
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
Sulit bgt, gasemudah yg dibayangkan. Aku sm dia uda hampir 2 th. Bnyk lah momen yg dilewati, Bismillah
Cinta beda keyakinan,kita berhubungan sudah 5 tahun lamanya,kita memang saling sayang,tetapi karena cwe saya masih berumur 19 tahun terkadang pikiranya seenaknya saja,hal yg buat saya cemburu,terus menerus dia lakukan seakan itu sesuatu hal yg biasa saja,tetapi jika saya lakukan hal yg sama,dia begitu marah sampai bisa banting sayaa…
Skrng kita masih pacaran,tetapi rasa trouma itu mulai tumbuh kepada saya,saya sangat sayang tetapi saya takut untuk melanjutkan,seakan impian ini hancur begitu sajaa…
Hanya satu do’a saya untuknya
BAHAGIAKAN DIA DENGAN LELAKI YG LEBIH TULUS DARI SAYA.
amin.
sulitnya luar biasa,sebenernya ini adalah salah pada diri kita sendiri yang dengan mudah memberikan cinta sebelum saatnya,kami saling menyangi tapi allah berkata lain dia menikah dengan pilihan orang tuanya dan meninggalkan saya dengan sejuta kenangan kami,sedihnya sampai saat ini saya rasakan ketika melihat foto perkawinannya dan foto suaminya..
Yang paling sakit ataupun penderitaan yg paling pedih bagi saya adalah bila mana terpisahnya dgn seorang sahabat yg amat kita sayangi.. Yg slalu mengingatkn kita pd Allah.. Sungguh tak bisa menahan rasa hiba ini.. Akibat satu isu sahaja dia pun melenyapkn diri.. Mungkin dia relakan perpisahan ini.. Ingin sekali menyelami isi hatinya.. namun sayang seribu kali sayang apabila dia memiih utk terus berdiam.. Walau apa jua pun yg terjadi sebuah hubungan yg prnh trjalin erat ini tak kan bisa aku utk melupai..
“TERIMA KASIH ALLAH”
Siapa2 yg baca komen ini, tolonglah doakan agar dia (HH) hargai saya. Mcm ni, sy slalu “berdrama” dgn dia. Mcm2 yg jdi. Smuanya sy xmintak. Bila sy terkejar sangat dia, dia dingin. Tapi bila sy lari semula(tak layan) dia datang semula dn tarik perhatian sy. Bila sy mlayan, dia dingin smula. Dn proses itu brlaku brulg kli bgai kitaran. Sy jd kliru sangat2. Last kali sy bt solat istikharah. Dn mke dia yg sy nampak walaupun banyak kali sy buat solat tu. Skrg sy brgaduh besar dgn dia. Terasa hati sangat2. Atas satu kes ni dia salahkan sy seratus peratus padahal sy tak salah. Sy nk lupakan dia. Tapi sy yakin sangat2 sebab banyak kali dah terjadi, bila sy nak lupakan dia, Allah akan datangkan balik dia kpd sy. Jd sy tunggu je masa yg sesuai utk hubungn kmi baik smula.(hubungn kmi asyik gaduh brbaik gaduh brbaik).
Walau tak semudah kata kata , aku cuba utk bangun dan trima knyataan yg aku dh jadi kisah silamnya . Rindu yg teramat sgt . Smoga kau kembali pada ku satu hari nnti . Ya Allah , kuatkan hatiku . Smoga aku tabah dgn ujian ini . Amin ????????
Sungguh tidak semudah membalikkan telapak tangan, sayang ini tulus untuknya tapi apa daya jika dia memilih orang lain. Lantas bagaimana bisa saya melupakan dia jika dia adalah sahabat saya yang tidak jarang kita saling bertemu, apa pantas sahabat menghapus, memblock akun2 sahabanya sendiri? Bagaimana hati ini kuat menerima kenyataan?
setahun sudah berlalu..namun aku masih x dpt melupakannya…ssh hati aku utk buka pd insan lain…nama dia terpaut sgt kuat dlm hati aku…
Demi Allah. sumpah amat pedih melupakan si dia yang berjaya memenangi hatiku yang degil menerima insan lain. Setelah bersaksikan angin dan bintang, setelah memeterai janji, setelah menyulam cinta, lalu diriku ditinggal begitu saja. Apa salahku? Puas ku pujuk hati menerima takdir dengan lapang dada. Puas ku tabahkan hati menerima kelukaan ini demi kebahgiaan dia seandainya dia bahagia membuatku terluka. Terima kasih kepada pengarang. Biarpun lukaku masih berdarah sedikit sebanyak daku masih mampu menguntum senyum membaca nukilan di atas meskipun sayu dan pilu masih mengiringi dihati.
Tak semudah dengan kata kata untuk melupakan orang yang terlalu kita sayang.
Wajah dia, senyum dia tak pernah lekang dari bayanganku. Sampai harini. Aku cuba yang terbaik tetapi masih belum dapat lupakan dia. Mungkin hubungan aku dengan Allah masih tidak utuh. InshAllah aku tetap tidak akan putus asa untuk melupakan dia dan akanku terus berdoa semoga ada jalan yang terbaik buat diriku.
susah bgt mlupakan
Memanglah betul itu semua…walaupun berat pasti diawal untuk melupakan tapi akan saya coba..
Bila dia memilih yang lain, saya sedar bukan saya yang tak layak untuknya. Tapi Allah nak beri yang lebih baik buat saya. Segala kesungguhan dan keterujaan yang diluahkan sebelum ini, saya anggap itu khilaf seorang lelaki. Sungguh, saya mencintainya. Tapi saya pilih untuk cintakan keluarga saya dan Allah.
udh sllu sya coba untuk mlepaskan tpi ttp blm bsa
Sya begitu mncintai suami sya..smpai2 sya lebh mencintai suami sy,,dr pd allh,,org tua dan ank..tetapi cinta sya..hanya membwa kesengsaraan buat sya sndiri..krn suami sya terlalu cuek dg sya..lebh memntingkn pekerjaannya,,tmnya,,dan hape nya..sya mrsa sepi,,seediih,,..lma lma..ingin mlupakan suami sy..tp smkin sy ingin mlupakan sy mrsa sngt sedih,,skt atii…terpukul..sy sudh brusha utk kuat..tp apa daya..hati ini ttp tdk bs mlupaknya..
Itt so good to me thank you so much
trimakasih banget buat nasehat nya, semua ucapan di atas benar-benar membuat saya sadar dan tidak membuat saya terpuruk lagi!
sya harus melepaskan dia pergi kerana sya tau dia tdk akan mnjadi milik sya.. walau apa yg sya bt utknya tiada makna baginya.. kkdg sya pk sya yg pentingkn diri tpi salahkah sya mesej dan kol dia setiap hari tuk tnya apa yg dia lakukan.. cda niat untuk kongkong .. hubungan jarak jauh byk dugaan… ada kah kerana rasa syg dan cinta sya pd dia terlalu besar hingga buat dia berasa rimas… tips ini sya akan cuba amalkan ap bila sya dh putuskn untuk pergi dari dia…
#InsanYangTerluka
Sangat berkesan
terima kasih atas nasihatnya semoga saya segera bisa melupakan tentang dia,dan…..semangat untuk hidup lagi