IDGHAM BILA GHUNNAH (Panduan Tajwid Asas Lengkap)

idgham bila ghunnah

Apakah maksud Idgham Bila Ghunnah?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap berkaitan Idgham Bila Ghunnah, hukum bacaannya berserta contoh-contoh. Ia adalah sambungan daripada panduan terdahulu iaitu topik Idgham Maal Ghunnah.

Soalan berupa kuiz ringkas disediakan pada akhir pelajaran untuk menguji kefahaman anda mengenai topik ini.

Mari kita mulakan..

Maksud Idgham Bila Ghunnah

Idgham Bila Ghunnah ( إَدْغَامٌ بِلَا غُنَّةٍ ) bermaksud “memasukkan tanpa dengung”.

Idgham: Memasukkan
Bila: Tanpa
Ghunnah: Dengung

Maka ia boleh difahami sebagai Idgham Tanpa Dengung

Ia juga dinamakan Idgham Kamil ( إِدْغَامٌ كَامِلٌ ) bermaksud yang sempurna kerana huruf dan sifatnya hilang secara sempurna.

Selain itu, idgham ini juga dipanggil Idgham Bi Ghair Ghunnah

Huruf Idgham Bila Ghunnah

Apakah huruf Idgham Bila Ghunnah?

Hurufnya ada 2 sahaja, iaitu:

  1. Lam ( ل )
  2. Ra’ ( ر )

Hukum Bacaan Idgham Bila Ghunnah

Bagaimanakah hukum bacaan bagi Idgham Bila Ghunnah?

Apabila Nun mati dan Tanwin bertemu dengan huruf Lam ( ل ) atau Ra’ ( ر ), maka wajiblah dimasukkan Nun mati atau Tanwin ke dalam dua huruf idgham dan dibaca tanpa dengung.

Dengan syarat, berlakunya idgham ini dalam dua perkataan, iaitu Nun yang bertanda mati dan Tanwin ini berada dalam satu perkataan dan salah satu huruf idgham pula berada dalam perkataan yang lain.

Contoh:

Dalam contoh ini, nun mati ( ن ) dalam satu ayat bertemu dengan huruf ra’ ( ر ) dalam ayat lain

Cara Sebutan Idgham Bila Ghunnah

Bagaimana cara bacaan Idgham Bila Ghunnah?

Cara bacaannya dalah dengan bacaan nun yang bertanda mati atau tanwin dimasukkan ke dalam huruf idgham dengan menjadikan kedua-dua huruf (huruf nun yang mati dan huruf idgham) itu seolah-olah satu huruf yang bersabdu, cuma tanpa dengung.

Contoh:

Berlaku Idgham dalam ayat bertanda biru di atas, maka bacaannya adalah seperti ini:

مِنْ + لَّدُنْهُ = مِلَّدُنْهُ

Perhatikan bunyi nun mati ( ن ) dimasukkan dalam huruf lam ( ل ) seolah-olah huruf bersabdu tanpa dengung.

Contoh-Contoh Idgham Bila Ghunnah

Contoh bagi nun mati dan tanwin bertemu dengan dua huruf Idgham Bila Ghunnah adalah seperti berikut:

Bil

Huruf 

Nun Yang Mati

Cara Sebutan

Tanwin

Cara Sebutan

1

ل

2

ر

Jika anda menggunakan peranti kecil seperti telefon, sila scroll jadual ke sisi (ke kanan) untuk melihat kandungan yang terlindung.

Contoh Idgham Bila Ghunnah Dari Al-Quran

Berikut adalah contoh Idgham Bila Ghunnah yang terdapat dalam al-Quran:

1. Surah ali Imraan ayat 31

idgham bila ghunnah

2. Surah ali Imraan ayat 3

idgham bila ghunnah

3. Surah ali Imraan ayat 50

idgham bila ghunnah

4. Surah ali Imraan ayat 8

idgham bila ghunnah

Pengecualian Idgham Bila Ghunnah

Terdapat satu contoh sahaja dalam al-Quran pada surah al-Qiyamah ayat 27, iaitu terdapat nun yang bertanda mati bertemu dengan huruf ra’ tetapi tidak dibaca dengan idgham seperti:

Dalam ayat di atas, hendaklah dibaca dengan izhar iaitu jelas berserta saktah.

Info

Saktah bermaksud “memberhentikan bacaan sebentar tanpa mengambil nafas yang baharu dengan niat untuk mengambungkan bacaan”

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Najiha
Najiha
1 tahun yang lalu

Assalammualaikum, nak bertanya, di ayat 3, adakah dikira jugak بلا غنة walaupun ada huruf alif diantara ًtanwin dengan ل? Terima kasih.