Jangan Bersedih Jika Putus Kasih, Kerana Ia Akan Menambah Kesakitan.

jangan bersedih
jangan bersedih

Anda putus kasih? Jangan bersedih

Percayalah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita.

Pada permulaanya memang menyakitkan.

Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang. Jangan terlalu mengikut perasaan.

Memang sakit dan pedih.

Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, saya terpandang surah Yassiin diatas meja solek.

Hati saya tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri. Harapan saya setelah membaca surah Yasiin hati saya akan jadi tenang.

Dan memang terbukti.

Hati saya mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya. Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, saya akan membaca surah Yasiin.

Kalau dulu, saya akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang saya merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin. Hati saya sangat tenang dan damai.

Setelah agak tenang, saya mula menghubungi kawan baik saya. Meraka menasihati saya supaya perbanyakkan solat istikarah, dan saya cuba melakukannya.

Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan saya menjadi sangat kuat.

Saya rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru pada saya.

Saya tidak lagi mengharapkan ‘dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya.

Saya bersyukur sangat2. Sekarang ini saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan arah tuju hidup saya.

Saya belajar dari kesilapan, dan saya berharap anda pun begitu juga. Bukankah Islam telah membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita. Apabila terfikir begitu saya mula insaf.

Saya telah melanggar batas-batas tersebut. Saya tidak sepatutnya terlibat.

Saya mula muhasabah diri dan terfikir kepada dugaan ini berlaku kepada saya.

Dan akhirnya saya faham, bahawa saya telah lalai semasa bercinta. Memang kita masih bersolat tapi masa kita lebih banyak bersms dan berchatting.

Walaupun tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT (alhamdulillah), namun saya masih lagi merasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana telah membiarkan diri saya terpengaruh dengan perasaan sendiri.

Setelah mendekatkan diri kepada Ilahi, saya mula mendapat cinta baru yang lebih suci dan agung iaitu cinta Ilahi.

Saya tidak lagi mengharapkan cinta dari seorang lelaki yang belum tentu jodoh kita.

Seperti kisah yang pernah saya share sebelum ini iaitu kisah Fatimah Az-Zahrah dan Ali RA, mereka percaya dan yakin dengan jodoh yang Allah SWT tentukan, kita juga perlu begitu.

Dan saya juga sedang berusaha kearah itu, berserah dan redha atas ketentuan Allah SWT.

Percayalah kawan-kawan, dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung.

Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.

Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah SWT ingin saya dekat dan kembali kepadaNya.

Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu, selalu sangat skip. Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda.

Jangan bersedih lagi, percayalah Allah SWT bersama-sama kita. Jangan menangis kerana seorang lelaki, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan :)

 Semoga bermanfaat.

 Bantu hamba hilangkan kesedihan ini Ya Rabb.

.

**Artikel ini adalah sumbangan sahabat kita, Jue 

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

58 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zainuddin
3 tahun yang lalu

Penulisan yang sangat dekat di hati saya

Zainuddin
3 tahun yang lalu

Terima kasih kerana menuliskan ini.

Anne
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum.. atas izin Allah saya tergerak hati untuk baca entri ni… Innalillahiwaiinnailaihirojiuun.. Alhamdulillah saya terpilih untuk diuji…saya sedang alami situasi seperti saudari/saudara kongsikan diatas.. dan masih mencari kembali kekuatan yang hilang… lima tahun perkenalan… sepanjang 5 tahun, kami jarang bertemu. Hanya banyak melalui ws dan sms. Bukan seperti pasangan yang lain.. hubungan ini seperti tergantung tidak bertali.. tiada kata putus namun masing2 saling menunggu..saya pernah berdoa, jika betul dia bukan jodoh saya biarlah hanya dia sorang saja tersilap percaturan dalam memberi hati, semoga tiba saat Allah ingin tunjukkan, biar perpisahan itu bernokhtah dan bukan meninggalkan persoalan dan semoga Allah tunjukkan kebenaran… 5 tahun menanti, 5 tahun doa yang sama masih tetap melantun walau bermacam ujian..masih tetap bertahan dan berpegang pada tali yang sama yang hampir makan bertahun. Pernah juga insan lain cuba hadir, saya cuba menolak hanya kerana insan yg saya cuba memberi peluang untuk dia memberanikan diri untuk kearah yg lebih serius. Tahun berganti tahun,akhirnya hati mulai tawar namun doa 5 tahun yg lalu masih tetap setia dilantunkan pada Allah.. tiba satu saat, Allah memakbulkan doa saya, setiap persoalan dan terjawab… akhirnya dia memilih utuk memutuskan hubungan. Dengan rahmat dan kasih Allah juga, Allah tunjukkan satu2 doa saya.. akhirnya dia pergi memilih wanita lain.. :) Tiada suatu pun yang berlaku dengan sia sia.. semuanya atas izin Allah.. pasti ada hadiah yang paling terbaik bakal Allah berikan. Semoga Allah kurniakan ku jiwa yang tenang dan sentiasa berlapang dada untuk menerima setiap ujian Nya.. dan semoga Allah kurniakan jiwaku kekuatan dan kebahagiaan untuk memaafkan disaat disakiti dan dikecewakan Aamiin ♡ Sesungguhnya Allah itu tidak pernah tidur. Dan percayalah Allah Maha Adil.

