
Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..
Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”
Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..
Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.
Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.
Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.
Biasanya Dalam Mengawal Kelemahan Kita, Kita Biasanya:
1. Selalu dipergunakan oleh orang lain, untuk kepentingan dia.
Minta kita melakukan / mengantikan kerja dia misalnya, sedangkan dia hanya bersuka ria ditempat lain.
2. Kita jenis tidak sukakan konflik..
.. atau sekurang–sekurangnya orang bermasam muka terhadap kita, sehingga sanggup bersetuju dengan hampir apa sahaja untuk menghindari pertengkaran.
3. Mudah terpancing dengan permainan emosi.
Kebanyakkan orang suka menjerat orang lain dengan menunjukkan mereka bernasib malang dan perlu dikasihani.
Ingat, bila berhadapan dengan situasi seperti ini, tanyakan pada diri sendiri “adakah orang ini sedang mempermainkan emosi aku?”
– air mata merupakan senjata yang amat ampuh dalam memainkan emosi seseorang.
4. Mudah terpengaruh dengan pujian.
Ketika seorang isteri ingin meminta cerai daripada suaminya, lelaki itu menyatakan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada isterinya itu kerana kecantikan dan kebaikan dirinya.
Segala nekad dan kekerasan hati isterinya akan luntur.
– Pujian seperti ini hanya merosakkan dan membuatkan kita ingin menyenangkan orang lain.
5. Takut untuk merasa berbeza.
Kebanyakkan kita takut untuk berbeza daripada orang lain kerana merasa salah jika berbeza.
Terdapat dua benda yang harus dipertimbangkan.
Pertama, apa yang dilakukan setiap orang belum tentu benar.
Kedua, kalau rujukan utama hidup kita adalah orang lain, kita akan kehilangan kemampuan untuk hidup atas prinsip-prinsip kita sendiri.
Bagaimana Untuk Mengawal Kelemahan Kita?
Perhatikan apa yang telah dikatakan atau dilakukan oleh orang lain untuk ‘mencucuk’ emosi kita?
Siapakah dia?
Pecahkan persoalan dasar yang membuatkan kita keliru.
Kita juga harus menetapkan apa yang harus kita lakukan agar orang lain tidak dapat mengata atau menuduh kita “mementingkan” diri sendiri.
Walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya kelemahan kita kita, tetapi sekurang-kurangnya kita masih dapat melawan manipulasi yang ingin dilakukan oleh orang lain.
Kalau kita selalu gelisah terhadap rasa bersalah, maka jadikan rasa ini sebagai perasaan yang membuatkan kita sentiasa berwaspada.
Lakukan apa yang betul untuk menghindari kemungkinan kita dimanipulasi oleh perasaan kita sendiri
Dengan mengalahkan orang yang cuba mengeksploitasi kita, kita kan memperoleh kembali kawalan diri serta dapat menyebabkan kita selesa dan dihormati orang lain.
Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang mudah dipergunakan adalah disukai oleh ramai orang, tetapi langsung tidak dihormati.
Ingat kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali =)
Pernah dipergunakan oleh orang lain? Bagaimana anda mengatasinya?
Harap dapat kongsikan pengalaman atau nasihat anda pada ruangan komen dibawah.
