9 Tips Untuk Bangun Awal Pagi Setiap Hari

Bangun awal pagi setiap hai
Apakah motivasi anda untuk bangun awal pagi?

Bagaimana untuk bangun awal pagi setiap hari?

Masih ramai dikalangan kita menghadapi masalah untuk bangun awal pagi. Ramai yang mengadu bahawa mereka tidak sedar walaupun penggera sudah disetkan pada tahap bunyi yang paling tinggi.

Dan ada juga mengatakan, walaupun banyak mana dan lama mana mereka telah tidur pada waktu malam, tetapi mereka tetap juga tidak dapat elak dari bangun lewat.

Lebih malang lagi akibat daripada ini ada yang langsung terlepas waktu solat Subuh!

Memadangkan masalah ini agak serius dan besar impaknya terhadap hidup kita, disini saya senaraikan beberapa tips untuk bangun awal pagi tanpa rasa sukar dan penat:

1. Elakkan pengambilan kopi selepas jam 2 petang

Hanya minum kopi kegemaran anda diwaktu pagi.

Pengambilan kafein akan menggangu proses tidur sehingga lebih daripada enam jam selepas anda meminumnya, walaupun anda tidak terperasan perkara ini.

Untuk menghadkan kebarangkalian gangguan terhadap tidur, maka hadkan pengambilan minuman berkafein selepas jam 2 petang.


2. Tetapkan penggera waktu untuk tidur

Bangun awal pagi memanglah sukar, namun apa yang lebih teruk lagi adalah apabila anda tidak tidur pada waktu yang sepatutnya.

Jangan melengahkan tidur.

Untuk bangun awal, waktu tidur juga mesti awal.

Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa sudah sampai masa untuk merehatkan diri.

Baca artikel ini:  Bagaimana Untuk Lelapkan Mata Dalam Masa Kurang Dari 1 Minit


3. Amalkan rutin sebelum tidur

Setiap malam, pada waktu yang sama, mulakan untuk berus gigi, memakai pakaian tidur, mandi dan membaca sedikit surah dan doa tidur.

Dengan memastikan rutin sebelum tidur dibuat pada waktu yang sama setiap malam, ia akan membantu otak kita mengenalpasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur.

Tips: bacalah surah al-Mulk (sekurang-kurangnya 10 ayat) dan niatkan agar diawal bangun oleh Allah


4. Jangan lupa mandi

Jangan lupa mandi untuk menurunkan suhu badan kita beberapa darjah.

Proses penyejukan badan selepas mandi akan menyamai  suhu badan waktu petang secara semulajadi, seterusnya akan membuatkan badan kita cukup relaks.


5. Mematikan semua peralatan elektronik

Matikan semua peralatan elektronik anda seperti komputer dan telefon pintar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.

Kenapa ini penting?

Kerana gelombang cahaya biru dari alat elektronik yang masuk melalui mata akan mengganggu penghasilan melatonin, iaitu sejenis hormon yang mengarahkan badan kita untuk tidur.


6. Wujudkan sebab untuk bangun awal pagi

Apakah sebab anda untuk bangun awal pagi?

Solat subuh? Sudah pasti. Selain itu?

Wujudkan sesuatu perkara yang perlu anda selesaikan sebagai motivasi tambahan untuk bangun pagi. Contohnya membuat final touch untuk presentation/ assignment, atau memasak untuk keluarga, membantu isteri menyiapkan anak atau sebagainya.

Dalam budaya jepun, ada satu istilah yang dipanggil Ikigai” – iaitu mempunyai sebab untuk bangun pagi, dan ajaibnya orang-orang yang mengamalkan Ikigai ini mempunyai umur yang panjang.

[baca lanjut mengenai konsep Ikigai disini: Apa Tujuan Hidup Kita Bangun Setiap Pagi?]

Cuba tuliskan matlamat anda pada waktu sebelum tidur, jadi bila penggera berbunyi anda akan diingatkan mengapa anda harus bangun awal pada hari tersebut.


7. Lakukan perubahan langkah-demi-langkah

Ambil masa anda untuk menukar perlahan-lahan jadual waktu tidur dan waktu bangun anda.

Anda tidak boleh bertukar secara drastik dari jenis ‘burung hantu’ kepada burung yang berkicauan diawal pagi dalam masa hanya satu malam.

Ia agak mustahil kerana otak kita mengambil masa untuk diprogramkan semula.

Oleh itu secara berkala, ubah waktu bangun kita 15 minit lebih awal. InsyaaAllah secara beransur-ansur anda akan menjadi orang yang bangun awal pagi dalam tempoh satu bulan.

Yang penting adalah kita dapat membina momentum terlebih dahulu.


8. Sentiasa konsisten (istiqamah)

Pastikan rutin yang kita lakukan diatas sentiasa konsisten, walaupun pada hari hujung minggu.

