Jual Mahal : Mengapa Takut Jual Mahal?

jual mahal

jual mahal

Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?

Mungkin dibenak kita segala ketakutan akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi.

Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia.Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.

Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat.

Kita hanya perlu bersabar.

Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai jodoh kita. Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan.

Bersama menuju redha dan keampunanNya.

Banyak orang berganti – berganti pasangan dengan alasan mencari cinta yang sebenar. Tapi bagaimana dengan mereka yang  tidak berpengalaman bercinta?

Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta?

Tentu sahaja tidak.

Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah banyak orang membuktikan perkara ini.

Asal niatnya benar dan berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu digalakkan cinta selepas kahwin.

Ingatlah, siapa yang mencipta hati kita? Adakah kita sendiri?

Bukan.

Yang menciptakan hati kita adalah Allah.

Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati kita.

Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah dengan kekuasaan-Nya akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin dengan perkara ini?

Pernah tak anda terjumpa seorang gadis yang membenci separuh mati kepada ex-teman lelakinya?

Segala sumpah seranah keluar dengan lancang, caci-maki berlari tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan pada teman lelakinya.

Tetapi waktu berjalan dengan perasaannya pun berubah perlahan-lahan. Rasa bencinya berubah menjadi rindu. Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu.

Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.

Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini perkara ini, maka tidak akan ada ragu didalam hati.

Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.

Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita.

 Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.

Salah Jual Mahal?

Tak salah jual mahal time belajar ni, yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya.

Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat diukur daripada sikapnya terhadap waktu.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman  dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” – ( al-Asr ayat 1 – 3 )

.

rujukan:

1. kerana cinta harus memilih (Ust. Burhan Sodiq)

output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,425 other subscribers

Comments

  1. leha says

    Boring…mcm mane org yg tepat itu bkn yg kte suka..bkn pilihan ati…boring…bgus hidup menyendiri….

  2. ehhza says

    setuju dgn artikel nie..skrg msenye utk kte blajar n kjar cita2 dulu..soal jodoh serah pada ALLAH yg Maha Kuasa..

    pernah ad bebrapa org yg cba utk mgetuk pntu hati ini tpi dh tetutup rpat utk yg halal je..astagfirullah..
    ade lki yg ckap sye ni sombong sbb jual mahal n xlyan laki..xksah ape dyeorg nk kata sbb sye just niat nk jge ikthiat je..sabarlah, klau ade jdoh suatu hri nanti,ALLAH akn prtemukn pda waktu yg sesuai..

  3. mukadonat says

    kebanyakan artikel tertumpu kepada yang masih belia..bagaimana pula yang telah hampir bujang terlajak??masih relevankah kalau jual mahal..pada pendapat saya masih relevan kerana kita perlu memilih yang benar-benar boleh diharapkan..jangan kerana kita terlajak..kita main terima sahaja sesiapa pun. apa pendapat admin dan kawan-kawan lain? :D

    • says

      Kalau nak cari seseorang yang perfect, memang seakan tidak mungkin.. Namun, kalau kita buat pilihan mengikut yang digariskan syariat, mungkin kita mampu berbahagia..

      Namun, kita jangan lupakan istikarah kepada Allah, sbb Dia yang maha memberi petunjuk yang terbaik buat kita.. =)

  4. says

    betul yakinlah pada Allah S.W.T..Dia tidak akan menzalami hamba2nya..yang penting niat kita mesti elok..dan kita akan dapat pasangan seperti diri kita sendiri..jika inginkan jodoh yang baik..kita mesti kena jg jg baik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *