Doa Sebelum & Selepas Baca Quran (Transliterasi Rumi)

doa selepas baca quran

Bagaimanakah doa sebelum dan selepas baca Quran?

Panduan ini akan menunjukkan doa sebelum serta doa selepas baca Quran yang mashyur dan dipermudahkan dengan transliterasi rumi.

Selain itu, saya juga akan menerangkan adab-adab semasa membaca al-Quran.

Tanpa buang masa mari kita mulakan..

Doa Sebelum Baca Quran

doa sebelum baca quran

Allahummaf-Tah ‘Alayya HikmaTaka WanSyur ‘Alayya RahmaTika Wa Zak-KirNii Maa NasiiTu Ya ZalJalaaLi Wal Ikraam.

Maksudnya:

Ya Allah, bukalah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupakan wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemurahan.

Doa Selepas Baca Quran

doa selepas baca quran

Allahummar HamNaa BilQuran

Waj’al HuLaNaa ImaaMan Wa NuuRan WaHuDan WaRahMah.

Allahumma Zak-KirNaa MinHuMaa Nus-SiiNaa Wa ‘allimNaa MinHuMaa JaHilNaa WarZuqNaa TiLaaWaTahu.

AaNaa AllayLi Wa AthRooFan-NaHarr Waj’alHu LaNaa Hujjatan

Ya Rabbal ‘Alamiin.

Maksudnya:

Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran. Jadikan ianya bagi kami iman, cahaya, petunjuk dan rahmat.

Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarlah kami apa yang kami jahil. Kurniakan kami membacanya siang dan malam. Jadikan ianya perisai bagi kami. Wahai tuhan seluruh alam.

Amin! Ya Rabbal ‘Alamiin.

Adab Membaca Al-Quran

Baca Al-Quran Tidak Tutup Aurat

Al-Quran merupakan kalam Allah SWT. Oleh demikian pembacanya mestilah disertakan dengan adab-adab yang telah ditetapkan.

Antara adab-adab tersebut adalah:

  1. Diri seseorang itu mesti suci sebelum memegang al-Quran.

    Suci dari hadas kecil dan hadas besar dengan berwuduk atau mandi wajib. Atau bertayammum jika tiada air atau uzur menggunakan air.

    Allah SWT berfirman: “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci” (Surah al-Waqiah ayat 79)
  2. Memakai pakaian yang bersih dan sempurna pada tempat yang bersih lagi sesuai sebelum mula membaca al-Quran
  3. Sunat membaca al-Quran dengan menghadapkan diri ke arah kiblat.
  4. Membaca Isti’azah sebelum membaca ayat-ayat al-Quran.
  5. Membaca Basmallah dan Ta’awuz, kecuali pada awal surah at-Taubah.
  6. Membaca al-Quran dengan betul dengan bertajwid dan tertib-tertib berkaitan.
  7. DiHARAMkan membaca al-Quran semasa berjunub, haid dan nifas. Kecuali membaca dengan niat berzikir atau dalam keadaan darurat.
  8. Makruh berkata-kata dan ketawa ketika mendengar orang membaca al-Quran
  9. Bacalah al-Quran dengan teliti, tidak bergopoh-gapah, menghayati maksudnya dengan khusyu’ dan tawaddu’
  10. Disunatkan membaca al-Quran dengann suara nyaring asalkan jangan sampai mengganggu orang lain, supaya dapat menambah semangat dan penumpuan pada bacaan al-Quran tersebut.
  11. Disunatkan membaca dengan suara yang baik dan berlagu mengikut lagu-lagu al-Quran (murattal dan taranum).
  12. Tutupkan bacaan al-Quran dengan ucapan صَدَقَ اللّٰهُ الْعَظِيمُ dan kemudian berdoa lah.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Jais Jamian
Jais Jamian
8 bulan yang lalu

Assalamu. Ada dalilkah doa ini dari hadith sohih? Terima kasih.

HambaAllah
HambaAllah
9 bulan yang lalu

terima kasih kerana tubuhkan akuislam…dapat memperbetul apa yg kurang…penulisan dan baris di setiap ayat pun jelas.. terima kasih en muhammad naim semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki …Aamiin.