4 Cara Mujarab Merawat Penyakit Hati

Penyakit hati

Penyakit hati

Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang.

Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.

Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.  

Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Penyakit hati Penyakit Paling Bahaya

Bagi saya, diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya. Kerana apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi terhadap dosa.

Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan.

Contoh penyakit hati?

Liat mengerjakan solat juga penyakit hati. Semuanya berpunca daripada nafsu

Nafsu yang   mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba. Ada yang bertanya, apakah itu nafsu?

Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah ( ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat.

Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini.

Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri

Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya.

Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati :

1. Tidak Banyak Bercakap

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.

Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya.

Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati

Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.

 Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan. Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung. 

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 1,820 other subscribers

EarthSecret

Comments

  1. says

    isteri saya tak nak bersama ngan saya kerana dia kata tak de hati ngan saya mcm mana nak solve
    problem. Saya sunggu risau keadaannya sebagai seorang suami

  2. nora says

    Salam. Cuma nk berkongsi pngalaman. Saya telah mnjadi mangsa kepada boss yang mempunyai penyakit hati. Setiap hari dia akan melepaskn marah wpun pada perkara keci. Sentiasa buruk sangka seronok bercakap pasal keaiban org di depan khalayak. Disbbkk terlalu stress dgn kerja yg byk & cara boss yg x profesional sy telah meletakkan jawatan. selepas bertenang sy tlh menarik surat & berjumpa dgn nya. Dia setuju ttp tlh mngenakn beberapa syarat. Akhirnya saya pasrah tiada rezeki. Doa sy semoga akan mndapat kerja baru & boss baru yg lebih baik. Moga dimakbulkn Allah.

  3. nora says

    Salam. Cuma nk berkongsi pngalaman. Saya telah mnjadi mangsa kepada boss yang mempunyai penyakit hati. Setiap hari dia akan melepaskn marah wpun pada perkara keci. Sentiasa buruk sangka seronok bercakap pasal keaiban org di depan khalayak. Disbbkk terlalu stress dgn kerja yg byk & cara boss yg x profesional sy telah meletakkan jawatan. selepas bertenang sy tlh menarik surat & berjumpa dgn nya. Dia setuju ttp tlh mngenakn beberapa syarat. Akhirnya saya pasrah tiada rezeki. Doa sy semoga akan mndapat kerja baru & boss baru yg lebjh baik. Moga dimakbulkn Allah.

  4. Man Rempit says

    Betui tu saya setuju…cuma x tau yang mana satu nak diutamakan…terlebih dahulu…? Poning kepalo pak cik. Jap lagi pi rempit laaa..

  5. says

    hmmm, banyak benda yang nak ‘ditundukkan’ ni bagi merawat penyakit hati. insyaallah, kita buat yang terbaik untuk berubah ke arah kesempurnaan pada jalan Allah

    • says

      memang banyak, tapi kita boleh lakukan secara step by step.. yang penting kita istiqamah dalam terus memperbaiki diri..

      Insyaallah:)

      • Nor Ain Binti Gitol says

        hurmmmm….pda 11/07/2012..sya ain,tiba2 jerr terbuka pintu hati sya tadi nak baca cara merawat penyakit hati ni…sejujurnya sya cakap,sya mempunyai penyakit hati seperti yg tertulis kat atas tu,slpas ni sya akn cuba utk merawat hati,insyallah….tak ader manusia yg tak pnah buat salah kan…urmm…

      • [email protected] says

        bg sy semua manusia ada pnykit hati just cra dia mngwal pnykit hati trsbt..yee btul sy pon nak mrawat hati sy..insyaallah kita boleh,,jnj istiqamah amin3x

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *