Apakah maksud Iqlab?
Panduan ini akan menerangkan secara lengkap berkaitan topik iqlab, hukum bacaannya berserta contoh-contoh.
Soalan berupa kuiz ringkas juga turut disediakan pada akhir pelajaran untuk menguji kefahaman anda mengenai topik ini.
Mari kita mulakan..
Maksud Iqlab
Iqlab ( إِقْلَابٌ ) dari sudut bahasa bermaksud “menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain“, atau “memalingkan sesuatu kepada yang lain” .
Dari sudut istilah ilmu tajwid pula, iqlab terjadi apabila nun mati ( ن ) atau tanwin (ــًــٍــٌـ) bertemu huruf Ba’ ( ب ) — maka ditukarkan bunyi nun mati ini ( ن ) kepada bunyi mim ( م ) dan didengungkan dengan kadar panjang dua harakat.
Ia diberi hukum bacaan Iqlab kerana susah mendatangkan dengung serta mengizharkan nun sukun atau tanwin, kemudian menutup dua bibir mulut kerana huruf ba’ ( ب ).
Dan juga susah mengidghamkannya, kerana ia berlainan makhraj dengan ba’, dan kurang munasabah, maka ditentukan dengan sifat bacaan Ikhfa’, di mana menukarkannya menjadi mim, kerana mim berkongsi makhraj dengan ba’, dan berkongsi sifat dengung dengan nun.
Huruf Iqlab
Huruf iqlab ada satu sahaja iaitu Ba’ ( ب )
Hukum Dan Cara Bacaan
Apabila nun mati (sukun) atau tanwin bertemu dengan huruf iqlab ( ب ), maka ia wajib ditukarkan kepada bunyi mim ( م ) pada lafaz bacaan.
Kemudian ia di-ikhfa’-kan (disembunyikan) di sisi huruf ba’ ( ب ) serta mengekalkan sifat dengungnya dengan sempurna dua harakat (bibir tidak rapat).
Dalam al-Quran Rasm ‘Uthmani bacaan iqlab diberi tanda mim kecil.
Bagi menyebut qalb yang betul, seseorang itu mestilah melalui tiga cara berikut:
Contoh Iqlab
Iqlab terjadi dalam satu perkataan mahupun dua perkataan sama ada pada nun mati atau tanwin.
Contohnya boleh dilihat pada jadual di bawah:
Contoh Dalam Al-Quran
Antara contoh-contoh Iqlab dalam al-Quran adalah seperti berikut:
1. Surah al-Baqarah ayat 182. Surah al-Baqarah ayat 27
3. Surah al-Baqarah ayat 31
Berkaitan:
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum, bolehkah saya nak dapatkan pdf?
Syukran Jazilan atas perkongsian yang bermanfaat..
Wow saya dapat belajar dengab ini ty.
Usaha yang baik, teruskan perjuangan semoga di redho oleh Allah..
Mana soaalan tuan untuk iqlab
Maaf, buat masa sekarang pihak kami menghadapi masalah teknikal untuk memaparkan quiz.
Masalah ini sedang diperbaiki dan insyaAllah akan dipaparkan apabila masalah teknikal ini selesai.
mana kuiznya?? huhuhu :(
Oh ya kemana menghilangnya.. Nanti saya troubleshoot masalah ini.
Seronok menjawab soalan
Terima kasih atas ilmu nya..moga mendapat balasan yang baik dari Allah s.w.t atas asbab kebaikan ini..jazakkallah.
Terima kasih atas usaha yang sangat baik. Sangat membantu saya