Saya pon rasa camtu seperti deparalatkan di remehkan mungkin sebab saya ni nampak lemah kadang saya geram saya berfikir knape senang2 diorang nak marah….senang2 diorang nak peralatkan…tp bce blog ni taktau solution nya ape
Assalam,
Saya pelajar universiti, saya ada kawan yang paling akrab seramai 4 org tp saya paling rapat dengan seorang ini yang juga merupakan roomate saya. Masalah muncul apabila saya selalu kena marah, diperlekehkan, dan saya dituduh bahawasanya semua yang buruk yang ada pada roomate saya ni datangnya dari saya sebab kwn saya yang lain memandang roomate saya ni sebagai seorg yang perfect (baik, pendiam, pandai serba serbi, yakin diri dan bersekolah agama sedangkan saya bersekolah biasa, kurang keyakinan diri dan jns yang bersuara kuat cuma sy jns yang suka tlong org). Sebelum ni, saya adalah org yg sabar, kwan saya ckp menengking dan marah2, sy still balas dengan baik. Tapi disebabkan perangai saya yang susah marahkan org, sy selalu jadi mangsa. Asyik saya je yang salah dan kena marah. Kadang2 roomate saya yang buat salah pun saya yang kena marah sbb kwn saya yang lain tidak berani nak menegur atau marahkan roomate saya. Saya plak jenis yang mengaku je walau kadang bukan salah saya sebab saya pernah ckp yang bukan salah saya tp seolah-olah saya memperbesarkan cerita pula. Pernah sekali roomate saya temankan sy untuk ke KL untuk tujuan projek saya selama dua hari, tetapi kawan saya yang lain menganggap saya dh membuang masa dan menyusahkan roomate saya tu, padahal roomate saya tu ok je sbb projek dia pun saya yang tlong. Pendek cerita kami saling bantu-membantu. Keadaan ni buatkan saya terfikir, buruk sangat ke saya pada pandangan kawan saya yang lain dan menyebabkan keyakinan diri saya semakin berkurang. Disebabkan saya selalu dibandingkan dengan roomate saya, saya jadi takut, saya takut akan timbulnya perasaan tidak enak pada roomate saya, sedangkan saya sayang roomate saya sbb dia merupakan kawan yang paling saya rapat ketika belajar di universiti ini dan roomate saya pun sebenarnya sedia maklum akan apa yang berlaku pada saya. Saya x tahulah saya ni jenis berdendam ke x sebab sy still boleh berkawan, ketawa sama2,hangout sama2 dengan mereka cuma kadang2 perkara yang berlaku ni terlintas di fikiran saya dan menyebabkan saya terfikir, “ape yang saya lakukan sampaikan mereka seolah-olah berani marah saya sesuka hati dan apa yang patut saya lakukan untuk mereka tidak merendah-rendahkan dan boleh menghormati saya seperti yang lain? Perlu ke saya nak memarahi atau jadi lebih garang dengan mereka? Bila kawan2 saya yang lain marahkan saya x bersebab, saya cerita dekat roomate saya, tp sy still rs bersalah sbb saya takut saya telah mengumpat kawan2 saya yang sesuka hati marah saya tu. Jadi kdg2 saya pendamkan je seorang diri dan ianya kadang2 buatkan saya berasa lemas.
Mohon nasihat.
Bismillah..
Assalamualaikum….
Sahabat yg saya sygi
???? boleh tak sy nk kongsi cerita jgak??…
sbnarnya sye pon seorang wanita yg sgat kurang keyakinan,
Boleh kata takde lngsng kyakinan kt diri sndiri
sungguh, bukan niat sye nk buka aib sndiri tapi sebenarnya sy dh
TAK SANGGUP, TAK TAHAN, NAK NANGISS semua rse ada awk !!!!!
nk hadam benda ini…????????????, sekiranya boleh sy luah dgn kata-kata dh lama sy buat!!!
Tapi tak mampu
Tak mampu
tak mampu awkkk
tahu mcm mne rsenye bila Allah anugerahkn prasaan malu x brtmpat n x de kyakinan tu dkat diri sy, sy x prnah salahkn
Allah dn Takdir,
mungkin ada hikmah buat sye,
Disebalik airmata yg mnaggung
duka dihati, mungkin Allah binakan1 mahligai permata di syurga kelak awk smua dn sye..