Mas
Reply to  Anne
2 tahun yang lalu

Samalah..sy masih berharap..masih berdoa utk die…semalam…akhirnya…die betul² tinggalkannsaya.,.semua dienblock saya??..Allah….kuatkan aku yg lemah ni

Insan yang lemah
5 tahun yang lalu

saya dah bercinta 10 thn, berjanji nak berkahwin tahun ni, sy seorg yg ego, tak pernah tunjukkan perasaan dgn kata2 tp sy tunjukkan melalui perbuatan, sy sentiasa buat apa yg dia suruh, even bnda tu salah disisi Allah, sy turutkan.. dia berjanji yg dia akan bertanggungjwb, sy percayakan dia, dia mmg btl2 sygkan sy sepanjang 10thn ni, tp x sangka, makin dkt dgn impian kami, rupa2nya dalam diam dia berjumpa dengan perempuan lain dan jatuh cinta dgn perempuan tu, dia bgtau sy dgn perempuan tu dia rasa diri dia dihargai, disayangi, sy btl2 kecewa.. hbgn kami yg 10thn dia lupakan mcm tu je.. dh 6 bulan semua ni berlalu, sy still susah nak lupakan dia, makin sy doa utk lupakan dia makin sy ingtkan dia, smpai sekarang sy susah nak lepaskan dia pergi dari hidup sy, sy bgtau dia sy dh redha, sy dh kuat dan benci tgk muka dia, hakikat sebenar setiap mlm sy menangis rindukan dia.. setiap kali tu jgk la sy solat sunat dan mengaji, sy rase tenang sekejap tp perasaan tu dtg balik.. saya tak tahu sampai bila saya nak macam ni, semua org dh nasihatkan sy mcm2, sy still nk tnggu dia even dia mmg dh taknakkan sy.. sy susah jatuh cinta, dia satu2nya lelaki yg blh buat sy jatuh cinta dan tak mampu nk terima lelaki lain dalam hidup sy..

Raihana
Reply to  Insan yang lemah
4 tahun yang lalu

Nasib kite sama.. 10 tahun menyemai cinta.. setia dan mengikut rentak dia yg EGO… tp sejak kebelekangan ini dia ignore sy mcm sy x wujud. Smlm sy bertanya kenapa.. dia cuma cakap dia dah tak boleh nk commit pd hubungan ini dgn alasan terlalu byk masalah yg dia hadapi.. dan dia menyuruh sy mencari lelaki lain.. semudaj itu jawapan nya.. sy tidak tau apa masalah nya..sy sgt kecewa dan cuba utk melupakan dia. Sy harap sy kuat utk melupakan dia. Mudahnya dia berkata2,

laki tak guna
5 tahun yang lalu

game of love

para para wanita sekalian, pertama inginku tegaskan di sini cinta itu adalah tidak wujud, kedua lelaki memang tak guna kuat curang. jadi berbaloi menangis untuk kaum adam yg tidak ikhlas untuk anda. hampir kesemua lelaki mendekati golongan wanita untuk berniat jahat lakukan seks, selepas mendapat seks yg dia mahukan maka dia nak carikan wanita lain untuk benda yg sama, jadi cuba dapatkan kenal pasti motifnya kali pertama dia cuba nak dekati kamu untuk seks atau cinta, berbaloi ke kamu menangis untuk laki yg cuma mahukan hubungan seks tapi bukan ikhlas mencintaimu. katakan saja blah…. pada awal perhubungan…. jika dia benar benar mencintaimu maka kamu akan nampak keikhlasanya pada akhirnya. Allah pun menguji umatnya, ini pula kes cinta, tanpa ujian semuanya tak ke mana mana, nyata cinta pandai tawar dan hilang akhirnya anda akan dapati kebenaranya all the way for nothing. thanksy laa veery mucshi.