Hidup Ini Bukan Telenovela

Hidup

Hidup | favela telenovela_by tanja 1983 (devianart)

Hidup kita ini bukan siri telenovela

bukan juga siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang melulu dalam mencari mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.

Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu. Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar.

Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.

Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada.

Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya.

Bersikaplah biasa dan sederhana, serta singkap kelemahan kita. Kelemahan dalam penjagaan akhlak, kelemahan dalam menjaga hijab.

Hijab yang longgar memudahkan mata yang seharusnya jinak, tiba – tiba melawan. “Aku ingin melihatnya,wajah cantik disebalik tudungnya”

Dari sesi inilah semuanya bermula. Kalau kita cepat sedar, pandangan itu mungkin tidak akan berlanjutan lama. Ia akan menghendap dan hanya berhenti pada perasaan sekadar suka.

Namun bila syaitan lebih bijak mengipas-ngipas perasaan, siri lanjutan perasaan tentu sangat kalut dan mengharukan.

Hati diajar berkali-kali oleh rasa sayang yang tidak terubat. Bagaimana kalau kita simpan sahaja semua itu?

Kemudian kembali kepada Allah dalam niat yang tulus, bahawa hanya kita mencintai atas nama Allah. Berharap bila jatuh hati, maka hati inilah yang digerakkan Allah.

Bukan kerana diri yang nekad melampaui batas, bukan juga kerana kebosanan yang berbalut ketidaksengajaan dan kepura-puraan.

.

Kerana Seorang Lelaki

Mungkin kah lelaki adalah dugaan bagi hidup seorang perempuan?

kerana lelaki, tudung ditanggalkan

kerana lelaki, usrah dijauhi

kerana lelaki, ibu bapa ditinggalkan

kerana lelaki, terlanjur menggadai maruah diri

Kenapa wanita selalu tewas kepada lelaki?

Apakah wanita terlalu bodoh sehingga selalu menjadi mangsa kepada lelaki?  

Tidak. Wanita tidak bodoh. Buktinya, tidak perlu diperjelaskan, lihat sahaja dipusat pengajian tinggi IPTA & IPTS.

Cuma sebenarnya, kita lemah.

Ya, lemah. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu, perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki.

Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian. Lelaki walau muka buruk macam mana pun, kalau mulut manis, Neelofa pun dia boleh dapat - itu kenyataan.

Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.

Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.

Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan kata – kata daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian. Nilailah kata – kata seseorang lelaki itu berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli.

Nilailahkan secara matang. Saya tahu ujian cinta itu berat.

Inilah sebuah kebingungan hati. Disaat kecerdasan akal kita diuji, mampukah kita untuk tetap bijak memilih keputusan disaat perasaan dibuai oleh dahsyatnya pesona cinta seorang lelaki?

Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? Tidak ramai yang mampu menjawab secara yakin.

Mohonlah kepada Allah agar hati kita dikuatkan untuk menghadapi dugaan – dugaan sebegini.Tidak memikirkan kekasih hati.

Tidak hanyut dalam perasaan hati dan kegelisahan jiwa, tetapi tenang dalam mengambil keputusan.

output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,248 other subscribers

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *