Mengapa Kita Susah Untuk Move On Dan Lupakan Kisah Silam?

move on
Kamu tak pernah tahu, betapa susahnya dia nak move on * image by unsplash

Mengapa betapa sukarnya untuk kita move on dari kisah lampau?

Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.

Bagi sesetengah orang yang tak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.

Tapi bagaimana pula mereka yang sedang merasainya?

Malangnya tidak.

Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang…

…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.

Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan.

Watak-watak dan babak-babak yang pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang.

Siapa yang boleh menjangka disebalik sebuah senyuman terlindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup.

Hati kita bingung. Akal kita bercelaru.

Adakah itu bermakna kita lemah?

Bukan. Memang lumrah hati manusia adalah lemah, sehingga kadang-kadang membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.

Tetapi dengan berlalunya masa dan sedikit usaha, kita boleh membina kekuatan hati, lebih kuat dari sebelumnya.

– Dengan syarat, kita jangan mudah berputus asa dan bangun teruskan hidup terlebih dahulu.

 

Bagaimana Untuk Atasi Sukarnya Untuk Move On?

Saya juga seperti anda, pernah melalui detik-detik sebegini.

Ya, saya akui agak sukar pada mulanya. Namun, alhamdulillah, dengan berlalunya masa, saya bersyukur dengan apa yang terjadi.

Saya juga menerima banyak emel-emel dari pembaca (dimana banyak yang saya tidak sempat reply) berkisar tentang masalah yang sama, iaitu sukar untuk move on.

Satu perkara yang saya dapat simpulkan, kita semua sukar untuk move on kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama.

.

Mencari Jalan Mula

Pernah dengar mengenai hukum gerakan newton pertama?

Hukum gerakan newton pertama menyatakan:

Sesuatu objek cenderung untuk kekal dalam keadaan asalnya; objek yang berada dalam keadaan pegun akan kekal pegun, dan objek yang  bergerak akan terus bergerak dalam halaju seragam, jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.

Inertia Hati.

Begitulah juga dengan hati manusia, lebih cenderung untuk kekal  statik, daripada move on.

Bila berbicara mengenai perubahan, ia akan berkaitan dengan satu perkara: perkara yang paling penting iaitu mencari jalan untuk mula.

Sekali kita sudah bermula, InsyaaAllah ia akan lebih mudah untuk kita kekal maju – menjalani proses move on.

Oleh itu, apakah jalan yang terbaik untuk kita bermula apabila kita masih tersangkut dalam kesedihan hati?

move on momentum

Mengikut pengalaman saya, rule thumb terbaik untuk kita bermula adalah dengan petua 2-minit.

Petua 2-minit adalah cara untuk memulakan satu perkara; mencari jalan mula dalam masa kurang dari 2 minit. Saya biasa menggunakan petua ini untuk mengatasi rasa malas dan meningkatkan produktiviti hidup saya, namun dia juga boleh digunakan dalam masalah hidup yang lain.

Bila kita mula menggunakan petua 2 minit ini, ia akan memudahkan langkah kita untuk move on, dari awal sehingga ke peringat seterusnya.

Ingat, yang penting adalah untuk bermula.

Disini adalah beberapa contoh:

  • Buat masa sekarang, anda mungkin rasa sangat sedih, penat dan tiada mood. Anda tahu saat ini anda sangat memerlukan kekuatan dan dekat dengan Tuhan, tetapi anda merasa sangat lemah. Jadi, tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan diri untuk berbasah dengan wuduk. Itu boleh menjadi langkah kecil pertama yang sudah cukup baik untuk bangun dari katil dan kesedihan anda.
  • Buat masa sekarang, anda mungkin hanya termenung mengingat kisah lalu dan bergelut dengan perasaan. Tetapi jika anda ambil masa dua minit untuk membuang segala hadiah/pemberian yang diberi oleh si dia, padam no telefonnya, block facebook, dan apa sahaja medium yang mengingatkan kepada dia, mungkin ini boleh langkah pertama untuk membuang segala kenangan pahit yang lalu.
  • Pada masa sekarang, fikiran anda buntu dan tidak tahu apa yang harus dibuat selanjutnya. Tetapi jika anda ambil sebuah buku dan mula membacanya, ia mungkin akan mula membuat anda sibuk dan membawa anda jauh dari masalah.

Motivasi selalunya datang selepas kita mula buat sesuatu.

Apa yang kita harus buat adalah mencari jalan untuk memulakan langkah kecil dulu. Kerana apa bila kita sudah mula bergerak ke hadapan, kita akan cenderung untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Yang penting, dapatkan momentum terlebih dahulu.