Jgnlh sedihh wahai hatiii…
sye pon alami nasib sme mcm awk jgk…
lgy la sye ni.. x de kwn sgat…. tk pndai brgaul
nk gy dpan tngan sye ni.. gigil mcm pgng ais tau…. wktu from 1, org mkn smua atas katil..sye mkn???? bukn atas tpy bwah katil..terok x gugup sye..
awk pernah dengar kata2 ini ???
-Dunia Ibarat Penjara Bagi Orang Mukmin-
Dalam dunia ni, kita x boleh berduka dan gembira yg amat sgat… sbb dunia tu tmpat ujian kita smua…
…. walaupun tetiap hari sye nangis dn tak yakin, tak kuat, sy seorang yg trlalu cepat tersentuh hatii..tapi sy slalu ckp tak apa wahai jiwaa…
biarlh kau bersedihan diduniaa kerana engkau diperlekehkn, dihina diejek.
sifat dunia sementara..
nk dibandingkn iakhirat … yg hanya tinggal
hanyalah kegembiraan dan kenikmatan buat ahli2 syurga,,,,,,,,,
sebab??
Awk dh puas sabar
mngadu pd Allah
sabar dgn sifat loding awk
segalanya..
lalu Allah topup balik airmata, keyakinan, dan kesedihan kamu di syurga dengan kenikmatan dan kegembiraan
Allah Maha Adil, sebenarnye org yg mengumpat kita mempergunakan kita itulh yg bnyak memberi kita pahala
Berkat kita dapat kawal amarah..
Org x kn faham kita, biarlh kita yg faham diri kita…. setiap hari sedekahkanlh
Al-fatihah untuk ruh kita….
Agar sentiasa dapat hilangkn rasa takut itu
Insyaallah Kita semua adalah penghuni syurga..
selamat beribadah….. untuk menghadapi ujian di dunia….????????????
– HatiWanita – 97
Ubat Kedukaan hatiku (Al-Quran)
????٣٠/١/٢٠١٨????
_DeritaBuatKuAdaHIkmahNya_
Assalam… boleh dikatakan saya hari2 sering dipergunakan. Saya bekerja sebagai pembantu kedai.. saya sudah menjadi tidak amanah gara2 kwn sy yg juga bekas pekerja kat tmpt kerja sy suka mengambil kesempatan. Hari2 dia mintak duit..beli brg online, beli tu, beli ni. Saya yg bekerja makan gaji pun nak beli barang beli yang perlu je. Pastu dia ambil brg drpd kedai tanpa membayarnya. Pada mulanya dia janji mahu membayarnya kembali..lama kelamaan saya tak rasa dia mampu membayarnya. Jumlah yang dia ambil terlalu banyak. Suruh kerja katanya dia tak boleh nak bekerja buat masa ni..adik beradik dia masih kecil n OKU tiada siapa nak jaga. Bapanya sudah meninggal dunia. Emaknya ambil upah jadi babysitter.. kalau emaknya keluar dia serahkan kpd anaknya iaitu kwn sy untuk menjaganya. Kemudian sy berfikir sampai bila dia nak biarkan hidup dia macam tu? N sampai bila sy nak biarkan hidup sy mcm ni?
Saya sudah buntu kalau sy berterus terang dengan bos sy mungkin dibuang kerja.. tapi saya sayangkan kerjaya saya. Atau sy perlu berpindah ke tmpt kerja lain? Atau mungkin sy terpaksa perlu menipu diri dia yg sy tidak boleh menolongnya lagi?
Salam… sya seorg pelajar.sya bru pindh ke sklah bru and kawan kawan sya yg bru mula2 baik tpi mereka nmpak kelemahan sye dan mereka take advantage atas kelemahan sye.sye merasa diri sye tidak berguna dan sentiasa berdiam dri apabila mereka ingin sesuatu pda sye.apakah cara2 yg dpt dilakukan supaya mereka tidak mempermainkan sye begitu.
Soalan Pertama :
Apakah memancing emosi hanya dengan berendam air mata dan sedih sahaja?
