Tujuan Hidup

Tujuan Hidup

Tujuan Hidup

Mengapa manusia wujud di dunia ini?

Untuk apa? Apa tujuan  hidup manusia di dunia ini?

Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini? Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening – pening memikirkan pertanyaan di atas kerana  menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.

Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.

Manusia umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya atau tidak dikuasainya. Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang – kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap.

Mengapa?

Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak.

Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir. Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu  memasuki ruangan yang gelap.

Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan. Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini. Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati.

Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian.  Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya.

Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya  ketidaktahuannya itu.

Ada pula orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang.

Mengapa tidak tenang? Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.

Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal. Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan  stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.

Allah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.

“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)

Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya. Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya.

Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain. Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.

Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya. Hambaharus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus  memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu.

Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat. Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari.

Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca  sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah

Penutup

Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia. Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.

“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)


Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 1,923 other subscribers

Comments

  1. rinie slalu bersamamu says

    terima kasih sudah memperingatkan saya???akn sbnerx tujuan sya hidup ddunia ne…sya mersa lbh ingn mlakukan pa yg shyuzx mnjdi tujuan hidup ddunia ne…

  2. kiwi_kopi says

    banyak yg saya pelajari dr blog ini..terima kasih..perkongsian dr blog ini sgt berguna n menjadi peringatan kpd setiap yg membacanya.

  3. Hamba Allah says

    Assalamualaikum…berkenaan dgn (Q.S. 35:56), adakah ayat yg dimaksudkan tu ialah
    ayat ini ialah ayat ke 56 dlm Surah Adz-Dzariat….Surah ini surah yg ke 51 dlm al-Quran….
    sepatutnya tuk menunjukkan ayat ni ada di mana dlm al-Quran ialah (Q.S. 51:56)…mungkin typing error…mohon d perbtulkan….tolong tmbh imbuhan ‘kan’ dlm ‘Menjadi’ tu, lain pula mksudnya bila xada imbuhan tu….Allahu’alam….

  4. Hamba Allah says

    Assalamualaikum…berkenaan dgn (Q.S. 35:56), adakah ayat yg dimaksudkan tu ialah
    ayat ini ialah ayat ke 56 dlm Surah Adz-Dzariat….Surah ini surah yg ke 51 dlm al-Quran….
    sepatutnya tuk menunjukkan ayat ni ada di mana dlm al-Quran ialah (Q.S. 51:56)…mungkin typing error…mohon d perbtulkan….tolong tmbh imbuhan ‘kan’ dlm ‘Menjadi’ tu, lain pula mksudnya bila xada imbuhan tu….Allahu’alam….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *