7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Assalamualaikum,,,
    Sya bru sjaa mengalami kecwaa n skitt htii krnaa dyaa memuntus’n utk memilihh pertman’n ,,,aku udh ckup sabarr nghap’n dya tp aph dya gx prnh ngrharga’n aku ,,aku brtahan m dya krna aku syng m dya !!2hrii gx ad kbr drii dya aku tlpn , sms gx prnhh lz n angkt tlpn skalii von ya gtuu ngbhs hbngn kta tp dya mnta tmn dh mlz pcr’n tuchh trz dh cpe m skap aku yg gx brubh 1thn lbih hmpirr mw 2thn aku gx ad brubhh’y ,,, skrr aku pngd nglupa’n wlpn lum ad jwb’n dri aku ya atau gx ,stlahh aku bca blog ne aku ngrasaa legaa mungkin kalaw d’jalan’n’y lebihh lega lgii ,,,aku mhon bntu’y yaa agrr aku bsaa nglwat’n smua’y ,,,

    Reply
  2. Assalamualaikum.Alhamdulillah, saya sebagai penulis berasa gembira kerana dapat membantu walaupun sedikit.Kuatkan hati. Percayalah.Luka itu akan hilang seiring waktu. Apapun masalah, jika terasa sukar,kembalilah padaNya.Insyaallah, hati akan tenang

    Reply
  3. kadang kadang sakit hati juga dengan kau tapi disebabkan sayang.,.
    perasaan sakit itu aku biarkan
    aq sayangkan kau..

    Reply
  4. kami bercinta hampir lima tahun . tapi sepanjang kami brrcinta memang banyak benda yang jadi sampai saya fikir yang kami memang tak ditakdirkan brsama dan ingin tamatkan segalanya sebab saya dah tak sanggup nak teruskan lagi . tapi bila saya mohon petunjuk dari Allah , ape yg saya dapat adelah perasaan sayang saya pada dia makin kuat . macam2 cara yg saya dah lakukan , tapi semua tak berkesan . malahan , saya semakin sayang pada dia . saya dah semakin buntu dan tak tahu nak buat apa lagi . cara yang dikongsikan seperti di atas juga sudah saya lakukan tetapi hasilnya tetap sama . apa lagi yang harus saya lakukan ?

    Reply
    • As Salam,
      sekarang ini kamu yang harus menentukan. Fikirkan masa depan.
      Fikir dalam-dalam kesan dan akibat yang akan terjadi jika awak membuat sesuatu pilihan.

      Istikarah adalah jalan terbaik, insyaaAllah

      Reply
  5. Saya juga baru lepas dikecewakan. Selepas membaca artikel ini rupanya ada lagi ramai yg lebih teruk dari saya. Barulah saya tahu bukan saya seorang yang mengalaminya. Saya sudah menjalinkan hubungan baru setahun tetapi kehadiran dia sangat bermakna bagi saya walaupun satu hari. Dia memutuskan saya kerana dia sudah jumpa yg lebih baik dr saya. Betapa hancurnya hati saya pd masa itu. Apa yg saya sudah curahkan masih tidak cukup bagi dia. Saya tertanya-tanya kenapa dia berubah begitu mudah sedangkan kami saling memahami antara satu sama lain. Terlalu banyak memori tentang dia yg ingin saya buang tetapi terlalu pahit. Begitu banyak pengorbanan dia terhadap saya dan itu yg membuatkan perasaan syg saya kepadanya semakin kuat, tetapi akhirnya dia jugalah yg memberi saya derita. Bila nak dilupakan semua tu bukan senang, saya taknak jadi org yg tak mengenang jasa. Jadi selepas membaca artikel ini barulah saya berasa tenang sedikit. Segala tips akan saya praktikkan. Terima kasih admin, semoga bermanfaat :)

    Reply
  6. Hamdallah terimakasih banyak. perkongsiannya sangat bermanfaat untuk saya. saya sedikit lega sehabis baca artikel ini dan saya harus menerapkan semua tips nya. semoga berhasil ya Insha allah,Amin ya rabb

    Reply
  7. hampir setahun kami berpisah.tapi sampai saat ini hati sy masih kuat ingat padanya..bukan tak pernah cuba cari yang lain..tapi yang lama yang tetap dihati..macam2 cara dah saya buat..buang semua barang die..buang semua conservation kami..gambar..tpi tetap sama..seolah2 hati ni tak nak lupakan dia..