Bagaimana pula memancing emosi dengan perasaan lai misalnya :
– marah
– suka
– simpati
– kasih
– cinta
– sayang
Sy mencintai dia tp doa x pnh ucap atau tunjukkn. Sy rasa dia hya agap sy mcm bff je. Sy byk brkorban, apa shj..demi syg..ikut ckp dia n mak dia utk join skim cepat kaya. Last2 sy melepek x brduit. Minat kami sama..bela kucing persian tp smua modal sy..hasil kami bahagi sama rata. Tp bila raya dia brseronok dgn kuarga brcuti smpai 2 minggu. Sy yg bodoh nilah berendam air mata hadap taik kucing hari2. Itu sy x pnh ungkit sbb demi syg n cinta. Dah dkt 4 tahun brlalu..tiada tanda2 dia akn memperisterikan sy sbb sy yakin sy hya brtepuk sebelah tgn. Sy rasa pedih sbb trlalu kasihan n syg yg melampau2 kpd dia. Sdg dia x penah tunjuk ksh syg dia kt sy..walaupun hari2 brtemu sbb kami brjiran n slalu brjumpa. X tau smpai bila akn berakhir sbb hati sy dah trtutup utk org lain. Sy trlalu kesian kt dia smpai x sgup tgok dia susah. Tolonglah kawan2..emaillah sy beri nasihat [email protected]. salam dari sy Cik Tira Melaka.
Saye pun mengalami masalah yang same. Saye tidak suke berbuat salah dengan sesiapa pun, sebab saye ade prinsip hidup iaitu apa yang penting dalam hidup ialah reda Allah, ibu bapa & makhluk. Tambah2, abah saye selalu pesan kami adik beradik; biarlah orang buat dekat kita, janganlah kita buat jahat dgn orang. Saye pelajar matriks 1 tahun dan sebelum ni saye bersekolah harian. Belajar di matriks merupakan pengalaman pertama saye utk berdikari. Alhamdulillah, saye baik dengan semua, sama ada pelajaran, pengurusan diri dan kawan2 kerana saye buat perancangan dlm hidup dlm pelbagai aspek terutama dlm pengurusan mase, lg2 saye di matriks yg memiliki jadual yg sgt padat. Saye sgt enjoy dan bersemangat utk sem1. Saye melayan semua org sama ada dikenali atau tidak dengan baik. Tetapi, masuk sem2 kawan2 saye seakan2 tidak menyukai saye sehingga buat saye tertanye2 apa salah saye sedangkan saye tidak berbuat salah. Seakan2 mereka tahu ape yg saye x tau; bahkan saye diumpat & mereka memburukkan saye kpd org lain. Apa yang lebih menyakitkan mereka melayan kawan yang lain dengan baik sedangkan apabila saye dtg utk bergaul mereka berkerut & masam dgn saye & seakan2 memarahi saye melalui nada perckpn mereka. Ini yg membuatkan saye sakit hati, tetapi saye lebih kpd berdiam kerana saye tidak mahu berbuat salah dengan mereka kerana bagi saye jika kita tutup aib org lain, Allah akan tutup aib kita. Akhirnya, saye tidak lagi talkative, pendiam & tertekan. Masalah semakin bertambah2 apabila saye lebih kpd berdiam, pengurusan masa juga terganggu & tidak lagi produktif, tidak seronok dtg ke kuliah kls tutorial dan kls amali dan hanya berharap agar dpt menghabiskan matriks dgn cpt sbb saye x mahu berdpn dgn mereka lagi, kerena kalau x saye hanye sakit hati. Boleh ustaz tolong beri pencerahan & pendapat kpd situasi saye. Terima kasih.
cuba bertanya kepada mereka kenapa mereka bertindak demikian dan tanya apa salah awak kat mereka. tapi sekiranya awak dah minta maaf, tetapi mereka buat tak endah sahaja, malah menyalahkan awak lagi seolah-olah awak jahat. itu dah boleh dikategorikan sebagai penganiayaan. awak boleh berdoa dan meminta pertolongan dari allah. Allah dah berjanji bahawa doa orang yang dianiayi ini tidak akan ada hijab, doa itu akan terus sampai kepada Allah. jadi berdoalah supaya mereka tunduk dan takut kepada Allah. inshallah awak akan selamat, yang penting adalah yakin dengan pertolongan Allah!!