Setelah itu, kita akan melakukan perkara lain dengan senang dan mudah. Jika tidak pasti apa yang perlu dibuat, boleh rujuk pada ini:

 

Hidup Tidak Semudah Garis Lurus

Salah satu perkara yang ramai orang sering tersalah anggap adalah menyangka hidup ini adalah semudah garis lurus.

move on
move on itu sukar, tetapi itulah perkara terbaik untuk mencapai kebahagiaan.

Kehidupan secara realitinya adalah tidak boleh dijangka dan tidak selalunya lancar.

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Memang bibir mudah melafaz redha. ‘Aku redha…’

Tapi hakikat hati sendiri yang tahu, redha itu payah nak dapat. Sukar nak dibuat.

Menurut Hukum Newton diatas, sesuatu objek yang bergerak akan terus kekal bergerak jika tiada daya luar bertindak ke atasnya.

Namun ia adalah mustahil kerana dalam dunia kita wujudnya daya geseran.

Kadangkala perasaan yang tidak baik selalu mengganggu hati kita seperti putus asa, kesedihan yang melampau dan tekanan perasaan. Kita boleh anggap perasaan sebegini sebagai ‘daya geseran’ yang mengganggu momentum kita

Bila perasaan sebegini muncul, cepat-cepatlah beristigfar agar perasaan sebegini berlalu dari hati kita.

InsyaaAllah, semoga iman kita semua terpelihara.

 

Penutup: Ambil Sedikit Masa

Kereta kalau tengah laju-laju tetiba emergency brake boleh remuk terbabas.

Samalah perasaan dalam hati.

Ambil jarak dan masa anda untuk perlahankan perasaan itu.

Jangan terlalu memaksa ia.

Kelak kita yang sakit. 

Semoga Allah jaga hati ini.

— JNN, 1101

Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.

Lelah mana pun kita nak bangun. Jangan pernah kalah. Walaupun ambil masa. Walaupuan perlahan-lahan kita naik.

Kerana..

Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.

Masih ada yang menanti bila kita dah kukuh berdiri.

Semua perkara yang terjadi adalah bersebab.

Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.

Percaya pada Allah. :’)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

157 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Seorang Manusia Yang Ingin Redha-Nya
Seorang Manusia Yang Ingin Redha-Nya
2 tahun yang lalu

buang dari hidup kerana tidak restu dari keluarga .. perit mmg perit . tpi cuba untuk redha …

Hanania
Hanania
2 tahun yang lalu

Kenapa org yg kita nk lupakan tu la yg salu ade dpn mata… Makin kita lupa makin die dtg..

Along
Along
Reply to  Hanania
2 tahun yang lalu

Betul tu

Diankmoveon
Diankmoveon
Reply to  Along
2 tahun yang lalu

Aku sokong.tambah2 lagi kn org yg aku nak lupakn tu slalu Ada dot ngan aku?????

Alaan
Alaan
2 tahun yang lalu

Saya sakit Tapi terpaksa terima . Walaupun saya sakit Tapi saya tetap ada untuk dia . Sampai satu tahap saya tak mampu buat apa saya luah hari2 dia pun dah muak dgn saya. Apa dia buat Mmg tak boleh saya terima . Berhubugan intim dgn org lain . Saya tahu saya tak boleh terima Tapi saya Masih sayang. Buntu..

Nur farah izzati
Nur farah izzati
2 tahun yang lalu

Mcm mna sy nk lupakn dy sdng kn dy sentiasa ada ddpn mata sy.. Ya allah.. Sakitnye.. Walaupun sy thu dy curng diblakang sy..

Nur farah izzati
Nur farah izzati
2 tahun yang lalu

Mcm mana sy nk move on.. Sedangkan orang yg sy nak lupakn tu sentiasa ada di depan mata sy? Ya allah… Skit nye..

Anonymous
Anonymous
3 tahun yang lalu

Saya terpaksa move on kerana Allah. Saya dan si dia memang sma2 saling mencintai tetapi kerana kita dah tahu couple itu haram dan apa2 sahaja yang menghampiri zina itu sudah haram, kami bercadang untuk putus hubungan kerana Allah. Ya, saya terasa sakit dengan keputusan ini. Lalu, saya membuang segala nombor kontaknya, gambar2 dia & tidak berhubung dgnnya kecuali atas urusan kerja saje..ya Allah, teguhkan hati in

acik
acik
3 tahun yang lalu

terima kasih

Aida
Aida
3 tahun yang lalu

Dh move on… dekat 30 tahun… kata org.. luka sembuh tapi parutnya masih ada..bertemu semula.. walaupun sama sama sudah tak berpunya… kami masih tak bole bersama .. kenangan lama dtg kembali… luka kembali bedarah…. dan kini cuba untuk move on unt kali ke dua…APA RAHSIA MU YA ALLAH..

