Ini adalah susunan wirid dan doa selepas solat fardhu.
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar wirid, zikir dan doa selepas solat fardhu.
Apa yang menarik:
Bantuan audio dan transliterasi rumi juga turut disertakan bersama doa bagi membantu anda yang sukar membaca tulisan arab. Malah, saya juga menyediakan salinan PDF doa selepas solat untuk dimuat turun oleh anda.
Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.
Zikir Dan Wirid Selepas Solat
Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istighfar. Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Antara wirid yang boleh diamalkan adalah wirid al-Awrad al-Qusyasyiyyah.
Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk melakukan wirid selepas solat:
Petunjuk
Untuk Solat Zuhur, Asar dan Isyak, maka tidak mengapa membaca wirid yang ringkas seperti yang ditandakan dengan simbol “🔰”
Mulakan Wirid Dengan Istighfar Sebanyak 3 Kali
Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardhu dengan ucapan istighfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:
Astagfirullahal-‘Adzīm, Allāzī Lā Ilāha Illā Huwal-Ḥayyul-Qayyūm, Wa Atubu Ilaih (3 kali)
Maksudnya
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya [1]
Membaca Pengakuan Tauhid Sebanyak 3 kali
Lā Ilāha Illallāhu Waḥdahu Lā Syarīka Lahu, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Syai-In Qadīr (3 Kali)
Maksudnya
Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu. [2]
Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka Sebanyak 3 atau 7 Kali
Allāhumma Ajirnā Minan-Nār (3 / 7 Kali)
Maksudnya
Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka [3]
- Boleh ganti Ajirna (أَجِرْنَا) dengan AjirNi (أَجِرْنِى) jika solat sendirian
- Baca sebanyak 7 kali untuk Solat Subuh dan Maghrib
Seterusnya, Zikir Memohon Keselamatan
Allāhumma Antas-Salām, Wa Minka As-Salām, Wa Ilāika Ya‘ūdu As-Salām, Faḥayyinā Rabbanā Bi-Salām, Wa Adkhilnā Al-Jannata Dāra As-Salām, Tabārakta Rabbanā Wa Ta‘ālayta Yā Dzāl-Jalāli Wal-Ikrām
Maksudnya
Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan. [4]
Seterusnya, Membaca Ta’awuz
A‘ūDzu Billāhi Mina Ash-Shayṭānir-Rojīm
Maksudnya
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
Seterusnya Membaca Al-Fatihah
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Membaca Ayat Ke-163 Surah Al Baqarah
Wa ilāhukum ilāhuw Wāḥid, Lā ilāha illā Huwar-Raḥmānur-Raḥīm
Maksudnya
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [5]
Seterusnya Membaca Ayatul Kursi
Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm
Maksudnya
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) [6]
Membaca Ayat Ke-284 Surah Al Baqarah
Lillāhi Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Wa In Tubdū Mā Fī Anfusikum Au Tukhfūhu Yuḥāsibkum Bihillāh, Fa Yagfiru Limay Yasyā’u Wa Yu‘Ażżibu May Yasyā’, Wallāhu ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr
Maksudnya
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Membaca Ayat Ke-285 Surah Al Baqarah
Āmanar-Rasūlu Bimā Unzila Ilaihi Mir Rabbihī Wal-Mu’minūn, Kullun Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihī Wa Kutubihī Wa Rusulih, Lā Nufarriqu Baina Aḥadim Mir Rusulih, Wa Qālū Sami‘Nā Wa Aṭa‘Nā Gufrānaka Rabbanā Wa Ilaikal-Maṣīr
Maksudnya
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
Membaca Ayat Ke-286 Surah Al Baqarah
Lā Yukallifullāhu Nafsan Illā Wus‘Ahā, Lahā Mā Kasabat Wa ‘Alaihā Maktasabat, Rabbanā Lā Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā, Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn
Maksudnya
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. [7]
Membaca ayat ke-18 Surah Ali ‘Imran
Syahidallāhu Annahū Lā ilāha illā Huwa Wal-Malā’ikatu Wa Ulul-‘Ilmi Qā’imam Bil-Qisṭ, Lā Ilāha Illā Huwal-‘Azīzul-Ḥakīm
Maksudnya
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Membaca ayat ke-19 Surah Ali ‘Imran
Maksudnya
innad-dīna ‘indallāhil-islām
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Membaca ayat 26 Surah Ali ‘Imran
Qulillāhumma Mālikal-Mulki Tu’til-Mulka Man Tasyā’u Wa Tanzi‘Ul-Mulka Mim Man Tasyā’u Wa Tu‘Izzu Man Tasyā’u Wa Tużillu Man Tasyā’, Biyadikal-Khaīr, Innaka ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr
Maksudnya
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Membaca ayat 27 Surah Ali ‘Imran
Tūlijul-Laila Fin-Nahāri Wa Tūlijun-Nahāra Fil-Laili Wa Tukhrijul-Ḥayya Minal-Mayyiti Wa Tukhrijul-Mayyita Minal-Ḥayyi Wa Tarzuqu Man Tasyā’u Bigairi Ḥisāb
Maksudnya
Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad.
Maksudnya
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Seterusnya Membaca al-Falaq
Qul A‘Ūżu Birabbil-Falaq. Min Syarri Mā Khalaq. Wa Min Syarri Gāsiqin Iżā Waqab. Wa Min Syarrin-Naffāṡāti Fil-‘Uqad. Wa Min Syarri Ḥāsidin Iżā Ḥasad
Maksudnya
Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.
Seterusnya Membaca an-Nas
Qul A‘Ūżu Birabbin-Nās. Malikin-Nās. Ilāhin-Nās. Min Syarril-Waswāsil-Khannās. Allażī Yuwaswisu Fī Ṣudūrin-Nās. Minal Jinnati Wan-Nās
Maksudnya
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. [8]
Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi:
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya, Membaca Tasbih
Ilāhī Yā Rabbī ― Subḥānallāh
Maksudnya
Ya Allah Ya Tuhanku ― Maha Suci Allah
Bacaan Untuk Imam
Jika solat berjemaah (menjadi imam), ayat ini dibaca seperti berikut:
ilāhanā Yā Rabbanā ― Subḥānallāh
Ya Allah Ya Tuhan Kami ― Maha Suci Allah
Membaca SubhaaNallah 33 Kali
Subḥānallāh (33 Kali)
Maksudnya
Maha Suci Allah
Membaca Tahmid
Subḥānallāhi Wa Bi-Ḥamdihi Dā’iman Qā’iman Abadaa — Al-Ḥamdu Lillāh
Maksudnya
Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya — segala pujian hanya bagi Allah
Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali
Alhamdulillah (33 Kali)
Maksudnya
Segala pujian hanya bagi Allah
Membaca Takbir
Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīna ‘Alā Kulli Ḥālin Wa Ni‘matin ― Allāhu Akbar
Maksudnya
Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaanNya — Allah Maha Besar
Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali
Allāhu Akbar (33 Kali)
Maksudnya
Allah Maha Besar
Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir
Allāhu Akbar Kabīraw Wa Al-Ḥamdu Lillāhi Kathīraw Wa Subḥānallāhi Bukrataw Wa Aṣīlaa.
Lā Ilāha Illā Allāhu Waḥdahu Lā Sharīka Lah, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr Wa Ilaihil-Maṣīr
Wa Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aliyyil-‘Aẓīm, Astaghfirullāhal-‘Aẓīm
Maksudnya
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali.
Dan tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah. [9]
Setelah selesai bacaan wirid, berdoalah ke hadrat Allah.
Selepas solat fardhu merupakan antara waktu-waktu yang senang dimakbulkan doa.
Pohonlah mengikut keperluan diri atau berdoa sebagaimana doa-doa yang disediakan dibawah
Doa Selepas Solat Fardu
Disini saya sediakan enam doa solat yang sangat sesuai dibacakan selepas solat fardu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Anda boleh memilih salah satu doa solat di bawah yang anda rasakan sesuai dengan anda.
Bantuan audio dan ejaan dalam rumi juga disediakan bagi membantu anda.
Doa Selepas Solat Pertama
Transliterasi Rumi
Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm.
Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Ashrafil-Anbiyā’i Wal-Mursalīn Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihī Ajma‘Īn.
Allāhumma Taqabbal Minnā Ṣalātanā Wa Du‘Ā’anā Innaka Antaṣ-Ṣamī‘Ul-‘Alīm, Wa Tub ‘Alaynā Innaka Antat-Tawwābur-Raḥīm. AllāhummaJ‘Al Dīnanā Dīnan-Nabiyyi Muḥammad Ṣollāllāhu ‘Alayhi Wa Sallam, Wa Islāmanā Islāmal-Muslimīn, Wa Īmānanā Īmānal-Mu’minīn, Wa Ṣolātanā Ṣolātal-Khāshi‘Īn.
Wa A‘Mālanā A‘Mālas-Ṣāliḥīn, Wa Niyyatanā Niyyatal-Mukhliṣīn, Wa DzunūBanā Yā Allāhu Dzunūbal-Mustaghfirīn.
Wa Ḥayātanā Ḥayātal-‘Ulamā’, Wa Mawtanā Bimawtish-Shuhadā’, Wa Adkhilnāl-Jannata Ma‘Al-Anbiyā’i ‘Alayhimus-Ṣalātu Was-Salām.
Rabbanā Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanataw Wa Fil-Ākhirati Ḥasanataw Wa Qinā ‘Adhāban-Nār, Wa Ṣollallāhu ‘Alā Khayri Khalqihi Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihī Wa Sallam, Subḥāna Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Ammā Yaṣifūn, Wa Salāmun ‘Alāl-Mursalīn, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.
Maksud Doa
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Doa Selepas Solat Kedua
Transliterasi Rumi
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Alḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Ḥamdan Yuwāfī Ni‘Amahu Wa Yukāfi’u Mazīdah, Yā Rabbanā Lakal-Ḥamdu Kamā Yanbaghī Li Jalāli Wajhika Wa ‘Aẓīmi Sulṭhonik.
Allāhumma Ṣolli ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Fil-Awwalīn Wal-Ākhirīn, Wasallim, Wa Raḍiya Allāhu Ta‘Ālā ‘An Sādātinā Aṣḥābi Sayyidinā Rasūlillāhi Ajma‘Īn.
Allāhumma Aḥyinā Bil-Īmān, Waḥshurnā Bil-Īmān, Wa Adkhilnāl-Jannata Ma‘Al-Īmān, Birahmatika Yā Arḥamar-Rāḥimīn.
Allāhumma A‘Inna ‘Alā Dhikrika Wa Shukrika Wa Ḥusni ‘Ibādatik. Allāhumma Innā Nas’alukal-Hudā WaTtuqā Wal-‘Afāfa Wal-Ghinā.
Allāhumma Taqabbal Minnā Ṣolātanā Tammah, Waghfir Lanā DhunūBanā ‘Ammah, Wa Lā Tu‘Aḍḍibnā Ilā Yawmil-Qiāmah, Innaka ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr.
Allāhummaghfir Lanā DhunūBanā Wa Liwālidaynā Warḥamhumā Kamā Rabbayānā Ṣoghīra. Allāhumma Aḥyinā Biḥayātil-‘Ulamā’, Wa Amitnā BimawTish-Shuhadā’, Waḥshurnā Fī Zumratil-Awliyā’, Wa Adkhilnal-Jannata Ma‘Al-Anbiyā’ ‘Alayhimus-Ṣolātu Was-Salām.
Rabbanā Lā Tuzigh Qulūbanā Ba‘Da Idh Hadaytanā Wa HabLanā Min Ladunka Raḥmah, Innaka Antal-Wahhāb.
Rabbanā-Ghfir Lanā Dhunūbanā Wa Isrāfanā Fī Amrinā Wa Thabbit AqdāManā, Wanṣurnā ‘Alāl-Qawmil-Kāfirīn. Rabbanā Faghfir Lanā DhunūBanā Wa Kaffir ‘Annā Sayyi’ātinā Wa Tawaffanā Ma‘Al-Abrār.
Allāhumma Rabbanā Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanah Wa Fil-Ākhirati Ḥasanah Wa Qinā ‘Adhāban-Nār. Allāhummakhtim Lanā Yā Allāhu Biḥusnil-Khātimah Wa Lā Takhtim ‘Alaynā Yā Allāhu Bis-Sū’iL-Khātimah.
WaṢollāllāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallam, Subḥāna Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Ammā Yaṣifūn, Was-Salāmu ‘Alāl-Mursalīn, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.
Maksud Doa
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan puji yang sebanding dengan nikmatNya dan menjamin tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu. Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya. Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian. Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan melakukan ibadah yang sebaiknya untuk Mu. Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu bapa kami. Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik sejak kecil. Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para ulama. Matikan kami seperti kematian para syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Masukkan kami ke dalam syurga bersama nabi. Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikan kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan kami. Serta teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, hapuskan kejahatan kami dan matikan kami bersama-sama orang yang baik. Ya Allah, berikan kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan. Selamatkan kami daripada api neraka. Ya Allah, sudahi ajal kami dengan kesudahan yang baik. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, ya Allah, dengan kesudahan yang buruk. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.
Doa Selepas Solat Ketiga
Transliterasi Rumi
Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm.
Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Sayyidil-Mursalīn Wa Imāmil-Muttaqīn, Wa ‘Alā Ālihi Ahli Baytihi Waṣ-Ḥabihī Ajma’īn.
Allāhumma Innā Nas’aluka Salāmatan Fīd-Dīn, Wa ‘Āfiyatan Fil-Jasad, Wa Ziyādatan Fil-‘ilm, Wa Barakatan Fir-Rizq, Wa Tawbatan Qablal-Mawt, Wa Raḥmatan ‘Indal-Mawt, Wa Maghfiratan Ba’dal-Mawt.
Allāhumma Hawwin ‘Alaynā Fī Sakarātil-Mawt, Wan-Najā’ati Minan-Nār, Wal-‘Afwa ‘indal-Ḥisāb. Rabbanā Lā Tuzigh Qulūbanā Ba’da Idh Hadaytanā Wa Hab Lanā Min Ladunka Raḥmah, Innaka Antal-Wahhāb.
Allāhumma Aḥyinā Bil-Īmān, Wa Amitnā Bil-Īmān, Wa Adkhilnāl-Jannata Ma’al-Īmān. Allāhummaghfir Lanā DhunūBanā Wa Liwālidaynā Warḥamhumā Kamā Rabbayānā Ṣoghīrā.
Allāhummakh-tim Lanā Biḥusnil-Khātimah, Wa Lā Takhtim ‘Alaynā Bis-Sū’il-Khātimah. Rabbanā Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanah, Wa Fil-Ākhirati Ḥasanah, Wa Qinā ‘Adhāban-Nār.
Waṣollallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin, Wa ‘Alā Ālihi Waṣahbihī Wa Sallam, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.
Maksud Doa
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati. Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.
Doa Selepas Solat Keempat
Transliterasi Rumi
Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm.
Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Ashraf il-Mursalīn, Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihi Ajma‘Īn.
Allāhumma Aḥyinā Bil-Īmān, Wa Amitnā Bil-Īmān, Wa Adkhillanāl-Jannata Ma‘Al-Īmān, Allāhummaghfir Lanā Dzunūbanā Wa Liwālidaynā Warḥamhumā Kamā Rabbayānā Ṣaghīrā.
Allāhummakhtim Lanā Biḥusnil-Khātimah, Wa Lā Takhtim ‘Alaynā Bisū’il-Khātimah, Rabbanā Lā Tuzigh Qulūbanā Ba‘Da Iż Hadaytanā Wa Hab Lanā Min Ladunka Raḥmatan Innaka Antal-Wahhāb.
Rabbanā Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanataw Wa Fil-Ākhirati Ḥasanataw Wa Qinā ‘Adzāban-Nār, Waṣallallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihi Wa Sallam, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.
Maksud Doa
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Doa Selepas Solat Kelima
Transliterasi Rumi
Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm.
Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Ashrafil-Anbiyā’i Wal-Mursalīn, Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihi Ajma‘Īn.
Allāhumma Innā Nastaḥfiẓuka Wanastawdi‘Uka Dīnanā Wa Ahlinā Wa Kulli Shay’in A‘Ṭaytanā, Allāhumma Ij‘Alnā Wa Iyyāhum Fī Kanafika Wa Amānika Wa Jawārika Min Kulli Shayṭānin Marīḍin Wa Jabbārin ‘Anīdin Wa Zi Ghaīnin Wa Zi Baghyin Wa Zi Ḥasadin Wa Zi Kulli Sharrin Innaka ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr.
Allāhumma Aṣliḥ Dzāta Bayninā Wa Allif Bayna Qulūbinā Waihdinā Ṣubul As-Salām Wanajjinā Minaẓ-Ẓulumāti Ilān-Nūri Wajanibnāl-Fawāḥisha Mā Ḏahara Minhā Wa Mā Baṭan, Allāhumma Bārik Lanā Fī Asmā‘Inā Wa Abṣārinā Wa Qulūbinā Wa Azwājinā Wa Dhurriyyātinā Wa Tub ‘Alaynā Innaka Antat-Tawwābur Raḥīm, Waj‘Alnā Shākirīn Li Ni‘Matika Musnīn Bihā Qābilīn Lahā Wa Atmimhā ‘Alaynā.
Rabbanā Ātinā Fīd-Dunyā Ḥasanatan Wa Fil-Ākhirati Ḥasanatan Wa Qinā ‘Adhāban-Nār, Waṣalli Allāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad, Subḥāna Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Ammā Yaṣifūn, Was-Salāmu ‘Alal-Mursalīn, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn
Maksud Doa
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMu-lah kami pertaruh agama kami, ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian, dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah, perbaikilah perhubungan kami, dan lembutkanlah antara hati-hati kami, dan tunjukkan kami jalan keselamatan, dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya, dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan sama ada yang terang ataupun yang tersembunyi.
Ya Allah, berkatilah pendengaran dan penglihatan kami, dan hati-hati kami, dan isteri kami, dan keturunan kami. Dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau maha memberi taubat lagi maha penyayang dan jadikanlah kami bersyukur atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberiaanMu dan sempurnakan nikmatMu ke atasnya.
Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan.Dan sejahtera atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam.
Doa Solat Abu Darda
Transliterasi Rumi
Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm.
Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Ashrafil-Anbiyā’i Wal-Mursalīn, Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihi Ajma‘Īn.
Allāhumma Anta Rabbī Lā Ilāha Illā Anta, ‘Alaika Tawakkaltu, Wa Anta Rabbul-‘Arshil-‘Aẓīm. Mā Shā’a Allāhu Kāna Wa Mā Lam Yasha’ Lam Yakun, Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aẓīm, A‘Lamu Anna Allāha ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr Wa Anna Allāha Qad Aḥāṭa Bi Kulli Shay’in ‘Ilman.
Allāhumma Innī A‘Ūdhu Bika Min Sharri Nafsī, Wa Min Sharri Kulli Dābbatin Anta Ākhiḍhun Bināṣiyatihā, Inna Rabbī ‘Alā Ṣirāṭim Mustaqīm.
Waṣallallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihi Wa Sallam, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.
Maksud Doa
Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas tuan kami, Nabi Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, (selawat dan salam ini juga dilimpahkan) ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan (yang layak disembah melainkan Engkau). Aku hanya bertawakkal kepadaMu , dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang besar. Apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang melata yang Engkau memegang ubun-ubun mereka (berkuasa ke atas setiapnya). Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan berilah kesejahteraan (kepada mereka). Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Riwayat Doa Ini
Seorang sahabat Rasulullah SAW dan ahli ibadah yang terkenal dengan nama Abu Darda’ telah mengamalkan doa di bawah ini setiap lepas Subuh dan Maghrib.
Doa ini bertujuan untuk memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah SWT bagi diri, ahli keluarganya dan harta bendanya dari gangguan dan kejahatan jin, syaitan, haiwan dan manusia.
Menurut riwayat, beliau mengamalkan doa di bawah ini yang didapatinya daripada Rasulullah SAW.
Doa Solat Memohon Keselamatan Dari Wabak Penyakit
Transliterasi Rumi
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm
Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin, Ashrafil-Anbiyā’i Wal-Mursalīn, Wa ‘Alā Ālihī Wa Ṣaḥbihī Ajma‘Īn.
Allāhumma Innī A‘Ūdzu Bika Minal-Barasi, Wal-Junūn, Wal-Juḍzām, Wa Min Sayyi’il-Asqām.
Allāhummadfa‘ ‘Annāl-Balā’a, Wal-Ghalā’, Wal-Wabā’, Wat-Ṭā‘Ūn, Wal-Faḥshā’a, Wal-Munkar, Wal-Baghya, Was-Sū’il-Mukhtalif, Wash-Shadā’id, Wal-Miḥan, Mā Ḏzahara Minhā Wa Mā Baṭan Min Baladinā Wa Qaryatinā Hādzihi Khāṣṣah, Wa Min Buldānil-Muslimīn Kāffah ‘Āmmah. Innaka ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr Wa Bil-Ijābati Jadīr.
Taḥaṣṣannā Bi Dzīl-‘Izzati Wal-Jabarūt, Wa‘Tasamnā Bi Rabbil-Malakūt, Wa Tawakkalnā ‘Alāl-Ḥayyi Allazhī Lā Yamūt. Allāhummaṣrif ‘Annā Hāḏzal-Wabā’, Wa Qinā Sharrar-Radā’, Wa Najjinā Minal-Ṭa‘Ni Wat-Ta’un Wal-Balā’i Bi Luṭfika Yā Laṭīf, Yā Khabīr. Innaka ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr.
Wa Ṣollāllāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad, Wa ‘Alā Ālihī Wa Ṣoḥbihī Wa Sallam. Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.
Maksud Doa
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, ahli keluarga dan para sahabatnya.
