Jangan Bersedih Jika Putus Kasih

jangan bersedih

jangan bersedih

Anda putus kasih? Jangan bersedih

Percayalah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita. Pada permulaanya memang menyakitkan. Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang. Jangan terlalu mengikut perasaan.

Memang sakit dan pedih.

Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, saya terpandang surah Yassiin diatas meja solek.

Hati saya tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri. Harapan saya setelah membaca surah Yasiin hati saya akan jadi tenang.

Dan memang terbukti.

Hati saya mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya. Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, saya akan membaca surah Yasiin.

Kalau dulu, saya akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang saya merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin. Hati saya sangat tenang dan damai.

Setelah agak tenang, saya mula menghubungi kawan baik saya. Meraka menasihati saya supaya perbanyakkan solat istikarah, dan saya cuba melakukannya.

Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan saya menjadi sangat kuat.

Saya rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru pada saya.

Saya tidak lagi mengharapkan ‘dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya.

Saya bersyukur sangat2. Sekarang ini saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan arah tuju hidup saya.

Saya belajar dari kesilapan, dan saya berharap anda pun begitu juga. Bukankah Islam telah membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita. Apabila terfikir begitu saya mula insaf.

Saya telah melanggar batas-batas tersebut. Saya tidak sepatutnya terlibat.

Saya mula muhasabah diri dan terfikir kepada dugaan ini berlaku kepada saya.

Dan akhirnya saya faham, bahawa saya telah lalai semasa bercinta. Memang kita masih bersolat tapi masa kita lebih banyak bersms dan berchatting.

Walaupun tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT (alhamdulillah), namun saya masih lagi merasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana telah membiarkan diri saya terpengaruh dengan perasaan sendiri.

Setelah mendekatkan diri kepada Ilahi, saya mula mendapat cinta baru yang lebih suci dan agung iaitu cinta Ilahi.

Saya tidak lagi mengharapkan cinta dari seorang lelaki yang belum tentu jodoh kita.

Seperti kisah yang pernah saya share sebelum ini iaitu kisah Fatimah Az-Zahrah dan Ali RA, mereka percaya dan yakin dengan jodoh yang Allah SWT tentukan, kita juga perlu begitu.

Dan saya juga sedang berusaha kearah itu, berserah dan redha atas ketentuan Allah SWT.

Percayalah kawan-kawan, dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung.

Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.

Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah SWT ingin saya dekat dan kembali kepadaNya.

Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu, selalu sangat skip. Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda.

Jangan bersedih lagi, percayalah Allah SWT bersama-sama kita. Jangan menangis kerana seorang lelaki, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan :)

 Semoga bermanfaat.

 Bantu hamba hilangkan kesedihan ini Ya Rabb.

.

**Artikel ini adalah sumbangan sahabat kita, Jue 

output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,247 other subscribers

Comments

  1. firdaus says

    Ramainya komen kata baru putus.
    ermmm…
    saya bercinta pun tak pernah… tak tahu putus tu apa.
    umur dah 30 tahun dah. tak tahu apa itu cinta, jauh sekali nak paham putus tu apa.
    baca rasanya mcm sakit jee
    ermmmm…

  2. Mila says

    Jangan biarkan diri kita hancur, hanya karena seseorang yang tidak bisa lagi untuk bersama-sama kita lagi …
    Perjalanan hidp inipun hars terus berlanjut ….
    dengan atau tanpa seseorang di sisi kita …

  3. fatin says

    berapa lame mase yg diambil utk tnangkan diri slepas putus??? disaat sy mendapatkan ktenangan..si dye mncul kmbli mnyakitkan hati dan dpt tahu dye dh bkasih dgn org lain.. hanya ALLAH tmpt sy mngadu..tp dye trus2 mnyakitkan hati sy.. hebat snggh ujian allah…

  4. rose says

    sy juga begitu.. setiap hari.. lps solat isyak.. sy akan membaca yasin. dan sedekahkannya pd nabi muhammad saw dan insan2 yang saya syangi yg telah pergi.. hati saya tenang.. sgt.. bersyukur kerna Allah beri petunjuk pd sy.. Alhamduliliah

  5. yana says

    sy pernah rasa benda yg sama..lepas solat baca surah dhuha,letak kat dada..doa moga Allah bantu kita melupakan seseorang..sy tak sakit dah.Alhamdulillah, Allah selalu ada,bersyukur dgn perpisahan..moga Allah hadirkan yg lebih baik,yg halal..InsyaAllah.

  6. teha says

    ALLAHUAKBAR.. Saat saya nk mnduduki final exam…tuhan menduga saya..org yang saya syg..meninggalkan sy disebabkan masalh kecil..
    Saya percaya Allah akan mghntr seorang insan bernama lelaki yang jauh lebih sempurna & biar cinta kami bersatu kerana cinta kami kepadaMU yg satu..
    artikel dlm blog ni sgt membntu sy
    trima kasih:)

  7. Feeafreeze says

    Artikel ini amat membantu membangkitkan semangat aku yang hampir hilang. Aku sangat percaya, ubat segala kedukaan, kesedihan dan patah hati ialah membaca yasin, bersolat dan berzikir. Pada mulanya aku hilang arah dan tujuan bila diberi dugaan yang amat berat, tapi kini aku menjadi amat tenang dan damai setelah bertemu kekasih hati yang aku rasa dialah yang akan mengubati segala kedukaan ini. Aku temui Dia di setiap solatku, di setiap aktivitiku, dalam setiap tutur kataku dan kini Dia lah dihati. Kepada yang senasib denganku, janganlah segan untuk muhasabah diri dan jangan takut mengaku akan kesilapan diri. Allah sentiasa bersama kita.

  8. aisha says

    trlalu bnyk kngan. dlm sekelip mata kau brubh kerna ak sudh mula brhijab. trme ksh insan yg brnma lelaki krna mngajar ak erti bnci. trme ksh jgk krna mngajar ak utk lbh dktkn diri kpd ilahi. dan kini hatiku bnr2 trtutup utk lelaki.

  9. asyah says

    salam.. namun bolehkah sy berterusan berdoa kpd allah supaya hubungan kami yg terputus ini dpt disatukan dgn ikatan perkahwinan?.. Ini kerana sy masih mgharap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *