Mengapa Takut Jual Mahal? Sebab Takut Tiada Jodoh Kemudian Nanti?

jual mahal
Jangan takut untuk jual mahal kerana cinta

Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?

Mungkin dibenak kita segala ketakutan akan menyergap.

Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi.

Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia.

Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.

Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita.

Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat.

Kita hanya perlu bersabar.

 

Yakinlah Bahawa Allah Telah Menyediakan Kita Pasangan Terbaik Sebagai Jodoh Kita

Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan.

Bersama menuju redha dan keampunanNya.

Banyak orang berganti-berganti pasangan dengan alasan mencari cinta yang sebenar.

Tapi bagaimana dengan mereka yang  tidak berpengalaman bercinta?

Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta?

Tentu sahaja tidak.

Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan.

Sudah banyak orang membuktikan perkara ini.

Asal niatnya benar dan berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin.

Sebab itu digalakkan cinta selepas kahwin.

Ingatlah, siapa yang mencipta hati kita?

Adakah kita sendiri?

Bukan.

Yang menciptakan hati kita adalah Allah.

Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati kita.

Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah dengan kekuasaan-Nya akan membuahkan rasa cinta di hati kita.

Adakah kita yakin dengan perkara ini?

Pernah tak anda terjumpa seorang gadis yang membenci separuh mati kepada ex-teman lelakinya?

Segala sumpah seranah keluar dengan lancang, caci-maki berlari tanpa henti.

Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan pada teman lelakinya.

Tetapi waktu berjalan dengan perasaannya pun berubah perlahan-lahan.

Rasa bencinya berubah menjadi rindu.

Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu.

Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.

Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita.

Bila kita meyakini perkara ini, maka tidak akan ada ragu didalam hati.

 

Tidak Perlu Risau Jika Cinta Tidak Kunjung Tiba

Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.

Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita.

Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya.

Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.

 

Salahkah Jual Mahal Semasa Tempoh Sedang Belajar?

Tak salah jual mahal time belajar ni, yakinlah dengan jodoh Allah.

Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya.

Jangan sampai menggelapkan mata dan hati.

Untung dan ruginya manusia dapat diukur daripada sikapnya terhadap waktu.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman  dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”

al-Asr ayat 1-3 


Nota:

  1. Buku kerana cinta harus memilih (Ust. Burhan Sodiq)
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

12 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Jejarikucing
Jejarikucing
9 tahun yang lalu

Thanks admin. Yakin pada Allah. InshaAllah :)

leha
leha
10 tahun yang lalu

Boring…mcm mane org yg tepat itu bkn yg kte suka..bkn pilihan ati…boring…bgus hidup menyendiri….

hafiizhah
hafiizhah
10 tahun yang lalu

mohon share .. :D

hamba Allah
hamba Allah
10 tahun yang lalu

mohon share di blog saya ya admin. sbagai peringtan pd diri ana.. syukran ^^

ehhza
ehhza
11 tahun yang lalu

setuju dgn artikel nie..skrg msenye utk kte blajar n kjar cita2 dulu..soal jodoh serah pada ALLAH yg Maha Kuasa..

pernah ad bebrapa org yg cba utk mgetuk pntu hati ini tpi dh tetutup rpat utk yg halal je..astagfirullah..
ade lki yg ckap sye ni sombong sbb jual mahal n xlyan laki..xksah ape dyeorg nk kata sbb sye just niat nk jge ikthiat je..sabarlah, klau ade jdoh suatu hri nanti,ALLAH akn prtemukn pda waktu yg sesuai..

mukadonat
mukadonat
11 tahun yang lalu

kebanyakan artikel tertumpu kepada yang masih belia..bagaimana pula yang telah hampir bujang terlajak??masih relevankah kalau jual mahal..pada pendapat saya masih relevan kerana kita perlu memilih yang benar-benar boleh diharapkan..jangan kerana kita terlajak..kita main terima sahaja sesiapa pun. apa pendapat admin dan kawan-kawan lain? :D

ana
ana
12 tahun yang lalu

mohon share,

nur hana
nur hana
12 tahun yang lalu

terima kasih ceo aku islam sebab buat artikel yang dapat tenangkan hati

far
far
12 tahun yang lalu

betul yakinlah pada Allah S.W.T..Dia tidak akan menzalami hamba2nya..yang penting niat kita mesti elok..dan kita akan dapat pasangan seperti diri kita sendiri..jika inginkan jodoh yang baik..kita mesti kena jg jg baik..

Nur Dhuha
Nur Dhuha
12 tahun yang lalu

“yakinlah pd Allah, bila tiba saatnya, semuanya akan tersedia”..