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”
Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit, taun, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah negeri kami ini khususnya, dan negara umat Islam amnya daripada segala bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan Engkaulah yang selayaknya memberi perkenan.
Aku berlindung dengan Allah Tuhan yang Maha Gagah Perkasa dan yang Mempunyai Kekuasaan Mutlaq. Aku berpegang teguh kepada Allah Tuhan yang Memiliki Kerajaan yang Maha Agung dan aku berserah diri kepada Allah yang Hidup dan tidak akan mati.
Ya Allah! Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala’ yang datang, dengan kelembutan-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Berlemah Lembut, wahai Tuhan yang Maha Halus Pengetahuan-Nya, Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam semesta.
Doa Solat Memohon Kemenangan Islam di Palestin (Dan Negara Islam Lain)
Transliterasi Rumi
Bismillāhir Rahmānir Rahīm.
Al-Hamdu Lillāhi Rabbil ‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad, Ashrafil Anbiyā’i Wal-Mursalīn, Wa’alā Ālihi Waṣaḥbihi Ajma’īn.
Allāhumma A’izza Al-Islām Wal-Muslimīn, Wa Adhillash-Shirk Wal-Mushrikīn, Wan-Nifāq Wal-Munāfiqīn, Wal-Ẓulm Wal-Ẓālimīn Wa Dammir A’dā’ ad-Dīn.
Allāhumma Innā Naj’aluka Fī Nuḥūri A’dā’ inā Wa Na’ūdhu Bika Min Shurūrihim, Allāhumma Rudda Kaydahum ‘Alā Nuḥūrihim. Allāhumma Baddid ShamLahum Wa Farriq Jam’ahum Wa Shattit Kalimatahum Wa Zalzil Aqdāmahum Wa Qill ‘Adadahum Wa Silāḥahum Wa Salliṭ ‘Alayhim Kalban Min Kilābika.
Allāhumma Anṣur Ikhwānanā Al-Mujāhidīn Wal-Mustaḍ’afīn Fī Falisṭīn, Wa Fī Ghazzah, Wa Fī Al-‘Irāq, Wa Fī Sūriyā, Wa Fī Kashmīr, Wa Fī Makān. Allāhumma Qawwi ‘Azā’imahum, Wajma’ Kalimatahum, Wathabbit Aqdāmahum, Wansurhum ‘Alā A’dā’ihim.
Rabbanā Ẓalamnā Anfusanā Wa In Lam Taghfir Lanā Wa Tarḥamnā Lanakūnanna Min Al-Khāsirīn. Rabbanā Lā Tuzigh Qulūbanā Ba’da Idh Hadaytanā Wahab Lanā Min Ladunka Raḥmatan Innaka Antal-Wahhāb. Rabbanā Hab Lanā Min Azwājinā Wa Dzurriyyātinā Qurrata A’yunin Waj’alnā Lil-Muttaqīna Imāmā. Rabbanā Ātinā Fī Ad-Dunyā Ḥasanatan Wa Fī Al-Ākhirati Ḥasanatan Wa Qinā ‘Adhāban-Nār.
Waṣallā Allāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Wa ‘Alā Ālihi Waṣaḥbihi Ajma’īn, Wal-Hamdu Lillāhi Rabbil ‘Ālamīn.
Maksud Doa
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, dan selawat serta salam kepada junjungan kita Muhammad, yang paling mulia di antara para nabi dan utusan, serta kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin, dan hinakanlah syirik dan kaum musyrikin, kemunafikan dan kaum munafikin, kezaliman dan orang-orang zalim, serta hancurkanlah musuh-musuh agama. Ya Allah, kami menyerahkan urusan kami kepada-Mu terhadap musuh-musuh kami dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka. Ya Allah, balikkanlah tipu daya mereka ke atas mereka sendiri. Ya Allah, pecah belahkan persatuan mereka, pisahkan jemaah mereka, cerai-beraikan kata-kata mereka, goyangkan pijakan mereka, kurangkan jumlah dan persenjataan mereka, dan lepaskanlah kepada mereka seekor anjing dari anjing-anjing-Mu.
Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami yang berjuang dan yang tertindas di Palestin, di Gaza, di Iraq, di Syria, di Kashmir, dan di setiap tempat. Ya Allah, kuatkanlah azam mereka, satukanlah kata-kata mereka, teguhkanlah pijakan mereka, dan tolonglah mereka atas musuh-musuh mereka. Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami, pasti kami akan termasuk dalam golongan yang rugi.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Pemberi. Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Dan semoga Allah memberi selawat kepada junjungan kita Muhammad, serta kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian, dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Doa Ringkas Selepas Solat
Jika anda kesuntukan masa untuk berwirid dan doa, sekurang-kurangnya anda boleh membaca salah satu doa-doa ringkas di bawah ini
Dipetik daripada Sunan Abu Daud daripada Muslim bin al-Haris at-Tamimi, salah seorang sahabat r.a berkata, Rasulullah SAW berbisik-bisik kepadanya, katanya:
Selepas Solat Maghrib bacalah,
Transliterasi Rumi
Allahumma Ajirnii Minan-nar (7 kali)
Maksud Doa
“Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” sebanyak 7 kali. Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka (Riwayat Abu Daud)
Dalam kitab Ibnu Sunni, Ummu Salamah r.a berkata, selepas Rasulullah SAW solat Maghrib, Baginda masuk ke rumah kemudian solat dua rakaat dan membaca:
Transliterasi Rumi
Ya Muqollibal-Qulub, Tsabit Quluubana ‘Ala Diinik
Maksud Doa
Wahai Zat yang membalik-balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.
Dalam kitab at-Tirmizi, Amarah bin Syabib berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Transliterasi Rumi
Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir (10 kali)
Maksud Doa
Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.
Doa meminta perlindungan Allah & Dipermudahkan Urusan Setiap Masa
Transliterasi Rumi
Yaa Hayyu Yaa Qayyum bi Rahmatika astagheeth, Aslih-Lee Sha’nii Kullahu, Wa Laa Takilnii iLaa Nafsi Tarfata ‘Aynin
Maksud Doa
Tuhan yang Selamanya Hidup, Tuhan Yang Abadi, Dengan belas kasihanMu, aku meminta perlindungan, permudahkanlah semua urusanku dan jangan tinggalkan aku sendiri walaupun hanya sekelip mata.
Adab-Adab Dalam Berdoa
Adab-adab dalam berdoa merujuk kepada tata cara, sikap, dan perilaku yang harus dijalankan ketika berdoa dalam Islam, khususnya menurut Mazhab Syafie. Adab-adab ini penting kerana ia menunjukkan rasa hormat dan keikhlasan kepada Allah SWT.
Beberapa adab dalam berdoa termasuklah
- Berdoa dengan menghadap kiblat kerana menghadap ke arah kiblat merupakan simbolik menghadap Kaabah, rumah suci yang dianggap sebagai pusat ibadah umat Islam di seluruh dunia.
- Mengangkat kedua-dua belah tangan dengan bersungguh-sungguh dan yakin betapa Allah SWT mendengar permintaan hamba-Nya. Jadikan kedua-dua tapak tangan setentang dengan muka.
- Mulakan dengan memuji Allah SWT, kemudian berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga serta para sahabat Baginda.
