
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
Cinta saya pun dah bertepuk sebelah tangan. Tak dihargai hanya kerana masing2 tinggal berjauhan. Seorang di Penang seorang lagi di KL. Ada pun kadang macam takda ja. Hmmm. Moga Allah kuatkan hati saya jika dia adalah jodoh saya.. Aminn
Hi mira if u dun mind boleh contact saya tak saya cuma nk kata2 smngat dn pendapat dari mira saya tgh kecewa sgt2
sy ditinggalkan disebabkan sy garang and maki hamun dia pstu dlm masa seminggu masa kami bergaduh tu , dia buat keputusan sendiri utk putus tnpe berbincang ,n then dah ada orang lain , salah sy juga tpi kenapa perlu tinggalkan sy dgn cara begitu , kalau berbincang kan mudah , tkde la sy benci sampai ke harini , sy cuba utk melupakan dia tpi sy masih tkboleh maafkan dia , bercinta sbelum kawin memang tk indah , allah hantar seseorang utk mengajar kita utk menguji kita , allah the best planner ❤️
Assalamualaikum, saya yana, umur 21, saya menikahi lelaki yang pada asalya baik sahaja, tetapi selepas menikah, dia berubah, lepas nikah, kami duduk berjauhan, kedah dan melaka, dia hanya memberi rm50 nafkah selama sebulan, dia tengah LI(intern/praktikal), jadi saya bercadang nak membantu suami, saya bayarkan sewa rumah, api air saya sewa rumah, dan suami saya abes intern pada jam 5 ptg, dalam jam 9 – 10 malam , saya call, dia marah saya, katanya mengganggunya keluar dengan staff… jadi saya memahami… bila bergaduh, saya yang meminta maaf, malah dia persalahkan saya lagi, saya mengiakan sahaja, dia selalu mengherdik saya, dan hanya tahu pulang tunaikan nafsunya dan kembali semula ke kedah tanpa menghiraukan perasaan saya. saya berlajar masak sampai tangan melecur hanya untuk pikat hatinya, tapi saya masih dimakinya, saya mula rasa cemburu apabila dia lebih banyak memuji wanita lain tetapi ada seorang wanita ni dia amat sukai, sehinggakan dia mengagungkan wanita tersebut,katanya, wanita itu dia suka sebab lawa… saya amat terasa, bila saya kata saya nak hantar dia ke kerja, dia kata saya “Babi kau ni” hina saya, bila bergaduh, dia tendang saya, dia lempang saya, saya diamkan, saya baik semula, tapi kali ni dia sudah mewah, ada iphone, ada kereta, ada duit, saya tengok dia makin berleluasa perangainye, balik keje sepatutnya pukul 10, kami menumpang rumah mak dan ayah, tapi dia sedikit pon tak hormat mak ayah saya, dia balik kerja lewat, sampaikan mak ayah saya terjaga dan hanya buat bodoh, nafkah walaupun saya dirumah mak, tidak diberi…. saya sudah tak tahan dengan perangainya, sudah 2 tahun saya bernikah, perangainya makin teruk, boleh tak saya mintak fasakh? suami tidak mahu ceraikan saya dengan alasan malu dengan umminya yang dia menggatal nak nikah dgn saya. Hurm apa perlu saya buat?
Semoga awak kuat yana. Saya rasa boleh tuntut fasakh. Selebihnya awak patut consult dgn mahkamah laa ya.. Love ❤️
saya pernah cuba nak mintak fasakh tapi saya tidak punya bukti yang cukup untuk cerai, dan depan konsultan, dia tunjuk lagat baik, layan saya dengan baik, dan depan family pon bila dengan saya, layan dengan baik, saya tak tahu nak buat apa dah. Saya perlukan sangat2 bantuan, saya tak dibenarkan kerja. Baru2 ni, saya dipukulnya lagi dan mengugut saya, hurm mohon bantu, saya terlalu takut ingin bernikah lagi… saya terlalu takut..
Bykkn bersabar sahabat.. hebat dugaan awak .. sbb awak wanita yg hebat..
