4 Cara Mujarab Merawat Penyakit Hati

Penyakit hati
Penyakit hati

Setiap manusia tentu memiliki hati.

Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang.

Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji.

Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.

Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.  

Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Penyakit hati Penyakit Paling Bahaya

Bagi saya, diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya.

Kerana apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi terhadap dosa.

Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan.

Contoh penyakit hati?

Liat mengerjakan solat juga penyakit hati.

Semuanya berpunca daripada nafsu

Nafsu yang mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba. Ada yang bertanya, apakah itu nafsu?

Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah (ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia.

Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat.

Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini.

Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang.

Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri

Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya.

Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati:


1. Tidak Banyak Bercakap

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras.

Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.


2. Jaga Emosi dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang.

Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.

Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya.

Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.


3. Selalu Mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain.

Selain itu zikir, doa dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.


4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati

Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit-penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah SWT

 Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan.

Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung. 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

48 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Melyia
Melyia
4 bulan yang lalu

assalammualaikum , saya sekadar nk luahkan apa yg saya rasa . saya ada penyakit iri dengki dgn memandang rendah terhadap org yg sgt mendalam , saya sekarang buntu nak rawat hati saya balik . kadang rasa tak tenang dgn ada penyakit yg mcm ni

Abu dzar
Abu dzar
3 tahun yang lalu

Cadangan untuk diri saya jaga solat 5 waktu berjemaah di masjid bagi lelaki,banyak baca al quran,banyakkan selawat dan duduk dengan orang soleh jgn dudk berseorangan walau jahat mcmna pon duduk lah bersma orang² soleh antara untuk diri saya saya keluar jemaah dakwah dudk bersama mereka 3 hari,40 hari insyaallah allah tarbiah didik kita wallahu alam doa untuk saya

Faris
Faris
6 tahun yang lalu

https://chat.whatsapp.com/8sQLNjJeSw268zdsL5uKjo

Join group wasapp siapa rasa dia ada penyakit hati…
Saya juga ada penyakit hati tapi dalam masa yang saya ada social anxiety atau sosial fobia…

Seri Ardinie Balqis binti Anuar
Seri Ardinie Balqis binti Anuar
Reply to  Faris
2 tahun yang lalu

sy nak join groupp

joe labu
joe labu
7 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya ingin minta pendapat dari yang berilmu, kalian semua. Saya rasa saya mempunyai penyakit hati, atau english dia ‘narcisisstic’ saya rasa. Ini ialah luahan saya, saya selalu meninggalkan solat, saya tidak sabar dengan puasa kerana saya ingin mengekalkn berat badan, saya rasa ini beban kerana perlu puasa. Saya selalu permainkan perasaan perempuan atas keinginan saya sendiri, saya selalu manipulate cerita terhadap orang, untuk kehendak saya sendiri. terutama kepada perempuan2. Saya tahu ini sangat salah, dan sy sgt2 ingin ubati perkara ini, saya tau saya islam dan saya ingin merubah hidup saya dan menjadi orang yang normal dan beriman. Tapi saya sering tidak dapat melakukannya, apakah yang sy harus buat , mohon..

Aman
Aman
Reply to  joe labu
4 tahun yang lalu

Waalaikumusalam shabatku ? ini skdar prkongsian saya So, 1prkra shja yg prlu kita lkukan perlu solat jaga solat wjib5 tu dulu ??solt akn mncghkan kita dri dosa in sha allah ?

Nik
Nik
7 tahun yang lalu

Salam….bagaimna nk merawat pnyakit hati yg berupa dndam atau persaan yg dipendam trbuku di hati membiatkn kita merasa bnci dan xsuka pda seseorg…..bagaimna mengubat pnyakit hati ini…

Aman
Aman
Reply to  Nik
4 tahun yang lalu

Perlu kepada Solat wjib dulu jaga dulu yg yu in sha allah berksan jgalah hak allah allah akn jaga kita ????

