SELAWAT SOLAT TARAWIH (Bacaan Bilal, Imam & Makmum)

Bacaan bilal dan selawat Solat Tarawih

Panduan ini menghimpunkan bacaan bilal, jawapan makmum dan doa imam di antara rakaat Solat Tarawih 8 rakaat, mengikut susunan yang lazim di masjid dan surau di Malaysia.

Setiap bacaan disertakan tulisan Arab, rumi, maksud dan audio, supaya anda dapat mengikutinya walaupun belum lancar membaca Arab. Jika masjid anda mengerjakan 20 rakaat, susunan penuhnya ada dalam panduan selawat Tarawih 20 rakaat.

Ringkasan

Selawat dan zikir yang dibaca bilal di antara rakaat Tarawih bukan sebahagian daripada solat. Ia zikir untuk mengisi waktu rehat, dan hukumnya harus. Tarawih tetap sah tanpanya.

  1. Pembukaan: Bilal bertasbih dan berselawat, makmum menjawab, kemudian bilal menyeru solat Tarawih.
  2. Selepas rakaat 2 dan 6: Fadhlan minallahi wa ni’mah, dua selawat, dan taradhi untuk khalifah pertama dan ketiga.
  3. Selepas rakaat 4 dan 8: Subhanal malikil ma’bud, tiga selawat, doa, dan taradhi untuk khalifah kedua dan keempat.
  4. Selepas rakaat 8: Doa Kamilin, kemudian bilal menyeru solat Witir.
  5. Selepas Witir: Wirid, doa penutup dan niat puasa untuk esok hari.

Mahu salinan untuk dibawa ke masjid? Dapatkan PDF panduan ini secara percuma melalui emel.

Baca Sepenuhnya

PANDUAN SOLAT TARAWIH (Niat, Cara, Doa Tarawih Rumi & PDF)

cara solat tarawih sendiri di rumah

Panduan solat Tarawih ini menerangkan cara mengerjakannya di rumah secara langkah demi langkah, bermula daripada niat dan bilangan rakaat hingga doa selepas Tarawih (Doa Kamilin) dan Witir. Panduan untuk yang solat di masjid turut disediakan.

Setiap bacaan disertakan teks Arab, transliterasi rumi, maksud dan audio. Hukum-hakam dijelaskan menurut Mazhab Syafi’e yang lazim diamalkan di Malaysia, termasuk panduan khas untuk wanita dan untuk yang mengimamkan keluarga.

Jika anda baru belajar, 8 rakaat sudah memadai sebagai permulaan. Yang penting, setiap dua rakaat diakhiri dengan salam dan dikerjakan dengan tenang.

Ringkasan

Tarawih boleh dikerjakan di rumah, seorang diri atau bersama keluarga. Caranya dua rakaat, satu salam, diulang sehingga cukup 8 atau 20 rakaat, kemudian ditutup dengan Witir.

  1. Waktu: Selepas solat fardu Isyak hingga sebelum masuk Subuh. Di rumah, anda boleh memilih masa yang sesuai, termasuk lewat malam.
  2. Niat: Dalam hati ketika takbiratul ihram, pada setiap dua rakaat: Uṣallī sunnatat-tarāwīḥi rak‘ataini lillāhi ta‘ālā.
  3. Setiap dua rakaat: Sama seperti solat sunat biasa. Bacaan al-Fatihah dan surah sunat dinyaringkan.
  4. Selepas setiap empat rakaat: Berehat seketika dan isi dengan zikir, selawat atau doa.
  5. Penutup: Doa Kamilin, kemudian Witir. Lazimnya 3 rakaat: dua rakaat satu salam, kemudian satu rakaat satu salam.

Penting: Empat rakaat dengan satu salam tidak sah sebagai Tarawih dalam mazhab Syafi’e. Pastikan setiap dua rakaat diakhiri dengan salam.

Mahu salinan untuk dibawa ke masjid? Dapatkan PDF panduan ini secara percuma melalui emel.

Baca Sepenuhnya