- Berdoa dengan doa-doa yang baik. Mulakan dengan memohon ampun dan reda kepada Allah SWT sebelum memohon hajat-hajat yang lain. Boleh berdoa dengan bahasa apa pun. Sebaiknya, amalkan doa yang diambil daripada al-Quran dan hadis yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW amalan para sahabat, para tabiin dan para ulama.
- Tutup doa dengan selawat ke atas Rasulullah SAW dan pujian kepada Allah SWT.
Adab-adab ini menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan dalam berdoa, serta menghormati kedudukan Allah SWT sebagai Pencipta dan Pemberi segala nikmat.
Kelebihan Doa Selepas Solat
Antara kelebihan doa selepas solat yang paling utama adalah ia merupakan waktu yang paling mustajab untuk berdoa.
Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a. katanya:
قيل يا رسول الله أي الدعاء أسمع؟ قال: جوف الليل الأخير ودبر الصلاة المكتوبة
Maksudnya: “Ditanya akan Rasulullah ﷺ: Wahai Rasulullah mana satukah doa yang paling didengari? Jawab baginda : Doa pada tengah malam yang akhir dan pada setiap belakang solat maktubah.” (Hadis Tirmizi — Status hadis ini adalah Hasan)
Makna doa yang “paling didengari” ialah doa yang paling mudah dimakbulkan dan makna “dibelakang solat maktubah” ialah tiap kali selesai solat lima waktu.
Bahkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fudhalah Bin Ubaid, Rasulullah ﷺ pernah menegur seorang lelaki yang tergesa-gesa berdoa selepas solat tanpa ada pujian kepada Allah dan selawat. Baginda bersabda:
إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ ، فَلْيَبْدَأْ بِتَمْجِيدِ رَبِّهِ جَلَّ وَعَزَّ ، وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ، ثُمَّ يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، ثُمَّ يَدْعُو بَعْدُ بِمَا شَاءَ
Maksudnya: “Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.” [Riwayat Abu Daud (1481)]
Banyak lagi hadis-hadis lain yang menerangkan kelebihan doa selepas solat.
Secara ringkasnya kelebihan-kelebihan doa selepas solat adalah seperti berikut
- Waktu yang Mustajab: Saat selepas menunaikan solat, terutama solat fardhu, ketahui sebagai waktu yang mustajab (di mana doa lebih mudah dikabulkan) menurut hadis-hadis yang telah diriwayatkan.
- Dekat dengan Allah: Solat adalah salah satu bentuk ibadah yang terpenting dan cara mendekatkan diri kepada Allah. Selepas solat, seorang Muslim berada dalam keadaan rohani yang lebih tinggi, dan doa pada waktu ini dipercayai mempunyai peluang yang lebih besar untuk didengar dan dikabulkan oleh Allah.
- Waktu Muhasabah Diri: Setelah solat, seseorang biasanya akan merenung tentang dirinya, dan doa boleh menjadi cara untuk memohon kekuatan, hidayah, dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran hidup.
- Kesinambungan Ibadah: Walaupun solat telah selesai, doa setelahnya memanjangkan ibadah dan kesedaran akan keberadaan Allah, yang menggalakkan perasaan berterusan dalam mengingati Allah.
- Pengakuan Ketergantungan kepada Allah: Melalui doa, seorang Muslim mengakui bahawa dia bergantung penuh kepada Allah untuk segala keperluan, harapan, dan keinginan dalam hidupnya, yang mana meningkatkan iman dan rasa tawakkal.
- Memohon Keampunan: Setelah solat, seorang Muslim biasanya memohon keampunan atas kesilapan yang mungkin telah dilakukan, baik sengaja mahupun tidak.
- Mengharap Rahmat dan Keberkatan: Doa merupakan peluang untuk memohon rahmat, keberkatan, dan kebaikan dari Allah, tidak hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga dan seluruh umat manusia.
Hukum Doa Selepas Solat
Dalam mazhab Shafie, doa selepas solat tidak dianggap sebagai rukun atau wajib, tetapi adalah amalan yang sangat disarankan (sunnah) dan merupakan antara waktu yang dipercayai mustajab untuk berdoa.
Ulama mazhab Shafie menggalakkan umat Islam untuk berdoa selepas menunaikan solat fardhu kerana merupakan saat di mana seseorang itu berada dalam keadaan yang suci dan dekat dengan Allah.
Berkata Imam Nawawi :
فرع قد ذكرنا استحباب الذكر والدعاء للإمام والمأموم والمنفرد وهو مستحب عقب كل الصلوات بلا خلاف
Ertinya “Furu’ : Sungguhnya telah kami sebutkan disunatkan berzikir dan berdoa bagi imam dan makmum dan yang solat sendirian. Dan ia adalah disunatkan selepas setiap solat fardhu tanpa khilaf.” (Kitab Al-Majmu’)
Penerangan
Imam Nawawi menyatakan bahawa disunatkan untuk berzikir dan berdoa bagi imam, makmum, dan juga bagi mereka yang menunaikan solat secara berseorangan. Ia adalah amalan yang digalakkan selepas setiap solat fardhu dan ini merupakan sesuatu yang disepakati oleh semua ulama tanpa ada perbezaan pendapat.
Berkata Syeikh Abu Al-‘Abaas Al-Qurtubi Al-Maliki :
وقد اتفق مساق هذه الأحاديث والتي قبلها: على أن أدبار الصلوات أوقات فاضلة للدعاء والأذكار، يرتجى فيها القبول
Ertinya : “Dan sungguhnya telah sepakat ulamak tentang hadis-hadis ini atas bahawa tiap selepas solat fardhu adalah waktu yang afdhal bagi berdoa dan berzikir yang diharapkan pada waktu ini akan perkenankan.” (Kitab Al-Mufhim alal Muslim)
Penerangan
Syeikh Abu Al-‘Abbas Al-Qurtubi dari mazhab Maliki menekankan bahawa waktu selepas menunaikan solat fardhu adalah waktu yang sangat baik untuk berdoa dan berzikir. Pada waktu ini, doa dan zikir sangat diharapkan untuk diterima.
Berkata Syeikh Hasan ‘Amar Al-Hanafi :
ثم يدعون لأنفسهم وللمسلمين.
Ertinya : “Kemudian dari berzikir itu para imam berdoa untuk diri mereka dan untuk sekelian orang Islam.” (Kitab Maraqil Falah)
Maksudnya imam membaca doa untuk diri imam dan para jemaah dan para jemaah pula mengaminkan doa imam tersebut.
Penerangan
Syeikh Hasan ‘Amar dari mazhab Hanafi pula menjelaskan bahawa selepas berzikir, para imam seharusnya berdoa untuk kebaikan mereka sendiri dan untuk semua umat Islam. Dengan kata lain, imam disunatkan membaca doa untuk diri mereka serta untuk semua jemaah, dan jemaah yang hadir mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam tersebut.
Hukum Berdoa Secara Berjemaah
Maksud doa secara berjemaah adalah seorang dari kumpulan orang berdoa manakala yang lain mengaminkannya.