Sekepinghati
Sekepinghati
8 tahun yang lalu

Bila sy baca benda ni… seriously saya rasa teruk gila as if semua benda yg saya buat tak betul, salah, semua x kena. Benci org sekeliling, saya ada satu paranoid yg org2 yg rapat dgn sy adalah backstabber, susah nak percaya orang, all those things buatkn saya menjauh dari orang sekeliling… i prefer to be alone. Dan sy mula benci diri dan perkara2 yg berlaku pada diri saya. Sy mencari jln pyelesaian.. tp yg sy perlukn skrg adalah kekuatan org tdekat. Masalahnya, org tdekat pun xboleh jd tmpt bgntung…
Entahlah saya pun dh buntu.
Cuma boleh x kalau ada yg sudi mmbantu cuba bgtau apa lgkh ptama yg sy boleh lakukan.

amirul
amirul
Reply to  Sekepinghati
7 tahun yang lalu

Assalamualaikum saudara…jangan bersedih…sungghpun hati itu adalah organ yang paling sensitif dalam badan manusia…tapi hati boleh didik dengan kesabaran… ketahuilah sesungguh kesabaran itu adalah separuh daruli iman…. iman adalah keyakinan dalam hati .ramai masih tak faham apa itu ertinya sabar .apa yang saya nk beritahu bahawa sabar adalah kekuatan dalam iman. Bila iman ada kekuatan maka kuat lah hati .jangan la saudara benci pada diri sendiri .benci pada keburukan dalam hati kita memang bagus tapi ia takkan selesaikan masalah.benci hanyalah perasaan .orang lain tkkn faham apa yang kita rasa kerana dia tak tahu apa kita rasa. Tu la kekurangan manusia. Tapi oramg selalu benda ti terpulang diri semdiri … ya….tapi bagaimana? Tu persoalannya.
.ianya terpulang kepada keyakinan kita.ia adalah rahsia fikiran. Fikirkan keyakinan nescaya ia dirasai oleh hati.fikirkan untuk mengetepikan segala keegoan yang menjadi penyebab perangai buruk kita selama ini .itu la rahsia yang saya..assalamualaikum..wallahua’lam….

Elite Group Loan
Elite Group Loan
8 tahun yang lalu

Perhatian :::::

Kami adalah bersertifikat, dapat dipercaya, handal, efisien,
dinamis dan cepat terpercaya, bekerja sama pemodal untuk real estate dan segala jenis pembiayaan usaha
kami mengeluarkan pinjaman jangka panjang
Kami menawarkan jenis pinjaman dan banyak lagi:

Pinjaman Pribadi (pinjaman tanpa jaminan)
Pinjaman Bisnis (pinjaman tanpa jaminan)
Pinjaman konsolidasi
Kombinasi kredit
Perbaikan rumah
Silakan, jika Anda suka dan minat dalam penawaran keuangan kami,
Silahkan hubungi kami
melalui e-mail: [email protected]

Tlg saya
Tlg saya
8 tahun yang lalu

Assalamualaikom…sy nk bertanya pada yg dpt membantu…xksh walaupon drpd mcm mna peribadi seseorang tu…okay…saya sbnrnya sgt takut dgn apa yg berlaku dgn hati saya skarang…hati sya skarang seolah2 kosong dan langsung xdk keinginan utk mlakukan perubahan padahal sy rasa sy dh byk terima musibah dgn apa yg trjadi…shggakn sy jd xbtol kdg2 tu memikirkn hati sy yg sy rasa dh hitam…sya merayu pada sesiapa yg dpt membantu mslh sy…sy nk tulis ni pon sy rasa mcm xdk apa2 hati dan perasaan…sy mohon sgt ada ustaz atau ustazah yg dpt mmbantu saya…sy sgt tkutkn satuu hari nnty sy mati dlm keadaan yang hina….

Aman
Aman
Reply to  Tlg saya
4 tahun yang lalu

Waalaikumusalam saudaraku ?Mohon jaga solat wjib dulu dan istiqfar in sha allah hati akn bersih kembli ???

nur allah
nur allah
8 tahun yang lalu

Macam mana nak kawal hati dan nafsu??

Aman
Aman
Reply to  nur allah
4 tahun yang lalu

Jaga Solat wjib dulu dan mohon keampunan drpd allah ?????????☄️☄️☄️⚡⚡⚡

siti sarah
siti sarah
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum saya nak tanya.. Macam mana nak kawal nafsu seks ye?? Dan macam mana nak buang sikap malas dalam diri saya ni yang susah sangat nak cukup solat 5waktu .. Tolong ustaz/ustazah .. Tq

Nik
Nik
Reply to  siti sarah
7 tahun yang lalu

Byakkn istifar saudri dan jauhi kwan bnda yg menjerumuskan kt kearah itu…sy pnh almi bnda yg saudari alami…

Aman
Aman
Reply to  Nik
4 tahun yang lalu

Btul tu bersihkn hati dgn istifar in sha allah dan jaga solat ini printah wjib oleh allah yg membri kita makan dan khdpan ????