Ketika Harus Melepaskan Cinta..

CEO —  26/05/2011 — 43 Comments
Melepaskan

Melepaskan

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Sahabatku,  ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…

Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Melepaskan

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.


Ingatlah..

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!


“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …

.

  Muslimah Sholehah

CEO

Posts Twitter Facebook Google+

Terima kasih kerana sudi bertandang di blog Aku Islam. Semoga artikel yang anda baca mampu memberi kebaikan. Semoga Allah Redha.. =) Jika anda berminat untuk menghantar artikel kepada kami, anda boleh merujuk caranya di sini: Hantar Artikel

Masukkan alamat email anda untuk melanggan ke blog ini dan menerima updates terbaru melalui e-mel....

Join 313 other subscribers

43 responses to Ketika Harus Melepaskan Cinta..

  1. istikarah cinta 17/05/2013 at 12:28 PM

    saat kami rancng utk kawen slpas habis belajar dan kami amat syg satu sama lain selama 4tahun..dan seruan istikarah cinta menyeru kami, maka keputusan sbaliknya.ibarat permata yg kita jaga jatuh bercekai depan mata..amat perit dan amat sedih ibarat dunia hilang cahaya matahari..tp kerana yakin dgn Qada’ dan Qadar sy redha.demi rencana Allah yg maha tahu sgalanya..

    hati selalu menages kepada maha esa.

  2. Salam. Saya postkan di blog saya dan quote petikan daripada AkuIslam.com. Terima kasih yer.

  3. :’(…. ya Allah.. ya Rahim.. ampunilah hambamu ini..

  4. mohon share..:)

  5. bagaimana jika kita menyimpan perasaan pada sesorang setelah sekian lama,,tapi kita tak pernah menunjukkan atau memberitahu padanya,,dan saya mengambil keputusan untuk menyimpan rasa ini untuk diri saya sahaja,,adakah saya juga perlu melepaskan perasaan ini??

  6. Apa yang terjadi pada saye takkan pernah dilupakan dalam lipatan sejarah hidup. Melepaskan saat hati masih sayang memang memeritkan bila mana terpaksa menerima kenyataan yg dia tidak lagi menyintai sepenuh hati. Tapi kasih Allah kepada saye lebih kuat daripada terus hanyut. Alhamdulillah, waktu ini rasa lebih tenang. Walaupun kami masih lagi berhubungan, insyaAllah tali silaturrahim janganlah diputuskan. Mungkin Allah pisahkan sementara waktu ini untuk kita lebih berfikir & menghargai malah menjadikan diri lebih baik daripada sebelumnya. Doakan semoga diberikan yang terbaik oleh Allah. Amin..

  7. Semoga saya mendapat kekuatan melupakannya…

  8. tahniah, saya amat tersentuh hati dengan artikel ini. saya rasa cukup kuat menghadapi dugaan perkahwinan yg saya sangka amat bahagia selama ini. akhirnya saya sedar rupa2nya hanya keikhlasan sebelah pihak sahaja selama ini. walaupun saya rasa telah tertipu selama ini oleh cinta tapi saya yakin apa yang Allah telah kurangkan akan digantikan dengan yg lebih baik… saya redha dgn ujian ini. terima kasih byk2 kerana artikel ini telah memberikan saya kekuatan utk menempuh hidup saya bersama anak2. doakan saya dpt menempuh ujian ini dengan kuat…

  9. terima kasih..

    coretan yang amat bermakna…

    betul..

  10. ssh sgt nk lepaskan..saye x de kekuatan lg :’)

  11. Haffizullah Ahmad.. 16/11/2011 at 10:23 AM

    Ya Allah, tabahkanlah diri ini..

  12. alhamdulilah..artikel ini sdikit sbanyak dpt membantu saya..

  13. artikel yg sgt brsesuaian ngan keadaan sy skrg…mohon share :)

  14. Saya minta izin share entry ni ye dalam blog saya…

  15. alhamdulillah..selama 2 thn ujianNya tak berlalu dengan sia2. perit dgn rasa kehilangan tp diganti dgn ketabahan yg tak pudar. dan akhirnya Allah menggantikan yg selain dia yg sdh tiada. Sesungguhnya Allah menguji makhlukNya mengikut kemampuan..terima kasih juga tuan blog krn byk kata2 yg dikongsi sgt bermakna buat diri ini..:)

  16. kata-kata semangat yg baik utk sy.. mmg itu yg sy nk wat.. lpskn s’sorg wlpn perit… blog nie byk m’bantu sy…

    mnta izin utk share…

  17. HAIYA KAWAN2 SEMUA HAA.. INI KAN BASIC LIFE PUNYA WORDS.. SUDAH BUILT IN DALAM KEPALA O… TAKKAN TAK TAU, SEKOLAH RENDAH SUDAH BELAJAR MAAAA HAIYA… LU TAK TAU LAGI KA.. TAPI INI KATA2 MEMANG BAGUS..

  18. ketika membaca artikel ni….hati saya tersentuh……melepaskan di saat perit adalah keputusan yg tepat………bila kita tahu kebahagian yang bakal diterima oleh nya..maka lepaskan la dengan seikhlas hati…..

  19. really touched my heart..walau berkali-kali baca airmata still akan mengalir…Allah maha mengetahui, Dia akan gantikan yang lagi baik dari dia…thanks a lot to this blog…really impressed

  20. Fatihahisamail 13/07/2011 at 12:19 PM

    mintak share…><

  21. cinta…. adakalanya menghancurkan hidup manusia… adakalanya memberi kebahagiaan… itulah cinta manusia… jika aku tahu cinta ini sgt membebankan dan sgt menyeksa aku, aku memohon pada allah, jgnlah cinta itu hadir dlm hati aku kerana aku sgt terseksa.

    • jika cinta yg dtg selepas ini
      masih menyakitkan.. maka, ku
      mohon pada Mu agar jauhi aku..

  22. artikel ini sangat membina diri saya. terkena dekat batang hidung sendiri. sedang mengalaminya dan sangat sukar..sedang dalam proses melepaskan..InsyaAllah.. 

  23. dla noradila 12/06/2011 at 4:11 AM

    “Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”Sumber: Ketika Harus Melepaskan Cinta.. | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/ketika-harus-melepaskan-cinta/#ixzz1P218xlBe

  24. Sesungguhnya Allah mengetahui yg terbaik untuk umat-Nya…Bersyukurlah diatas segala kurniaan-nya

  25. find Allah and he or she will find u…

  26. Tunkuhudrezairell 31/05/2011 at 4:41 PM

    terima  kasih

  27. hanim_najib 30/05/2011 at 1:33 PM

    cinta perlukan pengorbanan..dan itu yg membezakan antara cinta yg suci dgn nafsu yg keji.wallahua’lam
    mohon share:)

  28. salam..setuju dgn artikel ni..kebanyakan remaja, sukar untuk melepaskan..kerna pikir, mungkin si dia terbaik…mungkin tiada lagi peluang selepas ini…dan turut memikirkan, yg si dia bakal ‘jatuh’ ke tangan orang lain…

Leave a Reply