Jangan bersusah payah memaksa diri kita bangun seawal mungkin pada hari kerja, tetapi sayangnya membiarkan diri kita mengikut nafsu tidur pada hari hujung minggu, lantas menjadikan usaha kita selama ini sia-sia.

Sebab itu Islam mementingkan konsep istiqamah – iaitu bermaksud konsisten.

Dengan memastikan rutin tidur kita sentiasa konsisten walaupun pada hujung minggu, pasti proses bangun awal dipagi hari Isnin bukan lagi sesuatu yang menyeksakan.


9.  Bangun dari tempat tidur

Inilah bahagian yang paling sukar…

Kadangkala, anda terjaga 5 minit sebelum waktu penggera berbunyi. Apa yang anda buat?

Tidur kembali untuk baki 5 minit itu kan?

Tidur kembali untuk baki 5 minit itu adalah langsung tidak berbaloi kerana ia akan membuat anda ingin tidur lebih lama, membuatkan anda semakin sukar untuk bangun apabila penggera berbunyi.

Itulah sebab mengapa orang yang menekan butang ‘snooze’ dan kembali tidur untuk 5-20 minit, apabila mereka bangun mereka merasakan masa bergerak sangat pantas.

Apa yang terbaik adalah bangun sahaja tanpa banyak alasan dan berfikir tentangnya. Jangan diikut rasa desakan hati kerana waktu inilah syaitan paling kuat bekerja memujuk kita tidur semula.

Letakkan penggera anda jauh dari tempat tidur (diatas meja di seberang katil misalnya), supaya kita terpaksa bangun untuk mematikan penggera tersebut.

Sekali anda sudah terbangkit dari tempat tidur, ia adalah lebih mudah untuk kekal berjaga.

Jangan lupa untuk minum segelas air masak supaya otak kita mendapat oksigen selepas bangun dari tidur dan menghilangkan mamai kita secepat mungkin. Ia juga penting kerana badan kita terhidrat selepas tidur sepanjang malam.


Penutup

Waktu awal pagi adalah antara waktu kegemaran saya.

Waktu ini dunia terasa sangat aman, damai dan waktu yang paling menenangkan. Ini waktunya yang sangat sesuai untuk membaca, menulis dan menumpukan perhatian kita terhadap ibadah, kerana fokus kita tidak mudah terganggu.

Bagaimanakah dengan pagi anda? Kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

58 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Darwish
Darwish
21 hari yang lalu

Terima kasih banyak atas tips dan solusi yang dikongsi.
Semoga Allah Jalla Wa Ala merahmati tuan.
Jazakallahu Khairan Jazak..
In Sya Allah Bi Masyiatillah..

has
has
1 tahun yang lalu

saya merupakan pesakit yang mengambil ubat yang sangat mengantuk pada waktu malam. Kesukaran saya adalah sukar untuk bangun dari tidur kerana kadangkala berasa pening. Boleh ke bantu beri tips bagaimana saya boleh mudah bangun dari tidur? Saya tertekan kerana kerap lewat ke ofis dan tidak disukai bos dan rakan skerja

Mohd ikhram
Mohd ikhram
2 tahun yang lalu

Okay i do the best

puteri ayeesya
puteri ayeesya
2 tahun yang lalu

tq saya akan cuba???

Amin
Amin
3 tahun yang lalu

Saya akan cuba dan cari cara yang lain juga☺️tq

lia
lia
3 tahun yang lalu

izin share

Nina
Nina
3 tahun yang lalu

Terimakasi atas nasihat ?semoga bermanfaat

Amyr
Amyr
3 tahun yang lalu

Nampaknya lebih ceria dengan air masak segelas selepas bangun tidur

Zarith
Zarith
3 tahun yang lalu

Terima kasih atas info yang diberi. Saya bangun tidur pun org lain yg kejutkan sy. Sy x perasan dan x tahu. dan bila bangun tidur rasa mcm biasa je. tp, org lain sume mcm dh mls nak kejut sy. Yg sy perasan sy x rasa apa2 pun. yelah, tidurkan..sy takut ini akan membuatkan hubungan dengan family, senior dan kwn sy akan renggang. Semoga setiap hari penulis diberkati Allah. Terima kasih sekali lagi.

Allah sentiasa di sisi
Allah sentiasa di sisi
3 tahun yang lalu

Saudara,

Bangun pagi ialah perkara yang indah kerana..nabi pernah bersabda “pagi waktu bekerja,malam waktu berehat” pelbagai aktiviti yang kita boleh lakukan ketika waktu pagi dan ia membawa impak positif untuk diri kita

{Saya tidak beberapa ingat..bahawa itu hadis/riwayat/firman..jika tersalah ampunkanlah}

Yasin
Yasin
Reply to  Allah sentiasa di sisi
2 tahun yang lalu

Ni ayat Al quran la