Khas Buat wanita Yang Sedang Bersedih : Wanita Dan Hidayah Dari Allah

Bersedih

Tahukah muslimah semua beza antara fikir dan rasa??

Fikir itu dengan menggunakan akal dan rasa itu melalui hati

nur

Seringkali kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi mengapa kita masih tidak melakukannya?

Kerana muslimah sekalian, mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetahui manfaat perkara tersebut dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut.

Ya kita sentiasa tahu sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.

Dan kerana itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.

Kerana hati ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya melalaikan kita dan menjauhkan kita kepadaNya.

Bersedih, bersedih dan bersedih

Mengapa kita bersedih?

Ketahuilah muslimah,

Hati itu pengawal keseluruhannya.

Kerana itu ada istilah mengatakan jika baik hati seseorang itu, insyaalah baiklah keseluruhannya.

Seringkali akal gagal untuk memandu hati.

Kerana itu bersihkanlah hati mu. Bila marah berdoalah muga dibersihkan hatimu. Ditenangkan hatimu. Berceritalah kepadaNya.

Nescaya Dia akan menghadiahkan sebuah ketenangan kepada hati milikmu.

Ingatlah muslimah sekalian,

Jika hatimu bersih insyaalah dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan sendirinya ke hatimu.

Dan tahukah kamu jika terdetik walau sedetik hatimu untuk berubah, ianya adalah hidayah dari Allah untukmu.

Kerana rasa itu milik Allah, dan hanya Dia yang dapat mengilhamkan rasa itu kepada kita.

Cuma mungkin kita diantara sedar atau tidak dengan perkara tersebut.

Dan mungkin kita yang mengeraskan hati dari menuju kepada rasa yang telah diilhamkan itu.

 

Wahai muslimah,

Sesungguhnya Allah sangat mencintai kaum kita.

Diberinya kita dengan perasaan yang halus dan peka.

Hati yang lembut dan kerana itulah kaum kita yang majoritinya diilhamkan dengan rasa itu.

Kerana hati yang lembut dan penyayang itu sangat dicintai Allah.

Maka kita harus bersyukur dengan anugerah ini.

Dekatilah Dia. Luahkan kesedihan anda kepadaNya.

Insyaalah satu hari anda akan bahagia..

Waalhualam


Ini adalah perkongsian dari Nur Tra ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua. =)

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Anugerah Ramadhan
10 tahun yang lalu

Assalamualaikum wrwb… iya bermanfaat sekali nih saya jg merasakan ada teman perempuan memajang jualan pakaian yang memperlihatkan AURAT wanita…
kalau saya bilang sebaiknya di hapus… itu Dosa yang mengalir dan HARAM… AZAB NERAKA. mohon Ampunan lah pada Allah… saya merasa Ada dinding yang meliputinya.

Hanya berserah diri dan mendoakannya supaya diberi Hidayah dengan kesabaran. Akan tetapi “saya TIDAK KUASA MELIHAT DOSA YANG MENGALIR tanpa henti”

ROJAK
10 tahun yang lalu

kebanyakan wanita terlalu ikutkan hatinya itu pasal tindakan kebanyakan wanita tak logik contoh baca novel sambil tengok tv, minum kopi taknak gula sebab diet tapi letak krimer banyak2 dan macam2 lagila perbuatan yang terlalu ikutkan hati. orang perempuan mesti terima hakikat ini dan baiki diri, jangan nak dolak dalih nanti sampai bila2 tak boleh berubah

farah shahidah
10 tahun yang lalu

terima kasih atas perkongsian anda…saya tersentuh dengan penulisan anda..
kerana sedikit sebanyak saya juga mula rasa ingin berubah ke arah yang lebih baik..
adakah itu hidayah ALLAH?..

Sabariah
10 tahun yang lalu

Sesungguhnya Allah maha mengetahui dgn setiap yg ditakdirkan.tp sy juga manusia biasa..npk kuat di luar tapi di dalam hanya tuhan yg lebih memahami..aku redha bila Allah mengambil suamiku baru-baru ni…tanpa seorang zuriat..aku ditinggalkan seorang…mujur ada keluarga dan kawan2.tapi seperti terlalu cepat suamiku diambil..tiada kwn,teman ,kekasih yg sentiasa disisiku walau apa keadaan pun…sesungguhnya..arwah suami yg di terbaik dijodohkan untuk ku…aku redha dgn ketentuan ini.tp aku sentiasa berdoa yg jodoh kami akan sampai ke syurga…insyaallah

SHIMI
10 tahun yang lalu

Sekadar perkongsian,

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'” (Hadis Riwayat Bukhari)