serta keturunanku.. amin..

    ###legabiladapatberkongsiperasaan###

    Reply
    • cerita yg hmpir sama mcm sy ..sy sgt memahami ap yg saudari rasa. sama2 la kita muhasabah dri setiap yg berlaku pasti ad hikmah nye :)
      #kipidap*

      Reply
  11. Bagiku ini cukup sulit namun jika ia sdh tak menyayangi ku lgi maka aku akan berusaha menjauh drinya, segalanya akan kulakukan untuk kebahagiaan.y krn bagiku kebahagiaan.y adalah yg terpenting buatku…

    Reply
  12. Saya jg pernah ngerasain ditinggal oleh cewek yg saya suka,sayang,cinta.
    Saat dia pergi pindah rumah dari jakarta ke pemalang, saya sedih & sempat nangis, karena dia adalah cinta yg paling lama dlam hidup saya walau pun kita ber2 blum pernah pacaran tapi dari kecil sampai sekarang saya masih suka,sayang,cinta.
    Setiap habis salat saya slalu mendoakan dia untuk kembali k kehidupan saya, Semoga Suatu saat nanti mungkin esok,lusa aku bisa bertemu dengan’a lg.
    “Ya Allah, Hamba kangen dengan’a, hamba ingin memeluk’a, selama ini hamba kemana aj, pas dia mau pergi Hamba nyesel sendiri,Ya Allah Semoga Dia jadi Jodoh hamba”
    “AMIN”

    Reply
  13. 10tahun hubungan. Sejak dari bangku sekolah lagi. Takpernah jemu, takpernah bosan. Tapi selepas satu insiden, banyak masalah kami hadapi. Akibat tidak dapat restu dari keluarga mereka, saya amik jalan untuk berpisah dengannya. Adakah itu yang terbaik? Bagai nak gila bila selalu teringat tentang diri dia. Menangis, sedih. Airmata tidak berhenti mengalir bila dia muncul dalam ingatan.

    Reply
    • Assalamualaikum..sma nasib..9tahun hubungan.Sejak dari sekolah lagi ogos2007,,setiap hari kasih sayang kami bertambah,takpernah taksayang…Tapi tidak dapat restu dari keluarga mereka, 27/01/2015 dia amik keputusan untuk berpisah dengan saya.Hampir nak gila,setiap hari rindu kan dia.sedih,mnangis,mratap kesakitan hati,impian dan harapan saya hancur..ayat terakhir dari dia,tak sangup nak jadi seorang anak derhaka dan dia terpaksa…Demi Allah saya tak kuat,kerana Allah saya harus kuat..Insyallah saya dapat lupakan dia..Allah Maha Besar.

      Reply
  14. alhamdulillah , sy suka entri awk yg ni, mmg tepat suma cara yg awk nyatakan tu and i’d like to say mmg berkesan pon sy buat tu, sy pon ad mslah yg sama. Sy tau sy msih muda utk ade mslah yg bg sy complicated skg ni, sy Form 3 skg. And im madly in love with someone, and it hurts so bad. Die pon syg sy tp hye sbg kwn rpt. ktorg dh knl dr drjh 6 tp die x pnh pon tau yg sy syg die lbih dr kwn. Mmg ade satu masa sy asik mnangis wktu malam, sy pon hmm pnh cut myself, anxiety sy trok smpai sakit2 dada, mcm2 la. And sy dh bnyak kali cuba untuk move on , sy dekatkan diri kpd Allah , sy solat sunat bnyk2 , doa bca Al-Quran suma, and ia mmg mmbantu kta utk lpakan dia wlaupun skjap. tapi biaselah, bla kta dh OK , sometimes ade je msa kta ttbe jatuh blik kan, msatu mulalah rsa hidup ni mcm hancuq balik, mula la rsa mcm lifeless and rsa mcm xnk bgun lg pon ade. Sy rsau sbb mmg bnyk cara dh sy buat tuk lpakan die, tp ia x mmbantu utk buat sy lpakan org tu slamanya. Dh 2 taun brlalu, sy still x leh move on and sy rsau psl msa depan sy :’) sy rsa mcm dia sorg je ‘a very big dissapoinment’ dlm idop sy skg ni and i cant help it

    Reply
  15. Awal pertemuan aq dan dia menyimpan sebuah rahasia yg trnyta kita sudah saling menikah,,
    Rasa sayang dan cinta itu tumbuh dgn cara tiba”,,
    Hanya 4 bulan pertemuan itu,,
    Tpi sangat membekas,,,apa saran anda agar saya dapat move on dan jauh dari bayangan dia selalu,,,

    Reply
  16. alhamdulillah,, terima ksih atas prkongsian tips.. hrp sy dpt melupkn insn yg trsyg stlh 4thn lebih melayari bahtera rumhtgga akhirny kecundng d sebbkn org ketiga.. sekelip mta hti berubh bila sudh jtuh cnta trhdp gdis lain.. ank2 kekuatan ku ms ini drpd aku trus jtuh trsungkur.. hya kpd Allah tmpt mngadu….

    Reply
  17. 9 tahun saya mencintai dia,tiada yg dapat mengubah dia yg berada dlm hati ini. tp kerana hanya 1 masalah yg tidak dapat diselesaikan, tidak dapat mengubah dan berubah. dengan hati yg luka sy tpaksa kuatkan diri melupakan dia yg tersayang, mengungkap kata putus dengannya. rasa remuk hati ini tp terpaksa. sy rasa hubungan yg sia2.tp tiada apa yg bole kami lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. dia mau kami jadi kawan, saya terima dengan hati terbuka. tapi semakin hari hati saya rasa terseksa, jiwa sy sakit,dada terasa sebak dan fikiran bercelaru asyik teringat dan terfikirkan dia. mungkin sekarang dia sudah anggap sy sahabat, saya kuatkan hati dan semangat saya. tapi saya tidak dapat tipu diri saya sendiri, saya seperti tidak dapat lupakan dia dalam diri saya.

    Reply
  18. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .. benda yang sama terjadi pada saya. setelah 4 tahun, perkenalan kami, merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan, ibu bapanya kurang berkenan pada saya atas alasan saya (perempuan) lebih tua (2tahun) dari anak mereka lebih menyakitkan, bekas teman wanita dia ada menghubungi saya dan memberitahu saya yang dia ada mengajaknya untuk menyambung semula hubungan mereka sedangkan masa itu dia masih lagi belum berpisah dengan saya..hati saya sangat terluka saat itu hingga hampir hilang pertimbangan. Alahamdulillah berkat sokongan dari ibu dan sahabat, hati saya makin terubat. saya doakan yang terbaik untuk dia dunia dan akhirat. mungkin Allah nak ingatkan saya kerana terlalu leka dengan cinta dunia.

    Reply

Leave a Comment