    Reply
    • kita lalui benda yg sama . Saya sendiri tertanya tanya kn hati masih bersamanya. Walau jelas suda berpisah.

      Reply
  8. Hari ni genap sminggu kami brpisah. Sbulan lagi utk brtunang dn rncang kawin bln 11. Sgala prsiapn telah sy buat. Bnyk duut tlh diblnjakan.Tetapi kami hnya mrncng tuhan yg mnentukan. Perpishn ini sgt trkesan dihati sy. Begitu mudah dia putuskn utk brkawin dn bgitu mudah dia cancel kn sgla prncngn kmi.
    Begitu sukar utk lupakn nya.dlu prnh sy mrasakn mudahny jodoh ku hadir. Trtpi Tuhan mngatakn tunggu dulu. Sya redho. Skrng sy bnyk dktkn diri dgn Allah swt. Wpun disetiap doa diiringi air mata,bgi sy itulah jln trbaik utk meluahkn persaan.
    Disebalik nikmat cinta yg ditarik sebentar dariku,Dia membri aku rezeki pkerjaan yg melimpah ruah.
    YAALLAH,aku prcya dgn prncngn Mu.

    Reply
    • Allahuakbar… awk sama dengan saya. Dah nk bertunang.. tiba2 satu pagi… dia ckp nk berpisah… 5 tahun bersama. Saya sangat kecewa dia buat keputusan sendiri.

      Skrg sy cuba redha dan skrg rasa lebih tenang sebab bila rasa susah dan sakit.. saya baca Quran dan berzikir

      Selama 5 tahun kapel sy xpernah kerja sebab dia x bg.. skrg saya cuba tingkatkn keyakinan diri dan cari kerja.. moga belum lambat utk sy kejar cita2 dn balas jasa mak ayah..

      Reply
  9. Macam mane caranya untuk melupakan sedangkan saya bekerja satu pejabat dengan insan yang saya ingin lupakan. Bantulah saya..apa yang perlu saya lakukan?

    Reply
  10. Saat menjelang hari perpisahan akhir kuliah.Hati pikiran selalu tertuju padanya.Walau bukan kekasihku.
    Tips anda sudah saya terapkan.Berhasil tetapi untuk beberapa hari saja

    Reply
  11. Saya dikecewa saat2 akhir lagi sebulan nk ikat tali pertunangan. Hujung tahun ni bakal bnikah. Dikecewakan tanpa sebab. .smpy skrg tertanya2. Puas saya mngis cari kekuatan diri sendiri. Semua persiapan dah siap. .tinggal tnggu hari ja. Sungguh hati saya hancur. 9tahun brcinta. Dia pergi begitu saja. Hampir dua bulan saya bgn malam bg mengubati hati saya. Berdoa dan berdoa. Setiap kalii saya tringat akan dia. .saya akn ckp. Aku redha ya allah jika engkau nak bagi hadiah yg paling bermakna dgn ujian yg kau beri ni. Alhamdulillah smakin pulih even baru 3bln perpisahan ni terjadi. Thanks 4 sharing tip nih. .:)

    Reply
  12. Assalamualaikum, perkongsian yang membawa manfaat. Alhamdulillah dan terima kasih,

    Berdasarkan pengalaman yg baru diceraikan setelah 5 tahun berumahtanggan pada 11/08/2014 bukan sesuatu yg mudah untuk ditangani,

    Dan bukanlah hal yang mudah melupakan selain tips diatas kesabaran tu penting kerana disetiap kekuatan pasti Allah menguji. Heal take time. InsyaAllah ❤

    Reply
  13. Assalamualaikum…Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ini.
    skrg hati saya sgt rapuh,
    sblum ini sy brharap sgt yg sy akn menikah dan hidup bersama2 dgn nya.
    ttpi semua itu hnya mimpi sy je. sbp hubungan kami tak direstui org tua..
    sbetulnya sy tidak ble terima semua ini,ttpi mgkin sudah takdir sy dan tiada jodoh kami.
    bnyk kngan bersama.mmg akn mengambil masa yg lama untuk melupakn nya..

    dan skrg ini sy akn menikah dgn pilihan keluarga sy
    apakah sy akn bhagia???
    dapat kah sy lupakan yg lama???