Alang
Alang
3 tahun yang lalu

Aku bertemu dengan die kali pertama ketika aku melapor diri bertugas, dan die adalah salah seorang yang menjaga bahagian pengambilan pekerja sambilan harian (PSH). Pada detik itulah aku mula pandang die. Sambil aku isi borang, sambil aku curi-curi melihat die. Sehinggalah aku mengenal die tidak lama itu.. macam mana kami boleh kenal?? Kebetulan, aku buat 2 kerja dalam satu hari. Siang aku kerja PSH, malam pulak aku buat part time promoter di parkson alamanda. Kebetulan, waktu aku berkerja part time, die datang membeli belah dengan kawannya. Di situlah aku mula mengenal die, sebab selepas kejadian itu die dan aku mula saling mengenal sehingga die meminta aku untuk mencari kerja kosong promoter jika ada. Sikit pun aku tak tolak, malah aku tolong.. selepas die mendapat kerja, maka bermulalah detik kami berkawan sehingga masing2 saling suka sama suka. Macam2 kami berjanji yang kami akan susah senang sama2. Yela, die dan aku, masing2 ada masalah keluarga. Nak dipendekkan cerita, alhamdulillah, aku mendapat rezeki yang boleh menjamin masa depan aku.. tapi ada berita sedih..aku terpaksa berjauhan dengan die kerana, tempat aku lapor diri bekerja jauh dari tempat die tinggal.. dari kami sama2 dekat, tolong antara satu sama lain, sehingga kami berjauhan.. hanya perlukan interaksi antara satu sama lain dan mempercayai serta setia. Malangnya status hubungan jarak jauh memang perit dan menguji hubungan kami..sehinggalah berakhir dengan perpisahan..sebab berlaku ??

Tia
Tia
Reply to  Alang
3 tahun yang lalu

Sebab berlaku?

Mei
Mei
4 tahun yang lalu

Aku bercinta dengan dia 5 tahun, sebelum2 ni tak pernah ada masalah datang dari orang ke 3. Tapi setahun lepas abang dia accident so dia kene berhenti kerja dan jaga sementara menunggu court case selesai yang ambik masa dalam 2,3 tahun. Saya cuba untuk faham situasi dia. Family dia memerlukan dia. Setahun tu, kitorang banyak bergaduh mungkin sebab tak jumpa. Biasalah bercinta jarak jauh bukan mudah. Tapi tak pernah sekali pun aku terfikir nak ada yang lain. 5 tahun terlalu banyak memori yang dicipta. Tapi dalam masa setahun tu jugak die berubah jadi orang lain. Dia kenal dengan perempuan lain, bukan sorang dua tapi ramai. Alasan dia sunyi. Tak pikir langsung perasaan aku yang tunggu dia, aku tak tahu nak move on macam mana, In fact sekarang masih lagi dengan dia walaupun aku tahu dia ada kenal dengan orang lain. Dia buat salah tapi, aku kejar dia seolah-olah macam aku yang salah. Aku sayang dia sangat2. Sekarang ni tak tahu nak mula move on tu macam mana. Ni pertama kali aku rasa macam ni. Sakit tuh, Allah je yang tahu. Depression, anxiety tu semua memang ada. Dah berbulan aku macam ni.

Syah
Syah
Reply to  Mei
4 tahun yang lalu

Aku pon dengan dia hampir 5 tahun..1773 hari..4 tahun 10 bulan 7 hari..sebulan sbelum hbngn kami berakhir..aku dapat tahu dia ad org lain..dia termakan pujuk laki tu..keluar sama2..mcm aku dah x de..kecewa sbb aku ingt dia akan setia..x sngka dia akan curang..aku bru kena beberapa hari lepas..n dia pon dh nk kawen..so sakitnya masih dalam..apa yang aku tahu..kita yg broken ni kena move on..kita sama2 move forward..ada hikmah semua ni jadi..always be positive..all of us can do it..

scy
scy
Reply to  Syah
3 tahun yang lalu

Sama seperti saya hampir 7 tahun sama2 dia pergi kahwin laki lain

Tia
Tia
Reply to  Mei
3 tahun yang lalu

Sedih nye cerita awk. Sy ada prnah baca, org kata its better lepaskan kalau dh tahu bnda tu menyakitkan. Sy ke blog ni pon sbb “move on”. Salam perkenalan :)