Diriwayatkan dari Habib bin Maslamah Al-Fihri r.a. katanya :
لَا يَجْتَمِعُ مَلَأٌ فَيَدْعُو بَعْضُهُمْ وَيُؤَمِّنُ بَعْضُهُمْ إِلَّا أَجَابَهُمُ اللَّهِ تَعَالَى
Ertinya : “Telah mendengar olehku akan Rasulullah saw bersabda : Tidaklah berkumpul satu kumpulan manusia lalu berdoa sebahagian mereka manakala sebahagian yang lain mengaminkannya melainkan pasti Allah akan memperkenankannya.” (Hadis Al-Hakim)
Jelas pada hadis ini Rasulullah saw menggalakkan berdoa apabila berada dalam kumpulan dengan cara salah seorang membaca doa dan yang lain mengaminkan doa tersebut.
Hadis ini tidak menetapkan masa dan dimana doa itu dibacakan maka dimana sahaja dan bila sahaja akan termasuk dalam kelebihan yang dijanjikan dalam hadis ini.
Maka termasuklah berdoa selepas selesai solat berjemaah lima waktu iaitu imam membaca doa manakala para jemaah mengaminkannya.
Diriwayatkan dari Imam At-Tobari dari Ja’far bin Muhammad As-Sadiq berkata ia :
الدُّعَاءُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ أَفْضَلُ مِنَ الدُّعَاءِ بَعْدَ النَّافِلَةِ كَفَضْلِ الْمَكْتُوبَةِ عَلَى النَّافِلَةِ
Berdoa selepas solat fardhu lebih utama daripada berdoa selepas solat sunat, sama seperti keutamaan solat fardhu dibandingkan dengan solat sunat. (Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari)
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :
أي المكتوبة وفي هذه الترجمة رد على من زعم أن الدعاء بعد الصلاة لا يشرع
Maksudnya adalah berdoa selepas solat fardhu, dan dalam terjemahan ini terdapat penolakan terhadap pendapat yang menganggap berdoa selepas solat fardhu lima waktu tidak disyariatkan. (Fathul Baari)
Oleh itu, berdoa setelah solat fardhu adalah amalan yang dianjurkan dan memiliki keutamaan tersendiri, berdasarkan ajaran dan penjelasan yang disampaikan oleh para ulama dalam hadis-hadis di atas
Adakah Doa Selepas Solat Merupakan Amalan Bidaah?
Zikir dan wirid selepas solat adalah diperbolehkan dan tidak dianggap sebagai bidaah. Berzikir atau berwirid, sama ada secara individu atau berjemaah, dengan panjang atau pendek, adalah harus dan tiada dalil yang melarang amalan tersebut.
Ulama sepakat bahawa berzikir akan meningkatkan pahala dan amalan tersebut baik untuk dilakukan. Darul Iftar Mesir juga menyatakan bahawa berzikir secara berjemaah adalah perbuatan yang disuruh oleh agama, dan siapa yang menyatakan ia bidaah sebenarnya adalah mereka yang membataskan apa yang telah diberikan keluasan oleh agama Islam yang mulia.
Kesimpulannya, zikir dan wirid selepas solat adalah amalan yang disunatkan dan boleh dilakukan mengikut kecenderungan masing-masing, baik secara berjemaah mahupun sendirian, dan tidak ada ulama yang melarang amalan tersebut
Asal Usul Zikir & Doa Selepas Solat
Zikir selepas solat (al-Awrad al-Qusyasyiyyah) yang umum diamalkan oleh masyarakat Islam di Nusantara ini adalah karya Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Qusyasyi, yang lahir di Madinah pada abad ke-11 Hijrah/17 Masihi.
Wirid ini juga turut dikenali sebagai al-Awrad al-Madaniyyah kerana ia dibentuk berlandaskan amalan penduduk Madinah bersama Nabi Muhammad ﷺ.
Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Qusyasyi, yang juga dikenali sebagai Sofiyyuddin (991-1071H/1583-1661M), adalah seorang alim dalam bidang fiqh dan tasawuf.
Dia memulakan pendidikan bersama ayahnya di Yaman pada tahun 1602. Pada mulanya, dia mengikuti mazhab Maliki, tetapi kemudian beralih ke mazhab Syafi’e. Setelah kembali ke Madinah, dia menjadi mufti untuk kedua-dua mazhab ini.
Beliau menulis lebih dari 70 buah kitab, kebanyakannya tentang tasawuf, dan antara kitab terkenalnya adalah “شرح الـحكم العطائيه” dan “السمط الـمجيد في شأن البيعة والذكر وتلقينه وسلاسل اهل التوحيد”.
Syeikh Ahmad wafat di Madinah pada 19 Zulhijah 1071H, bersamaan dengan 14 Ogos 1661M.
Imam al-Ghazali dalam bukunya, Bidayah al-Hidayah, menyarankan umat Islam untuk membaca wirid-wirid terbaik selepas solat seperti yang diatur oleh Syeikh Abdul Rauf, murid Syeikh Ahmad al-Qusyasyi, dalam kitabnya Uddatul Muhtajin. Wirid-wirid ini juga diikuti oleh ramai penduduk Madinah yang berzikir bersama Rasulullah ﷺ selepas solat.
Beberapa muridnya yang terkenal dari Asia Tenggara termasuklah Abdur Rauf Singkel dari Aceh, Abdul Muhyi Pamijahan dari Jawa Barat, Yusuf al-Makassari dari Sulawesi Selatan, dan Abdul Malik bin Abdullah dari Terengganu.
Wirid-wirid tersebut dapat ditemui dalam kitab Hidayah as-Salikin yang ditulis oleh Syaikh Abdus Samad al-Falimbangi dan juga dalam Kitab Bekalan Akhirat oleh Syaikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari.
Kepentingan Berdoa Kepada Allah
Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’, iaitu Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya pada setiap masa, tempat dan ketika.
Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya yang bertaubat ialah doa daripada hambaNya yang meminta. Allah setia mendengar rintihan hamba-hambaNya ibarat kekasih.
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
— Surah Ghafir ayat 60
Orang yang tidak berdoa boleh dikira sombong terhadap Allah. Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu.
Maka berdoalah. Doa untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah SWT.
Sebagai hamba, kita memerlukan Allah lebih dari daripada segala-galanya dalam hidup ini.
Wallahu a’lam.
Download Wirid & Doa Selepas Solat Ini (PDF)
Anda boleh memuat turun salinan PDF wirid & doa selepas solat ini secara PERCUMA.
Daftarkan nama dan alamat emel anda di bawah, buat pengesahan emel dan seterusnya salinan ini (PDF) akan dihantar segera ke inbox anda!
Segala kelemahan dalam panduan ini akan diperbaiki dari masa ke semasa.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah dinyatakan pada ruangan komen di bawah.
Semoga panduan ini bermanfaat kepada anda
Nota Sisipan
[ 1 ] Daripada Yasar RA katanya: “Sesiapa yang beristighfar dengan lafaz [seperti yang diatas (no.1)] nescaya akan diampunkan dosa-dosanya walaupun antara dosanya itu adalah kerana melarikan diri dari medan perang (Riwayat Imam Tirmizi)
Daripada Muaz bin Jabal RA katanya: “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang beristighfar sebanyak tiga kali selepas Solat Subuh dan Asar dengan lafaz [seperti yang di atas] nescaya akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan”
[ 2 ] Daripada Abu Zar RA katanya: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang berzikir selepas solat Subuh, sedangkan kedua-dua kakinya mash dilipatkan dan dia juga belum bercakap, sebanyak sepuluh kali dengan lafaz [seperti di atas] nescaya ditulis baginya sepuluh kebajikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan dan diangkatkan baginya sepuluh darjat. Pada hari itu dia akan terpelihara daripada setiap perkara yang dibencinya dan daripada gangguan syaitan. Juga tidak akan ada dosa yang dicatatkan ke atasnya pada hari itu, kecuali dosa syrik kepada Allah SWT.” (Riwayat Imam Tirmizi)
Daripada Umarah bin Syabib is katanya: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang berzikir selepas solat Maghrib dengan zikir ‘seperti di atas’ sebanyak sepuluh kali nescaya Allah SWT akan mengutus baginya seorang malaikat yang sentiasa mengawalnya daripada gangguan syaitan yang direjam hingga waktu pagi, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan sepuluh kejahatan yang boleh membinasakannya dan diberi pahala seolah-olah memerdekakan sepuluh orang hamba perempuan yang mukminah (Riwayat Imam Tirmizi dan an-Nasa’i)
[ 3 ] Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ sabdanya: ‘Tidaklah seorang hamba memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada azab api neraka sebanyak tujuh kali melainkan neraka akan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba-Mu si fulan telah memohon perlindungan dengan-Mu daripadaku. Oleh itu lindungilah dirinya.’ (Begitu juga) tidaklah memohon oleh seseorang hamba kepada Allah So balasan syurga sebanyak tujuh kali melainkan syurga akan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba-Mu si fulan telah memohon untuk memasukiku. Oleh itu masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu” (Riwayat Imam Abu Ya’la)
Daripada Anas bin Malik RA katanya: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah 3 sebanyak tiga kali, nescaya syurga akan berkata: Wahai Tuhanku, masukkanlah orang ini ke dalam syurga-Mu. Dan sesiapa yang memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada azab api neraka sebanyak tiga kali, nescaya neraka akan berkata: Wahai Tuhanku, peliharalah orang ini daripada kepedihan azab api neraka-Mu.” (Riwayat Imam al-Nasa’i, Ibn Majah dan al-Hakim)
[ 4 ] Daripada Thauban RA katanya: “Adalah Rasulullah ﷺ apabila selesai sahaja solat fardu, Baginda ﷺ akan beristighfar sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda ﷺ akan berzikir dengan menyebut [seperti zikir di atas] (dengan sedikit tambahan).” (Riwayat Imam Muslim)
Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin dan Bidayatul Hidayah berkata: “Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat maka berselawatlah ke atas Nabi Muhammad is dan keluarganya. Kemudian berzikirlah dengan lafaz [seperti zikir di atas].”
[ 5 ] Daripada Asma’ binti Yazid bahawa sesungguhnya Nabi ﷺ bersabda: “Nama Allah SWT Yang Maha Agung terdapat dalam dua ayat al-Quran iaitu (pertama) [ayat di atas] dan (kedua) terdapat pada permulaan surah Ali ‘Imran” (Riwayat Ashabu al-Sunan kecuali al-Nasa’i)
[ 6 ] Daripada Abu Umamah RA katanya: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang membaca ayat kursi setiap kali selepas solat fardu, maka tidak ada sesuatu yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga kecuali mati” (Riwayat Imam al-Nasa’I dan Ibnu Hibban). Lihat kelebihan Ayat Kursi pada pautan ini
[ 7 ] Diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Basyir RA katanya: “Nabi ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya Allah SWT telah menulis kitab dan menurunkan daripadanya dua ayat yang menjadi penutup kepada surah al-Baqarah. Tidaklah dibaca kedua-dua ayat ini di mana-mana tempat melainkan syaitan akan menjauhkan diri daripadanya selama tiga malam’.” (Riwayat Imam al-Hakim)
[ 8 ] Daripada Uqbah bin Amir RA katanya: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku: ‘Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas merupakan tiga surah yang digunakan oleh manusia untuk memohon perlindungan dengan Allah SWT Sesungguhnya manusia tidak mampu memohon perlindungan dengan Allah SWT (tanpa melalui perantaraan) seperti ketiga-tiga surah ini. Bacalah surah-surah al-Mu’awwizaat ini setiap kali selepas solat lima waktu. Lalu Rasulullah ﷺ pun menyebut surah-surah al-Mu’awizaat itu.” (Riwayat Asabu al-Sunan)
Daripada Uqbah bin Amir katanya: “Rasulullah ﷺ telah menyuruhku supaya membaca surah-surah al-Mu’awizaat setiap kali selesai solat lima waktu. (Riwayat Imam Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa’, Ibnu Hibban dan al-Hakim)
[ 9 ] Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah ﷺ sabda Baginda: “Sesiapa yang bertasbih selepas setiap kali solat sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali, jumlah kesemuanya menjadi 99 kali. Apabila dia mencukupkan bilangan keseratus kali dengan menyebut:
لَا إِلـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْـمُلْكُ وَلَهُ الْـحَمْدُ يُـحْيِي وَيُـمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Nescaya Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya, walaupun dósa-dosanya seperti buih-buih di lautan.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Abdullah bin Amru RA katanya: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Dua amalan, tidaklah seorang lelaki Muslim istiqamah melakukannya melainkan dia akan memasuki syurga. Kedua-dua amalan ini mudah untuk melakukannya, tetapi sedikit sahaja yang melakukannya. (Amalan itu ialah) bertasbih kepada Allah SWT setiap kali selepas solat fardu sebanyak sepuluh kali, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali.”
Abdullah berkata lagi: “Sesungguhnya saya telah melihat Rasulullah ﷺ mengira-ngira zikir-zikir tersebut dengan jari-jarinya sambil Baginda bersabda: ‘Tasbih, Tahmid dan Takbir yang diucapkan dengan lidah selepas solat lima waktu berjumlah 150 kesemuanya. (Tetapi dari segi) timbangan amal di sisi Allah SWT, , la berjumlah 1500 pahala. Apabila berada di tempat tidur kamu bertasbihlah, bertakbirlah dan bertahmidlah sebanyak 100 kali, maka 100 kali itu adalah sebutan dengan lidah, tetapi dari segi timbangan amalnya adalah 1000 pahala. Siapakah antara kamu yang telah melakukan perbuatan maksiat sebanyak 2500 kali dalam sehari semalam.”
Lantas para sahabat bertanya: ‘Bagaimanakah seorang lelaki tidak mampu memelihara amalan tersebut?’ Jawab Rasulullah ﷺ: ‘Semasa lelaki itu sedang solat, syaitan akan datang menggoda dengan mengganggu fikirannya sambil berkata: ‘Cuba ingat itu! Cuba ingat ini!’ (Iblis berterusan melalaikannya dan menggodanya dengan kata-kata sedemikian) sehingga dia selesai solat. (Apabila syaitan bertindak demikian) maka boleh jadi lelaki itu akan meninggalkan zikir-zikir tersebut selepas solat. Semasa seorang lelaki berada di tempat tidurnya pula, syaitan akan datang berusaha bagi mempercepatkan tidurnya sehingga lelaki itu tertidur.”
(Riwayat al-Bukhari, Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa’i, Ibn Majah dan Ibn Hibban)
Sumber & Rujukan
- Hidayah as-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin, karangan Syaikh Abdus Samad al-Falimbangi (ditahkik oleh Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari)
- Kitab Bekalan Akhirat, karangan Syaikhuna Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari
- Hukum Bangun Dari Solat Fardhu Tanpa Berzikir Dan Doa, Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan [Pautan]
- Hukum Berdoa Bersama Selepas Solat Fardhu, Ust Azhar Idrus [Pautan]
Tinggalkan Komen Anda..