Assalamualaikum saya adalah salah seorang penikmat tulisan saudara, salam kenal, Angka tujuh dalam tips ini saja sudah sangat mengingatkan hati saya pada kenangan itu, tetapi saya senang membaca itu semua, makasih atas ilmu yang bermanfaatnya. Wassalam.
Putus cinta tu sakit gile tambah lagi hari2 dy ad dngn kite tetibe dy hilang mcm tu je ..dlu dy suh kite jngn tnggl kn dy tapi skrg dy tnggl kn kite
Saya pun begini juga susah sangat nak lupakan dia tambah pula dia tinggal berdekatan do rumah saya, duduk rumah teringat dia bila keluar jumpe dia allahu saya memang takkuat
Assalm sis sye sebnrnye terske kt die tapi sye x snggup nak delete number die sbb die sahabT sye sush seng mcm mne ye sis?? Sye sbnrnye nk lupakn die nk lupekn perasaan ni, tpi x bleh
Saya sudah berkahwin. Suatu hari saya ada meminati seorang gadis ditempat kerja saya. Saya sudah lama memerhatikannya. Saya pernah bercakap dengannya. Hahaha rupanya saya bertepuk sebelah tangan. Mujur saya dapat tahu lebih awal yang gadis yang saya minati itu rupanya sudah bertunang.Kalau tak, tak tahulah kesudahannya nanti. Tapi Itulah email dan whatapps terakhir saya hantar kepada gadis tersebut sebelum disekat oleh gadis tersebut.Saya dah boleh terima kenyataan walaupun sekali sekala terserempak dengan gadis tersebut di tempat kerja. Apabila saya fikir kembali masih ada lagi orang yang hargai cinta kita seiklhlas hati iaitu Isteri kita.
suami saya mcm kamu, suka melayan wanita layan, menyukai wanita lain, sebelom ni saya tak kenal dia, sy tak mencintai dia, bila sy mula mencintai dia… saya cemburu, dia mula jauhkan diri daripada saya, mula menghina saya. mengherdik saya, mencaci saya, tapi bila saya kata ceraikan saya, dia tak nak ceraikan sebab katanya dah habiskan duit. dia pentingkan duit daripada isteri yang disakiti, saya disakiti sewaktu saya dengan dia, dipukul, ditampar sewaktu dia marah… nafkah diberi hanya rm50 sebulan… saya student… rumah sewa saya guna duit sy, bil api air duit saya, dia tahu hanya batinnya sahaja… mohon penjelasan… saya mahu mnx cerai dengan lelaki sebegini…
Jika sudah berkahwin.. Tetapkan hati.. Amanah kamu isteri kamu di rumah, fikir kembali saat2 bahagia ketika zaman bercinta dulu, Cukuplah sekadar melayan perempuan lain dgn menganggap itu cuma kawan sekerja.. Jika terasa ingin curang selalu lah letakkan diri kamu ditempat isteri kamu.. Kamu sanggup diri kamu diperlakukan seperti itu?
Kami dh brpisah hampir 4-5 thun tp smpai skarang sy msh xbleh lupekn die..kenangan itu ble dikenang kembali mmg perit kdang ble tringt blik mst sy akan nangis sorang2..smpai lh awal thun ni tibe2 die muncul kembali..die mssenger sy kt fb..mmg sy happy,happy sgt2..tp nk wt mcm mane die dh pn brkeluarga walaupn sy tahu die ada masalah dgn wife die tp tu bkn alasan utk sy jd org ke3..sy tahu dimane tahap sy..tp sy mash xbleh lupe kn die dan smpai skarang sy mash sygkn die..duhai hati sabar dan tabah lh dlm menghadapi ujian ALLAH………….