Saya ni jenis tak reti nak cakap tidak kalau org mintak tolong. Tapi nanti end up org yg mintak tolong tu macam tak faham bahasa pulak..org dah tolong mintak lebih lebih pulak. Tu yg sakit hati jadinya. Selama ni kalau saya tolong, saya try utk jadi seikhlas yg boleh..sabar je..fikir ganjaran tu mungkin akan ada di akhirat nanti..tapi lately, perangai org tu menjadi-jadi pulak buat saya rasa annoyed sangat. Adakah perasaan saya yg annoyed ni buat saya jadi tak ikhlas?
Assalamualaikum semua….saya ada seorang kawan yg sgt2 sy syg…sy tau bagi dia ada saya atau tak de tidak menjadi masalah buat dia…(mgkn sbb ni buat saya rasa syg xpntg mana pun….bila perlu je sy kena ada)….dia tau kekurangan diri saya….byk hal yg buat sy diperlekehkan…ada beberapa hal yg sy cuba lawan…sudahnya sy jgk yg dipersalahkan….ada ketika smp bergaduh…tp akhirnya sy yg mengalah….tp apa yg dia kecilkan hati sy dia xpernah ambil kisah….satu perkataan yg boleh buat sy terluka “whatever” satu perkataan yg mampu buat air mata sy mengalir….semalam ada satu kejadian yg buat sy berfikir….”ajud, 1st time ****** tgk komitmen ajud…” ALLAHUAKHBAR!!!! bagai nak luruh jantung ni bila dengar….rupanya selama ni sy lgsg xmemberi komitmen yg baik ke?? sungguhpun sy main2…buat2 malas…sebb sy sengaja nk serlahkan kebaikan kalian…(kawan2 aku) biar org bahan sy demi kalian…tp di akhir2 ni akibat panic attack yg sy alami…buat sy sgt2 sensitive dan terluka hati…dan…ini antaranya buat hati sy bersedih…Pada ALLAH sy mengadu…terima kasih atas perkongsian ini…saya mgkn xmampu lawan seperti cdgn saudara berikan…tapi sy sgt2 berharap akan ada keajaiban berlaku…sy xminta pujian…sy tak minta penghargaan…sy cuma harapakn agar jgnlah dikecilkan hati sy…itu sudah sgt sy hargai…
Slalu dipergunakan je .. Slalu dipermainkan je … Sakit hati … Dipergunakan oleh lawan sendiri plak tu
Saye slalu dipergunakan oleh kawan saye sendiri … Sepanjang tahun , tahun ni paling teruk
Kawan² saye gunakan saye kononnye nk buat kerja sekolah dieorang buat la baik ngan saye … Bile kerja tu da siap .. Perangai dieorang tak tau la nk kate ape .. Da tak tau nk buat ape da .. Kadang² dieorang mempermainkan saye .. Kate bestfriend tapi bukan .. Macam ape je ..
Assalamualaikum..
Same kes sy di tempat kerja..Riak senior seakan tdk puas hati dgn pihak-pihak yg tdak sebulu atau sekepala dengannya. Seolah-olah diala pengurus atau bos. Waima bukan. Dicanang pada yg agak tdak mengerti, seolah sokongan berpihak padanya. Menggunakn org lain atas kepenyingan diri, seolah2 mahukan kemahsyuran apabila pinak sebelah ditindas. Nilai apakh yg dilihat oleh si junior?selalu mnyalak tak tent pasal. Ade tips x nk hindar org sebegiNi?hingga hati trdetik utk tak prcaya org.
