Apa yang sama antara kau dan hujan? Memberi berjuta cerita dan harapan kepada Tuhan.

hujan dalam hati
Siapa yang mampu melihat hujan dalam hati kita? Sometimes, life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places.

Aneh…

…taip kali nama kau hadir, tiap kali itu juga air mata akan mengalir.

Kau seperti hujan,

Datang tiba-tiba lalu pergi meninggalkan seribu cerita.

….

Hujan.

Teragak-agak dia nak melangkah.

β€œHaih. Aku tak suka hujan. Redah je lah! 1 2 3!”

Dia pelik. Aik. Kenapa tak basah?

Dia tengok atas. Payung? Cepat-cepat dia toleh sebelah.

Siapa dia ni?

Gadis tersebut tersenyum manis.

β€œShall we?” Gadis itu senyum lagi.

….

β€œNah. Aiskrim.”
β€œApesal tetiba?”

β€œSebab aku suka makan aiskrim bila aku sedih.”
β€œMakan aiskrim waktu hujan?”

*angguk*

Sepi.

β€œHidup tanpa ujian bukan hidup namanya. Tapi mimpi. Tak salah kalau nak menangis. Yang salah bila lepas nangis tapi tak nak bangkit balik.”

*sepi lagi*

β€œDia tu baik. Aku tak. Bukan ke orang baik selalu dapat orang baik.”

β€œDefinisi baik itu ikut definisi baik Allah. Kau usaha la bagi sama level dengan dia. Then doa banyak-banyak.”

β€œAku tahu siapa aku. Tak baik.”

β€œSelagi ada nafas, selagi ada hidayah dalam hati, tak ada istilah terlambat untuk berubah jadi baik. Meskipun nanti kau tak berjodoh dengan dia.”

β€œBanyak dosa aku da buat. Aku rasa down. Sedih. Loser.”

β€œTak payah cerita aib kau. Biar Allah je tahu. Tak pe pun rasa sedih, rasa down atau rasa loser. Kadang semua tu yang bawa kita pada Allah. Bila kita nangis dan tak berdaya, tu la tandanya kita ni hamba.”

Capai tangan dan senyum segaris.

β€œKau tahu. Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya. (Imam Syafie)”

*Tarik nafas.*

β€œKalau mungkin satu hari nanti dia memang jodoh kau, tu hanya sebab Allah tak pernah silap mengatur jodoh.”

β€œAku mungkin tak dapat orang yang aku cintai tapi Tuhan ganti dengan sahabat sejati.”

….

β€œKenapa sedih?”
β€œEh. Siapa cakap aku sedih?”

β€œTu. Makan aiskrim waktu hujan.”

Pandang dan senyum kelat.

β€œTahu apa maksud iman?”

*Jeda*

β€œMempercayai dengan hati, mengakui dengan lisan dan beramal dengan anggota. Selagi ada iman, walau senipis kulit bawang, selagi tu tetap ada ruang untuk jadi baik.”

*tiada respond*

β€œDidik diri macam mana kecewa pun dengan hidup, macam mana tertekan pun dengan ujian, kena kuatkan iman. Cari Allah semula walau kau rasa kau teruk sebab cari Allah masa kau susah je. Tapi, sekurang-kurangnya kau tahu yang akhirnya kau kena balik pada Allah. Terkadang dalam hidup ni kita rasa seakan nak putus asa tapi kemudian kita tersedar yang rahmat Allah itu luas. Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.”

β€œKau tak tempuh apa yang aku lalui. Kau tak rasa apa yang aku rasa.” Nada mendatar.

β€œAku mungkin tak rasa apa yang kau rasa. Aku mungkin tak lalui apa yang kau dah lalui. Bak kata kau, dunia setiap orang tak pernah sama. Tapi entah macam mana, aku yakin kau mesti boleh tempuh dan rempuh masalah tu. Keep being strong. Mana sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Al-insyirah: 5-6)”

β€œThings are easier said than done.”

β€œAku tahu tiada kata-kata yang boleh hilangkan keresahan kau. Tapi aku boleh teman kau walk through it. Sebab kita kawan Lillahi Taala. Kuatlah seperti selalu. Walau terkadang rasa tak mampu.”

β€œAku tak kuat.β€œ

β€œTahu. Sebab tu kau kena minta kekuatan dekat yang Maha kuat.”