Sahabat .. awak hebat .. itulah tindakan yg baik ..
assalamualaikum…cinta kami terhenti kerana tak direstui oleh org tua nya.. sebelum ini org tuanya baik shj dgn sy kemudian selepas sthun tiba2 mereka melarang kami utk teruskan hubungan ini..sy sanagt kecewa bila sy dpt thu mereka tak suka sy pdahal semau nya sebelum ini keadaan sgt baik . mak sy dan mak si dia pernah keluar makan skli sama2 ngn kami.. indah rasa masa tu tp skrg tak lagi bila sy dpt thu mak dy tk suka sy ..siap disuruh anak nya pilih mana yg anak dy nk pergi ..akhirnya kami buat haluan masing2 .. tp dlm wktu yg sama kami slalu bhubung wlpown utk pkre2 yg kecil.. kami syg hbungan nie tp kami akur dgn apa yg ibu bapa nya keputusan . sbb syurga ank2 di kedua ibu bapanya .. sy tk thu apa seterusnya lagi yg sy kena hadapi lagi .. sy terlampau penat utk tahan keadaan nie sbb sy tlmpau rindukan kami yg dlu .. ___________edarosli
smoga apa yang saya harapkan bisa .. dan tidak tenggelam dalam kelarutan yang menyakitkan ini ,, smoga kita di sini bisa mendapkan yang lbh baik yang di rencana tuhan untuk kita semua .
Assalamualaikum sahabat2 sy kamal 24tahun
Sy bru sahaja 2jam lepas putus cinta atas sebab2 yg tertentu.
Hmmm sy nangis tak tehenti smpai laa skrng ni… Sy cuba buat apa yg ada dlm blog ni insyallah… Tapi sngt laa susah dan tak kuat nk trima… Sy perlukan sokongan kuat untk trima knyataan ni… Hmm sy perlu kn seseorng untk semua ni… But no one care.. ;(
Sabar sahabat .. istighfar bebyk ..
Bagaimana hendak melupakan dia jika setiap hari terpapang saja dia di depan mata..saya telah cuba pelbagai cara tetapi tetap tak bisa melupakan dia
Saya sedang alami pekara yang perit ketika ini
Ketika kami berdua bersama terlampau banyak sangat kenangan yang kami buat sehingga suatu masa kami decide untuk berkahwin dan kedua org tau kami setuju makin lama makin akrab perhubungan kami dan kedua belah keluarga tapi makin hari makin dia membuat bermacam perangai yang sering mengores hati saya
Saya sering nasihat dia dan dia dengar dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu tapi itu semua dusta belaka makin hari makin menjadi jadi perangainya
Sakit yang saya rasa tak tertanggung seorang diri saya nak luahkan pada seseorang tapi seorang pon saya tak boleh percaya semua kawan saya ingat saya ni seorang lelaki yang lemah kerana menangis kerana seorang perempuan sebab kejadian itu saya tidak bercerita dengan sesiapa saya pendam seorang diri makin hari makin sakit saya rasakan makin pedih tapi saya pendam
Sampailah suatu malam saya hantar Chat kepadanya pada pukul 10 malam ketika saya bekerja dan pada hari itu dia cuti dan dia beritahu saya untuk keluar bersiar siar dengan kawan kawan wanitanya
Ketika saya hantar chat padanya pada pukul 10 malam dia tidak balas whatsapp saya sedangkan dia online
Tak apa saya sabar kerana saya berpikiran positif mungkin dia sedang berseronok bersama sama temannya
Sehingga kan pukul 12 malam dia masih lagi tidak membalas chat saya
Saya masih lagi sabar
Tetapi bila saya buka IG dan saya lihat story dia,Dia update story dia pada pukul 11 malam dia berada di suatu tempat bersama kawan-kawannya
Saya sudah tidak sabar dan saya menelefon beliau dan saya terdengar suara lelaki di belakangnya sedang dia beritahu saya dia keluar bersama teman perempuan sahaja
Pada malam itu juga saya suruh dia balik sebab saya ingin penjelasan dari dia saya tanya dia dengan jujur akhirnya dia mengaku dia keluar bersama-sama kawan lelaki
Waktu itu hati saya retak seribu