Assalamualaikum wbt
naluri utk membantu mmg ada pd stp manusia. tetapi jika dipergunakan sehingga hilang jati diri kita yg sebenar, matlamat kita, maruah kita… bermakna itulah kelemahan kita..boleh diistilahkan sebagai “terlalu baik”.
Berdasarkan pengalaman, kita perlu rancang dgn teliti setiap masa dlm khidupan seharian kita agar tidak memberi peluang n ruang kpd golongan yg suka mmpergunakan org lain. Habis madu sepah dibuang..
Bila kita mmpunyai adegan tersendri maka kita akan lebih berfokus pd matlamat dri kita n bkn sentiasa berada dlm keadaan bersedia- bila2 sahaja org akan gunakan perkhidmatan kita jika kita berada dlm keadaan santai. kcuali kpd perkara2 yg lebih mustahak.
RANCANGLAH KEHIDUPAN SENDIRI
Saya pon sama ada,serorang senior dalam bilik ni selalu tengok saya seolah – olah tidak berpuas hati dengan saya,saya pon tak tahu apa salah saya bila orang bertanys saya jawab sepatah je kadang kalau duduk dengan orang ramai muka saya jadi pucat sampaikan saya tak berani nak keluar makan dan macam 2 lagi membuatkan saya amat tertekan tolong saya ustaz????????????????
Boleh bagi tips bagaimana nak mengatasi masalah diatas????
Sebab da kritikal saya rasa…
saya mula takut pada orang ramai
bacalah doa atau zikir asmaul husna. sebagai contoh, ya jabaar sebanyak 226 kali setiap pagi sebelum p kerja dan setiap petang selepas solat maghrib. ia bertujuan supaya orang yang memusuhi kita tunduk dan takut kepada allah. inshallah mereka akan berhenti mengganggu awak.
ustadz..entah saya di peralat ato tidak saya tidak tau, saya baru menjalani hub dgn seorang lelaki bbrp bulan yg lalu ,satu waktu dia butuh uang krn urusan mendesak , karna perasaan sayang saya bantu dia , tp stlh sekian bulan tak kunjung mengbalikan uang yg dia pinjam , setiap saya tanya kapan dia mau kembalikan dia seperti menghindar ..dia bilang niat nya serius tp setiap kali saya akan menagih janji dia untuk membayar setiap kali itu pula perasaan saya tdk karuan ,antara ragu dan mengikhlaskan pinjaman nya agar kami tetap berhubungan baik..apa saran ustadz untuk saya.. mohon di bantu ,tks
Assalamualaikum.. saya pun rasa begitu..saya rasa diri saya diperalatkan.. kadang-kadang saya rela disakiti daripada menyakiti orang lain..sehinggakan saya rasa , rasa kasihan itu lebih daripada perasaan marah .. kadang-kadang saya sedih kerana selalu dipersalahkan walhal memang ternyata orang itu salah. saya rasa sedih sangat.. ada kawan-kawan yang bila senang buat tak peduli je kat saya, tapi bila susah dating cari saya..tapi, saya bersangka baik sebab saya tak nak simpan rasa marah & dendam terhadap kawan-kawan saya.Kadang-kadang saya fikir, lebih baik saya jadi jahat.Jadi baik tapi selalu disakiti n diperalatkan lebih menyakitkan. Adakah perlu saya berubah? n apa yang perlu saya ubah?
saya juga mempunyai situasi sama…selalunya saya yang dulu dipersalahkan saya yang dimarah oleh mereka…walhal sepatutnya saya yang patut marah.Apabila saya rendahkan ego,cuba berbaik tapi…mereka buat tak endah…
As salam , saya juga pnah diperalatkn utk join biz mlm … krn nak tlg (mungkin ada sdkt keinginan utk brubah ),saya telah bhtg n mlabur sbyk rm42 k…. kwn hilang ntah kmana …. saya jd kruan n rasa mnyesal sbb pcayakan dia … rasa sgt sakit ni…..