Assamualaikum, terima kasih di atas perkongsian.Jazakallahu khairan Ustaz
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, sama-sama puan. Jazakallahu khairan atas doa yang baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu puan serta pembaca lain dalam memahami ilmu yang dikongsikan. Jika ada sebarang persoalan, jangan segan untuk bertanya.
Semoga Allah memberkati puan dan kita semua.
Jazakallahu khairan Ustaz
Jazakallahu khairan kathira, puan. Semoga Allah membalas kebaikan puan dengan sebaik-baik ganjaran.
Terima kasih atas sokongan dan doa yang diberikan. Semoga ilmu yang dikongsikan membawa manfaat dan keberkatan kepada kita semua, insya-Allah.
Jazakaullahu khyran tuan
Wa jazakallahu khairan.
Terima kasih atas doa dan kata-kata baik tuan. Semoga Allah SWT membalas kebaikan tuan dengan keberkatan dan rahmatNya. 😊
Alhamdulillah…sejak 2022 sy guna aplikasi tuan utk buat rujukan..time kasih byk² tuan,byk membantu utk sy..cuma sy ade 1 soalan..masa wirid sebut subhanallah,allahuakbar 33x tu kena sebut tepat² 33 ke..kalo lebih sebut bole ke x tuan..
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan puan. Berkenaan bilangan zikir selepas solat, terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan variasi dalam jumlah sebutan:
Berdasarkan variasi ini, dapat difahami bahawa terdapat kelonggaran dalam bilangan zikir selepas solat. Oleh itu, jika puan menyebut lebih atau kurang daripada 33 kali untuk setiap zikir, ia dibolehkan dan tidak menjadi kesalahan.
Semoga penjelasan ini membantu puan dalam mengamalkan zikir dengan lebih yakin dan sempurna.
Aslkm ustaz izin kan saya mengamalkan doa selepas solat dan apa rujukan yg ada dlm aku islam mohon maaf ya ustaz.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, doa dan panduan yang dikongsikan di laman AKU ISLAM boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, insyaAllah. Segala rujukan yang disediakan dalam artikel adalah berdasarkan sumber yang sahih daripada al-Quran, hadis, dan pandangan ulama muktabar.
Tuan dipersilakan untuk mengamalkannya, dan semoga ia menjadi asbab kebaikan serta meningkatkan keberkatan dalam kehidupan. Jika ada sebarang kemusykilan atau soalan lanjut, jangan segan untuk bertanya.
Semoga Allah SWT merahmati usaha tuan dalam memperbaiki amalan dan menerima segala doa yang dipanjatkan. 😊
Salam..
Syukur kepada ALLAH… akhirnya sy jupe jugak panduan utk sy belajar… terima kasih kepada tuan krn berjaya mewujudkan aplikasi ini..
Wa’alaikumussalam,
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur jika panduan ini dapat membantu awak. Terima kasih atas sokongan dan kata-kata yang baik.
Semoga Allah SWT terus memberikan kemudahan kepada awak dalam pembelajaran dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Doakan juga semoga usaha ini terus bermanfaat untuk semua. 😊
Alhamdulillah Allahumma Salli Alaa Sayyidina Muhammad, Assalamualaikum TUAN., Banyak2 aplikasi Akuislam memang TERBAIK BAGI SAYA…NII APLIKASI YG PALING LAMA SAYA GUNA SBB APLIKASI TUAN BANYAK MEMBANTU SAYA DGN DOA DOA YG TERBAIK….. ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH DARI SAYA ALLAHUMMA SALLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD AAMIIN ALHAMDULILLAH
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Terima kasih atas penghargaan dan doa yang penuh kebaikan. Alhamdulillah, saya bersyukur jika perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada tuan. Doakan semoga saya terus diberi kekuatan untuk menyediakan lebih banyak panduan dan doa yang bermanfaat untuk semua.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati tuan dan melimpahkan keberkatan di dunia dan akhirat. Aamiin. 😊
Assalamualaikum tuan..saya ucapkan terima kasih atas bacaan zikir dan doa selepas solat ini kerana ianya benar2 dapat membantu saya dlm berdoa dgn lebih tersusun dan teratur…… semoga Allah mengandakan lagi pahala tuan disebabkan post berkenaan..halalkan saya dlm mengamalkannya dan juga izin kan untuk save post ini dan ayat2 di atas untuk digunakan setiap kali selepas solat..semoga kita semua mendapat rahmah dan keberkatan drp Nya..aminnn
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur jika perkongsian ini dapat membantu tuan dalam berdoa dengan lebih tersusun. Terima kasih atas doa yang baik, dan insyaAllah saya halalkan serta izinkan untuk tuan mengamalkan dan menyimpan zikir serta doa-doa ini. Semoga Allah SWT memberkati amalan kita semua, melimpahkan rahmat dan keberkatan dalam setiap ibadah yang dilakukan.
Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Asslamualaikum,
saya nak minta pencerahan sedikit berkenaan bacaan untuk doa ke 4…
1.
Wa Liwālidaynā atau Wa liwalidinā?
Transliterasi Rumi ditulis Wa Liwālidaynā
manakala bacaan audio menyebut Wa liwalidinā
2.
Waṣallallāhu atau Waṣallillāhu?
Transliterasi Rumi ditulis Waṣallallāhu
Bacaan audio menyebut Waṣallillāhu
Terima kasih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan. Saya ingin menjelaskan bahawa penggunaan “wa liwalidinā” dan “wa ṣallillāhu” dalam doa tersebut adalah betul dan diterima. Kedua-dua variasi sebutan ini membawa maksud yang sama, iaitu kita memohon keampunan untuk ibu bapa kita dan memohon selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Dari segi tatabahasa Arab, perbezaan antara “wa liwālidaynā” dan “wa liwalidinā” terletak pada bentuk kata. “Wa liwālidaynā” menggunakan bentuk dual (muthanna) yang merujuk secara khusus kepada “kedua ibu bapa kami”. Manakala “wa liwalidinā” menggunakan bentuk jamak (plural) yang juga bermaksud “ibu bapa kami” atau “leluhur kami”. Kedua-duanya merujuk kepada ibu bapa kita, dan perbezaan ini tidak mengubah makna doa secara signifikan.
Begitu juga dengan “wa ṣallallāhu” dan “wa ṣallillāhu”. “Wa ṣallallāhu” adalah kata kerja bentuk lampau (fi’il māḍī) yang bermaksud “dan Allah telah berselawat”. Sementara itu, “wa ṣallillāhu” adalah bentuk permohonan (fi’il amr) yang bermaksud “dan semoga Allah berselawat”. Kedua-dua frasa ini digunakan untuk memohon agar Allah SWT memberikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dan perbezaan kecil ini tidak mengubah makna doa secara ketara.
Oleh itu, tuan tidak perlu risau tentang perbezaan sebutan ini. Kedua-dua variasi tersebut adalah betul dan diterima dalam bacaan doa. Yang paling penting adalah niat yang ikhlas ketika berdoa kepada Allah SWT.
Teruskanlah berdoa dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Semoga Allah SWT menerima segala amalan dan doa kita, serta mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita semua.
Wallahu a’lam.
Terima kasih.
Terima kasih tuan berkongsi ilmu…
Alhamdulillah sama-sama tuan