Bagaimana Untuk Tidur Lelapkan Mata Dalam Masa Kurang Dari 1 Minit Setiap Malam?

tidur
sukar untuk melelapkan mata?

Anda menghadapi masalah untuk tidur?

Tahukah anda, kurang tidur boleh membuatkan anda tidak bahagia dan menjadi gila?

Namun ada pelbagai kaedah untuk membantu kita tidur, antaranya dengan teknik pernafasan.

Teknik pernafasan ini boleh membantu anda untuk tidur dan melelapkan mata dalam masa kurang dari satu minit.

Kaedah ini diperkenalkan oleh pengamal kesihatan, Dr. Andrew Weil, pakar dalam bidang pernafasan, meditasi, dan bagaimana ia boleh digunakan untuk melawan rasa stress.

 

Bagaimana Kaedah Ini Dilakukan?

Ianya sangat senang.

Hanya bernafas melalui hidung selama 4 saat, tahan nafas selama 7 saat, dan hembus keluar melalui mulut selama 8 saat.

Cara ini akan memperlahankan kadar denyutan jantung dan juga akan merangsang otak kita melepaskan hormon yang akan membuatkan kita berasa tenang.

Dengan menggunakan kaedah pernafasan ini, ia membantu anda melawan kesan semulajadi adrenalin (hormon yang membuatkan tubuh kita sentiasa berjaga terutamanya dalam situasi bahaya).

Mungkin pada permulaan anda mengamalkan kaedah ini, anda akan berasa pelik dan sedikit tidak selesa.

Namun jika anda teruskan, anda akan merasa sangat rileks, kadar denyutan jantung yang perlahan dan fikiran yang aman.

Juga jangan lupa baca doa tidur yang diajarkan nabi ini.

Cubalah lakukan kaedah ini malam ini, dan nyatakan apa yang anda fikir dan rasa dalam bahagian komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

22 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Muhammad Arif
Muhammad Arif
2 tahun yang lalu

Nafas melalui hidung 4sec, tarik nafas 7sec dan hembus 8sec. Begitu?

Amanss
Amanss
2 tahun yang lalu

Amalkn bca quran sblum tdur, hntikan tabiat main hp sblm tdur(krna akn lbih skar tdur) ,Riadah slepas asar ,krgkn tdur sbelah siang .Brdoa smoga Allah mmprmudahkn kta tdur dan bgn esok paginya, In Shaa Allah bole try dlu tips ni?

Jennie
Jennie
3 tahun yang lalu

Dulu saya tidur awal jugak..sejak2 ni saya slalu tidur selepas subuh..dh try nk tidur awal still tk boleh lelapkan mata disebabkan gajet

orang bin manusia
orang bin manusia
3 tahun yang lalu

tambi x jadi

eyfa
eyfa
3 tahun yang lalu

saya tidak boleh tidur malam sudah 3 hari, siang dapat tidur hanyalah 3 jam sahaja. macam2 cara saya dh cuba, tetap tak boleh juga . jadi apa patut sayq buat ye?

eyfa
eyfa
3 tahun yang lalu

saya tak tidur 3 hari, tapi saya dh cuba macam2 .. apa patut saya buat?

NOR KAMILA BINTI GHAZALI
NOR KAMILA BINTI GHAZALI
Reply to  eyfa
3 tahun yang lalu

sama la… sekarang dh ok ka??

Zaff
Zaff
4 tahun yang lalu

Malangnya,..x berkesan cara nj

Ieza
Ieza
4 tahun yang lalu

Baru junpa artikel ni.. nanti saya komen..mlm ni nak try..

eiydakma
eiydakma
4 tahun yang lalu

pada pandangan saya cara ini tidak berkesan kepada saya kerana saya pernah mencuba kaedah ini namun saya masih lagi x dapat tidur

Wow
Wow
5 tahun yang lalu

Ni mesti students uia