Khas Buat wanita Yang Sedang Bersedih : Wanita Dan Hidayah Dari Allah

Bersedih

Tahukah muslimah semua beza antara fikir dan rasa??

Fikir itu dengan menggunakan akal dan rasa itu melalui hati

nur

Seringkali kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi mengapa kita masih tidak melakukannya?

Kerana muslimah sekalian, mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetahui manfaat perkara tersebut dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut.

Ya kita sentiasa tahu sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.

Dan kerana itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.

Kerana hati ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya melalaikan kita dan menjauhkan kita kepadaNya.

Bersedih, bersedih dan bersedih

Mengapa kita bersedih?

Ketahuilah muslimah,

Hati itu pengawal keseluruhannya.

Kerana itu ada istilah mengatakan jika baik hati seseorang itu, insyaalah baiklah keseluruhannya.

Seringkali akal gagal untuk memandu hati.

Kerana itu bersihkanlah hati mu. Bila marah berdoalah muga dibersihkan hatimu. Ditenangkan hatimu. Berceritalah kepadaNya.

Nescaya Dia akan menghadiahkan sebuah ketenangan kepada hati milikmu.

Ingatlah muslimah sekalian,

Jika hatimu bersih insyaalah dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan sendirinya ke hatimu.

Dan tahukah kamu jika terdetik walau sedetik hatimu untuk berubah, ianya adalah hidayah dari Allah untukmu.

Kerana rasa itu milik Allah, dan hanya Dia yang dapat mengilhamkan rasa itu kepada kita.

Cuma mungkin kita diantara sedar atau tidak dengan perkara tersebut.

Dan mungkin kita yang mengeraskan hati dari menuju kepada rasa yang telah diilhamkan itu.

 

Wahai muslimah,

Sesungguhnya Allah sangat mencintai kaum kita.

Diberinya kita dengan perasaan yang halus dan peka.

Hati yang lembut dan kerana itulah kaum kita yang majoritinya diilhamkan dengan rasa itu.

Kerana hati yang lembut dan penyayang itu sangat dicintai Allah.

Maka kita harus bersyukur dengan anugerah ini.

Dekatilah Dia. Luahkan kesedihan anda kepadaNya.

Insyaalah satu hari anda akan bahagia..

Waalhualam


Ini adalah perkongsian dari Nur Tra ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua. =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Anugerah Ramadhan
Anugerah Ramadhan
11 tahun yang lalu

Assalamualaikum wrwb… iya bermanfaat sekali nih saya jg merasakan ada teman perempuan memajang jualan pakaian yang memperlihatkan AURAT wanita…
kalau saya bilang sebaiknya di hapus… itu Dosa yang mengalir dan HARAM… AZAB NERAKA. mohon Ampunan lah pada Allah… saya merasa Ada dinding yang meliputinya.

Hanya berserah diri dan mendoakannya supaya diberi Hidayah dengan kesabaran. Akan tetapi “saya TIDAK KUASA MELIHAT DOSA YANG MENGALIR tanpa henti”

ROJAK
ROJAK
11 tahun yang lalu

kebanyakan wanita terlalu ikutkan hatinya itu pasal tindakan kebanyakan wanita tak logik contoh baca novel sambil tengok tv, minum kopi taknak gula sebab diet tapi letak krimer banyak2 dan macam2 lagila perbuatan yang terlalu ikutkan hati. orang perempuan mesti terima hakikat ini dan baiki diri, jangan nak dolak dalih nanti sampai bila2 tak boleh berubah

farah shahidah
farah shahidah
11 tahun yang lalu

terima kasih atas perkongsian anda…saya tersentuh dengan penulisan anda..
kerana sedikit sebanyak saya juga mula rasa ingin berubah ke arah yang lebih baik..
adakah itu hidayah ALLAH?..

