HURUF HIJAIYYAH (Bilangan, Cara Sebutan & Sifat Huruf)

Apakah yang dimaksudkan dengan Huruf Hijaiyyah?

Huruf hijaiyyah adalah abjad bahasa arab. Huruf-huruf inilah yang akan membentuk kalimah dan ayat Al-Quran. Ia ditulis dari kanan ke kiri.

Bilangan keseluruhan huruf hijaiyyah adalah 29 huruf kesemuanya.

Bilangan Huruf Hijaiyyah Dan Cara Sebutannya

Jumlah bilangan huruf hijaiyyah dan cara sebutannya dipaparkan dalam jadual di bawah:

BilHuruf HijaiyyahCara Sebutan
1اAlif
2بBa
3تTa
4ثTsa
5جJim
6حHa
7خKho
8دDal
9ذDzal
10رRo
11زZai
12سSin
13شSyin
14صSod
15ضDhod
16طTha
17ظZ
18عAin
19غGhain
20فFa
21قQaf
22كKaf
23لLam
24مMim
25نNun
26وWaw
27Ha
28ءHamzah
29يYa

Sebutan Huruf Hijaiyyah Apabila Mempunyai Baris

Bagaimana baris memberi kesan terhadap sebutan huruf hijaiyyah?

Apabila huruf-huruf hijaiyyah ini diletakkan baris, seperi baris atas, bawah atau depan – maka sebutan vokal huruf-huruf ini juga akan turut berubah.

Tiga baris asas adalah:

  1. Baris Atas (Fathah) ⇾ ـَ
  2. Baris Bawah (Kasrah) ⇾ ـِ
  3. Baris Hadapan (Dhommah) ⇾ ـُ
Nota

Baris atas (fathah) adalah diambil dari huruf ا maka bacaannya adalah seakan vokal a

Baris bawah (kasrah) pula diambil dari huruf ي maka bacaannya adalah seakan vokal i

Manakala Baris Depan (Dhommah) diambil dari huruf و maka bacaanya adakah seakan vokal u

Contoh bacaan:

تَ (Ta)
تِ (Ti)
تُ (Tu)

Selain daripada baris asas diatas, sebutan huruf hijaiyyah juga berubah apabila bertemu tanda-tanda lain seperti:

  • Baris dua hadapan (Dhommatain) ـٌ
  • Baris dua bawah (Kasratain)  ـٍ
  • Baris dua atas (Fathatain)  ـً
  • Baris sabdu (Shaddah) ـّـ
  • Baris mati (Sukun) ـْـ
  • Alif Kecil (Alif Maddah) ــٰ
  • Tanda panjang (Mad)

Tempat Keluar Huruf (Makhraj Huruf Hijaiyyah)

Apakah maksud makhraj?

Makhraj ialah tempat menahan / menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan.

Menurut pendapat imam al-Khalil Bin Ahmad dan kebanyakkan ahli qiraat dan ulama nahu seperti Imam Ibn Al-Jazari, tempat keluar huruf hijaiyyah terbahagi kepada 5 bahagian:

  1. Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong (al-Jauf ٱلْجَوْفُ) — hurufnya adalah: ا و ي
  2. Bahagian kerongkong (al-Halq ٱلْحَلْقُ) — hurufnya adalah: ء ە ح ع خ غ
  3. Bahagian Lidah (al-Lisan ٱللِّسَانُ) — hurufnya adalah: ت ث ج د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ق ك ل ن ي
  4. Bahagian bibir mulut (asy-Syafatan ٱلشَّفَتَانُ) — hurufnya adalah: ف و ب م
  5. Bahagian pangkal hidung (al-Khoisyum ٱلْخَيْشُومُ) — hurufnya adalah: ـٌ ـٍـً / نْ مْ

Kemudian daripada lima tempat ini, ia dipecah-pecahkan menjadi sebanyak 17 bahagian makhraj.

Penerangan berkaitan makhraj ini akan diterangkan dalam panduan seterusnya.

Sifat-Sifat Huruf Hijaiyyah

Apakah maksud sifat huruf?

Maksud sifat-sifat huruf adalah perkara-perkara yang terjadi atau berlaku kepada huruf yang ketika diucapkan atau ketika keluar dari makhrajnya.

Dalam ilmu tajwid, sifat bagi setiap huruf adalah perkara yang perlu diperhatikan dengan betul, kerana ia sangat penting untuk menentukan huruf itu boleh di-idgham-kan atau disatukan ke dalam mana-mana huruf lain, atau sebaliknya.

