Apakah maksud Idgham Maal Ghunnah?
Panduan ini akan menerangkan secara lengkap berkaitan Idgham Maal Ghunnah, hukum bacaannya berserta contoh-contoh.
Apa yang menarik:
Soalan berupa kuiz ringkas disediakan pada akhir pelajaran untuk menguji kefahaman anda mengenai topik ini.
Mari kita mulakan..
Maksud Idgham
Apakah maksud Idgham?
Idgham ( إِدْغَامٌ ) dari sudut bahasa bermaksud memasukkan atau mencampurkan sesuatu ke dalam sesuatu yang lain.
Manakala dari sujud ilmu tajwid pula, ia bermaksud memasukkan bacaan nun yang bertanda mati atau tanwin ke dalam huruf idgham dengan menjadikan kedua-dua huruf (huruf nun yang mati dan huruf idgham) itu seolah-olah satu huruf yang bersabdu.
Contoh:
Berlaku Idgham dalam ayat bertanda biru di atas, maka bacaannya adalah seperti ini:
وَمَن + يَعْمَلْ ⬅ وَمَيَّعْمَلْ
Pembahagian Idgham
Secara asasnya, idgham boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
- Idgham Maal Ghunnah (Idgham Berserta Dengung)
- Idgham Bila Ghunnah (Idgham Tanpa Dengung)
⎈ Dalam panduan ini kita akan fokuskan terhadap Idgham Maal Ghunnah terlebih dahulu
Maksud Idgham Maal Ghunnah
Seperti yang sudah dijelaskan di atas, idgham bermaksud “memasukkan”. Maal ghunnah pula bermaksud “dengan dengung”.
Idgham: Memasukkan
Ma’a: Dengan
Al-ghunnah: Dengung
Oleh itu, ia bermaksud “memasukkan dengan dengung”.
Idgham ini juga dikenali sebagai Idgham Naqis (yang kurang) kerana hurufnya hilang atau tidak terbaca namun sifatnya tetap ada atau dibaca.
Selain itu, ia juga dipanggil Idgham Bi Ghunnah
Dengung ialah suara lembut dan bergema yang keluar dari rongga hidung.
Huruf Idgham Maal Ghunnah
Apakah huruf Idgham Maal Ghunnah?
Huruf Idgham Maal Ghunnah ada 4, iaitu:
- Ya ( ي )
- Mim ( م )
- Nun ( ن )
- Wau ( و )
Enam huruf ini dikumpulkan dalam perkataan: يَنْمُو
Hukum Idgham Maal Ghunnah
Syarat berlakunya idgham mestilah dalam dua perkataan.
Iaitu nun mati dan tanwin berada dalam satu perkataan dan salah satu huruf idgham ( ي ن م و ) pula berada dalam perkataan lain.
Contohnya adalah seperti berikut:
Dalam contoh diatas, apabila nun mati ini bertemu huruf idgham (dalam dua perkataan), maka bacaan nun mati itu dimasukkan ke dalam huruf idgham (seolah-olah bersabdu) dan dibaca dengan dengung.
Idgham Maal Ghunnah tidak berlaku kecuali di antara dua kalimah.
Maka, jika terdapat huruf idgham dengan nun sukun pada satu kalimah, hukumnya wajib dibaca dengan izhar (jelas).
Izhar ini dinamakan dengan izhar mutlaq.
Contoh Idgham Maal Ghunnah
Contoh bagi nun yang bertanda mati (sukun) dan tanwin bertemu dengan huruf idgham maal ghunnah adalah seperti dalam jadual di bawah:
Jika anda menggunakan peranti kecil seperti telefon, sila scroll jadual ke sisi (ke kanan) untuk melihat kandungan yang terlindung.
Contoh Idgham Maal Ghunnah Dari Ayat Al-Quran
1. Surah an-Nisa’ ayat 4 2. Surah al-Baqarah ayat 19 3. Surah an-Nisa’ ayat 1 4. Surah al-Baqarah ayat 26Ujian Kefahaman (Kuiz Ringkas)
Untuk menguji kefahaman anda mengenai Idgham Maal Ghunnah, sila jawab soalan-soalan yang disediakan di bawah.
Lihat juga panduan berkaitan topik:
Tinggalkan Komen Anda..
terima kasih kongsi ilmu
sangat membantu!!!!!
untuk idhgam ma’al ghunnah, tanwin salah. baris atas dan bawah jenis yang tidak selari dan 99 bukan 69. contoh ayat alquran je betul, yang lain, bagi contoh yang salah begitu juga soalan yang diberi. mohon perbetulkan semula. terima kasih.
Terima kasih atas teguran.
Sebenarnya sebelum ini saya tidak tahu kaedah menaip tanda baris “99” menggunakan komputer. InsyaaAllah saya akan buat pembulan segera.