Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?

menjaga hati dari keadaan
Bukan mudah untuk menjaga hati dari keadaan sekeliling * I give you my heart. by mylittlebluesky

“Susahnya nak menjaga hati ni…!!”

Alhamdulillah Allah bagi kita hati dari situ kita ada perasaan.

Dan mujur lah Allah ciptakan manusia tu dengan  satu hatinya.

Sebab apa dengan satu hati ni pun kita dah tak terjaga, jadi macam mana kalau kita punya banyak hati.

— Nak jaga ia dari bersangka-sangka dengan orang, nak jaga dari terluka.

Dengan satu hati ni pun dah banyak kali terluka, banyak sangat dah bersangka sangka  dengan orang. Satu hati yang dikurniakan kalau kita pelihara dia elok elok Allah indahnya.

Tapi Allah tu baik. Maha baik.

Walaupun hati ini banyak sangat buat dosa, Dia tetap hadirkan sekelumit rasa getaran itu tanda hati masih hidup, masih ada iman.

Walaupun pun hamba Allah ni berdosa sekalipun bila Allah bagi getaran pada hatinya, Allah bagi ujian buat hambaNya.

Nak suruhnya kita ni kembali padaNya, kembali ingat padaNya.

 

Saya Tahu Ramai Yang Pernah Kecewa Dengan Dunia

Dah kata dunia ini macam makanan yang manis, tapi bila kita ambil dalam kuantiti yang banyak ia bahaya pada kesihatan kita tapi itulah yang sedap.

Itulah yang kita nak kan?

Dalam artikel ni saya nak bawakan satu bahagian saja pasal hati.

Something yang dekat dengan anak remaja, belia kita. Macam Allah uji hati anak remaja dengan satu term yang sangat indah, Cinta.

Berapa ramai yang kecewa sebab cinta, berapa ramai yang terpedaya kerana cinta?

Sebenarnya indah hikmah yang Allah selitkan dalam proses membawa hati itu kepadaNya.

Ya, mungkin jalan ini ada jalan yang kamu perlu lalui dalam proses menjadi seorang hamba yang lebih baik.

Saya terbaca satu post di instagram:

Aku bukan tak sabar, hanya tak ingin menanti.

Kerana berani memutuskan adalah juga kesabaran. Kerana terkadang penantian membuka pintu-pintu syaitan.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan.

Yang pertama adalah pengorbanan.

Yang kedua adalah keberanian.

— Salim A. Fillah

 

Kadang–Kadang Bukan Kita Kecewa Dengan Manusia, Kita Yang Mengecewakan Hati Kita Sendiri

Ya kita memilih untuk membiarkan hati itu patah dengan tindakan kita.

Ingatlah takkan bersatu dua cinta, cinta pada Allah dalam masa yang sama cinta pada maksiat.

Kemudian kita yang harus memilih, dan ternyata hati memilih untuk terluka.

Luka yang terjadi itulah hikmah.

Hikmah yang diri sendiri akan nampak sepanjang proses penyembuhan. Hikmah yang diri akan nampak saat hati kita betul betul redha.

Ketahuilah ia bukan satu proses yang mudah kerana perlunya mujahadah. Tapi percayalah, segalanya mudah apa bila Allah memudahkannya.

Satu yang perlu tahu dalam proses penyerahan hati, penyembuhan hati kepada Allah itu ujian-ujian Allah selalu mengiringi.

Sedarlah bahawa didikan sabar sedang dipraktiklan oleh Allah kepada kamu.

Sahabat saya berkata

“Allah hantar kamu untuk bantu yang lain”

Itu takdir Allah, kita yang pernah sakit dulu, akan bantu orang lain hasil dari rasa sakit yang pernah kita lalui.

Saya pandang sahabat saya, mendengar cerita, harapan, tekad nya bawa saya jauh ke ketika saya berada ditempat dia sekarang, saya selalu cakap, memang tak mudah hanya tekad dan doa saja. Jangan pernah takut.

 

Hati Yang Sedang Sakit Perlu Dirawat Segara, Moga Tidak Melarat

“Sakit hati” ni bukan dengki tapi sakit hati ini ialah dimana,  kita mula lemah dalam langkah menuju tuhan.

Rawatlah dengan bicara denganNya, rawatlah dengan membaca kalamNya.

Mari hayati kata kata Saidatina Hajar, ibunda Nabi Ismail a.s. Ringkas dan padat yang mampu memotivasikan kita serta memberi semangat baru dalam jiwa jiwa kita.

“Allah tidak akan mensia-siakan kita”

— Tinta yang menulis ini masih berjuang dengan ujian Allah. Mohon doa nya.

 

Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada Norliyana ZulkifliSemoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah =)

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

14 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
TuanM
3 tahun yang lalu

Sy ade mslh hati n perasaan sy . . Pasangan sy suke berdendam dgn sy n suh sy tggl kan die . . Tpi hati sy n perasaan sy msih syg kat die . . Salahkah sy doakan n buat solat hajat supaya Allah tawarkan hati sy untuk die . . Untuk mengelak dripda die terus berdendam n sy pulak berfikir bukan2 pasal die dgn sntiase mengingati perkara yg die dah buat kat sy n hncurkan hati sy . . Sy dah cube memaafkan dan sy dah mntk maaf dekat die . . Sy x tahu lg ape yg sy perlu buat . . Sy hnya meluah untuk melepaskan ape yg terbuku kat hati sy . . Hati sy x tenang sekarng ni . . Sakittt . . Ape yg patut sy buat . .

Martinjung Augus Budi S.
4 tahun yang lalu

Saya pertama kali baca blog ini, suka. Menginsprirasi bagi saya. Allah maha membolak balikkan hati manusia. Harus selalu sabar walau susah. Semua adalah skenario Allah.. in syaa Allah kita ikhlas dan sabar dengan takdir kita.

KHAIRUDDIN
6 tahun yang lalu

DALAM SATU HADITH YANG DIRIWAYATKAN OLEH IBNU ABBAS RA BAHAWA BAGINDA SAW BERSABDA MAFHUMNYA DI HARI AKHIRAT KELAK ALLAH SWT MENJANJIKAN 70,000 ORANG DARIPADA UMAT BAGINDA SAW YANG DIJAMIN KE SYURGA TANPA HISAB. BAGINDA SAW TURUT MENERANGKAN CIRI2 UMATNYA YANG BERUNTUNG INI. IAITU MEREKA YANG APABILA SAKIT TIDAK MEMINTA DIUBAT MELAINKAN KEPADA ALLAH; MEREKA YANG TIDAK MENGAMALKAN PERUBATAN DENGAN API DAN BESI PANAS; MEREKA YANG TIDAK PERNAH BERPEGANG KEPADA RAMALAN NASIB; MEREKA YANG BERGANTUNG PENUH KEPADA ALLAH AZZA WAJAL.

TIDAK ADA UBAT YANG LEBIH MUJARRAB UNTUK MENGUBATI HATI YANG LUKA MELAINKAN JANJI SANG PENCIPTA UNTUK HAMBANYA YANG MAHU KE SYURGA TANPA HISAB DAN BEBAS DARIPADA SEKSA NERAKA.

ArdeanPerdana
6 tahun yang lalu

Maha Suci Allah

jiha
6 tahun yang lalu

sakit bila cinta yg kita harapkan tak terbalas.cuma Allah satu2 nya cinta abadi dan hakiki