Dalam perkara ini, para ulama tajwid menyenaraikan 17 sifat bagi huruf-huruf abjad arab (hijaiyyah) yang mana antara sifat-sifat ini terbahagi pula kepada dua bahagian, iaitu:

  1. Sifat-sifat berlawan
  2. Sifat-sifat tidak berlawanan

Dua bahagian sifat huruf hijaiyyah ini saya akan terangkan pada bahagian di bawah ini ?⇣

Bahagian Pertama

Sifat-Sifat Berlawanan

Bahagian pertama adalah sifat-sifat yang berlawanan. Sifat-sifat yang berlawanan ada 5 kumpulan iaitu:

1. al-Jahr (ٱلْجَهْرُ) lawannya al-Hams (ٱلْهَمْسُ)

  1. Jahr menurut bahasa: Nyaring

    Maksudnya ialah keluarnya suatu huruf dalam keadaan tersekatnya nafas ketika menyebutnya dengan tekanan kuat pada makhrajnya.

    Huruf-huruf bagi ketegori ini ada 18 iaitu:
    ب ج د ذ ر ز ض ط ظ ع غ ل م و ي ق ن ء

  2. Hams menurut bahasa: Sembunyi

    Maksudnya huruf yang keluar dengan keadaan terlepas, kerana tidak memberikan penekanan kepada makhraj huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 10 iaitu:
    ت ث ح خ س ش ص ف ه ك

2. asy-Syiddah (ٱلشِّدَّةُ) lawannya ar-Rakhawah (ٱلرَّخَاوَةُ)

  1. Syiddah menurut bahasa: Kuat

    Maksudnya ialah huruf yang keluar dengan terhimpit nafasnya ketika menyebutkan huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 8, iaitu:
    ا ب ت ج د ط ق ك

  2. Rakhawah menurut bahasa: Lembut

    Maksudnya ialah terlepasnya suara ketika menyebutkan suatu huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 16, iaitu:
    ث ح خ ذ ر ز س ش ص ض ظ ع غ ف و ي

3. Isti’laa’ (ٱلاِسْتِعْلَاءُ) lawannya Istifaal (ٱلاِسْتِفَالُ)

  1. Isti’la’ menurut bahasa: Meninggi

    Maksudnya ialah terangkatnya lidah ke lelangit hingga memenuhi mulut ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 7 iaitu:
    خ ص ض غ ط ق ظ
  2. Istifaal menurut bahasa: Merendah

    Maksudnya ialah terangkatnya lidah ke lelangit, ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 21, iaitu:
    ا ب ت ث ج ح د ذ ر ز س ش ع ف ك ل م ن و ه ي

4. Ithbaq (ٱلإِطْبَاقُ) lawannya Infitah (ٱلاِنْفِتَاحُ)

  1. Ithbaq menurut bahasa: Menutup / Mendempik

    Maksudnya ialah meletakkan lidah dan mengatupnya pada lelangit, ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 4 iaitu:
    ص ض ط ظ

  2. Infitah menurut bahasa: Membuka

    Maksudnya ialah merenggangkan lidah dari lelangit, supaya nafas boleh keluar ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 24, iaitu:
    ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ع غ ف ق ك ل م ن و ه ي

5. Izlaq (ٱلْإِذْلَاقُ) lawannya Ishmat (ٱلْإِصْمَاتُ)

  1. Izlaq menurut bahasa: Tergelincir / Melepas

    Maksudnya ialah huruf yang senang dan mudah disebut, kerana semua makhrajnya terletak di sekitar hujung lidah dan bibir mulut.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 7 iaitu:
    ا ب ر ف ل ن م

  2. Ismat menurut bahasa: Tertegah

    Maksudnya ialah huruf yang sukar diucapkan dan tidak dapat disebut dengan mudah.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 22 iaitu:
    ا ت ث ج ح خ د ذ ز س ش ص ض ط ظ ع غ ق ك و ه ي
Bahagian Kedua

Sifat-Sifat Yang Tidak Berlawanan

Huruf-huruf yang mempunyai sifat jenis ini ada 7 kategori, iaitu:

  1. As-Sofir (Berdesir)
  2. Al-Lin (Lembut)
  3. Al-Inhiraf (Melentur)
  4. Al-Takrir (Berulang-ulang)
  5. Al-Istitholah (Berpanjangan)
  6. At-Tafasyyi (Berhamburan)
  7. Al-Qolqolah (Gementar)

Huraiannya adalah seperti dalam jadual di bawah:

Sifat HurufHurufCara Sebutan
As-Sofirز س صMenyebut huruf-hurufnya berserta desiran angin
Al-LinMenyebut huruf-hurufnya dengan lembut dan tidak memberatkan lidah
Al-Inhirafل رmenyebut huruf-hurufnya dengan melengkungkan lidah
Al-TakrirرMenyebut hurufnya getaran hujung lidah serta berulang
Al-IstitholahضMenyebut hurufnya dengan tepi lidah secara memanjang
Al-TafasyyiشMenyemburkan angin diantara lidah dan lelangit ketika menyebut hurufnya
Al-Qolqolahج د ط ب
ق

أَجْ أَدْ أَطْ أَبْ أَقْ
Melantunkan bunyi suara sewaktu menyebut huruf-hurufnya ketika waqaf (berhenti) atau bertanda sukun (mati)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nurul
Nurul
1 tahun yang lalu

thankyou !