β€œAku sebenarnya cemburu dengan kau. Yang dalam diam, kau sendiri jadi penguat untuk orang lain walau kau sendiri terkadang tak sedar hakikat itu.”

β€œKau akan jadi kuat, lebih kuat dari aku.”

Awak, banyakkan senyum. Senyum itu terapi jiwa.

Dah lama saya tak nampak awak senyum. Macam dulu-dulu. Tolong senyum macam tu lagi.

Bersemangat dan bercahaya.

….

β€œSepanjang kita berkawan ni, aku pernah buat kau terasa hati tak?

β€œBukan sahabat kalau tak pernah makan bersama, tidur bersama buat perkara gila-gila dan bergaduh manja. It is just to prove that the friendship is strong enough to survive.”

*Jeda*

β€œAfter all this, I still and will love you more. Sahabat sejati takkan pernah berubah hati.”

β€œWalau mendung langit Tuhan tak bermakna ini adalah pengakhiran kerana mungkin itu petanda kepada satu permulaan. Permulaan kepada kehidupan dan kebahagiaan.”

β€œSahabat akhirat tu bila dia langsung tak kisah kau cari dia hanya waktu kau susah.

….

β€œAlhamdulillah. Hujan.” Senyum.

β€œKenapa kau suka hujan?”

β€œApa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kepada Tuhan.”

β€œLagi?”

β€œIya. Hujan. Waktu mustajab untuk berdoa.” Senyum bahagia.

Tangan ditarik.

β€œEh! Apa ni apa ni!”
β€œJom main hujan!” Kenyit mata.

β€œTaaakkkk naaaakkkk!!”

Terkadang di saat kita hampir mendapat sesuatu dan ia gagal di saat-saat akhir, kita terus kecewa dan berputus asa. Percayalah bahawa perkara buruk yang terpaksa ditempuhi adalah ujian yang telah ditetapkan.

Maka, percaya dan yakin pada Allah.

Jika kamu orang yang beriman, kamu pasti percaya kepada ketentuan.

….

Aku lihat langit. Cerah.

Tapi kenapa aku rasa hati aku yang β€˜hujan’?

Kenapa kau yang sedih tapi aku yang menangis?

Kenapa kau yang β€˜pergi’ tapi seolah-olah aku yang β€˜mati’?

Apa yang sama antara kau dan hujan?

-Sama-sama memberi berjuta cerita dalam hidup aku.

Dan seringkali cerita itu akhirnya membawa aku kepada Tuhan.

Usai membersihkan daun-daun kering dan menyedekahkan al-fatihah, perlahan-lahan dia melangkah pergi dari situ.

Sahabat.

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini.

Terima kasih kerana telah menjadi penglipur lara dan penyeri hati.

Syukran untuk segala kenangan yang sudah terpahat menjadi memori.

Kau,
Aku titipkan dalam jagaan Tuhan.

 

Artikel ini adalah dikongsikan olehΒ Nur Rahimah Fitrah Binti Mohd Sofyan. Semoga apa yang ditulis memberi inspirasi dan kebaikan kepada pembaca.

Semoga bermanfaat.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

12 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Linda ismail
Linda ismail
6 tahun yang lalu

Tenanglah jiwa..jgn bersedih. Tuluslah seperti hujan di malam hari..yg tak bisa menghadirkan pelangi!

Ana
Ana
7 tahun yang lalu

Rasa tenang.. <3

org halus
org halus
8 tahun yang lalu

Sapa la potong bawang dekat aki ne..

fida amin
fida amin
8 tahun yang lalu

saya juga suka hujan…terasa seperti rahmat Allah mencurah-curah di semua tempat..

shaz
shaz
8 tahun yang lalu

ada cerita dalam hujan dan doa…

*saya suka hujan..

Triana
Triana
8 tahun yang lalu

Luar biasa sekali isi Blog nya, semoga menjadi manfaat kira bersama. Amin

http://mujahidblogs.blogspot.com

immaharun
immaharun
8 tahun yang lalu

inspire

kasih
kasih
8 tahun yang lalu

mata masuk habuk membaca artikel ini

shoffah
shoffah
8 tahun yang lalu

masyaAllah .. inspirasi banget.. like.

Ina
Ina
8 tahun yang lalu

Jazakallah.. artikel yg sangat bermanfaat utk saya.