Dia tipu saya bukan sekali tapi berkali kali tapi saya masih memaafkan dia sebab saya ikhlas cintakan dia
Tapi apa yang dia buat pada masa itu tak dapat saya maafkan saya memutuskan untuk berpisah dan saya berlalu pergi sambil air mata berlinangan dan pada malam itu dia telefon saya tapi saya tutup telefon saya untuk tanak diganggu
Saya balik rumah sambil menangis teresak2 mengenangkan perkara tersebut lalu saya tertidur
Keesokan harinya dia datang kerumah saya untuk memohon maaf sekali lagi tapi hati sy sangat sakit sekali sehingga tak dapat lagi memaafkan dia kerana bukan sekali ni dia berbuat demikian dah banyak kali dia ‘KANTOI’ keluar bersama lelaki lain tapi saya tetap maafkan tetapi kali ini hati saya cukup sakit sehingga tak dapat maafkan dia saya memutuskan agar dia pergi dari saya
Saya berbuat begitu bukan kerana saya tak sayang dia bukan kerana saya tak cinta dia tetapi saya nak dia berubah saya nak dia berfikir apa yang saya rasa selama ini macam mana tapi keesokan harinya saya melihat statusnya dia whatsapp dia ada SCREENSHOT chat dia bersama orang lain dalam chat dia itu
Ada seorang lelaki mengajak dia berkahwin dan dia terima pada malam itu jugak hati saya retak sekali lagi lutut saya tak berasa apa2 saya jatuh terduduk semasa saya berkerja
Airmata saya tak berhenti henti mengalir
Begitu senang dia menerima pinangan org yang baru sahaja dia kenal
Hati saya retak seretak retaknya
Namun selepas berberapa bulan saya terbaca pada statusnya
Anda nak tahu apa yang dia tulis?
Dia telah putus dengan lelaki itu
Dia sedih dia rasa apa yang saya rasa semasa saya bersama dia
Tetapi saya tidak kejam hati saya masih sayang dia masih cinta kan dia
Saya menghantar chat padanya untuk mulakan hidup baru bersamanya lupakan kejadian lalu
Tapi dia tak mahu lagi bersama saya
Selepas berberapa hari saya dapat tahu dia telah berkawan dengan seseorang lelaki lain dan lelaki itu saya kenal
Saya cukup kenal lelaki itu
Lelaki itu berkawan dengan ex saya bukan sebab sayang bukan sebab cinta tapi kerana lelaki itu nak kan duitnya saya tak sanggup tengok org yang saya sayang di perlakukan sebegitu apa yang harus saya buat?
Biarkan saja?
Atau memberitahu ex saya
Saya binggung saya tertekan saya tak sanggup tengok ex saya di perlakukan mcm itu
Sy juga ngalmin hal yg sangat pahit,sy mencintai seorang lelaki,tapi dy menikah dengan orang lain dan sy berpisah di tinggalkan 10 tahun lamanya,tapi setelah 10 tahun dy datang lg dan menikahiku kupikir kita akan bahagia tapi ternyata kami cm berumahtangga 7 bulan lalu dy meninggalkan aku yg ke 2 xnya sangat periiihh hati ini
pengen banget cpat melupakannya, tpi sulit krna keadaan?!!! harus bsa semangat berusha bwt melupakannya dri pda hdp bersmax dgn keadaan yg sdh sprti ny di tmbah dgn keegoisanx
saya sudah punya anak 1 tapi saya blm ada ikatan resmi slama 13 tahun. saya syg dia trkadang dia cuek smpai akhrnya dia kasar trhadap saya. sedangkan di ajak bicara baik dia tdk bisa. dia seperti itu karna di kampung dia aja.sdngkan dia ga mau plng kejakrta lagi malah mau d kampungnya.saya harus bagaimana.jujur trlalu skt skp dia memprilakuin saya.
Aq udah punya anak 1 bersama istri saya….ap bleh aq mis kontek…sdangkan ad anak…gmn craya spaya bsa lupa
Kadang aku pernah berpikir “apa aku jatuh cinta ke orang yang salah ? Dan kenapa Alloh harus memberikan aku cinta yg seperti itu ke dia “
Insya allah saya bisa dan saya yakin pasti bisa. Bismillah aja.
Insya allah saya bisa dan saya yakin pasi bisa.