Sy mengalami pengalaman yg sama, mudah kesiankan org. Sampai sekarang sy masih menolong seorng sahabat dlm bentuk kewangan, kadang2 sy rasa di pergunakan, tapi pada sudut berbeza dia tidak pernah meninggalkan sy,jujur n tidak hipokrit, di saat kawan2 tinggalkan dia, sy sentiasa ada utknya. W’pun dia tidak pernah balas apa yg sy tolong, tp dia sentiasa ingat setiap pertolongan sy terhadapnya. Sy sendiri tidak tahu, ikhlaskan pertolongan yg sy bagi, sebab dulu kami pernah bercinta w’pun seketika. Sampaikan sekarang dia masih bertakhta di hati w’pun kami sekadar sahabat shj. Adakan sy menolongnya kerna persahabatan @ masih syg kan nya???sy pun tak tahu…
Assalamu’alaikum, sy bekerja sendiri dalam bidang Interior dan architecture. Sepanjang tahun lepas, bermacam2 cara saya cuba untuk mengelak dari dimanipulasi orang satu individu ini. Jika saya mengelakkan, dia akan cuba untuk gunakan orang lain untuk buat saya setuju menerima projek yang saya tak mahu kendalikan kerana telah tahu perangainya yang suka mengubah Design menyebabkan ramai kontraktor sebelum sy kerugian.
Saya terpaksa terima selepas dia memanipulasi pegawai2 atasan agar menyuruh sy menghantar proposal dan sebut harga. Dia ada kepentingan lain disebalik memberi sy projek. Dalam pada projek dijalankan, dia bercuti ke luar negara meninggalkan kerja yang dalam progres dan rakan2 pegawai yang lain yang kebungungan tentang maklumat projek. Sy terpaksa menerangkan situasi sebenar kepada mereka dan selama 2 minggu sy ot tidur di site menyiapkan kerja. Sebagai perempuan bujang, agak sukar memujuk ayah dan bonda sy untuk membenarkan sy bekerja begitu.
Individu itu pulang dan menyalahkan sy tentang byk perkara. Namun akhirnya projek siap dgn seliaan sy. Syukur. Ia merupakan projek construction dan juga Interior. Usai selesai
Projek, dia menawarkan jv kepada sy, tapi sy tolak. Dia cuba putar dengan cara lain untuk buat sy setuju dan memanipulasi saya. Masya Allah, pada masa itu saya cuma berharap yang Allah tunjuk sesuatu dan beri kekuatan pada sy untuk terus ignore dia supaya sy tidak terus jatuh di lubang yang sama berkali-kali. Saya serik dimanipulasi dan digunakan orang sebegini rupa. Sy tak dpt cerita situasi penuh. Sy cuma harap akan terus kuat berdiri sendiri dgn apa yg sy ada tanpa orang2 yang begini.
As salam..
Kadang – kadang memang kita harus bijak dalam menilai situasi dan membuat keputusan yang tepat utk diri kita. Since tindaktanduk kita adalah untuk mempertahankan diri dari dizalimi, kita tidak perlu berasa gusar. Kerana kita bertindak untuk satu keadilan. Inilah kehidupan, mmg kita akan selalu menghadapi mereka – mereka yang suka mengambil kesempatan utk kesenangan diri mereka.
Yang penting mintalah selalu perlindungan dari Allah. Be strong sis! =)
mmg sy ni jenis org yg sering diperalatkan..slalu berendam airmata bila rsa diri bagai dipijak2..tp pd sy itu bkn bermakna sy lemah cuma lbh baik begitu utk mengelakkan org yg xbersalah jd mangsa..hanya Allah saja yg tahu..
Banyakkan bersabar ya.. Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..