IKHFA HAQIQI (Panduan Tajwid Asas Lengkap)

cover ikhfa haqiqi

Apakah itu Ikhfa Haqiqi?

Artikel ini akan menerangkan secara lengkap berkaitan topik ikhfa haqiqi, hukum cara bacaannya dan berserta contoh.

Apa yang menarik:

Diakhir panduan ini, saya turut menyediakan kuiz ringkas bagi menguji kefahaman anda berkaitan topik ini.

Maksud Ikhfa Haqiqi

Apakah yang dimaksudkan dengan ikhfa?

Ikhfa’ ( إِخْفَاءٌ ) dari sudut bahasa bermaksud: Tersembunyi.

Manakala dari sudut istilah ilmu tajwid pula, ikhfa’ ialah membaca atau menyebut huruf (bertanda mati) dengan sifat bacaan antara izhar dan Idgham tanpa sabdu, serta mengekalkan sifat dengung huruf pertama.

Menurut takrif istilah lain:

— Menyembunyikan huruf pertama pada huruf kedua serta mengekalkan sifat dengungnya dengan sifat bacaan antara izhar dan idgham.

Dinamakan ikhfa’ haqiqi ( إِخْفَاءٌ حَقِيقِي ) kerana menyebut nun mati ( ن ) atau tanwin (ــــًــــٍـــــٌـــ) di antara bacaan izhar dengan bacaan idgham, serta didengungkan dengan kadar panjang dua harakat.

Ikhfa’ : Menyembunyi
Haqiqi : Sebenar

Huruf Ikhfa Haqiqi

Berapakah huruf ikhfa’ haqiqi?

Terdapat 15 huruf ikhfa haqiqi, iaitu:

  1. ت  
  2. ث
  3. ج
  4. د
  5. ذ
  6. ز
  7. س
  8. ش
  9. ص
  10. ض
  11. ط
  12. ظ
  13. ف
  14. ق
  15. ك

Huruf-huruf ini boleh dihimpunkan dalam rangkai kata:

سَتُجْزَ صَدُّكَ فَثِقْ ضَطَظٍ شَذَّ

Nota:

Untuk memudahkan anda ingat, huruf ikhfa haqiqi adalah huruf yang selain dari huruf izhar halqi  (ء ه ع غ ح خ), idgham (ي ن م و ل ر) dan iqlab (ب) daripada 28 huruf Hijaiyyah.

Kesimpulan:

Hukum dan jumlah huruf bagi Nun Sukun dan Tanwin adalah sebagai berikut:

1

Izhar Halqi

6 Huruf

2

Idgham

(i) Idgham Maal Ghunnah

4 Huruf

(ii) Idgham Bila Ghunnah

2 Huruf

3

Iqlab

1 Huruf

4

Ikfha' Haqiqi

15 Huruf

Jumlah Huruf Hijayyah

28 Huruf

Hukum Dan Cara Bacaan Ikhfa’ Haqiqi

Apakah hukum bacaan bagi Ikhfa’ Haqiqi?

Apabila terdapat Nun Mati ( نْ ) atau Tanwin (ـــًـــٍـــٌ) bertemu dengan salah satu huruf  ikhfa’ yang lima belas, maka hukum bacaannya adalah dibaca antara izhar dan idgham tanpa sabdu serta didengungkan sekadar dua harakat.

Antara syarat berlakunya ikhfa’ adalah:

  1. Bagi nun yang mati, ikhfa’ boleh berlaku dalam 1 perkataan seperti (كُنتُمْ) atau dua perkataan seperti (منْ ذَهَبٍ)
  2. Bagi tanwin, ikhfa’ hanya berlaku dalam dua perkataan seperti (قَوْلًا ثَقِيلًا)

Contoh-contoh ikhfa haqiqi boleh dilihat dibawah:

Contoh-Contoh Ikhfa’ Haqiqi

Bil Huruf Nun Mati Tanwin
Satu Perkataan Dua Perkataan
1 ت

يَـنتَـظِرُ

مَن تَزَكَّيٰ

عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا

2 ث

وَٱلْأُ نثَـيٰٓ

مِن ثَقُلَتْ

يَو مًا ثَ قِيلًا

3 ج

وَ أَنـجيْنَا

مِّن جِنَّةٍ

أُمَّةٍ جَارِثِيَةٍ

4 د

أَندَادًا

مِن دَسَّـٰهَا

مُّسْتَقِيمٍ دِينًا

5 ذ

ءَأَنذَ رْتَهُمْ

مِّن ذَهَبٍ

يَوْمٍ ذِي

6 ز

وَأَنزَلَ

مَن زَكَّـٰهَا

يَوْمَئِذٍ زُرْقًا

7 س

تَنسَـيٰٓ

مِّن سِجِّيلٍ

زُلْفَةً سِيٓئَتْ

8 ش

أَنشَـرَهُو

مِن شَـٰفِعِينَ

رَسُولًا شَـٰهِدًا

9 ص

يَنصُـرْكُمْ

عَن صِدْقِهِمْ

صَفًّا صَفًّا

10 ض

مَّنضُودٍ

مِن ضَـرِيعٍ

مَسْجِدًا ضِـرَارًا

11 ط

يَـنطَلِقُ

مِن طَيِّبَـٰتِ

وَنَخْلٍ طَلْعُهَا

12 ظ

ٱلْمُنظَرِينَ

مَنْ ظُلِمَ

قُوْمٍ ظَلَمُوٓاْ

13 ف

أَ نفُسَهُمْ

مِن فَضْلِهِ

أَجْرٍ فَهُوَ

14 ق

مُنقَلَبٍ

مِن قِطْمِيرٍ

شَيْءٍ قَدِيرٌ

15 ك

وَمِنكَ

إِن كَذَّبَ

خَيْـرًا كَثِيرًا

Contoh Berserta Penjelasan

Contoh

Keterangan

Hukum bacaannya Ikhfa’ Haqiqi kerana nun sukun bertemu dengan huruf Ikhfa’ ( ص )

Hukum bacaannya Ikhfa’ Haqiqi kerana nun sukun bertemu dengan huruf Ikhfa’ ( ق )

Hukum bacaannya Ikhfa’ Haqiqi kerana nun sukun bertemu dengan huruf Ikhfa’ ( ك )

Hukum bacaannya Ikhfa’ Haqiqi kerana nun sukun bertemu dengan huruf Ikhfa’ ( د )

Hukum bacaannya Ikhfa’ Haqiqi kerana nun sukun bertemu dengan huruf Ikhfa’ ( س )

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Shafiqaizad
Shafiqaizad
7 bulan yang lalu

Assalam ustaz nak bertanya kenapa nun mati tu xde tanda,ade ayat tu ade sukun,tp kenapa nun mati xde tanda..maaf atas kejahilan ini

Mariam
Mariam
Reply to  Shafiqaizad
3 bulan yang lalu

Saya fikir tidaklah payah ada tanda sebab nunnya sudah mati. Maka nun mati.