MAD ASLI (Maksud, Hukum & Contoh Mad Asli)

mad asli

Apakah itu mad asli?

Artikel ini akan menerangkan secara ringkas tetapi lengkap berkaitan mad asli, hukum bacaannya berserta contoh.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Maksud Mad Asli

Apakah maksud Mad Asli?

Mad mengikut istilah bahasa ialah panjang, tambahan atau kelebihan.

Mengikut ilmu tajwid, mad memberi erti memanjangkan sebutan sesuatu huruf mengikut kadar harakat madnya, apabila ia bertemu dengan salah satu dari tiga huruf mad.

Mad asli ( مَدٌّ أَصْلِيٌّ ) adalah Mad yang terhasil apabila huruf yang berbaris atas bertemu alif ( ا ), huruf berbaris bawah bertemu dengan Ya ( ي ) dan huruf berbaris depan bertemu Waw ( و )

Ia bukan disebabkan selepas huruf mad terdapat huruf hamzah ( ء ) atau tanda sukun ( ـْـ )

Ia dibaca dengan kadar panjang dua harakat, sama ada ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya.

Mad Asli juga dikenali dengan nama Mad Tabi’i.

Ini kerana dia sudah menjadi tabiat bagi semua pembaca al-Quran yang mahir/baik tidak mengurangkan kadar madnya dua harakat dan tidak pula melebihi daripada itu.

Selain itu, ia juga dinamakan Mad Zati kerana mad ini memang terdiri daripada huruf madnya (zadnya) sendiri.

Huruf Mad Asli

Terdapat tiga huruf mad, iaitu ا و ي

  1. Alif ( ا ) huruf sebelumnya berbaris di atas. Contohnya قَالَ
  2. Wau ( و ) huruf sebelumnya berbaris hadapan. Contohnya يَقُولُ
  3. Ya’ ( ي ) huruf sebelumnya berbaris di bawah. Contohnya قِيلَ

Hukum Mad Asli

Apakah hukum bacaan untuk mad asli?

Hukumnya adalah ia dibaca dengan kadar dua harakat.

Ukuran panjang bacaan dua harakat dikira dengan dua kali gerak jari, iaitu menggenggam anak jari yang terbuka atau membuka anak jari yang tergenggam secara sederhana.

Begitulah harakat dikira menurut gerakan anak jari, satu harakat adalah dikira satu gerakan anak jari.

1 harakat = 1 gerakan anak jari

Contoh Mad Asli

Berikut adalah contoh-contoh perkataan yang mempunyai mad asli

PERHATIAN: Sila layari halaman ini dengan browser Chrome untuk paparan font yang sempurna.

HurufContoh
ا
فَكُلُواْ مِنْهَا

خَالِصَةً

مَنَاسِكَنَا
و
مَّعْرُوفًا

غَفُورًا

وَقُولُواْ
ي
نَّخِيلٍ

وَٱلذَّٰكِرِينَ

يُقِيمَا

Contoh Mad Asli Dalam Ayat Quran

PERHATIAN: Sila layari halaman ini dengan browser Chrome untuk paparan font Quran yang sempurna.

Berikut adalah contoh-contoh mad asli yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran:

1. Surah al-Baqarah ayat 3

ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ 

2. Surah al-Baqarah ayat 8

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ 

3. Surah al-Baqarah ayat 32

قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ

4. Surah al-Baqarah ayat 37

فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَٰتٍ فَتَابَ عَلَيۡهِۚ

Ujian Kefahaman

Sila jawab soalan-soalan berikut untuk menguji kefahaman anda mengenai Mad Asli

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Mad?

 
 
 
 

2. Bilakah berlakunya Mad Asli?

 
 
 
 

3. Berapakah huruf Mad Asli?

 
 
 
 

4. Berapakah kadar panjang bagi hukum bacaan Mad Asli?

 
 
 
 

5. Tandakan dua ayat yang menunjukkan hukum Mad Asli.  

 
 
 
 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Sapdin
Sapdin
17 hari yang lalu

Saya tanda طسم ada mad asli, kenapa jawapannya X ? huruf ط itu mad asli, ط baris atas bertemu أ itu mad asli juga kan.. طا

Marissa
Marissa
Reply to  Sapdin
12 hari yang lalu

طَسَم xd alif kt ctu

Sapdin
Sapdin
Reply to  Marissa
11 hari yang lalu

Ini kan mad asli tsunai..mad asli dalam huruf muqottoah

Sapdin
Sapdin
Reply to  Sapdin
11 hari yang lalu

Ini kan mad asli tsunai..mad asli dlm huruf muqottoah

Skibidi
Skibidi
23 hari yang lalu

….. Wow

izz
izz
4 bulan yang lalu

sangat bermanfaat,teruskan

Sue
Sue
5 bulan yang lalu

Salam..alhamdulillah..baru terjumpa halaman ini..sgt2 bermanfaat…teruskan ustaz..berkongsi ilmu

sap
sap
1 tahun yang lalu

alhamdulillah sangat bermanafaat