    Reply
    • Kita harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik bagi kita.

      Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.

      Anggap sahaja ini sebahagian dari liku-liku kehidupan.

      Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, percayalah kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan.

      InsyaaAllah :)

      Reply
  14. Terima kasih atas perkongsian ini..
    sedikit sebanyak membantu saya untuk terus kuat..
    Tapi tips ke-4 mungkin akan mengambil masa yang agak lama..
    InsyaAllah, harap2 suatu hari dapat lupakan segala2nya.. :’)

    Reply
  15. Saya setuju dengan tips yg dikongsikan..tapi kalau banyak kali kita ni dikecewakan, mcm mana nk atasi ?..sakit nya Ya Allah..x tahu mcm mana nk cakap..setiap kali bagi peluang dekat org, mst di kecewakan..apa yang patut sy lakukan..jauhkan diri dari semua orang atau diam sampai bila2? Sebab, x tahan sangat rasa nya..ermm

    Reply
    • As Salam..
      Mungkin tiba masanya kita kembali kepada Allah. Insyaallah bila kita mula solat malam (tahajjud) dan sentiasa membaca surah Yasin, hati kita akan sentiasa tenang.. :’)

      Reply
  16. Ya Allah.. Sesungguhnye hati saye sgt2 rapuh sekarang.. Masih teringatkan si dia yang sudah punya pengganti, yang sudah bahagia sedangkan saya msih berasa sakit hati yang amat sangat.. Bersamanya 2 tahun dan punye pengganti beberapa hari lepas berpisah mmg sangat menyakitkan.. Anyway, tq for sharing.. In sha Allah bahagia milik saya akhirnya.. Amin

    Reply
  17. Assalamualaikum, perkongsian yang baguss. Alhamdulillah dan tahniah,

    Berdsrkan pglman bukan dikecewakan cuma memilih jalan ni,
    Dan bukanlah hal yang mudah melupakan selain tips diatas kesabaran tu penting kerana disetiap kekuatan pasti Allah menguji. Heal take time. InsyaAllah ❤

    Reply
  18. ye,saya pernah dikecewakan..& setiap hari selepas selesai soalat 5 waktu sy minta kpd Allah S.W.T supaya beri saya kekuatan.Alhamdulillah…sehingga saat ini saya kuat bila teringakan kisah dulu.& yang paling penting rasa bersyukurlah kepada Allah kerana Allah memilih kita untuk kita lalui semua ni & tak semua orang dapat rasa apa yang kita rasa.kuatlah !

    Reply
  19. Ya Allah .. kebetulan apakah ini.. saya bru saja dikecewakn malam tadi dan hari sy mendapat perkongsian yang amat bermakna buat saya .. thanx for sharing

    Reply
      • Aku mempunyai seorang kekasih yang aku sayang kami saling mencintai , kami sudah berhubungan hampir 5 tahun , dan aku mulai merantau di negri orang buat mencari kedamaian saat nanti , saat itu dia sangat mencntai saya sangat mengekang saya dan aku tau itu adalah kasihsayang yg sangat luar biasa bagi saya , dan dia mulai kuliah disitu lah saya merasa ada yg berubah , ntah itu dari kesibuka. Dia ntah dari apa saya tidak tahu , dan hubungan kami mulai renggang seiring berjalan nya waktu , dan aku sudah memahami berubahan manusia bisa dari faktor lingkungan , yang dulu nya dia perhatian dia sudah lupa tentang larangan yg saya tidak suka , dan dia menganggap saya spele ntah prasaan saya atau memang benar karena saya adalah laki laki. ntah apa yg ingin aku lakukan , dan saya mulai gelisah tdak tentu arah kerjaan semakin numpuk larena beban pikiran , dan akhirnya saya brusa ingin mlupakan dia ingin skali walaupun sbenar nya saya tidak rela . Terimakasih saran dan masukan nya smoga berguna bagi yang membaca .

        Reply

Leave a Comment