Sabariah
Sabariah
11 tahun yang lalu

Sesungguhnya Allah maha mengetahui dgn setiap yg ditakdirkan.tp sy juga manusia biasa..npk kuat di luar tapi di dalam hanya tuhan yg lebih memahami..aku redha bila Allah mengambil suamiku baru-baru ni…tanpa seorang zuriat..aku ditinggalkan seorang…mujur ada keluarga dan kawan2.tapi seperti terlalu cepat suamiku diambil..tiada kwn,teman ,kekasih yg sentiasa disisiku walau apa keadaan pun…sesungguhnya..arwah suami yg di terbaik dijodohkan untuk ku…aku redha dgn ketentuan ini.tp aku sentiasa berdoa yg jodoh kami akan sampai ke syurga…insyaallah

SHIMI
SHIMI
11 tahun yang lalu

Sekadar perkongsian,

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'” (Hadis Riwayat Bukhari)

mantan pengikut NH
mantan pengikut NH
11 tahun yang lalu

hati-hati bergaul dengan orang LDII (para pengikut tokoh sesat Nurhasan al Ubaidah).
Mereka menghalalkan darah orang Islam yang bukan golongannya :

http://wajahaslipengikutnurhasanubaidah.blogspot.com/2012_03_01_archive.html

shaz
shaz
11 tahun yang lalu

terima kasih atas perkongsian artikel dan ilmu…

hamba Allah
hamba Allah
11 tahun yang lalu

wahai saudari janganlah bersedih,

sesungguhnya kamu ialah sebaik2 ibu untuk melahirkan anak2 muslim yang soleh,

sesungguhnya kamu ialah sebaik2 isteri yang memberi kelegaan kepada suamimu dan anak2,

sesungguhnya kamu ialah sebaik2 anak perempuan yang tahu menjaga diri dari fitnah dunia,

seseungguhnya kamu ialah wanita akhir zaman yang punya darjat yang tinggi di sisi Allah swt kerana kamu mengajak kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran,

aku (suamimu) akan menjadi saksi atas kesetiaanmu, ketaatanmu dan pengorbananmu keranaNya,

janganlah bersedih kerana airmata mu terlalu mahal untuk jatuh didunia yang durja ini,

janganlah bersedih kerana Allah swt itu tidak pernah seganjak pun meninggalkan kita,

janganlah bersedih kerana aku (suamimu) dan anak2 sentiasa mmenyayangimu, menghargaimu dan mendoakanmu,

duhai saudari, ketahuilah bahawa syaitan yang telah melemahkan hatimu sehingga engkau selalu bersedih,

syaitan ini terdiri daripada kalangan jin dan manusia,

mereka mencemburui kebaikan pdmu, kekuatan dan kesolehan mu dan mahu merosakkan hatimu,

sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kita yang nyata…

jangan engkau layani mereka dan tentanglah mereka dengan mengamalkan zikir daripada surah Al-fatihah, ayat kursi,(pemecah sihir) al-mukminun (ayt 115-118), (pemecah kebuntuan) al-hasyr (21-24), (pembatal sihir) surah yunus (81-82),(penunduk sihir)al-a`araf (118-122) dan al-muawziyat dan selawat syifa… ketika membaca tiupkan juga pada air untuk diminum dan amalkanlah, apabila engkau merasa perit lagi maka bacalah berulang2 pada ayat kursi dan pemecah dan minumlah airnya..

seterusnya syaitan ini perlu disingkirkan daripada tubuh badan dengan mengamalkan bacaan penawar pada air iaitu surah al-fatihah, selawat syifa, surah an-naba` ayat 1 (ulang 3x), surah maryam ayt 17, ayt kursi, bismillah lima, bismillah tujuh dan srh al-hasyr ayt 21-24 dan selawat syifa. air yg dibacakan pada perenggan diatas perlu dibaca sekali dengan perenggan ini. untuk mempercepatkan kesembuhan hendaklah ayat pada perenggan diatas dan diperenggan ini dibaca dan ditiup pada habbatus sawda yang dikisar menjadi serbuh utk diminum. hendaklah mengambil dos sebanyak sesenduk besar dicampur dengan milo untuk menghilangkan bau habbatus sawda yang kuat.

amalkan selama 3mgu insya Allah akan sembuh

tanda2 kesan sihir telah hilang ialah apabila kita tidak merasa terganggu,

tanda sihir sedang keluar ialah selalu sendawa, batuk2

sesungguhnya kita ialah sebaik2 ciptaan ttp syaitan y mengganggu kebaikan y ada pada kita,

#sumber daripada hati yang tulus dan rawatan penyakit akibat sihir jilid 5 karangan Tuan guru dato dr haron din