IZHAR HALQI (Maksud, Hukum Bacaan & Contoh)

hukum dan huruf izhar halqi

Apakah itu izhar halqi?

Artikel ini akan menerangkan secara ringkas tetapi lengkap berkaitan izhar halqi, hukum bacaannya berserta contoh-contoh.

Semoga bermanfaat..

Maksud Izhar Halqi

Apakah maksud Izhar?

Izhar secara bahasa adalah jelas.

Dari segi ilmu tajwid, izhar adalah mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluar huruf) tanpa bunyi dengung.

Disebut sebagai izhar halqi (إِظْهَار حَلْقِى) kerana keenam-enam hurufnya keluar dari kerongkong atau halkum (halq).

Huruf Izhar Halqi

Apakah huruf Izhar halqi?

Terdapat enam huruf izhar halqi, iaitu:

  1. Hamzah — ء
  2. Ha’ —
  3. Ain — ع
  4. Ha — ح
  5. Ghain — غ
  6. Kha — خ
Nota

Enam huruf ini dikumpulkan dalam perkataan: أَغْحٍ خَعَهُ

Hukum Izhar Halqi

Izhar halqi berlaku apabila terdapat huruf Nun yang mati/sakinah ( نْ ) atau baris dua/tanwin (   ــًــ , ــٍــ , ــٌــ ) bertemu dengan salah satu huruf dari enam huruf izhar ( ء ﻫ ع ح غ خ )

Apabila ini berlaku, maka cara bacaannya adalah terang dan jelas (izhar) tanpa dengung.

Contoh Izhar Halqi

Berikut adalah contoh-contoh bagi izhar halqi mengikut huruf:

PERHATIAN: Sila layari halaman ini dengan browser Chrome untuk paparan font yang sempurna.

HurufNun Mati ( نْ )Tanwin ــًــ ــٍــ ــٌــ )
ء
وَيَنْئَوْنَ

مِنْ أَنفُسِكُمْ
عَذَابًا أَلِيمًا

رَسُولٌ أَمِينٌ
ح
مِنْ حَدِيدٍ

وَتَنْحِتُونَ

فَمَنْ حَآجَّكَ

صَدِيقٍ حَمِيمٍ

مَآءً حَمِيمٍ

غَنِيٌ حَلِيمٌ
خوَٱلْمُنْخَنِقَةُ

وَإِنْ خِفْتُمْ

لَّبَنًا خَالِصًا

يَوْمَئِذٍ خَشِعَةٌ
عأَنْعَمْتَ

مِنْ عَمِلَ

مِنْ عَلَقَةٍ

مُّسَوَّمَةً عِندَ

يَوْمٍ عَظِيمٍ

عَذَابٌ عَظِيمٌ
غفَسَيُنْغِضُونَ

مِنْ غَفُورٍ

إِلَهًا غَيْرِى

مَّآءٍ غَيْر

وَرَبٌّ غَفُورٌ
يَنْهَوْنَ

مَّنْ هَدَى

كُلًّا هَدَيْنَا

قَرْنٍ هُمْ

أَفَسِحْرٌ هَٰذَآ

Contoh Izhar Halqi Dalam Al-Quran

PERHATIAN: Sila layari halaman ini dengan browser Chrome untuk paparan font Quran yang sempurna.

Berikut adalah contoh izhar halqi yang terdapat dalam al-Quran:

1. Surah Fussilat ayat 32

نُزُلٗا مِّنۡ غَفُورٖ رَّحِيمٖ


2. Surah al-Baqarah ayat 35

وَقُلۡنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ وَكُلَا مِنۡهَا رَغَدًا


3. Surah al-Baqarah ayat 25

تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنۡهَا مِن ثَمَرَةٖ رِّزۡقٗا


4. Surah al-Baqarah ayat 74

مِنۡهَا لَمَا يَهۡبِطُ مِنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ 

Ujian Kefahaman

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab soalan-soalan yang disediakan di bawah.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Izhar?

 
 
 
 

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Halqi?

 
 
 
 

3. Berapakah huruf Izhar?

 
 
 
 

4. Tandakan huruf-huruf Izhar yang betul

 
 
 
 

5. Bilakah bacaan Izhar Halqi berlaku?

 
 
 
 

6. Sebutkan cara membaca Izhar Halqi?

 
 
 
 

7. Pilih dua contoh jawapan bagi nun sukun yang bertemu dengan ha ( ﻫ ) dan ha ( ح )

 
 
 
 

8. Tandakan ayat yang menunjukkan hukum Izhar Halqi? Jawapan boleh lebih dari satu.

 
 
 
 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

5 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Parizal
Parizal
24 hari yang lalu

Alhamdulillah,fomula mudah faham,saya suka sebab saya orang yang susah nak faham bila belajar hukum hakam alquran,teruskan usaha tuan

Shidah
Shidah
2 tahun yang lalu

Saya faham dgn penerangan yg diberikan

laili bin ismail
laili bin ismail
2 tahun yang lalu

Penerangan yang jelas…